You are on page 1of 11

Kepentingan Seni dan Kebudayaan Kepada Masyarakat

Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada
pelbagai kaum, bahasa, agama, seni, budaya dan sebagainya. Negara kita
juga dikenali sebagai sebuah negara yang multikultural (multi-culture) di mana
sifat-sifat kemajmukannya dalam konteks kemasyarakatan yang luas juga.
Konsep kemajmukannya yang merujuk kepada pelbagai masyarakat
campuran kumpulan manusia yang mengamalkan cara hidup yang berlainan,
mereka turut membentuk suatu entiti berasaskan kaum sendiri dalam
lingkungan komuniti yang luas. Keadaan ini bukan sahaja menjadikan
masayarakat itu menjadi kompleks sebaliknya melahirkan pelbagai aktiviti
sosial dan membentuk kehidupan sosial yang dikongsi bersama berdasarkan
prosedur mantap bagi memenuhi keperluan sosial mereka. Tahap-tahap
masyarakat ini terus bekembang daripada entiti keluarga, komuniti, negara
dan global (Zaid Ahmad, et al., 2013).
Kepelbagaian masyarakat dari segi ras, etnik dan identiti etnik ini
mencetuskan perbezaan individu-individu dalam banyak aspek seperti
agama, pekerjaan, bahasa, dan politik (Marshall, 1994). Keadaan ini akan
mencorak kepelbagaian budaya yang wujud dalam masyarakat heterogen di
negara ini. Dalam hal ini, ahli masyarakat akan terus berinteraksi dan
berkongsi pola kebudayaan mereka namun tidak kurang pula yang bersifat
ekstrem dan teguh berpegang kepada prinsip mempertahankan budaya
masing-masing. Hal ini bukan menjadi masalah besar sekiranya semua
golongan masyarakat heterogen ini memahami akan konsep multikultural ini
sepenuhnya. Menurut Hassan (1994) kefahaman yang hendak diwujudkan
dalam masyarakat, mereka dapat: (1) menerima unsur perbezaan
sosiobudaya yang wujud antara kaum-kaum di Malaysia, (2) menerima dan
memahami kebudayaan setiap kaum dengan hati terbuka, (3) mendalami
keunikan budaya yang wujud, (4) mengakui perbezaan kebudayaan antara
kaum serta (5) mengiktiraf unsur perbezaan dan keunikan budaya setiap
kaum. perbezaan dan keunikan budaya setiap kaum. Melalui pemahaman
seperti ini, persefahaman budaya dapat disemai dan dipupuk dalam kalangan
masyarakat.
Kupasan idea yang berkaitan dengan isu ini bukan sahaja tertumpu
kepada aspek budaya semata-mata malah aspek seni yang terkandung di
dalamnya juga. Sesuai dengan keperluan tugasan ini, fokus perbincangan
adalah menjurus kepada kepentingan bidang seni dan kebudayaan kepada
masyarakat secara keseluruhannya. Hal ini amat penting di mana setiap
https://www.studocu.com/my/document/

Kebudayaan dan Kesenian

Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada pelbagai
kaum, bahasa, agama, budaya, seni dan sebagainya. Negara kita juga dikenali sebagai
sebuah negara yang multikultural (multi-culture) di mana sifat-sifat kemajmukannya
dalam konteks kemasyarakatan yang luas. Konsep kemajmukannya yang merujuk
kepada pelbagai masyarakat campuran kumpulan manusia yang mengamalkan cara
hidup yang berlainan, mereka turut membentuk suatu entiti berasaskan kaum
sendiri dalam lingkungan komuniti yang luas. Keadaan ini bukan sahaja
menjadikan masayarakat itu menjadi kompleks sebaliknya melahirkan pelbagai
aktiviti sosial dan membentuk kehidupan sosial yang dikongsi bersama berdasarkan
prosedur mantap bagi memenuhi keperluan sosial mereka. Tahap-tahap
masyarakat ini terus berkembang daripada entiti keluarga, komuniti, negara
dan global (Zaid Ahmad, et al., 2013).

