You are on page 1of 21

LAPORAN INDIVIDU

NAMA: KHALEEDA BINTI AHMAD ANUAR

ID: 20013582

KUMPULAN: K

TOPIK: Pelbagai Makanan Etnik Pemangkin Perpaduan

Pengenalan

Hubungan yang baik antara kaum etnik di Malaysia terutamanya kaum Melayu,

India dan Cina telah mencetuskan banyak perkongsian budaya, terutamanya dalam

aspek makanan. Malaysia kini terkenal sebagai sebuah negara yang kaya dengan

makanan yang unik serta enak yang diwariskan oleh semua kaum di Malaysia.

Makanan di Malaysia mempunyai pelbagai jenis, warna dan rasa yang berbeza dan

telah menjadi sebuah tarikan kepada pelancong tempatan mahupun antarabangsa.

Perpaduan antara kaum banyak tercetus menggunakan makanan sebagai kaedah

utama. Sebagai contoh, para jiran tetangga yang berbilang kaum saling memberi

makanan daripada aneka budaya untuk merapatkan silaturahim.

Isi Kandungan

Kuih bulan merupakan antara makanan tradisi kaum Cina yang terkenal dia

Malaysia. Kuih ini menjadi satu juadah sewaktu sambutan Perayaan Pertengahan

Musim Luruh pada hari bulan 15 bagi bulan qamari yang kelapan, juga dikenali

sebagai “Mid-Autumn”. Kuih bulan ini merupakan sejenis kuih yang manis dengan

pelbagai jenis inti seperti kacang merah, pandan, yam atau telur. 1 Orang yang

1Amalina, Gan, Syahira, Nadia, Shu Ping, Asyiqin. (2012, Februari 9). Makanan
Tradisi Kaum Cina. Diperoleh daripada
https://totallydelicious.wordpress.com/2012/02/09/makanan-tradisi-kaum-cina/
menyambut perayaan ini menawarkan kuih bulan kepada rakan-rakan atau kepada

perhimpunan keluarga semasa meraikan perayaan tersebut. Selalunya, kuih bulan

dihidangkan dan dijamu dalam potongan bahagian kecil-kecilan dan diiringi teh cina.

Gambar 1: Kuih Bulan

Seterusnya, Yu Sheng, atau juga dikenali sebagai Yee Sang, merupakan

sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou.2 Kebiasaannya, Yu Sheng terdiri daripada

potongan daging ikan mentah, selalunya ikan salmon, cebisan sayur-sayuran dan

beraneka sos dan perasa. Secara harfiah, “Yu Sheng” diterjemah menjadi ikan

mentah dan dianggap sebagai lambang kemakmuran, kemewahan dan kesuburan.

Kini, Yu Sheng merupakan suatu adat resam Tahun Baru Cina di Malaysia dan

Singapura. Sesiapa yang meraikan perayaan tersebut akan berkumpul mengelilingi

meja lalu melambung cebisan ramuan ke udara sambil melaungkan ucapan untuk

menandakan tahun baru yang makmur.

2Nadge Ariffin. (2018, Februari 14). The Origins of Yee Sang. Diperoleh daripada
http://www.friedchillies.com/articles/detail/where-yee-sang-came-from
Gambar 2: Yu Sheng dilambung

Kesimpulan

Kesimpulannya, apabila pelbagai jenis makanan etnik menjadi kegemaran

masyarakat, hal ini telah menjelaskan sikap keterbukaan masyarakat di Malaysia

untuk menerima keunikan masing-masing.3 Hal ini dapat melahirkan pemikiran yang

beranggapkan makanan sudah dikenali sebagai identiti masyarakat di Malaysia. Kini,

walaupun Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang menjadi rumah kepada

pelbagai etnik, tetapi rakyat Malaysia dapat menjalankan kehidupan seharian dalam

aman damai yang sukar untuk dijumpai di negara lain. Setiap rakyat di Malaysia sering

berkongsi budaya, namun begitu mereka tetap dapat menghormati agama masing-

masing. Hal ini sudah membuktikan bahawa pelbagai makanan etnik yang dikongsi

dapat menjadi pemangkin perpaduan di Malaysia.

