You are on page 1of 2

KERTAS KERJA PROJEK TAMAN MINI HERBA

PERSATUAN PANDU PUTERI


SMK BONGKOL, PITAS

1.0 PENDAHULUAN

Persatuan Pandu Puteri SMK Bongkol, Pitas ingin melaksanakan projek Taman Mini
Herba pada tahun 2020. Usaha ini merupakan salah satu cara untuk melibatkan pelajar
daripada Persatuan Pandu Puteri sekolah ini di dalam program 1 Murid 1 Projek di bawah
unit Kokurikulum. Taman Mini Herba ini akan diusahakan oleh ahli-ahli persatuan di bawah
seliaan guru-guru penasihat Persatuan Pandu Puteri.

2.0 MATLAMAT PROJEK

 Melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif dan berdaya saing bukan sahaja
dari segi akademik tetapi juga dari segi kokurikulum.
 Menerapkan nilai-nilai murni dalam melaksanakan projek secara berkumpulan.

3.0 OBJEKTIF

Objektif kertas kerja ini adalah untuk:


1. Mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbir untuk melaksanakan projek
Taman Mini Herba.
2. Mendapatkan peruntukan yang diperlukan bagi melaksanakan projek Taman Mini
Herba.

4.0 TARIKH PERLAKSANAAN

Januari - Jun 2020

5.0 TEMPAT

Kawasan Makmal Komputer SMK Bongkol

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Jumlah Kos


1. Cangkul (2 Unit) RM 50
2. Pencakar (1 unit) RM 15
3. Biji Benih RM10
4. Baja RM45
5. Tanah Hitam RM 50
6. Parang (1 unit) RM30
JUMLAH RM200
7.0 PENUTUP

Program Taman Mini Herba ini merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang
oleh Persatuan Pandu Puteri SMK Bongkol bagi tahun 2020. Sehubungan dengan itu,
kertas kerja ini telah dirancang untuk mencapai matlamat tersebut. Diharapkan cadangan
yang dikemukakan akan mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak pentadbiran
sekolah agar projek ini dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Disediakan oleh:

(Grace Raymond)
Guru Penasihat Persatuan Pandu Puteri
SMK Bongkol

You might also like