You are on page 1of 12

Sejarah Pembentukan dan Keunikan Budaya Masyarakat Peranakan Cina Di Melaka

Disediakan oleh: Syarifah Siti Fatimah bt S. Othman Nurul Ain binti Ahmad Jawahir Siti Noorsaliza binti Salim Siti Najjina Binti Azutdin

1.0

Pendahuluan

Masyarakat Cina Peranakan juga dikenali sebagai Cina Selat atau lebih terkenal dengan panggilan Baba dan Nyonya. Kaum ini merupakan kaum minoriti yang berasal dari Melaka. Mereka memanggil diri mereka sebagai Baba atau peranakan kerana kebudayaan mereka yang berasal dari warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya dipersekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum Cina dan kaum Melayu adalah punca utama mengapa generasi seterusnya memanggil mereka sebagai Baba. Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Islam atau Kristian. Setelah lama bermastautin di Tanah Melayu dan menjiwai kebudayaan Melayu, akhirnya mereka ini menjadi sebahagian daripada kelompok masyarakat yang terdapat di Tanah Melayu khususnya Melaka. Walaupun terdapat banyak penerapan budaya Melayu dalam amalan masyarakat ini, tetapi mereka masih mengekalkan amalan asal-usul mereka. 2.0 Sejarah

Hubungan Tanah Melayu dan Negara Cina bermula sejak abad ke-13 lagi. Bermula dengan hubungan diplomatik iaitu sebagai kuasa lindungan kepada Kesultanan Melayu Melaka dan seterusnya pertalian kekeluargaan DiRaja. Kebangkitan kerajaan Kesutanan Melayu Melaka yang diasaskan oleh Parameswara. Hubungan Melaka dan China bertambat erat apabila China membantu Melaka yang menerima
1

ancaman dari kerajaan Siam. Kerajaan China juga telah mengiktiraf Melaka sebagai kerajaan yang berdaulat. Hubungan Melaka dan China makin akrab apabila pada tahun 1459 Puteri Hang Li Po dan Sultan Mansor Shah dikahwinkan. Puteri Hang Li Po diiringi 500 orang pengikut dan bermustatin di Melaka. Kesan dari peristiwa bersejarah ini ialah kewujudan kelompok masyarakat peranakan di antara Melayu Cina iaitu hasil daripada proses perkahwinan campur antara dua etnik tersebut. Mereka ini dikenali sebagai kaum Baba dan Nyonya. Baba dan Nyonya adalah golongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat dan Tanah Melayu (Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Apabila Tanah Melayu Melayu dijajah British pada awal abad ke17, sebahagian mereka enggan mengaku mereka adalah orang Cina dan mengaku mereka adalah rakyat British. Selain dari mempunyai kelab tersendiri, mereka juga mengeji serta tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk ke Tanah Melayu. Pada abad ke 19 dan ke 20, akibat dari kepincangan ekonomi yang berlaku di Negara China dan peluang pekerjaan yang meluas di Tanah melayu, diikuti dan dipengaruhi pula oleh dasar Inggeris, ramai kaum migran Cina mula berhijrah ke Tanah Melayu. 3.0 3.1 Keunikan Budaya Mewarisi Tradisi Masyarakat Baba dan Nyonya sedikit sebanyak telah mewarisi budaya masyarakat Melayu khususnya. Oleh itu sehingga kini masih ada lagi masyarakat Baba dan Nyonya yang menjadikan amalan dan pegangan masyarakat Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Banyak pantang-larang dan kepercayaan masyarakat Melayu telah diasimilasikan dalam kebudayaan masyarakat Baba dan Nyonya. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa masyarakat Baba dan Nyonya mempunyai mirip yang sama dengan masyarakat Melayu. 3.2 Bahasa

Mereka fasih bertutur bahasa Melayu dan mengikut fakta sejarah, golongan ini mempunyai pertalian dengan darah keturunan Melayu di mana mereka fasih bertutur
2

dalam bahasa Melayu. Selain menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan seharian mereka juga boleh bertutur dalam bahasa Hokkien. 3.3 Pakaian