3 Alia Atiqa. (nd). Kepelbagaian Makanan Etnik Pemangkin Perpaduan. Diperoleh


daripada
https://www.academia.edu/10110815/kepelbagaian_makanan_etnik_pemangkin_per
paduan
Bahan Rujukan

Alia Atiqa. (nd). Kepelbagaian Makanan Etnik Pemangkin Perpaduan. Diperoleh

daripada

https://www.academia.edu/10110815/kepelbagaian_makanan_etnik_pemang

kin_perpaduan

Amalina, Gan, Syahira, Nadia, Shu Ping, Asyiqin. (2012, Februari 9). Makanan Tradisi

Kaum Cina. Diperoleh daripada

https://totallydelicious.wordpress.com/2012/02/09/makanan-tradisi-kaum-cina/

Nadge Ariffin. (2018, Februari 14). The Origins of Yee Sang. Diperoleh daripada

http://www.friedchillies.com/articles/detail/where-yee-sang-came-from

Lampiran

Gambar 1: Kuih Bulan

(Sumber gambar: https://www.huffingtonpost.ca/2017/09/05/why-some-mooncakes-

are-not-like-the-others_a_23197585/)
Gambar 2: Yu Sheng dilambung

(Sumber gambar: http://www.pamper.my/news/lifestyle/festivals/yee-sang-or-yu-

sheng-the-story-behind-this-cny-tradition/)
LAPORAN INDIVIDU

NAMA: Yee Shien Mun

ID: 20122042

KUMPULAN: K

TOPIK: Kesenian Pelbagai Etnik dan Kesepaduan Sosial

Pengenalan

Pada hari ini, saya akan membentangkan tentang kesenian pelbagai etnik dan

kesepaduan sosial di negara Malaysia. Maksud kesepaduan sosial adalah kewujudan

sesuatu keadaan yang aman, stabil, dan makmur dalam sesebuah masyarakat.

Kesenian pelbagai etnik ini mempunyai impak yang besar dalam perpaduan

rakyat Malaysia. Hal ini kerana kesepaduan sosial dapat dilahirkan melalui himpunan

seni, muzik tarian, seni lukis dan lain-lain. Setiap corak seni warisan daripada etnik

yang berbeza mempunyai imej yang signifikan terhadap tradisi etnik masing-masing.

Bagi membina sesebuah masyarakat yang bersatu padu, masyarakat haruslah

menanamkan nilai toleransi dan sikap penghormatan terhadap tradisi etnik-etnik yang

lain selain daripada etnik sendiri. Dengan ini, kesepaduan sosial dalam rakyat

Malaysia dapat dipupuk serta perselisihan faham dan pertelingkahan antara kaum

tidak akan berlaku.

Kesepaduan sosial dapat dibahagikan kepada dua aspek iaitu kesepaduan

sosial yang wujud sewaktu proses penghasilan sesuatu bentuk seni dihasilkan,

contohnya Upin dan Ipin. Walaupun, contoh yang diberikan merupakan salah satu
kartun yang terkenal dalam rakyat Malaysia, ia menonjolkan keistimewaan tradisi

Melayu, Cina dan Hindu serta ini bertujuan untuk memupuk perpaduan kaum dalam

generasi baru dengan menyampaikan mesej tentang keistimewaan etnik-etnik yang

berbeza serta kaum yang berbeza dapat berhidup bersama dalam keadaan yang

harmoni. Selain daripada itu, kespaduan sosial dapat diwujudkan dalam produk seni,

contohya dalam karya filem Tan Sri P. Ramlee seperti Hang Tuah, Panggilan Pulau

dan banyak lagi.

Kesimpulan

Tuntasnya, Malaysia merupakan sesebuah negara yang mempunyai etnik

yang berbeza serta kesepaduan sosial haruslah wujud untuk membina sesebuah

negara yang dapat bertanding dengan negara-negara gergasi seperti China dan

Amerika Syarikat serta Wawasan 2020 dapat dicapai. Oleh sebab itu, hubungan etnik

yang erat merupakan salah satu aspek yang penting dalam membina sesebuah

masyarakat yang bersatu padu.

