You are on page 1of 11

1

Pengenalan
Masyarakat mengikut Kamus Dewan edisi ketiga bermaksud sekumpulan orang yang
hidup bersama di sesuatu tempat dengan cara-cara dan peraturan tertentu. Ini bermaksud
mana-mana kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu kawasan merupakan sebuah
masyarakat. Bennabi (2007) mentakrifkan masyarakat sebagai satu penyatuan antara anggota
yang mempunyai perangai dan hidup yang sama di bawah kawalan sistem undang-undang
yang sama. Fokus yang penting untuk mengenal pasti sesebuah masyarakat adalah kumpulan
manusia yang tinggal di satu kawasan yang sama di bawah sistem politik yang sama.
Masyarakat di Malaysia pula merupakan masyarakat majmuk di mana masyarakatnya terdiri
daripada pelbagai kaum dan agama.
Konsep masyarakat majmuk pertama diperkenalkan oleh J.S Furnivall hasil daripada kajian
beliau terhadap masyarakat di Burma dan Indonesia. Berdasarkan kajiannya, Furnivall
menggunakan konsep masyarakat majmuk bagi menggambarkan masyarakat yang
mempunyai dua atau lebih elemen dan susunan sosial yang hidup bersama tetapi tidak
bergaul di antara sesama mereka walaupun berada di bawah satu sistem pemerintahan politik
yang sama(Hefner,2001). Semasa zaman pemerintahan British di Tanah Melayu, dasar pintu
terbuka telah menyebabkan ramai imigran dari China, India dan Indonesia masuk ke Tanah
Melayu. Masyarakat majmuk mula terhasil kerana terdapat gabungan orang Eropah, Melayu,
Cina dan India di bawah satu sistem pemerintahan. Polisi pecah dan perintah yang diamalkan
pemerintahan British turut menyebabkan kaum-kaum di dalam masyarakat majmuk ini tidak
bergaul di antara sesama kerana pengkhususan pekerjaan dan juga tempat tinggal yang
berbeza. Kaum India banyak tertumpu di estet-estet, kaum Melayu di kampung manakala
kaum Cina ditempatkan di bandar-bandar.
Kepelbagaian kaum di Malaysia boleh dilihat dengan jelas pada hari ini. Masyarakat yang
terdiri daripada tiga kaum yang utama iaitu Melayu, Cina dan India serta etnik-etnik di Sabah
dan Sarawak mempunyai perbezaan dari segi budaya, agama dan kepercayaan serta bahasa.
Kepelbagaian kaum ini menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara yang unik dengan
budayanya yang telah bercampur aduk. Namun, kepelbagaian kaum turut menyebabkan
setiap kaum merasa disingkirkan dalam satu masa sehingga menyebabkan perbalahan dan
berlakunya sejarah terburuk di negara kita iaitu peristiwa 13 Mei 1969 dan juga pergaduhan
di Kampung Medan (Baharuddin,2008). Rentetan perkara tersebut, wujudnya dialog-dialog
yang diadakan di antara budaya, kaum, etnik dan peradaban yang bertujuan untuk
memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional.
2

Konsep Dialog.

Menurut Azizan Baharuddin dalam artikelnya yang berjudul Peranan Dialog


Peradaban Di Dalam Wacana Tamadun Malaysia(2008), dialog merupakan komunikasi di
antara dua pihak yang mempunyai perbezaan pendapat mengenai sesuatu perkara dengan
tujuan mencapai satu kata penyelesaian yang menyebelahi kedua-dua belah pihak.
Mengikutnya, dialog sebenarnya tidak berlaku bagi kebanyakkan situasi yang sering dilihat
kerana satu pihak seringkali menganggap dirinya mempunyai kebenaran mutlak dalam dialog
itu sendiri. Mengikut kajian yang dijalankan oleh Suratman dan rakan-rakan dalam kajian
mereka Tahap Dialog Peradaban: Kajian Di Kalangan Pelajar Tahun 3 Universiti Teknologi
Malaysia, dialog tidak boleh disamakan dengan debat ataupun diskusi kerana debat dan
diskusi seringkali digunakan bagi memenangkan sesuatu fakta atau pendapat di antara dua
pihak manakala dialog akan memenangkan kedua-dua pihak dan mendapat manfaat hasil
daripada dialog itu sendiri. Menurut pendapat ini, konsep budaya dialog adalah lebih sesuai
digunakan bagi membincangkan mengenai hal-hal yang boleh menimbulkan sensitiviti
sesebuah kaum di dalam masyarakat yang majmuk.

