You are on page 1of 21

PROGRAM SEKOLAH LESTARI SEKOLAH JENIS 2017

KEBANGSAAN YUK CHAI


Pendahuluan

Latar belakang Sekolah

Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina ) Yuk Chai ditubuhkan


pada tahun 1939 di Setapak Kuala Lumpur.Pada tahun
1970-an ,sekolah berpindah ke Kampung
Chempaka ,Petaling Jaya. Pada tahun 1984, demi
memenuhi jumlah murid yang semakin meningkat,sekolah
sekali lagi berpindah ke Jalan SS25/1,Taman Megah iaitu
alamat sekarang.

SJKC Yuk Chai dikategorikan sebagai sebuah sekolah rendah harian di puat Bandar Petaling
Jaya. Keluasan keseluruhan kawasan ialah 5.11 hektar yang meliputi 5 buah bangunan 48 bilik
darjah ,sebuah dewan sekolah ,sebuah Auditorium .

Detik-detik sejarah SJK(C) Yuk Chai bermula pada tahun 1939. Pada masa itu murid-murid
ditempatkan di sebuah tokong di Setapak, Kuala Lumpur. Oleh kerana bilik darjah yang sedia
ada tidak dapat menampung keperluan bilangan murid yang semakin meningkat, maka atas
usaha gigih Lembaga Pengurus Sekolah serta pemimpin masyarakat setempat berjaya membina
sebuah bangunan baru yang mengandungi beberapa buah bilik darjah

Pada tahun 1957, pihak sekolah diberi status sekolah bantuan kerajaan. Pada masa yang sama,
segala kelengkapan sekolah dapat dipertingkatkan. Kemasukan murid juga bertambah dengan
pesatnya.

Atas sebab pemidahan bandar oleh pihak kerajaan tempatan, SJK(C) Yuk Chai terpaksa
mengalami suatu proses pemindahan. Bangunan sekolah baru yang mengandungi 6 buah bilik
darjah, sebuah pejabat Guru Besar telah siap dibina. Pihak kerajaan telah meluluskan peruntukan
untuk pembinaan tandas murid lelaki dan tandas murid perempuan.

1
PROGRAM SEKOLAH LESTARI SEKOLAH JENIS 2017
KEBANGSAAN YUK CHAI
Kemasukan murid mulai meningkat pada tahun 1975, pihak Lembaga Pengurus Sekolah serta
PIBG berganding bahu membina 3 buah bilik darjah yang baru. Tanggal Ogos, 1978, atas daya
usaha sendiri, pihak sekolah dapat menyempurnakan pembinaan sebuah bilik darjah serta sebuah
gelanggang bola keranjang yang berkonkrit. Pada masa yang sama, kawasan sekolah juga
dipagari demi keselamatan murid-murid.

Untuk perkembangan sekolah jangka panjang, pihak sekolah perlulah mencari suatu tapak yang
luas. Kebetulan pada masa itu, Kumpulan Hong Leong bermurah hati menderma sebidang tanah
yang seluas 6 ekar bagi tujuan pembinaan sekolah baru di Taman Megah. Pihak sekolah juga
bertuah mendapat peruntukan sebanyak RM300,000.00 daripada Timbalan Menteri
Perdangangan dan Industri YB Encik Liew Sip Hon. Pada Jun 1981, sebuah bangunan yang
bertingkat tiga yang mempunyai 15 buah bilik darjah telah siap dibina di Taman Megah.

Sejak berpindah ke Taman Megah, bilangan murid bertambah dengan pesat. Bilangan murid
pada tahun 1980 melebihi 800 orang. Pada tahun 1984 bertambah kepada 1,305 orang, tahun
1993 pula bertambah ke 2,240 orang. Pada tahun 2000, bilangan murid bertambah dengan ketara,
iaitu mencatat rekod sebanyak 3200 orang murid.

Pihak Lembaga Pengurus Sekolah telah mempunyai visi untuk mempertingkat segala
kelengkapan sekolah utnuk menampung keperluan murid-murid yang semakin meningkat. Blue
print pembinaan sekolah secara bersistematik telah diperancangkan.