Kebanyakan mereka berpakaian kebaya dan sarung batik yang diwarisi oleh nenek moyang mereka. Manakala dari aspek kerohanian dan keagamaan mereka mempunyai banyak persamaan dengan keturunan Cina. Selain daripada pakaian tradisional di atas wanita-wanita Nyonya juga memakai pelbagai aksesori seperti kasut manik, kerongsang, sapu tangan sulam ,cucuk sanggul dan lain-lain lagi. Manakala pakaian kaum Baba lebih kepada pakaian pengaruh dari barat dan kaum Cina sendiri. Walaubagaimanapun semua keserian pada pakaian mereka adalah hasil sulaman tangan mereka sendiri khasnya pada baju kebaya dan kasut manik yang amat cantik dan halus buatannya. Contoh Pakaian dan Aksesori yang mereka gunakan.

3.4

Makanan

Masyarakat ini amat masyhur dengan pelbagai masakan tradisional yang begitu sedap dan menarik di mana mempunyai persamaan dengan masakan masyarakat Melayu. Mereka makan dengan tangan belacan menjadi kegemaran seharian. dan masakan gulai adalah menjadi kegemaran masyarakat ini. Masakan seperti masak lemak, asam pedas, dan sambal

Contoh Makanan Tradisi Masyarakat Peranakan

Kari Kapitan

Ayam Pongteh

Kuih Talam

3.5

Kesenian

Mereka mempunyai keunikan juga dari segi penyajian masakan dengan pinggan mangkuk yang cantik diperbuat daripada tembikar serta sebuah tempat bekas makanan yang di panggil siah yang diperbuat daripada buluh dan kertas keras yang mempunyai nilai yang tersendiri.

Contoh Bakul Siah

3.6

Muzik

Hasil penyelidikan telah menggambarkan masyarakat Baba dan Nyonya telah melatari kehidupan mereka dengan budaya Melayu terutamanya Dondang Sayang yang dilagukan dalam upacara-upacara yang tertentu sahaja dan ketika diperlukan. Bagi generasi kini, Muzik yang berunsurkan tradisional seperti pantun atau keroncong yang popular dalam kalangan masyarakat Baba dan Nyonya seketika dahulu kini telah berkurangan.

Contoh Peralatan Alat Muzik:

Piano

Harmonika

4.0

Persamaan Budaya Masyarakat Peranakan Cina Dengan Masyarakat

Melayu 4.1 Bahasa

Bahasa yang digunakan seharian oleh Masyarakat Peranakan Cina atau lebih dikenali dengan nama Baba dan Nyonya di Melaka bertutur dalam bahasa Baba iaitu sejenik dialek Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan Melayu. Pada dasarnya, bahasa Baba ialah bahasa campuran antara bahasa Cina Hokkien dengan bahasa Melayu. i- Semua peralatan dapur diberi nama Melayu, kecuali 3 jenis barangan Cina (teko=tekuan, sudu sup=tngsi dan cerek=teko). Terdapat satu pengecualian iaitu sumpit berasal daripada bahasa Melayu sepit(penyepit). ii- Bagi perkara masak semua menggunakan perkataan Melayu kecuali mengukus yang dipanggil tim.

4.2

Pakaian

Kebanyakan mereka juga berpakaian baju kebaya dan sarung batik juga dikenali kebaya nyonya dan dipakai dengan kerongsang yang mana diwarisi oleh nenek moyang mereka yang kelihatan seperti wanita Melayu. Rambut akan disanggulkan dengan sanggul yang menarik. Selain itu, baju cekak musang juga menjadi pakaian mereka, ianya lebih ketat mengikut saiz badan pemakai. Dipadankan dengan kain sarong atau kain pelikat. Masyarakat lelaki masyarakat Baba - teng sah beh kuah
5

iaitu baju cekak musang yang berbutang kain sangkut dan berseluar kilat kosong dan dipadankan dengan topi berwarna hitam. 4.3 Makanan

Cara masakan Masyarakat Baba dan Nyonya kebanyakannya dipengaruhi dengan masakan Melayu dimana mahsyur dengan pelbagai masakan tradisional yang begitu sedap dan menarik; i- Masakan yang menjadi kegemaran dan makanan harian ialah gulai, asam pedas masak lemak dan sambal belacan. ii- Lahirnya masakan Nyonya yang menggunakan rempah masakan Melayu contohnya ayam kapitan, sejenis kari ayam kering dan inci kabin iaitu ayam goreng cara Nyonya. iii- Masakan Nonya yang menggunakan buah keras, belacan, asam, lengkuas dan serai.