Kepelbagaian masyarakat dari segi ras, etnik dan identiti etnik ini
mencetuskan perbezaan individu-individu dalam banyak aspek seperti agama,
pekerjaan, bahasa, dan politik (Marshall, 1994). Keadaan ini akan mencorak
kepelbagaian budaya yang wujud dalam masyarakat heterogen di negara ini. Dalam
hal ini, ahli masyarakat akan terus berinteraksi dan berkongsi pola kebudayaan
mereka namun tidak kurang pula yang bersifat ekstrem dan teguh berpegang kepada
prinsip mempertahankan budaya masing-masing. Hal ini bukan menjadi masalah
besar sekiranya semua golongan masyarakat heterogen ini memahami akan konsep
multikultural ini sepenuhnya. Menurut Hassan (1994) kefahaman yang hendak
diwujudkan dalam masyarakat, mereka dapat:
(1) menerima unsur perbezaan sosiobudaya yang wujud antara kaum-kaum di
Malaysia,
(2) menerima dan memahami kebudayaan setiap kaum dengan hati terbuka,
(3) mendalami keunikan budaya yang wujud,
(4) mengakui perbezaan kebudayaan antara kaum serta
(5) mengiktiraf unsur perbezaan dan keunikan budaya setiap kaum.
. Melalui pemahaman seperti ini, persefahaman
budaya dapat disemai dan dipupuk dalam kalangan masyarakat.

Kupasan idea yang berkaitan dengan isu ini bukan sahaja tertumpu kepada aspek budaya
semata-mata malah aspek seni yang terkandung di dalamnya juga. Sesuai dengan fokus
perbincangan adalah menjurus kepada kepentingan bidang kebudayaan dan kesenian
kepada masyarakat secara keseluruhannya. Hal ini amat penting di mana
setiap
masyarakat harus menerimanya dengan tangan dan dada terbuka.
Persefahaman budaya ialah kesediaan setiap kaum menerima, mengakui,
memahami dan mengiktiraf unsur kebudayaan kaum lain (Fatimah Daud,
1984). Selain daripada itu, melalui persefahaman seperti ini, proses asimilasi
budaya dapat diterima dengan hati yang terbuka dan tidak menimbulkan
konflik.
Definisi Seni dan Kebudayaan
Bidang seni dan kebudayaan merupakan dua entiti yang saling berkait rapat
dan bergantungan antara satu sama lain. Cakupan kedua-dua bidang ini
sangat luas dan kompleks, didapati juga seolah-olah kedua-duanya tidak
dapat dipisahkan antara satu dengan yang lain. Seni dan kebudayaan amat
berkait rapat dengan identiti, ideologi dan amalan seharian sesebuah
kelompok masyarakat. Di seluruh dunia, setiap masyarakat mempunyai
identiti seni dan kebudayaannya yang tersendiri lantas membentuk keunikan
cara hidup mereka.
Tidak terkecuali di Malaysia, di mana rakyatnya berbilang kaum dan
keturunan sudah pasti mempunyai kepelbagaian aspek seni dan
kebudayaannya juga. Sifat multikultural (kepelbagaian budaya) dari sudut
sejarah etnik yang meninjau asal-usul keturunan dan latar belakang sejarah
setiap etnik dari segi cara hidup, sosio budaya, asal usul, agama dan
kegiatan ekonomi turut mencorak aspek seni dan budaya. Perkara ini menjadi
sebahagian daripada cara hidup dan pegang sejak zaman berzaman lagi dan
diteruskan sehingga sekarang.
(i) Definisi Seni
Perkataan seni dapat ditakrifkan sebagai sesuatu yang halus iaitu kecil, elok,
tipis dan halus, enak didengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan
(Kamus Dewan, 2005). Sesuatu yang dikatakan seni pula adalah suatu
bentuk karya seperti pantun, ukiran, muzik dan lain-lain lagi yang dicipta
dengan bakat yang tersendiri. Perkataan ‘seni’ jika ditambah dengan imbuhan
‘ke’ (awalan) dan ‘an’ (akhiran) membentuk perkataan ‘kesenian’ yang
membawa pengertian yang lebih luas lagi iaitu perihal seni, yang berkaitan
dengan keindahan dan ketelitian penciptaan sesebuah karya seni tersebut.
Kesenian telah menjadi identiti dan amalan yang amat penting kepada
kebudayaan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa sejak turun
temurun lagi. Dengan kepelbagaian amalan kesenian dalam masyarakat
berbilang kaum di negara ini, identiti masyarakat Malaysia yang bersifat
multikultural lebih terserlah dan dikenali ramai.
masyarakat harus menerimanya dengan tangan dan dada terbuka.
Persefahaman budaya ialah kesediaan setiap kaum menerima, mengakui,
memahami dan mengiktiraf unsur kebudayaan kaum lain (Fatimah Daud,
1984). Selain daripada itu, melalui persefahaman seperti ini, proses asimilasi budaya
dapat diterima dengan hati yang terbuka dan tidak menimbulkan konflik.