Pada tahun 1983, pihak Lembaga Pengurus Sekolah dan PIBG telah melancarkan Kempen
Kutipan Dana Pembinaan Satu Bangunan yang mempunyai 18 buah bilik darjah. Projek
pembinaan ini mendapat sambutan yang hangat daripada ibu bapa dan masyarakat setempat.
Projek ini disempurnakan pada tahun 1984.

2
PROGRAM SEKOLAH LESTARI SEKOLAH JENIS 2017
KEBANGSAAN YUK CHAI
Pihak Lembaga Pengurus Sekolah berserta PIBG sekali lagi bergabung tenaga menganjurkan
Kempen Kutipan Tabung Pembinaan Sebuah Dewan Serbaguna pada tahun 1988. Dewan ini siap
dibina pada tahun 1989.

Projek pembinaan lain-lain termasuk pembinaan 12 buah bilik darjah, sebuah bilik sains, sebuah
gelanggang bola keranjang dan tempat letak kereta. Kos pembinaannya kira-kira RM 1,000,000.
Kesemuanya mendapat kelulusan peruntukan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia pada
tahun 2000.

Menjelang tahun 2006, suatu projek membina semula kantin dan memperbesarkan bangunan
pentadbiran yang bertingkat lima yang mengandungi kemudahan lain seperti makmal komputer
dan multimedia, bilik mesyuarat dan auditorium yang berhawa dingin. Projek tersebut menelan
belanja kira-kira RM 5,000,000.00.

Menjelang tahun 2010, bilangan murid telah mencapai 3,300 orang. Pihak sekolah telah
memperbesarkan dan melengkapkan dewan dengan kemudahan penghawa dingin, membina
bangunan empat tingkat yang terdiri daripada 12 buah bilik darjah untuk tujuan menjalankan
kokurikulum, mempertingkat kemudahan padang serta mengindahkan kawasan sekolah.

Pada tahun ini Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina ) Yuk Chai mempunyai 159 orang tenaga
pengajar dan 3283 orang murid yang diterajui oleh Encik Chew Hock Jin sebagai Guru Besar.

Gambar-gambar di bawah ini menunjukkan perubahan image sekolah dari tahun 1990 hingga
tahun 2017

3
PROGRAM SEKOLAH LESTARI SEKOLAH JENIS 2017
KEBANGSAAN YUK CHAI

Pembinaan Coridor
antara
block B dan block C

Pembinaan
Gelanggan
Bola keranjang
berbumbung.

Pembinaan Block E
Dan projek tanam
rumput untuk
menjadi
padang bola sepak.

Keceraian landskap
Sekolah dengan
menambah
bilangan
Pokok .

4
PROGRAM SEKOLAH LESTARI SEKOLAH JENIS 2017
KEBANGSAAN YUK CHAI

Pembinaan Dewan
Besar pada
tahun 1989.

1. PENGENALAN

Definisi Sekolah Lestari :


Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar dengan
menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan
penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep
pembangunan lestari.

Definisi Pendidikan Alam Sekitar ialah:


Pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana
alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan
di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan
untuk alam sekitar.
(Petikan dari Buku Asas Pembentukan Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar muka surat 7)

Dalam usaha pembentukan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yuk Chai menjadi alam yang
layak bergelar sebagai Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar, pihak sekolah kami
memberi tumpuan kepada 4 komponen berikut:

Pengurusan

Kurikulum

Kokurikulum

5
PROGRAM SEKOLAH LESTARI SEKOLAH JENIS 2017
KEBANGSAAN YUK CHAI

Penghijauan

Rajah 1:4 komponen dalam pembentukan sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar

2. Objektif Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar


Dalam usaha ke arah sekolah lestari anugerah alam sekitar dibentuk bagi mencapai objektif
berikut:
a. Memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah;
b. Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar;
c. Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan;
d. Meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan
pendidikan alam sekitar; dan
e. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang
mempraktikkan amalan hidup lestari.