Mereka pandai menyediakan kuih muih masyarakat Melayu seperti onde-onde, kuih apom balik, kuih koci disamping membuat cendol dan tapai pulut. Mereka makan dengan menggunakan tangan. Mereka juga gemar memakan sirih dan mengunyah sentil tembakau yang diselitkan pada mulut seperti yang diamalkan oleh wanita Melayu suatu ketika dahulu.

5.0 Melayu 5.1

Perbezaan Budaya Masyarakat Peranakan Cina Dengan Masyarakat

Kehidupan dan Pemikiran

Bagi Masyarakat Baba Nyonya, kehidupan dan pemikiran mereka masih dikekalkan unsur-unsur Cina biarpun telah terpisah nenek moyang mereka di Cina. 5.2 Bahasa

Selain bahasa Melayu menjadi pertuturan seharian, mereka juga boleh bertutur bahasa Hokkien. Contoh: mana lu mau pergi, mak mana, hai yaa hujan lebat, tak pi

tutup jendela. Banyak menggunakan peribahasa Cina dengan lebih meluas berbanding peribahasa Melayu yang digunapakai orang Melayu. 1.1 Bentuk ayat berbeza daripada bahasa basahan orang Melayu umpanya Ibu bapanya sedang makan di meja disebut Dia punya mak-bapak ada dudok makan do sblah punya mejah. 1.2 Mereka menggunakan kata ganti ini dan itu mendahului kata nama iaitu berbeza dengan orang Melayu. Contohnya Ini gua punya. 1.3 Orang-orang Baba juga tidak tahu tentang perkataan yang berhubung dengan agama Islam. 1.4 Antara dialog yang popukar di kalangan Baba dan Nyonya , masyarakat Melayu menyebut katil tetapi mengikut kata Baba Nonya katil dirujuk ranjang. 1.5 Peralatan dapur yang diberi nama barangan jenis Cina. 1.6 Walaubagaimanapun, kebanyakan masakan mereka diberi nama Cina seperti bami, tauyu, kianchai, kuchai dan sebagainya. Selain masakan, perkara berkaitan dengan rumah, agama , pakaian juga diberi nama Cina.

5.2

Agama

Namum ciri budaya Cina yang menjadi kekangan penyerapan sepenuhnya peranakan Cina ke dalam masyarakat Melayu, bahkan yang menjadi faktor pengekalan budaya Cinanya ialah agamanya . Orang Cina tetap mengekalkan amalan kepercayaan dan agama mereka yang berasaskan politeisme, kepercayaan kepada roh nenek moyang dan juga amalan Buddha yang membezakannya daripada masyarakat dan budaya Melayu yang berasaskan agama Islam. Namun, masih ada juga yang memilih Islam atau Kristian. Mereka juga menyambut Tahun Baru Cina dan Perayaan Tanglung. Semasa perayaan mereka juga akan mempersembahkan tarian seperti Tarian Singa dan Fu Kien Opera berbeza dengan masyarakat Melayu. 5.3 Rumah

Rumah baba juga dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina berbanding dengan rumah Melayu yang dibina mengikut budaya masyarakat Melayu yang mempunyai kreativitinya sendiri juga mempunyai tiang yang diperbuat daripada kayu.
7

5.4

Masakan

Walaupun masakan Nyonya kebanyakannya menerima pengaruh Melayu, mereka tetap mengekalkan tradisi masakan Cina seperti itik tem (daging dimasak dengan sayur asin). Selain itu, kuih cang Abu juga masakan istimewa bagi masyarakat Baba. Dari segi pembuatan kuih bahulu pula, masyarakat Baba menggunakan telur itik menggantikan telur ayam yang digunapakai Masyarakat Melayu. 5.5 Perkahwinan