Konsep Kaum, Etnik , Budaya Dan Peradaban.


Mengikut Kamus Dewan Bahasa edisi ketiga(2002), kaum boleh ditakrifkan sebagai
puak atau suku bangsa. Di Malaysia seperti yang kita ketahui mempunyai 3 kaum yang utama
iaitu Melayu, Cina dan India. Etnik pula berasal dari bahasa Yunani ethnos yang membawa
maksud pengertian bangsa atau orang. Kelompok etnik turut dikatakan mampu berkembang
biak dan tahan lama. Prof. Dr Alo Liliweri (2005) dalam bukunya menyimpulkan bahawa
etnik atau kelompok etnik merupakan sebuah kelompok yang mempunyai persamaaan dari
segi kebudayaan dan sejarah yang sama dimana budaya sesuatu etnik itu adalah berbeza
dengan kumpulan etnik yang lain. Selain daripada kebudayaan dan sejarah yang sama,
sesuatu kelompok etnik juga mempunyai bahasanya yang tersendiri, agama dan juga
amalannya. Peradaban pula didefinisikan sebagai keadaan serta tingkat kemajuan pada
kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau tamadun.

Kelebihan Budaya Dialog.


Budaya dialog sama ada di antara kaum, etnik, budaya atau peradaban, tujuannya
adalah sama iaitu untuk memperkukuhkan jalinan perpaduan dan integrasi nasional
masyarakat di Malaysia. Peristiwa yang lalu seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah
3

memberi impak yang besar dan menyedarkan para pemimpin kita agar memandang serius
sebarang isu yang boleh mendatangkan konflik di dalam masyarakat. Di dalam mengatasi
perselisihan faham yang timbul khususnya dalam masyarakat yang berbilang agama dan
bangsa seperti di Malaysia, dialog-dialog antara kaum mula dijalankan bagi menyatukan
masyarakat. Keamanan tidak akan dapat dikekalkan jika masyarakat saling berbalah di antara
sesama (Haji Ahmad,R.2005).
Bagi mengekalkan keamanan di antara pelbagai kaum, pelbagai langkah telah dilaksanakan
antaranya dialog di antara dua pihak. Sesuai dengan perkembangan semasa, timbulnya
semangat di kalangan masyarakat untuk mengamalkan budaya dialog dan memandangnya
sebagai satu langkah untuk berkongsi pendapat(Suratman.2007)
Untuk dialog menjadi satu mekanisme perpaduan yang berkesan, pihak yang terlibat perlu
mempunyai pendedahan ilmiah yang mantap agar penilaian yang tepat dapat dibuat di
samping dapat meneruskan kesepaduan dan persefahaman dalam masyarakat khasnya
(Baharuddin). Jika pihak-pihak yang terlibat untuk berbincang dalam dialog antara
kaum/etnik/budaya/peradaban tidak mempunyai mentaliti dan kefahaman yang menyeluruh
terhadap topik ataupun focus yang ingin dibincangkan maka tidak mustahil akan berlakunya
perselisihan faham antara pihak yang terlibat.

Dialog kebudayaan boleh juga dimanifestasikan menerusi acara kesenian, hiburan


dan kesukanaan. Sebagai contoh, persembahan kesenian dan hiburan yang dianjurkan
secara bersama bagi berkongsi keunikan kebudayaan masing-masing. Begitu juga menerusi
pertandingan sukan persahabatan yang bertujuan untuk meningkatkan hubungan kekitaan
dan bukan kerana merebut sesuatu hadiah lumayan.