Rajah 2 Interaksi Progam Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar dengan Pelbagai pihak

MASYARAKAT

6
PROGRAM SEKOLAH LESTARI SEKOLAH JENIS 2017
KEBANGSAAN YUK CHAI

M M

A A

S S
PENGURUSAN
Y Y
KURIKULUM
A A
KOKURIKULUM
R R
PENGHIJAUAN
A A

K K

A A

T T

KOMUNITI SETEMPAT KOMUNITI SETEMPAT

MASYARAKAT

Rajah di atas menunjukkan Sekolah Lestari -AnugerahAlam Sekitar di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)
Yuk Chai bertujuan untuk membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemuliharaan dan
pemeliharaan alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum,kokurikulum dan penghijauan.

3. KOMPONEN PENGURUSAN

Guru besar dan barisan pentadbir di bawah pimpinannya memainkan peranan penting sebagai penggerak
utama dalam pembentukan dan pengurusan ke arah sekolah lestari alam sekitar. Encik Chew Hock jin,
guru besar SJKC Yuk Chai telah menetapkan Visi dan Misi sekolah lestari :
Visi Sekolah Lestari
Menjadikan SJKC Yuk Chai Sebuah Sekolah Hijau

Misi Sekolah Lestari


Mengimplementasikan Elemen Penghijauan Sekolah Dalam Budaya Sekolah

Objektif Sekolah Lestari


-meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah

7
PROGRAM SEKOLAH LESTARI SEKOLAH JENIS 2017
KEBANGSAAN YUK CHAI
-memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah
-mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
-mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang
mempraktikkan amalan hidup lestari

Pihak pengurusan telah menyusun perancangan strategik dan pelan tindakan untuk pelaksanaan
kelestarian alam sekitar 2016 2020 yang diharapkan dapat memupuk unsur-unsur pendidikan
dan kesedaran serta kepentingan menjaga alam sekitar di kalangan murid SJKC Yuk Chai.
Dengan itu pihak pengurusan sekolah telah berusaha untuk :

1. Menjadikan pendidikan alam sekitar sebahagian daripada perancangan kurikulum dan


kokurikulum tahunan sekolah.

2. Menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Lestari yang terdiri daripada pentadbir, ahli PIBG, guru,
kakitangan sokongan dan wakil pelajar.

3. Mewujudkan dan memantapkan koleksi bahan bacaan, rujukan dan multimedia alam sekitar di
pusat sumber sekolah .
4. Menyediakan sudut maklumat alam sekitar di bilik darjah dan kawasan tertentu sekolah.
5. M e n y e b a r k a n m e s e j a l a m s e k i t a r d a l a m perhimpunan .
6. Memberikan pendedahan mengenai nilai-nilai alam sekitar kepada ahli PIBG dan
memperuntukan kewangan yang mencukupi dari tabung PIBG untuk membiayai program
pendidikan alam sekitar.
7. Menganjurkan bengkel, ceramah dan kursus alam sekitar kepada warga sekolah.
8. Menganjurkan dan melaksanakan kempen kesedaran pendidikan alam sekitar.
9. Mengadakan dan mengimplementasikan peraturan sekolah yang berkaitan dengan alam sekitar.
10. Memastikan pihak pengusaha kantin melaksanakan amalan mesra alam dan menguruskan
pelupusan bahan buangan secara terancang.
11. Memberikan pengiktirafan kepada individu atau kumpulan yang menyumbang dan terlibat secara
aktif dalam melaksanakan program pendidikan alam sekitar .

8
PROGRAM SEKOLAH LESTARI SEKOLAH JENIS 2017
KEBANGSAAN YUK CHAI
12. Merancang aktiviti penyebaran maklumat kepada masyarakat setempat untuk meningkatkan
kesedaran alam sekitar .
Di bawah pengurusan sekolah, beberapa aktiviti telah dilaksanakan di seluruh kawasan sekolah
seperti pejabat, bilik guru, makmal, bengkel, kantin, tandas, tempat pelupusan sampah dan
kawasan lapang. Amalan kerjasama sekolah dengan pelbagai pihak seperti Persatuan Ibu bapa
dan Guru (PIBG), bekas pelajar, masyarakat setempat, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan
adalah perlu untuk menjayakan aktiviti Sekolah Lestari.
Kelestarian program ini bergantung kepada komitmen penglibatan semua pihak dalam
membudayakan amalan hidup lestari. Pembangunan keupayaan ( kesedaran , kebolehan dan
kemahiran ) secara berterusan memerlukan perancangan dan latihan strategik untuk
memantapkan proses pelaksanaan , penilaian dan pemantauan dari barisan pengurusan sekolah .