Bahan Rujukan

Adah Abdullah. (2015, Disember 8). Kesepaduan Sosial Mempengaruhi Hubungan

Etnik. Diperoleh daripada https://prezi.com/cz6jaaahpqwb/kesepaduan-sosial-

mempengaruhi-hubungan-etnik/

Fadhil Ismail. (2014, Januari 13). Nota Hubungan Etnik Bab. Diperoleh daripada

https://www.slideshare.net/padilmael/112519584-bab1
Lampiran


Gambar 1: Tan Sri P. Ramlee

Gambar 2: Tarian Tradisional Kaum India


LAPORAN INDIVIDU

NAMA: Tan Zhen Yuan

ID: 20111437

KUMPULAN: K

TOPIK: Kesenian Pelbagai Etnik dan Kesepaduan Sosial

Pendahuluan

Sebelum penerangan tentang hubungan kesenian pelbagai etnik dan

kesepaduan social, yang menjadi persoalannya adalah apakah maksud kesenian dan

juga kesepaduan sosial? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kesenian

merupakan segala sesuatu yang berkaitan dengan seni, iaitu ilmu pengetahuan

tentang seni secara umum. Di samping itu, seni bermaksud karya yang dicipta dengan

bakat dan kecekapan atau hasil daripada sesuatu ciptaan. Seni juga mempunyai

maksud kebolehan menicpta sesuatu yang indah seperti lukisan, ukiran dan

sebagainya. Manakala, kesepaduan sosial merupakan hubungan sosial kerjasama

yang dijalinkan antara kaun dan kelompok yang berlainan. Konsep kesepaduan sosial

merupakan fenomena praperpaduan dan dapat difahami melalui konsep takrifan

harian. Malaysia adalah sebuah negara yang berorientasikan pelbagai etnik.

Walaupun setiap etnik mempunyai agama, bahasa dan budaya yang berbeza,

perkongsian dapat dilihat melalui aspek kesenian antara satu sama lain.
Isi Kandungan

Keperluan terhadap tuntutan rohani adalah penting dalam kehidupan manusia

dan keperluan ini dapat dipenuhi melalui aktiviti kesenian. Walaupun tuntutan rohani

tidak bersifat mutlak dan hanya bersifat relative, namun keperluan ini dapat

meningkatkan kualiti kehidupan manusia. Oleh itu, tidak dapat di nafikan bahawa

kesenian ialah sumber kehidupan yang penting dalam kalangan rakyat. Terdapat

pelbagai jenis himpunan seni. Sebagai contoh, antara bentuk kesenian termasuklah

seni lukis, seni bina, muzik, tarian, nyanyian, kraf tangan, pakaian dan permainan.

Kesenian bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti kehidupan manusia, tetapi juga

dapat memberikan ketenangan dan melegakan tekanan dalam kehidupan.

Malaysia merupakan negara berbilang kaum yang dapat hidup bersama dalam

suasana yang harmoni. Rakyat Malaysia merupakan identiti kumpulan etnik. Antara

tiga kumpulan etnik atau kaum yang utama adalah kaum Melyu, India dan Cina

Malaysia. Terdapat juga kumpulan etnik yang lain seperti Baba dan Nyonya,

Kadazandusun dan Iban yang terutamanya menetap di Malaysia Timur. Setiap

kumpulan etnik mempunyai corak seni warisan yang unik msing-masing. Kesepaduan

sosial dapat mewujudkan kepelbagaian corak kesenian.

Antara contoh yang menggambarkan kesepaduan sosial melalui kesenian

dalam kalangan kumpulan etnik adalah filem “Sini Ada Hantu”. Filem ini ialah sebuah

filem genre misteri Malaysia yang dibintangi pelakon-pelakon yang terdiri daripada

pelbagai etnik. Penggiat seni yang teriri daripada etnik Cina, Melayu dan India telah

berkerjasama untuk menghasilkan file mini. Selain itu, dalam aspek kesenian muzik
pula, lagu “Pergi” nyanyian Aizat, seorang orang Melayu telah dicipta oleh Pete Teo,

iaitu seorang orang Cina. Lagu ini juga diiringi dengan alunan alat muzik Cina iaitu

“erhu”.

Di samping itu, kesepaduan sosial dalam kalangan pelbagai kumpulan etnik

dapat diwujudkan dalam aspek kesenian lukisan. Misalnya, pelukis keturunan Cina

iaitu Chuah Thean Teng telah menjadikan corak batik sebagai medium dalam lukisan

beliau.

Kesimpulan

Kesimpulannya, walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada kumpulan etnik

yang mempunyai identiti corak kesenian masing-masing yang berbeza, kesepaduan

sosial dan perpaduan antara rakyat telah dijamin melalui kerjasama dalam aspek

kesenian. Secara umumnya, setiap kumpulan etnik haruslah menerima dan

menghormati corak seni antara satu sama lain untuk memupuk kesepaduan sosial.