(Muhd. Razak, Berita Harian 2006)


Berdasarkan petikan di atas, budaya dialog tidak hanya terhad kepada perbincangan rasmi
antara dua pihak tetapi juga boleh dilaksanakan menerusi pelbagai acara kesenian, hiburan
dan juga kesukanan. Persembahan kesenian dan juga hiburan yang dianjurkan bersama
dengan tujuan untuk berkongsi kebudayaan masing-masing merupakan salah satu contoh
dialog budaya. Kelebihan mengamalkan budaya dialog dengan cara ini adalah ia adalah
fleksibel di mana pihak-pihak yang terlibat tidak semestinya perlu duduk bersama di satu
meja dan mula menghuraikan buah fikiran masing-masing. Persembahan kesenian,
kebudayaan dan kesukanan yang dilakukan merupakan salah satu langkah yang lebih kreatif
dalam melaksanakan budaya dialog.

Tujuan dialog diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelbagai kaum untuk
berinteraksi dengan sihat dan mengamalkan nilai toleransi dalam hidup dalam masyarakat
4

majmuk. Adalah penting untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu dan
sentiasa bertolak ansur agar sebuah negara bangsa dapat dilahirkan seiring dengan Wawasan
2020. Cabaran utama yang perlu ditangani bagi membolehkan Malaysia mencapai status
negara bangsa adalah dengan menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum. Ini juga
merupakan salah satu kelebihan budaya dialog di mana perbincangan antara dua pihak
semasa dialog budaya/etnik/kaum/peradaban berlaku, kedua-dua pihak akan mendapat
manfaat melalui win-win situation.

Kelemahan budaya dialog.


Terdapat beberapa kelemahan yang disebabkan oleh dialog budaya. Salah salah satu
antaranya adalah boleh menyebabkan perbalahan atau perselisihan faham apabila ada pihak
yang gagal memahami erti sebenar budaya dialog diadakan. Jika pertukaran dialog yang
berlaku gagal memahami dan mengikuti etika dialog, akan berlakunya konflik kerana pihak
yang terlibat tidak mempunyai pengetahuan yang luas dan pemahaman yang menyeluruh
tentang bagaimana budaya dialog sebenarnya bertujuan untuk memenangkan kedua-dua
pihak yang terlibat tanpa memihak kepada satu pihak sahaja. Dialog di antara dua pihak
boleh menimbulkan ketidakpuashatian jika perkongsiannya hanya tertumpu kepada satu
pihak sahaja. Jika masyarakat tidak memahami konsep budaya dialog pada asasnya, ia akan
menjadi lebih sukar untuk menyatupadukan pelbagai kaum bagi mencapai negara bangsa
seperti yang diwar-warkan oleh para pemimpin negara kita.

Salah satu cabaran lagi yang membawa kepada kelemahan budaya dialog adalah sikap
perkauman yang melampau sehinggakan budaya dialog tidak dapat dilaksanakan dengan
aman. Jika satu pihak yang terlibat dalam dialog tidak dapat mengetepikan perasaan
perkauman yang melampau terhadap pihak yang lain dan membuka minda untuk menerima
perubahan, maka perbincangan yang sepatutnya berakhir dengan kedua-dua pihak mendapat
manfaat masing-masing tetapi menyebabkan berlakunya perbalahan yang akan menegruhkan
lagi keadaan di dalam masyarakat khasnya,

Mufti Negeri Perlis, Datuk Murshid Diraja Dr Juanda Jaya berkata dialog ini juga
perlu dijalankan dengan cara dan adab yang paling baik seperti berdialog dengan fakta,
data yang betul dan tidak dibuai dengan emosi
(Sharif, A.Astro Awani Online)