Kebudayaan dan Kesenian

Bidang kebudayaan dan kesenian merupakan dua entiti yang saling berkait rapat dan
bergantungan antara satu sama lain. Cakupan kedua-dua bidang ini sangat luas
dan kompleks, didapati juga seolah-olah kedua-duanya tidak dapat dipisahkan
antara satu dengan yang lain. Kebudayaan dan kesenian amat berkait rapat dengan
identiti, ideologi dan amalan seharian sesebuah kelompok masyarakat. Di
seluruh dunia, setiap masyarakat mempunyai identiti seni dan kebudayaannya yang
tersendiri lantas membentuk keunikan cara hidup mereka.

Tidak terkecuali di Malaysia, di mana rakyatnya berbilang kaum dan keturunan sudah
pasti mempunyai kepelbagaian aspek kebudayaan dan keseniannya juga. Sifat
multikultural (kepelbagaian budaya) dari sudut sejarah etnik yang meninjau asal-
usul keturunan dan latar belakang sejarah setiap etnik dari segi cara hidup, sosio
budaya, asal usul, agama dan kegiatan ekonomi turut mencorak aspek seni dan
budaya. Perkara ini menjadi sebahagian daripada cara hidup dan pegangan sejak zaman
berzaman lagi dan diteruskan sehingga sekarang.

yang demikian, faktor berbahasa (komunikasi) dan kemahiran berfikir dalam


kalangan murid perlu dititikberatkan dalam proses komunikasi mereka.
Kemahiran berfikir juga intipati kepada aspek kognitif yang amat penting itu.
Afektif
Domain afektif juga penting dalam perkembangan murid-murid yang
aktif dalam aktiviti seni dan kebudayaan. Aspek ini merupakan sesuatu yang
berkaitan dengan sikap dan nilai. Dalam penglibatan murid dalam aktiviti seni
dan kebudayaan, aspek afektif ini mencakupi perasaan, minat, sikap, emosi
dan nilai. Dalam penglibatan, murid mempunyai perasaan terhadap sesuatu
yang ingin disertai. Minat akan menjadi fokus utama tahap penglibatan
mereka. Manakala emosi pula banyak mempengaruhi semasa penyertaan
tersebut dan nilai yang dapat ditunjukkan adalah nilai menghargai warisan,
sahsiah yang baik dan rasa kesyukuran. Ini jelas menunjukkan bahawa
domain afektif ini menekankan kepada kepentingan emosi dan perasaan
murid-murid.
Justeru itu, seseorang murid yang mempunyai domain afektif yang tinggi
dalam dirinya akan dapat dilihat menerusi berbagai tingkah laku. Antaranya
adalah seperti, pemerhatian murid tersebut terhadap aktiviti yang disertai,
disiplin, motivasi yang tinggi yang tinggi ditunjukkan. Fokus utama murid-
murid dalam aktiviti- aktiviti seni dan kebudayaan adalah meluahkan
perasaan dalam karya dan penglibatan serta memiliki motivasi yang sangat
tinggi sehingga tumpuan diberikan seratus peratus terhadap karya yang ingin
dihasilkan. Keadaan ini mempunyai perkaitan dengan
sifat naluri (instinc) yang dimiliki oleh seseorang murid yakni keupayaan
murid menggunakan dan memahami bahasa secara wajar dalam proses
berkomunikasi dan berinteraksi dengan individu lain dan jalinannya dengan
konteks sosial.
Rumusan
Sebagai rumusan dapatlah disimpulkan bahawa aspek seni dan
kebudayaan amat penting kepada masyarakat di negara ini. Kedua-dua entiti
ini sememangnya berkait rapat dan sangat senonim dengan masyarakat di
negara ini yang terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan, agama dan nilai
budayanya. Perbezaan seni dan kebudayaan bukanlah merupakan halangan
satu bentuk perhubungan dan komunikasi yang baik dan mantap sebaliknya
menjadi sumber kekayaan kepada nilai seni dan budaya masyarakat kita di
mata dunia. Sifat multikultural yang dimiliki oleh masyarakat di negara ini
menjadi aset penting dalam memperkayakan khazanah seni dan budaya
Definisi Kebudayaan
Takrifan kebudayaan yang berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu ‘buddhayah’ yang
berasal daripada bentuk jamak dari ‘buddhi’ membawa maksud budi atau akal.
Pengertian ini boleh diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal
manusia. Dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut ‘culture’ yang berasal daripada
perkataan Latin ‘colere’, iaitu bermaksud mengolah atau mengerjakan. Pengertian
ini bertolak daripada tradisi pekerjaan utama manusia yang berbentuk mengolah tanah
atau bertani (kerja-kerja pertanian). Namun, pengertian kebudayaan yang bersabit dengan
tradisi akal dan budi manusia ini lebih menjurus kepada cara hidup sesuatu
bangsa atau umatnya.