Secara dasarnya program ini merupakan payung kepada semua aktiviti -aktiviti berasaskan alam
sekitar di sekolah seperti :

1. Projek Riadah Alam Sekitar (PRIAS)


2. Projek Wira Alam
3. Program Eco -Youth
4. Program RE & EE (Renewable Energy & Energy Efficiency)
5. Program Keceriaan Taman
6. Program 3K (Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan)
7. Program KitS (Kitar Semula)
8. Kem Kesedaran Alam Sekitar

Program ini bertujuan untuk membantu sekolah memperkukuhkan program -program pendidikan
alam sekitar yang sedia ada. Program ini juga berkonsepkan pendekatan menyeluruh yang
melibatkan semua lapisan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak
swasta dan badan bukan kerajaan.

Gambar di bawah ini menunjukkan Payung Kepada Alam Sekitar-Program Yang


Dijalankan di Sekolah Jenis Kebangsaan Yuk Chai

9
PROGRAM SEKOLAH LESTARI SEKOLAH JENIS 2017
KEBANGSAAN YUK CHAI

Carta Organisasi Jawatankuasa Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar


Peringkat Sekolah

PENERUSI
Chew Hock Jin
(GURU BESAR SEKOLAH)

PENASIHAT
Sze Toh Wu Pin
( YDP PIBG)

JAWATANKUASA PELAPORAN
SEKOLAH LESTARI-ANUGERAH
10
ALAM SEKITAR
Sze Toh Wu Pin
PROGRAM SEKOLAH LESTARI SEKOLAH JENIS 2017
KEBANGSAAN YUK CHAI

Wakil Guru ,Pelajar dan Kakitangan Sekolah


Tan Chee Hoe ( Wakil Ibu Bapa)
Lee Chee Woon (Pembantu Perpustakaan)
Mong Kian Chong ( Wakil Guru)
Siti Hafidza Bt Mohd Hadzir ( Kerani Kewangan)
Ee Khai Jun ( Wakil Murid )

JAWATANKUASA JAWATANKUASA JAWATANKUASA JAWATANKUASA


PENGURUSAN KURIKULUM KOKURIKULUM PENGHIJAUAN

Wong Poh Cheng Goh Shu Yee Chan Lay Fong Chew Soe Hong
Chong Wei Ting Tan Hooi Tee Lee Xie Yi Kee Yee Fen
Lim Pee Hun Lee Sui Lui Hu Chie Ping Lau Sook Ching
Ng Yoke Chan Low Chao Qin Lim Lay Hui Hu Yoke Wan
Low Lay Ching

4. KOMPONEN PENGHIJAUAN

Penghijauan menekankan inisiatif untuk meningkatkan mutu persekitaran dan menjadi


pelengkap kepada program keceriaan sekolah yang sedang dilaksanakan. Penghijauan tidak terhad
kepada aktiviti menanam pokok sahaja tetapi juga merangkumi amalan penjimatan elektrik dan
air, pengurusan sampah, penggunaan dan pengitaran semula sesuatu sumber dengan bijaksana.

Strategi Dan Pelan Tindakan Penghijauan di SJKC Yuk Chai

KOMPONEN PENGHIJAUAN

11
PROGRAM SEKOLAH LESTARI SEKOLAH JENIS 2017
KEBANGSAAN YUK CHAI

Strategik
Strategik Strategik
Pengurusan
Penghijauan Budaya
Sumber
Kawasan Mencintai
Cekap &
Sekolah Alam
Jimat

Pelan Tindakan Pelan Tindakan


4P 4B Pelan Tindakan
4M

Penambahbaikan taman Berhemah guna elektrik Menjaga kebersihan taman


Pemeliharaan tanaman Bijak guna air Menyayangi taman

Pemuliharaan tanaman Bijak guna tong sampah Menghargai tanaman


Bijak membuat keputusan Menyumbang ke arah kehijauan
Penambahan taman

5. KOMPONEN KURIKULUM
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menekankan penerapan pendidikan alam sekitar
merentas kurikulum. Unsur tentang, melalui dan untuk alam sekitar serta nilai murni alam sekitar
diterap dengan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran di
sekolah.
Apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan kurikulum pendidikan alam sekitar?