Dialog yang tidak dilakukan dengan adab tertib yang baik dengan menggunakan data-data
yang betul serta diganggu dengan perasaan perkauman yang melampau akan meracuni
keindahan yang cuba dicapai oleh dialog terutamanya dalam mengekalkan perpaduan di
5

antara masyarakat yang berbilang kaum. Menurut Baharuddin (2008), dialog bukanlah satu
tempat atau peluang di mana kritikan dibuat ke atas pihak yang lain. Kritikan yang dibuat
bukan sahaja akan membawa kepada pergaduhan tetapi akan menggagalkan sebab utama
budaya dialog diadakan pada mulanya.

Cadangan memperbaiki pelaksanaan budaya dialog.

Menurut Mohd Balwi dalam kajiannya Pendidikan Ketamadunan dan Cabaran Pembinaan
Bangsa Malaysia , budaya dialog boleh dipertingkatkan pelaksanaannya jika masyarakat
mempunyai tahap pemikiran tinggi dalam pelbagai isu dan membina kefahaman yang
mendalam terutamanya dalam perkara yang melibatkan :
kefahaman terhadap realiti diri dan bangsa,
kefahaman terhadap kekuatan setiap budaya dan warisan ketamadunan masing-
masing,
menggunakan kekuatan pemahaman ini untuk mengharungi cabaran globalisasi dan
pembinaan negara menjadi negara maju pada tahun 2020

Melihat kepada perkara yang diketengahkan oleh Mohd Balwi, kefahaman terhadap realiti
dan bangsa; sejauh manakah masyarakat majmuk di negara kita mempunyai kefahaman
bahawa kepelbagaian kaum yang ada di Malaysia merupakan ciri-ciri utama yang membina
negara itu sendiri dan betapa pentingnya untuk setiap kaum memahami bahawa merekalah
yang mendefinisikan bangsa Malaysia. Jika masyarakat tidak dapat bersatu padu di bawah
sistem pemerintahan yang sama, maka ia akan menjadi lebih sukar untuk menjadikan
sesebuah negara bergerak maju ke hadapan. Masyarakat perlu menyedari kepentingan
mempunyai sikap toleransi kerana hidup di dalam persekitaran di mana terdapat pelbagai
kaum, agama dan bangsa dan perlu menghormati di antara satu sama lain.
Aspek kedua, iaitu memahami kekuatan setiap budaya dan ketamadunan masing-masing
adalah masyarakat mengakui bahawa kepelbagaian kaum di Malaysia melahirkan
kebudayaan yang berbeza-beza. Setiap kaum utama di Malaysia mempunyai ketamadunan
yang mempunyai sejarahnya masing-masing. Selama ini, pelbagai kebudayaan daripada
kaum yang berbeza telah membentuk identitinya yang tersendiri dan telah dilihat oleh seluruh
dunia. Budaya dialog akan dapat diperbaiki pelaksanaannya jika anggota masyarakat
memahami sudah bertahun-tahun lamanya kepelbagaian kaum wujud di negara kita dan kita
6

sebagai satu negara bangsa perlu menjaga integriti nasional kita yang merangkumi
kebudayaan yang bercampur aduk hasil gabungan kaum-kaum yang berlainan.
Aspek ketiga pula melihat kepentingan tahap pemikiran yang tinggi dalam budaya dialog di
mana cabaran globalisasi akan dapat ditempuh oleh masyarakat. Apabila masyarakat rata-rata
dapat menggunakan tahap pemikiran yang tinggi dalam berdialog, perpaduan akan dapat
dikekalkan walaupun terdapat kepelbagaian yang boleh membawa kepada perselisihan
faham. Namun, ini tidak akan berlaku sebaliknya cabaran yang pertama dalam Wawasan
2020 iaitu mewujudkan sebuah negara yang bersatu, aman,berintegrasi di peringkat wilayah
dan kaum ,saling bekerjasama dan mempunyai kesetiaan terhadap negara akan dapat dicapai
(Abd Razak,2009).