Untuk kita memahami gaya hidup pelbagai jenis manusia termasuklah diri kita
sendiri, sosiologi seringkali menggunakan konsep budaya, yang merujuk kepada
perkongsian bersama barangan, ilmu dan kepercayaan sebuah kumpulan manusia
atau masyarakat. Konsep ini juga berkait rapat dengan bidang seni, sastera, dan muzik
klasik serta merangkumi aspek-aspek kehidupan lain dalam masyarakat kita.
Kepelbagaian kebudayaan ini lebih merujuk kepada kepelbagaian adat dan budaya
sesebuah masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik dan kaum. Stavenhagen (1986)
berpendapat kepelbagaian budaya merupakan rangkuman dari pelbagai aspek yang
meliputi budaya, etnik, agama, amalan tradisi yang mengarah kepada kecenderungan dan
memberi kefahaman di antara sesama kaum. Kepelbagaian Budaya menurut Kymlicka
(1999) pula adalah merujuk kepada kepelbagaian yang wujud dalam sesebuah
masyarakat yang memberi tumpuan kepada :
(1) memahami fenomena
perubahan setiap masyarakat secara universal (perspektif universal),
(2) mengkaji permasalahan dan konflik setiap etnik (perspektif etnik) dan
(3) mengkaji cara bagaimana setiap etnik mengekspresikan budaya mereka
(perspektif budaya).

Jadi, setiap kaum mempunyai budaya yang tersendiri. Setiap budaya pula mempunyai
keunikannya. kebudayaan adalah benda-benda yang diciptakan oleh manusia
sebagai makhluk yang berbudaya, mempunyai perilaku dan benda-benda yang
bersifat nyata, misalnya pola-pola perilaku, bahasa, peralatan hidup, organisasi sosial,
religi, seni, dan lain-lain, yang kesemuanya ditujukan untuk membantu manusia
dalam melangsungkan kehidupan bermasyarakat.
Definisi Kesenian

Perkataan seni dapat ditakrifkan sebagai sesuatu yang halus iaitu kecil, elok, tipis dan
halus, enak didengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan (Kamus Dewan,
2005). Sesuatu yang dikatakan seni pula adalah suatu bentuk karya seperti
pantun, ukiran, muzik dan lain-lain lagi yang dicipta dengan bakat yang tersendiri.
Perkataan ‘seni’ jika ditambah dengan imbuhan ‘ke’ (awalan) dan ‘an’ (akhiran)
membentuk perkataan ‘kesenian’ yang membawa pengertian yang lebih luas lagi iaitu
perihal seni, yang berkaitan dengan keindahan dan ketelitian penciptaan sesebuah karya
seni tersebut. Kesenian telah menjadi identiti dan amalan yang amat penting
kepada kebudayaan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa sejak turun
temurun lagi. Dengan kepelbagaian amalan kesenian dalam masyarakat
berbilang kaum di negara ini, identiti masyarakat Malaysia yang bersifat
multikultural lebih terserlah dan dikenali ramai.

Fungsi Kebudayaan dan Kesenian

Bidang seni dan kebudayaan mempunyai tujuan tertentu. Sudah tentu kepentingan
kedua-dua bidang ini memberi manfaat kepada masyarakat keseluruhannya. Sejak
berzaman lagi, bidang seni dan kebudayaan ini telah
memainkan peranan yang amat penting kepada masyarakat Malaysia. Selain
menjadi simbol perpaduan dan sosialisasi, seni dan kebudayaan juga
merupakan aktiviti kesenggangan dan rekreasi yang amat penting dalam
kalangan masyarakat kita.