Tanpa penghormatan dan pengiktirafan terhadap pelbagai coraks eni di negara ini,

hubungan sosial yang erat dan perpaduan antara pelbagai kumpulan etnik tidak dapat

diwujudkan.

Bahan rujukan

Akmal Amenthyst (2015) “Contoh-

contoh yang menggambarkan kesepaduan sosial melalui kesenian” https://w

ww.slideshare.net/akmalamethyst/bab-9-pengalaman-harian
Fadhil Ismail, pelajar MARA (2014).

“Konsep kesepaduan sosial” https://www.slideshare.net/padilmael/11251958

4-bab1

MStar. Berita wayang. “Filem ‘Sini

Ada Hantu’” https://www.mstar.com.my/spotlight/wayang/2011/02/14/filem-

sini-ada-hantu-canggung-tapi-berkesan

Lampiran

(Gambar 1: Barisan pelakon dan tenaga produksi filem ‘Sini Ada Hantu’

yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik)


(Gambar 2:

‘Erhu’ iaitu alat muzik Cina yang digunakan dalam lagu ‘Pergi’, kerjasama antara pen

ulis Pete Teo, orang Cina dan penyanyi Aizat, orang Melayu)

(Gambar 3: Corak batik digunakan oleh pelukis orang Cina, Chuah Thean Teng)
(Gambar 4: Corak batik digunakan oleh pelukis orang India, Sam Karuna)
LAPORAN INDIVIDU

NAMA: Ng Jin Wen

ID: 20121889

KUMPULAN: K

TOPIK: Makanan dan Ruang Sosial

Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik dan kaya dengan pelbagai adat dan

budaya. Pelbagai budaya yang berbeza ini saling mempengaruhi antara satu sama

lain, menghasilkan gabungan Malaysia yang unik. Pelbagai cara pemakanan dan

sambutan perayaan memainkan peranan yang penting dalam proses pembinaan

kesepaduan etnik.

Gambar 1: Rakyat Malaysia yang berbilang kaum

Kepelbagaian makanan berperanan menyatukan pelbagai etnik di dalam

masyarakat. Sebagai contoh, jika sesuatu kaum menyukai sesuatu makanan kaum

lain, mereka boleh berusaha untuk mempelajari cara penyediaannya. Amalan

penyediaan tersebut boleh diterusi oleh generasi yang akan datang.


Gambar 2: Pelbagai makanan etnik

Model Sosial Makanan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ruang awam

dan ruang bukan awam. Ruang awam tidak berkaitan dengan acara keagamaam atau

kepercayaan tetapi ada kalanya boleh berkaitan dengan acara perayaan keagamaan.

Contohnya, perayaan yang boleh dikongsi bersama ialah majlis perkahwinan etnik

Melayu dan jamuan hari raya turut dihadiri oleh masyarakat pelbagai etnik.

Gambar 3: Contoh-contoh perayaan di Malaysia


LAPORAN INDIVIDU

NAMA: Ng Hui Ying

ID: 20130031

KUMPULAN: K

TOPIK: Makanan dan Ruang Sosial

Pendahuluan

Makanan merupakan aspek penting dalam kehidupan manusia untuk

memenuhi keperluan biologi dan sosiologi. Makanan berperanan untuk

menyatupadukan pelbagai etnik dalam sesebuah masyarakat dan sebaliknya,

makanan juga dapat membahagikan inidividu kepada kumpulan sosial tertentu dalam

masyarakat. Penyatupaduan dan pembahagian tersebut bergantung kepada bentuk

ruang sosial sesuatu makanan mengikut fungsinya dalam masyarakat, khususnya

masyarakat peelbagai etnik.

Isi Kandungan

Jenis makanan yang tidak boleh dimakan oleh individu atau kelompok

masyarakat membentuk ruang sosial makanan kepada dua, iaitu ruang awam dan

ruang bukan awam. Pembentukan kedua-dua ruang tersebut memberi kesan tidak

sihat ke atas hubungan antara etnik yang berbeza latar belakang budaya dan agama.