Salah satu cara yang boleh digunakan untuk memperbaiki pelaksanaan budaya dialog adalah
dengan mewujudkan lebih banyak pusat dialog peradaban di seluruh negara bagi
menyampaikan kepentingan mengamalkan budaya dialog di dalam masyarakat. Terdapat
beberapa pusat dialog yang telah ditubuhkan tetapi bagi menggalakkan perkembangan
budaya dialog secara sihat dan membina, pusat dialog antara kaum,etnik, budaya dan
peradaban boleh dibina di seluruh negara untuk kegunaan masyarakat.

Di antara pihak yang banyak menjalankan usaha dialog termasuklah INMIND,


Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya, Akademi Pengajian Peradaban, Institut
Kefahaman Islam, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, Malaysian Interfaith Network
dan beberapa jabatan dan NGO yang lain. Peluang menyatakan/mendialogkan nilai/konsep
teras mestilah jangan di bazirkan.
(Baharuddin,2008)
Pelbagai usaha untuk mempromosikan budaya dialog di kalangan masyarakat di Malaysia
amat perlu diteruskan sepanjang masa untuk menjadikan amalan berdialog secara sihat
menjadi salah satu kebiasaan di dalam masyarakat pelbagai kaum. Selain itu, pelbagai jenis
dialog boleh diadakan agar masyarakat dapat memperkaya fahaman budaya masing-masing
dengan mempraktikkan nilai-nilai dan tradisi dalam konteks pergaulan harian seperti bekerja
dan bersekolah. Pendekatan budaya dialog ini juga boleh diketengahkan dari bangku sekolah
lagi agar anak-anak dapat menerapkan sentimen penyatuan kaum dari umur yang muda. Jika
anak muda boleh memahami kefahaman mengenai pelbagai budaya di Malaysia dari awal,
maka perpaduan akan dapat dikukuhkan.

Kesimpulan.
7

Kesimpulannya di sini, disebabkan Malaysia merupakan sebuah negara di mana


masyarakatnya berbilang kaum dan agama, adalah penting bagi budaya dialog di antara
kaum/etnik/budaya dan peradaban diadakan bagi mengukuhkan lagi perpaduan dan integrasi
nasional seterusnya dapat merealisasikan hasrat pemimpin untuk membina negara bangsa
yang dipandang tinggi di mata dunia. Setelah membincangkan mengenai konsep budaya
dialog secara terperinci, kita dapat melihat bahawa budaya dialog di antara kaum, etnik,
budaya dan peradaban lebih banyak menjurus kepada kebaikan daripada keburukan jika
masyarakat masing-masing mengambil peranan dalam menitikberatkan soal perpaduan
negara kita. Antara kelebihan yang menjadi fokus adalah keupayaan budaya dialog antara
kaum, etnik, budaya dan peradaban untuk menjadi mekanisme penyatuan masyarakat dan
menjadi batu loncatan dalam menjadikan Malaysia sebuah negara bangsa seperti yang
termaktub dalam Wawasan 2020 oleh mantan Perdana Menteri kita. Walaupun tidak
dinafikan terdapat juga beberapa kelemahan yang akan timbul dalam pelaksanaan budaya
dialog, namun keberkesanan budaya dialog untuk menjadi mekanisme penyatuan kaum
bergantung kepada anggota masyarakat itu sendiri dan bagaimana mereka menggunakan akal
yang telah diberikan untuk menjaga keamanan negara walaupun terdapat pelbagai kaum yang
berbeza agama dan budaya. Walaupun budaya dialog di negara kita tidak asing lagi, namun
penambahbaikan boleh dilaksanakan bagi mempromosikan kepentingan mengamalkan
budaya dialog. Antara cadangan penambahbaikan adalah masyarakat mempunyai tahap
pemikiran yang tinggi dalam berdialog antara sesama, mewujudkan lebih banyak pusat dialog
peradaban di seluruh negara dan juga memperkenalkan budaya dialog kepada anak-anak
muda dari bangku sekolah agar sentimen perpaduan dapat diterapkan dalam masyarakat.
Faktor kepelbagaian kaum di negara kita ini adalah ciri-ciri yang menjadikan negara kita
unik. Disebabkan itulah, budaya dialog antara kaum, etnik, budaya dan peradaban penting
bagi menyatupadukan bangsa Malaysia dan membentuk integriti nasional yang menjadi
kebanggaan negara dan seterusnya boleh mengangkat martabat negara di mata dunia.