Antara fungsi-fungsi bidang seni dan kebudayaan ini adalah sebagai aktiviti riadah
masyarakat. Masyarakat kita memang gemar beriadah, khususnya apabila waktu
kelapangan. Bagi masyarakat yang tinggal di kampung, masa senggang mereka
diisi dengan aktiviti-aktiviti riadah seperti tarian, silat, muzik dan sebagainya. Mereka
mempelajari sesuatu tarian bukan sahaja untuk tujuan keriangan sebaliknya
mengisi masa lapang serta menjalin hubungan sesama mereka. Keadaan ini
dapat mengeratkan
hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti mereka. Dari sudut kesihatan,
aktiviti seumpama ini dapat memberi satu bentuk senaman dan latihan
anggota badan agar menjadi sihat dan cergas. Bagi golongan lelaki, aktiviti
bersilat juga aktiviti riadah yang baik mengasah mental, emosi serta fizikal
mereka agar sihat sejahtera.

Bagi aktiviti seni dan kebudayaan yang berkait rapat dengan agama,
seluruh penduduk dan masyarakat kampung terbabit dalam aktiviti
berkenaan. Dari sudut agama, hukumnya adalah wajib. Aktiviti-aktiviti seperti
nasyid, marhaban dan hadrah merupakan aktiviti kesenian Islam yang berkait
rapat dengan amalan keagamaan. Melalui aktiviti kesenian sebegini,
pemupukan amalan keagamaan dapat dilaksanakan secara berkesan serta
memberi keinsafan sebagai seorang Islam. Hal ini dapat mendidik ahli
masyarakat supaya akur dengan perintah agama dan mengerjakan perkara-
perkara yang wajib dan sunat.

Hubungan masyarakat adalah amat penting. Proses sosialisasi yang membabitkan


sebilangan besar masyarakat adalah perlu bagai memupuk semangat kerjasama
dan perpaduan dalam kalangan mereka. Integrasi sosial ialah proses menyatupadukan
berbagai-bagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama dengan
menghapuskan perbezaan dan identiti masing-masing. Keadaan ini merupakan
harapan bagi kebanyakan masyarakat, khasnya bagi masyarakat berbilang kaum (Ting,
1997). Proses sosialisasi ini menggambarkan hubungan etnik sosial dalam
masyarakat. Melalui aktiviti ini, perpaduan antara kaum serta sikap saling
hormat menghormati dapat dibentuk sekaligus melahirkan masyarakat majmuk yang
harmoni.

Konsep kebudayaan dan kesenian memang tidak dapat dipisahkan. Ibarat kata pepatah
Melayu, ‘bagai aur dengan tebing’ begitulah keakraban hubungan kedua-dua entiti ini.
Kepelbagaian budaya bukanlah merupakan halangan hubungan kaum di negara
ini. Masyarakat Malaysia mulai menerima kepelbagaian budaya yang diamalkan
dalam kehidupan seharian. Misalnya, amalan budaya makanan dalam masyarakat
Malaysia semakin diterima dan dikongsi secara bersama. Menururt Zaid Ahamad
et al,.(2013) semangat penerimaan kepelbagaian budaya ini sekaligus telah memajukan
masyarakat Malaysia dengan nama ‘kesatuan dalam kepelbagaian’.
Dalam konteks kebudayaan dan kesenian yang melibatkan masyarakat secara
keseluruhannya ianya banyak memberi manfaat serta penting dalam pertumbuhan
hubungan antara kaum. Melalui aktiviti-aktiviti seni dan kebudayaan ini
penglibatan masyarakat dalam memberi impak ke atas daya kecergasan fizikal, perpaduan
kaum, dan pertumbuhan ekonomi.

Penglibatan masyarakat di dalam aktiviti seni dan kebudayaan dapat


meningkatkan kecergasan fizikal. Hal ini dapat dibuktikan melalui aktiviti yang
dilakukan iaitu permainan tradisional yang melibatkan banyak pergerakan
yang ringkas tetapi mampu memberikan impak senaman ringan yang sesuai untuk
dilakukan setiap hari. Melalui aktiviti seni dan kebudayaan di Malaysia berbentuk seni
suara, seni gerak , seni rupa, dan permainan tradisional masyarakat dapat
bergerak aktif dan menggunakan tulang empat kerat sepenuhnya. Pergerakan
yang berlaku secara optimum ini bukan sahaja sebagai latihan fizikal tetapi juga
dapat menyihatkan tubuh badan dan dapat dianggap sebagai satu bentuk senaman.