Oleh itu, penyesuaian dilakukan supaya membolehkan pelbagai etnik turut serta

menikmati juadah yang disajikan dalam kedua-dua ruang sosial makanan tersebut.
Ruang awam tidak berkaitan dengan acara keagamaan atau kepercayaan

tetapi ada kalanya boleh berkaitan dengan acara perayaan keagamaan. Contohnya,

perayaan yang boleh dikongsi bersama. Ruang bukan awam, berkaitan dengan acara

keagamaan atau kepercayaan. Sebagai contoh, makanan larangan berkaitan dengan

acara tertentu dalam meraikan keagamaan.

Peranan makanan dalam kesepaduan sosial merupakan melangkaui makanan

yang berhubung kait dengan larangan agama terutamyanya melalui tahap kefahaman

dan hormat antara satu sama lain. Dalam konteks ruang awam, sebagai contoh majlis

perkahwinan etnik Melayu dan jamuan hari raya turut dihadiri oleh masyarakat

pelbagai etnik. Pelbagai jenis juadah disediakan supaya ada pilihan kepada tetamu

yang tidak boleh makan juadah yang dilarang mengikuti kepercayaan agama mereka.

Dalam majlis berkenaan juadah seperti rendang daging lembu ialah makanan

larangan epada etnik India dan sebagai pilihan, disediakan juga juadah seperti ayam

dan kambing. Begitu juga sebaliknya jika etnik Melayu yang menjadi tetamu dalam

majlis yang diadakan oleh etnik India, sajian ayam ataupun kambing yang dihidangkan

mestilah halal, iaitu yang telah disembelih mengikut cara Islam. Tindakan kolektif

seperti ini menunjukkan tahap kefahaman dan sikap hormat-menghormati terhadap

budaya dan agama etnik yang berbeza dan berlaku secara semula jadi yang

seterusnya dapat mengeratkan ikatan kesepaduan sosial.

Makanan yang termasuk dalam ruang bukan awam pula ialah makanan yang

dikaitkan dengan acara keagamaan atau kepercayaan. Contohnya, dalam majlis

aqiqah bagi orang Islam, daging yang dimasak bagi manjlis tersebut tidak boleh

dihidangkan kepasa orang bukan Islam. Rakan-rakan dan keluarga yang bukan Islam
tetap boleh hadir majlis tersebut tetapi mereka dihidangkan masakan yang berbeza

dan keadaan ini tidak dianggap sebagai beban kepada tuan rumah.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kemeriahan majlis yang disambut oleh pelbagai etnik adalah

lebih bermakna kerana kesepaduan sosial dapat dibentuk daripada interaksi

sedemikian.
LAPORAN INDIVIDU

NAMA: Siti Nur Fhariesa Binti Seikh Rajesh

ID:

KUMPULAN: K

TOPIK: Pelbagai Makanan Etnik

Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia

yang meliputi sebanyak 7.9% daripada jumlah penduduk di

Malaysia dan juga merupakan salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pe

mbentukan sesebuah masyarakat majmuk di negara kita. Salah satu pengaruh yang

berjaya dibawa masuk oleh orang India ke Tanah Melayu ialah makanan.

Antara makanan tradisional masyarakat India ialah tosai. Tosai atau Dosa merupaka

n makanan tradisi kaum India yang

juga merupakan makanan ruji seharian yang sering dihidangkan untuk sarapan. Tos

ai dibuat daripada adunan yang sama seperti lempeng dan dihidangkan Bersama ku

ah dal serta kari ayam ataupun ikan. Di

Malaysia, Tosai boleh didapati di kedai mamak dan sering menjadi makanan pilihan t

idak kira siang atau malam. Seterusnya,

nasi briyani juga turut mendapat sambutan ramai di Malaysia. Nama

nasi briyani berasal dari Bahasa Persia ‘beryan’

yang membawa maksud digoreng atau dipanggang. Ia merupakan hidangan nasi ca

mpur dari benua kecil India

yang dibawa masuk ke Semenanjung Tanah Melayu oleh pedagang-

pedagang dari India. Nasi briyani dibuat dengan beras basmati, rempah-

ratus serta daging ataupun ayam. Bukan itu sahaja, malahan nasi briyani juga merup

akan salah satu pengaruh Tamadun Islam di


India. Terdapat pelbagai variasa nasi briyani di Asia Tenggara contohnya, nasi

biriyani gam di Malaysia dan Singapura, nasi briyani di Indonesia, khao mok di

Thailand, danbauk di Myanmar dan nasing biringyi di Filipina.

You might also like