[2240 patah perkataan]


8

Rujukan

Buku
Bennabi, M.2007.Asal usul Masyarakat Manusia:Rangkaian Hubungan Sosial.
Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Faaland,J.Parkinson,J & Saniman, R.2005.Dasar Ekonomi Baru: Pertumbuhan Negara Dan
Pencapaian Ekonomi Orang Melayu. Kuala Lumpur. Utusan Publications
Haji Ahmad,R .2005.Patriotisme Malaysia Penangkis Neoimperialisme. Kuala Lumpur
Utusan Publications
Hefner, R.W.2001.The Politics of Muticulturalism Pluralism and Citizenship in
Malaysia,Singapore and Indonesia. USA .University of Hawaii Press
9

Liliweri,A.2005.Prasangka & Konflik:Komunikasi Lintas Budaya Masyarakat


Multikultur.LKiS Yogyakarta.Yogyakarta

Artikel Suratkhabar & Majalah

Idris.M.R.19 April 2006.Memasyarakatkan Budaya Dialog.Berita Harian diambil pada


8 Mac 2014 dari http://razak.wordpress.com/2006/05/30/memasyarakatkan-budaya
dialog/
Institut Kefahaman Islam, & Malaysia. 2005. Malaysia: sebuah negara Islam. Terbitan
IKIM.
Haji Abdullah, F. 2009. Cabaran atasi kepelbagaian. Majalah Mingguan
Sharif, A.16 Januari 2014. Budaya Dialog antara agama perlu dihidupkan .
Retrieved 10 March 2014 from http://www.astroawani.com/news/show/budaya-
dialog-antara agama-perlu-dihidupkan-28371?cp

Kajian

Mohd. Balwi, M.K.& Hassan, Z. Pendidikan Ketamadunan dan Cabaran Pembinaan Bangsa
Malaysia : Sejauhmanakah Ia mampu Memupuk Nilai-Nilai Jati diri, Persamaan,
Toleransi,Persefahaman dan Kejayaan di Kalangan Pelajar Universiti . Satu
Perbincangan.Universiti Teknologi Malaysia

Suratman,A.S.,Ripin,M.N.,Awang,R.,Sayed Ahmad,S.M.,& Haron,Z.2007. Tahap Dialog


Peradaban: Kajian Di Kalangan Pelajar Tahun 3 Universiti Teknologi Malaysia.
Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial Universiti Teknologi Malaysia

Jurnal

Abd Razak,M.R.2009.Pembinaan Negara Bangsa Malaysia:Peranan Pendidikan Sejarah


dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. JEBAT 36 (2009) 90-106
Baharuddin, A. 2008.Peranan Dialog Peradaban Di Dalam Wacana Tamadun Malaysia.
Jurnal Peradaban. Jilid 1
Khairi, A. 2011. Konsep 1Malaysia dan cabaran pelaksanaannya ke arah pemantapan
10

perpaduan sebuah bangsa-bangsa. Sosiohumanika 4 (1)

KANDUNGAN

mukasurat

Pengenalan 1

Konsep Dialog 2

Konsep Kaum, Etnik , Budaya Dan Peradaban 2

Kelebihan Budaya Dialog 3-4


11

Kelemahan Budaya Dialog 4

Cadangan memperbaiki pelaksanaan budaya dialog 5-6

Kesimpulan 7

You might also like