Bagi kebanyakan bentuk kesenian, misalnya seni tari tidak lepas daripada pergerakan.
Suatu pergerakan yang berirama merupakan medium ekspresi individu melalui gerak-
geri berirama yang indah yang membawa kepada kecergasan fizikal. Selain itu
juga, aktiviti seperti galah panjang juga dapat meningkatkan kecergasan fizikal
masyarakat kerana apabila mereka bermain bersama dalam suasana yang gembira
dan kondusif, mereka dapat menunjukkan seratus peratus potensi diri dan seterusnya
menjamin kesihatan diri kerana aktiviti senaman seumpama ini dapat membakar kalori di
dalam badan.

Penumpuan penglibatan aktif semua golongan dalam aktiviti kebudayaan dan


kesenian juga menyumbang ke arah membangun individu secara total, mempererat
perpaduan negara serta mempertingkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia. Aspek
perpaduan kaum bukan suatu isu yang remeh-temeh. Usaha yang berterusan untuk
membangun nilai budaya yang positif dan mewujudkan satu Bangsa Malaysia adalah
penting untuk mengekalkan perpaduan negara dan keharmonian dalam mencapai
matlamat pembangunan terutamanya dalam suasana kepelbagaian etnik di Malaysia.

Bagi memupuk penghayatan yang lebih baik kepada bidang seni dan kebudayaan
ini, Program Merakyatkan Seni dan Budaya yang bertujuan untuk mendekatkan
kembali seni kepada masyarakat serta menjadikan seni sebahagian daripada
kehidupan seharian dilaksanakan. Aktiviti ini merangkumi persembahan seperti tarian
tradisional dan moden, drama dan muzik serta aktiviti berkaitan seni dan kraf dan akan
melibatkan masyarakat di kawasan bandar dan luar bandar. Program untuk mendidik dan
menghebahkan kepentingan dan penghayatan nilai budaya, seni dan warisan dalam
kalangan masyarakat diberi penekanan agar selari dengan hasrat penyatuan
kaum di negara ini dicapai. Kesemua ini amat penting kepada masyarakat bagi
menjamin hubungan kaum terus terpelihara dan negara berada dalam keadaan
aman dan sejahtera.

Dari sudut ekonomi, aktiviti kebudayaan dan kesenian juga tidak kurang penting
sumbangannya. Perkembangan semasa ekonomi global menunjukkan industri kreatif
adalah salah satu sumber penting pertumbuhan ekonomi dan percambahan
budaya di negara-negara maju. Misalnya, di Amerika Syarikat, industri ini telah
menyumbang sebanyak USD$3 trilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK). Dalam perspektif ekonomi dan sosiobudaya Malaysia, industri kreatif telah
memberi sumbangan sebanyak RM9.4 bilion kepada KDNK negara pada tahun 2008
dan berpotensi menjana ekonomi berpendapatan tinggi serta memartabatkan budaya
bangsa. Justeru, amat penting industri ini dibangunkan secara bersepadu dan
terancang melalui satu dasar dan hala tuju yang komprehensif (Kementerian
Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia, 2005).

Rumusan

Sebagai rumusan dapatlah disimpulkan bahawa aspek kebudayaan dan


kesenian amat penting kepada masyarakat di negara ini. Kedua-dua entiti ini
sememangnya berkait rapat dan sangat sinonim dengan masyarakat di negara ini yang
terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan, agama dan nilai budayanya. Perbezaan seni
dan kebudayaan bukanlah merupakan halangan satu bentuk perhubungan dan komunikasi
yang baik dan mantap sebaliknya menjadi sumber kekayaan kepada nilai seni dan budaya
masyarakat kita di mata dunia. Sifat multikultural yang dimiliki oleh masyarakat di
negara ini menjadi aset penting dalam memperkayakan khazanah seni dan
budaya malah turut menjadi daya tarikan pelancong luar. Keadaan ini telah memberi
impak positif ke atas ekonomi negara pada masa kini.
Penglibatan pelbagai lapisan masyarakat terutama golongan pelajar dalam bidang
seni dan kebudayaan ini turut memberi kesan positif terhadap pertumbuhan diri,
khususnya tahap kecergasan fizikal, aspek perpaduan kaum, dan ekonomi
masyarakat secara keseluruhannya. Keadaan ini telah melonjakkan nilai tambah (add
values) bidang seni dan kebudayaan dalam ruang lingkup masyarakat majmuk di
Malaysia, sekaligus menjadikan kedua- dua bidang ini amat penting dan terus
menyumbang terhadap pembangunan negara secara keseluruhannya. Penglibatan aktif
golongan murid di peringkat sekolah menandakan evolusi seni dan kebudayaan ini terus
berkembang dan mendapat tempat di benak sanubari golongan muda hari ini. Sejajar
dengan kepentingan bidang ini dalam mencorakkan tahap perkembangan domain
psikomotor, kognitif dan afektif masyarakat pada tahap yang optimum.

