You are on page 1of 4

仁嘉隆幸福村 三大民族相聚東禪寺

【人間社記者 林麗悅、李平合 馬來西亞報導】 2016-02-22


為促進國民團結和諧及民族文化交流,由仁嘉隆幸福村工委會主辦,仁嘉隆華小董事會、家教
協會及校友會三機構承辦,2 月 21 日在佛光山東禪寺文化舞台區舉辦「2016 年幸福村新年團
拜暨國民團結宴」,吸引村內超過 800 名各民族村民扶老攜幼參與其盛,現場一片和諧歡愉、
喜樂融融。
此場仁嘉隆幸福村首辦的新春團拜活動,邀請仁嘉隆華文小學、仁嘉隆國民小學與仁嘉隆淡米
爾文小學的學童,分別穿上各民族傳統服裝獻迎賓舞,博得現場嘉賓與觀眾熱烈掌聲。
仁嘉隆華小董事長鄭聯榮在會上致詞,向成就此活動的各單位表達謝意,希望藉此促進各民族
的和諧。
瓜拉冷岳縣教育局副局長朱基菲理致詞時表示,幸福村新春團結宴的舉辦,可促進各學校間的
交流,進而增加了解與團結,也強調因為國民團結是如此重要,寄望未來會有更多類似的大型
文化交流活動。
佛光山新馬總住持覺誠法師表示,三大民族一同攜手共進,紮根耕耘,令人看見世界和平就在
不遠處!文化和諧的播種,或許要等數十年的努力,但未來纍纍的果實才是甘甜的!也對於幸
福村工委會付出努力表示高度肯定,因為這一代人的努力,能護佑子孫萬代,眾緣和諧。
其他出席者尚包括幸福村籌委會主席楊文丑、仁嘉隆華小校長鄭修得、校友會主席顏俊才、家
教協會主席徐文環、直落平民華小校長蔡榮金、東禪第一佛光分會會長林志和等。
首次來訪東禪寺的馬來人和印度藉學生家長對佛光山平安燈會主題燈區、花壇各種造型生動獨
特的花燈嘆為觀止,同時對西遊記的文學創作、中華文化更留下深刻印象。現場也舉行有獎問
答,讓學生對仿製沙巴州的長鼻猴造型花燈的來源,產生極大興趣。
Menilai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat

Kampung Baru Jenjarom ialah sebuah kampung yang kebanyakan penduduknya terdiri daripada
kaum Cina. Tetapi kampung jenjarom yang berdekatan ialah kampung yang kebanyakan dihuni
oleh orang Melayu dan Kampung Sungai Sidu kebanyakan orang India. Ketiga-tiga kaum
mempunyai kepelbagaian budaya dan cara hidup yang berbeza. Menurut Abdul Aziz (2000),
kebudayaan adalah himpunan kekayaan jasmaniah dan rohaniah yang dicipta oleh manusia
sebagai cara hidup. Kepelbagaian budaya memerlukan beberapa perkara asas bagi mewujudkan
keharmonian dalam hubungan sosial.