Pendidikan alam sekitar adalah satu proses pembelajaran yang berupaya meningkatkan
pengetahuan dan kesedaran manusia tentang alam sekitar serta mengukuhkan pemikiran

12
PROGRAM SEKOLAH LESTARI SEKOLAH JENIS 2017
KEBANGSAAN YUK CHAI
kritikal,kemahiran penyelesaian masalah dan membuat keputusan yang efektif. Ia juga mengajar
individu untuk menilai pelbagai isu alam sekitar supaya dapat membuat keputusan yang
bermakna dan bertanggungjawab.

Pendidikan Alam Sekitar Merentasi Kurikulum

Matlamat Pendidikan Alam Sekitar adalah untuk membentuk pelajar yang lebih peka dan
prihatin terhadap isu-isu alam sekitar. Di samping itu, pendidikan alam sekitar juga
membolehkan murid memperolehi pengetahuan, kemahiran,nilai dan komitmen untuk berusaha
dan bertindak secara individu atau bersama ke arah penyelesaian isu-isu alam sekitar.

Pendekatan Pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar

Menurut palmer dan Neal ( 1994), terdapat tiga elemen dalam pendekatan pembelajaran
Pendidikan Alam Sekitar yang menjadi asas kepada perancangan kurikulum,iaitu;

1. Pendidikan Mengenai Alam Sekitar


2. Pendidikan Untuk Alam Sekitar
3. Pendidikan Melalui Alam Sekitar

ketiga-tige elemen ini iaitu pendidikan untuk alam sekitar, pendidikan megenai alam sekitar serta
pendidikan melalui alam sekitar merupakan komponen yang saling kait mengait. Perhubungan
antara ketiga-tiga elemen ini perlu difahami dan diambilkira semasa membina kurikulum
Pendidikan Alam Setikar.

13
PROGRAM SEKOLAH LESTARI SEKOLAH JENIS 2017
KEBANGSAAN YUK CHAI

Elemen dalam Pembentukan Pendidikan Alam


Sekitar Melalui Kurikulum Di SJKC Yuk Chai

Pendidikan mengenai
Alam Sekitar
Pendidikan untuk Alam
Sekitar
Pendidikan melalui Alam
Sekitar

Rajah ini menunjukkan tiga elemen pendekatan alam sekitar (Model Palmer dan Neal,1994)

Mata Pelajaran Sasaran Murid Jenis Aktiviti Yang Dijalankan


Pendidikan Moral Tahun 1 hingga Tahun 6 Cerita ,lakonan ,Simulasi
Pendidikan Seni Visual Tahun 1 hingga Tahun 6 Menukis, mereka poster,
Bahasa Cina, Bahasa Melayu Tahun 1 hingga Tahun 6 Menulis sajak, puisi atau karangan
dan Bahasa Inggeris bertemakan alam sekitar.
Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 hingga Tahun 6 Membuat kraftangan dengan
(RBT) menggunakan bahan buangan
Pendidikan Muzik Tahun 1 hingga Tahun 6 Menyanyi lagu yang bertema Alam
sekitar.
Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1 hingga Tahun 6 Belajar tentang ekosistem dan ilmu
tentang alam sekitar.

14
PROGRAM SEKOLAH LESTARI SEKOLAH JENIS 2017
KEBANGSAAN YUK CHAI

6. KOMPONEN KOKURIKULUM
Dalam rajah di bawah ini menujukkan usaha melaksakan aktiviti pendidikan alam sekitar dalam Kokurikulum ,
iaitu;
1. Unit Badan Beruniform
2. Kelab / Persatuan
3. Sukan / Permainan

TUNJANG KOKURIKULUM SEKOLAH LESTARI

Penghijauan Projek kesedaran

Kokurikulum Sebagai
Tunjang Aktiviti Pembangunan Maklumat
Ekspedisi/Kembara Projek Sekolah Lestari Alam Sekitar
Ke Tempat Yang
Bercirikan Alam
Semulajadi

