You are on page 1of 3

HUBUNGAN ETNIK

SHE 101
Tajuk : Manisan Tradisional di Musim Perayaan
bagi setiap Kaum di Malaysia

No. Kumpulan

:8

Ahli Kumpulan

: 1) Fakhirah Huda bt Che Yusuf


2) Ng Won Huei
3) Saravanan Reddy A/L Kalidas
4) Muhammad Hanafi b. Razak
5) Vinodini A/P Kandasamy
6) Nur Syahirah bt Sezale

Nama Penyelia

: Dr. Suzylawati bt. Ismail

PENGENALAN
Penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina, India dan
pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu.
Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama lain,
menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Jumlah kaum terbesar di Malaysia
adalah kaum Melayu, Cina dan India. Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai
kumpulan etnik peribumi, masing-masing dengan budaya serta warisan yang unik dan
tersendiri.
Memandangkan Malaysia terdiri daripada tiga kaum, kita boleh merasai dengan jelas
perbezaan cita rasa dalam penyediaan makanan. Sungguhpun terdapat perbezaan dalam
menyediakan pemakanan, namun rakyat Malaysia berbangga kerana negara ini mempunyai
variasi makanan yang cukup berbeza. Sebagai negara kosmopolitan, Malaysia juga
mempunyai potpuri budaya yang agak unik. Gabungan kaum Melayu, Cina dan India berjaya
menyatukan pelbagai hidangan kepada hidangan Malaysia dan menjadikan ia sebagai satu
tarikan kepada pelancong luar. Penduduk di Malaysia ini juga dikatakan banyak
menghabiskan masa di meja makanan dan menjadikan masa menikmati hidangan itu sebagai
aktiviti kebangsaan terutamanya apabila musim perayaan. Terdapat banyak makanan yang
disajikan contohnya seperti manisan.
Pada zaman serba moden ini, manisan-manisan tradisi semakin dilupakan dan tidak
dijadikan tradisi untuk menikmatinya pada hari perayaan terutamanya di kawasan bandar.
Sehubungan dengan itu, generasi baru ini tidak mengetahui manisan tradisional yang
dimakan oleh generasi terdahulu. Dengan adanya kerja kursus, ia membuatkan kami
membuat kajian terhadap manisan tradisional untuk setiap kaum di Malaysia yang dinikmati
pada musim perayaan.
Perkongsian cita rasa dan persamaan ini banyak menyumbang kepada hubungan persahabatan
dan persaudaraan, seterusnya kepada keharmonian antara kaum di negara kita.

OBJEKTIF
1. Mengenali jenis dan asal usul kepelbagaian manisan tradisional setiap kaum pada musim
perayaan.
2. Menghuraikan peranan pelbagai jenis makanan dalam menyatupadukan hubungan pelbagai
kaum.
3. Memastikan manisan tradisional dapat dikekalkan dan dipertahankan daripada hilang
ditelan arus pembangunan.
METODOLOGI
1. Temu bual
Melalui kaedah temu ramah, kami akan menemu bual beberapa responden
untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang kajian ini. Antara
responden yang bakal kami menemu bual adalah antaranya ibu bapa dan
orang-orang awam yang berumur dalam lingkungan 40 dan ke atas.
2. Rujukan dan Penyelidikan
Untuk melengkapkan lagi laporan kami ini, kami juga akan membuat beberapa
rujukan dan penyelidikan yang lebih mendalam di Perpustakaan .Selain itu,
kami juga akan melayari laman web yang berkaitan dengan kajian kami ini.

You might also like