     Seterusnya, dengan adanya kepelbagaian budaya semangat perpaduan kaum merupakan
satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak melalui
kepelbagaian perayaan dan sambutan di kawasan ini. Hal ini kerana, sekiranya terlerai ikatan
silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan
menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha dan cara
dapat diambil dan dilakuakan bagi memupuk dan membaja agar perpaduan dan keharmonian
terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat.
Kampung baru jenjarom mengadakan rumah terbuka atau jamuan raya semasa hari perayaan
tiap-tiap tahun. Semua penduduk tidak kira apa kaum dijemput untuk menghadiri jamuan dan
pesta perayaan tersebut. Pihak kampung Baru Jenjarom yang terdiri daripada semua persatuan-
persatuan kampung dan pihak sekolah rendah jenis kebangsaan CIna Jenjarom turut menjemput
guru-guru, murid-murid dan ibu bapa murid dari sekolah rendah Melayu dan Sekolah rendah
Tamil menhadiri jamuan yang dinamakan Jumuan Perpaduan (团结宴). Dengan adanya hal ini
dapat mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan penduduk dan pelajar itu sendiri. Rumah
terbuka bermaksud satu perayaan agama yang disambut oleh penganut pelbagai agama dengan
tujuan untuk memupuk saling bertoleransi dalam kalangan rakyat di Malaysia. Amalan kunjung-
mengunjungi ketika merayakan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Natal
dapat memupuk silaturahim dalam kalangan pelajar yang berbilang kaum. Semasa menghadiri
rumah terbuka mahupun jamuan raya, pelajar-pelajar boleh mengenali adat resam setiap kaum
dengan lebih mendalam sekaligus dapat menjana sikap bertimbang rasa dan saling menghormati
antara satu sama lain. Setiap kaum yang ada di Negara kita sedia menerima adat resam dan
budaya kaum lain selain dapat menikmati juadah tradisional masyarakat mengikut kaum yang
ada di Malaysia. Rakan-rakan yang datang berkunjung ke rumah kita bukan sahaja dapat
mengeratkan hubungan sesama kaum tetapi juga dapat memeriahkan suasana rumah terbuka
serta mengeratkan hubungan silaturahim antara budaya di Malaysia. Oleh itu, rumah terbuka
atau jamuan raya yang diadakan pada setiap kali perayaan dapat memupuk perpaduan dalam
kalangan anggota masyarakat dan pelajar.

Ramai orang mengunjungi pasar pagi dan malam sama ada Melayu, Cina, India mahupun etnik
lain-lain kerana keunikannya pasar pagi dan malam tersebut. Berbagai-bagai aneka pilihan dan
harganya yang berpatutan dijual di pasar. Pasar pagi di Kampung Baru Jenjarom diadakan setiap
hari manakala pasar malam hanya diadakan setiap hari Khamis. Di pasar pagi, penjaja penjaja
dari pelbagai kaum sibuk menjaul barang di pasar. Orang yang mengunjungi pasar tidak mengira
bangsa dan agama. Semua etnik di kampung mengunjungi pasar pagi pada waktu yang sama.
Pelbagai kemeriahan suasana yang berlaku di pasar. Tawar-menawar merupakan amalan biasa
yang berlaku di pasar malam. Peniaga yang terdiri daripada pelbagai kaum bukan menjadi
penghalang bagi meneruskan aktiviti jual beli di pasar malam.
                                                             
Masyarakat kampung Jenjarom hidup harmoni walaupun terdiri daripada pelbagai kaum.
Masing-masing menganuti agama sendiri dengan tolerensi dan ini terbukti dengan pelbagai jenis
rumah ibadat yang terbina di Kampung Baru Jenjarom. Walaupun bagaimanapun terdapat juga
sedikit masalah sosial yang tidak hilang seperti perjudian, dadah, vandalism dan sebagainya.
Semua pihak perlu sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga perpaduan masyarakat.
Sesungguhnya, sekali kita leka dan lali serta memandang enteng akan perpaduan kaum,
nescaya kita akan menyesal untuk selama-lamanya kerana terlajak perahu boleh diundur,
terlajak kata dan tindakan buruk padahnya. Kini, kita berada dalam era globalisasi dan
liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah
masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan
adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan
dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah
pasti keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi nasional akan tercapai.

Kesimpulanya, pentingnya budaya dan saling hormat menghormati dalam mewujudkan semangat
perpaduan dalam kalangan kaum di Malaysia terutamanya ketika sambutan perayaan kaum
masing-masing. Hal ini kerana, budaya serta nilai hormat menghormati ini merupakan amalan
yang perlu dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa, serta status seseorang. Sekiranya kita
mahu dihormati, maka kita perlu menghormati orang lain. Dengan ini, apabila ada rasa hormat
dalam diri, maka terbantuklah budaya saling menghormati, seterusnya masyarakat dapat bersatu
padu dan harmoni.

You might also like