Jaringan
Program Kitar Semula Masyarakat :MBPJ ,NGO

Objektif pendidikan alam sekitar dalam Kokurikulum adalah supaya murid :


1. Mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas tentang alam sekitar dan
masalahnya.
2. Lebih sedar, peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan masalah yang berkaitan
dengannya.
3. Memperolehi nilai , memupuk sikap yang positif, cintakan alam sekitar dan bermotivasi
untuk terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

15
PROGRAM SEKOLAH LESTARI SEKOLAH JENIS 2017
KEBANGSAAN YUK CHAI
4. Memahami bahawa pembangunan Negara harus diteruskan dengan menggunakan
sumber-sumber semulajadi yang ada secara terancang.
5. Menguasai kemahiran yang diperlukan bagi mengenal pasti masalah alam sekitar dan
penyelesaiannya.
6. Berpeluang melibatkan diri secara aktif dan penyelesaian masalah alam sekitar.

Jadual di bawah ini menunjukkan aktiviti penghijauan yang dijalankan oleh Kelab
Persatuan ,Badan Beruniform ,Sukan dan pemainan.

Bil Aktiviti Penghijauan Tarikh Penglibatan


1 Larian Hijau 22.01.2017 Murid tahun 4,5,dan 6

2. Pertandingan Mewarna bertema Melestarikan 13.01.2017 Murid tahap 1 dan


Warisan Hijau tahap 2
3 Perkhemahan Bersepadu bertema Save The 22.10.2017 Semua Unit Beruniform
Earth (dirancangan)
4. Jungle Tracking sempena Kem Gabungan 17.10.2017 Semua Unit Beruniform
Unit beruniform
5. Environmental Walk, mengutip sampah Mingguan Semua murid
di kawasan sekolah setiap minggu
6. Program membuat baja kompos 24.09.2017 Semua kelab dan
(dirancangan) persatuan
4 Pameran maklumat alam sekitar Sepanjang tahun Semua Kelab dan
Persatuan
5 Program Lawatan Sambil Belajar 24.06.2017 Murid tahap 2

6 Program Perkhemahan Unit Beruniform 04-06.11.2017 Unit Badan Beruniform


7 Program Astronomi 05.05.2017 Murid tahap 2
8 Projek Taman Sains Sepanjang tahun Persatuan Sains
9. Penghijauan Padang Sepanjang tahun Pekerja Rendah Am
10. Projek keceriaan Taman Refleksologi Sepanjang tahun Kelab Pencinta Alam
sekitar
11. Projek Sekolah Hijau Sepanjang tahun Kelab Pencinta Alam
sekitar
12. Projek Taman Herba Sepanjang tahun Kelab Pencinta Alam

16
PROGRAM SEKOLAH LESTARI SEKOLAH JENIS 2017
KEBANGSAAN YUK CHAI

sekitar

7. Hal-hal lain

6.1 Projek Menyimpan Tenaga Suria

Pada tahun 2014, atas inisiatif AJK Lembaga Pengurus Sekolah (LPS) dan AJK Persatuan Ibu
Bapa dan Guru, telah berganding bahu untuk menjalankan satu projek besar iaitu, membina
Tenaga Suria di atas bumbung sekolah. Projek ini bukan sahaja memdedahkan ilmu pengetahuan
tentang kuasa solar boleh diguna semula tetapi juga dapat mendatangkan pendapatan yang
lumayan untuk pembangunan projek penghijauan sekolah pada masa yang akan datang.

Kuasa solar / Tenaga Suria adalah kuasa yang di jana dengan mendapatkan kuasa dari cahaya
matahari . Cahaya yang dipancarkan ini akan di ambil dan di ubah menjadi tenaga elektrik dan
kemudian boleh di guna pakai untuk perkakasan elektrik..

17
PROGRAM SEKOLAH LESTARI SEKOLAH JENIS 2017
KEBANGSAAN YUK CHAI
Keupayaan sistem solar telah dibuktikan dengan pengunaan teknologi ini terhadap Pemancar
Setelit di ruang angkasa bumi untuk tujuan pemantauan dan juga penyiaran . Memandangkan di
atas pemukaan bumi capaian terhadap cahaya matahari amatlah baik dan tiada ganguan maka
ianya dapat menjalankan 100% dengan tenaga solar.