Rujukan
Fatimah Daud. (1984). Some patterns of ethnic relations in Malaysia. Asia
Profile 13(2): 117-29.
Hassan, S.H. (1994). Modul Sejarah Sebagai Alat Pendidikan. Jakarta:
Universitas Terbuka.
Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia. (2005). Kuala
Lumpur: Ministry of Culture, Arts and Heritage of Malaysia Press.
Kymlicka, W. (2002). Kewargaan Multikultural, Terjemahan Edlina Hafmini
Eddin. Jakarta: LP3ES.
Marshall, G. (pent).(1994). The Concise Oxford Dictionary of
Sociology. Oxford: Oxford University Press.
Modul QGJ3033 Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi. Tanjong Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Stavenhagen, R.(1986). Problems and Prospects of Multiethnic States. Tokyo:
United Nations University Press.
Ting Chew Peh. (1997). Konsep Asas Sosiologi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Tuan Yacob Bin Raja Mohamad. (1998).‘Gaya Komunikasi Guru Besar
Hubungan Dengan Komitmen Guru-Guru’. Majalah CERANA Jabatan
Pendidikan Negeri Johor, Bil. 3, 1998.
Zaid Ahmad, Ruslan Zainudin, Sarjit Singh, Ahmad Tarmizi Talib, Ho Hui Ling,
Lee Yok Fee. Najeemah Mohd Yusof & Nazri Muslim.
(2013). Hubungan Etnik di Malaysia. Edisi Ketiga. Selangor: Oxford
Fajar

malah turut menjadi daya tarikan pelancong luar. Keadaan ini telah memberi
impak positif ke atas ekonomi negara pada masa kini.
Penglibatan pelbagai lapisan masyarakat terutama golongan pelajar
dalam bidang seni dan kebudayaan ini turut memberi kesan positif terhadap
pertumbuhan diri, khususnya tahap kecergasan fizikal, aspek perpaduan
kaum, dan ekonomi masyarakat secara keseluruhannya. Keadaan ini telah
melonjakkan nilai tambah (add values) bidang seni dan kebudayaan dalam
ruang lingkup masyarakat majmuk di Malaysia sekaligus menjadikan kedua-
dua bidang ini amat penting dan terus menyumbang terhadap pembangunan
negara secara keseluruhannya. Penglibatan aktif golongan murid di peringkat
sekolah menandakan evolusi seni dan kebudayaan ini terus berkembang dan
mendapat tempat di benak sanubari golongan muda hari ini. Sejajar dengan
kepentingan bidang ini dalam mencorakkan tahap perkembangan domain
psikomotor, kognitif dan afektif murid di sekolah pada tahap yang optimum
juga.
Rujukan
Fatimah Daud. (1984). Some patterns of ethnic relations in Malaysia. Asia
Profile 13(2): 117-29.
Hassan, S.H. (1994). Modul Sejarah Sebagai Alat Pendidikan. Jakarta:
Universitas Terbuka.
Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia. (2005). Kuala
Lumpur: Ministry of Culture, Arts and Heritage of Malaysia Press.
Kymlicka, W. (2002). Kewargaan Multikultural, Terjemahan Edlina Hafmini
Eddin. Jakarta: LP3ES.
Marshall, G. (pent).(1994). The Concise Oxford Dictionary of
Sociology. Oxford: Oxford University Press.
Modul QGJ3033 Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi. Tanjong Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Stavenhagen, R.(1986). Problems and Prospects of Multiethnic States. Tokyo:
United Nations University Press.
Ting Chew Peh. (1997). Konsep Asas Sosiologi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

You might also like