Program telah di wujudkan oleh SEDA dan TNB bagi membolehkan pengguna menjual kembali
tenaga solar yang dipasang di sekolah . Program ini adalah kontrak bersama TNB selama
beberapa tahun di mana pelangan akan dibayar oleh pihak TNB setiap kWt tenaga yang
disalurkan kepada TNB . Pada tahun 2016, projek menjana tenaga suria berjaya dijalankan di
sekolah ini.

6.2 Pengkomposan sisa-sisa makanan kantin menjadi baja organik

Projek pengkomposan sisa-sisa makanan kantin menjadi baja organik adalah satu projek
diilhamkan daripada AJK Lembaga Pengurus Sekolah. Pengkomposan sisa bahan makanan
terbuang dari kantin harian menggunakan satu mesin yang dinamakan MAEKO .

Gambar di atas menunjukkan mesin MAEKO yang akan mengkomposkan sisa-sisa makanan

Apakah itu pengkomposan?


Pengkomposan ialah proses pereputan atau penguraian bahan organik seperti sisa makanan dan
sisa makanan yang diuraikan menjadi humus, bahan mirip tanah. Pengkomposan adalah cara
semulajadi untuk kitar semula sisa organik menjadi tanah baru yang dapat digunakan untuk
penanaman bunga atau sayur, landskap dan banyak lagi.

18
PROGRAM SEKOLAH LESTARI SEKOLAH JENIS 2017
KEBANGSAAN YUK CHAI

Apakah bahan yang boleh digunakan untuk pengkomposan?


Kebanyakkan sisa perkarangan rumah seperti daun, rumput, batang pokok, ranting, dahan dan
lalang boleh digunakan. Sisa-sisa lain yang juga boleh digunakan adalah sisa makanan seperti
kulit buah, sayur, serbuk kopi, roti yang sudah rosak dan kulit telur.

Objektif Pengkomposan sisa-sisa makanan kantin


a) Memberi pendedahan kepada pelajar bahawa sisa makanan atau sisa tumbuhan boleh
dikitar semula menjadi bahan pertanian penting.
b) Memberi pendidikan informal kepada pelajar supaya mempraktikkan pembinaan baja
organik di sekolah atau di rumah msing-masing .
c) Menyedarkan pelajar bahawa baja organik tidak mempunyai bahan kimia tercemar.
Projek ini dipilih sebagai projek rintis untuk diperluaskan amalannya di tahun hadapan.

19
PROGRAM SEKOLAH LESTARI SEKOLAH JENIS 2017
KEBANGSAAN YUK CHAI

Sumber maklumat: http://www.maeko.com.my/

Kesimpulan

Program Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar bagi melahirkan sekolah dan individu
membudayakan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Perancangan dan penglibatan menyeluruh warga sekolah amat diperlukan supaya pelaksanaan
program pendidikan alam sekitar di sekolah dapat diintegrasikan dan diperkukuhkan.

20
PROGRAM SEKOLAH LESTARI SEKOLAH JENIS 2017
KEBANGSAAN YUK CHAI
sekolah lestari merupakan anugerah alam sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar
menerapkan nilai murni dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan
secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup selaras dengan konsep pembangunan lestari.

Pendidikan alam sekitar adalah proses pembelajaran memahami interaksi manusia dengan alam
sekitar dan cara alam sekitar diuruskan dengan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di
bumi.

Rujukan Buku

Alerby, E. (2000). A way of visualising childrens and young peoples thoughts about the
environment: A study of drawings. Environmental Education Research.

Chasek, P. (1997). A comparative analysis of multilateral environment negotiations.Group


Decision and Negotiation,6, 437-461.

Littledyke, M. (2004). Primary childrens views on science and environmental issues:


Examples of environmental cognitive and moral development.

Rujukan Layanan Internet

Garis Panduan Pelaksanaan Dan Penilaian Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar:
https://www.doe.gov.my/

Asas Pembentukan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar:


https://www.doe.gov.my/

21

You might also like