Masyarakat Baba masih mengamalkan sebahagian resam budaya Cina yang tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yang lain seperti adat istiadat perkahwinan Cina tradisional yang memperlihatkan kedua-dua pengantin memakai pakaian-pakaian indah dan berwarna warni warisan budaya Cina tradisional. 6.0 6.1 Amalan yang masih diamalkan dalam masyarakat Baba Nyonya Pantang larang

Ianya bermaksud perlakuan yang ditegah atau perlu dielakkan kerana dikhuatiri akan ada sesuatu musibah yang akan terjadi jika tidak dituruti. Oleh itu, pantang larang telah menjadi kepercayaan yang tebal di kalangan masyarakat yang mendiami sesuatu tempat. Ia juga merupakan salah satu unsur nasihat yang telah diwarisi sejak turun temurun sesuatu keturunan. Dalam masyarakat Baba Nyonya, mereka masih mempercayai pawang dan bomoh. Antara contoh-contohnya ialah bayi yang sentiasa menangis dipercayai telah disampuk jin atau hantu, mereka akan pergi berjumpa dengan bomoh untuk meminta tolong menghalau atau membuang jin atau hantu tersebut daripada mengganggu anak mereka. Selain itu, ibu yang hamil tidak boleh keluar pada waktu senja. Mereka percaya bahawa makhluk halus sedang berkeliaran dan darah ibu mengandung anak sulung sangat disukai oleh pontianak dan langsuir. Sekiranya terpaksa keluar juga, ibu tersebut mesti membawa barangan yang diperbuat daripada besi seperti pisau dengan tujuan untuk menakutkan makhluk tersebut. Dalam dunia perubatan, rawatan tradisional masih menjadi kepercayaan kuat bagi masyarakat ini, sekiranya penyakit demam campak atau Chicken Pox, masyarakat Baba Nyonya akan berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan air penawar untuk diminum dan dijadikan air untuk mandi sebagai proses penyembuhan.
8

6.2

Upacara keagamaan (Penyembahan nenek moyang)

Penyembahan nenek moyang merupakan amalan yang menebal dipraktikkan dalam masyarakat Baba Nyonya sebagai tanda hormat mereka terhadap kehidupan keluarga terdahulu. Ianya dijalankan pada hari tertentu seperti Tahun Baru Cina dan Festival Ching Ming. Makanan dan minuman akan diletakkan di atas meja semasa upacara sembahyangkan nenek moyang seterusnya akan dinikmati bersama selepas tamat upacara. Ini kerana mereka percaya akan diberkati apabila menikmati makanan dan minuman yang telah dihidangkan dalam upacara tersebut. Nama nenek moyang akan diukir di atas papan kecil yang akan diletakkan di atas meja . Papan kecil tersebut akan mencatat nama nenek moyang dan nama keluarga nenek moyang. Ia bertujuan untuk mengingati nenek moyang dan keturunannya yang telah meninggal dunia.

Tempat sembahyang untuk nenek moyang

6.3

Penggunaan tanglung

Masyarakat Baba Nyonya menggunakan tanglung yang berbeza untuk digantung di hadapan rumah mereka. Ia terbahagi kepada tiga jenis tanglung yang masih menjadi amalan mereka iaitu tanglung biasa, tanglung berwarna-warni dan tanglung hitam putih. a) Tanglung biasa Ianya digunakan untuk mengenalpasti rumah sendiri. Tanglung ini juga akan menunjukkan identiti nama keluarga mereka apabila orang luar melalui rumah mereka. Ini juga boleh mengelakkan orang lain tersalah masuk rumah apabila melihat tanglung yang tertulis nama keluarga digantung pada hadapan rumah sebelum masuk ke rumah. Contohnya, jika nama keluarga Wong, maka, pada tanglung yang tergantung akan ditulis dengan nama Wong.
9

Tanglung biasa

b) Tanglung berwarna-warni Ia biasa digunakan pada sempena hari jadi yang teragung. Banyak tanglung akan digantung di sekeliling rumah untuk memeriahkan majlis yang akan diadakan. Warna merah merupakan warna yang membawa perkara yang baik dalam masyarkat Cina. Warna kuning juga antara warna yang sering digunakan untuk majlis-majlis agung.

Tanglung berwarna-warni

c) Tanglung hitam putih Tanglung hitam putih biasanya digunakan dalam upacara kematian. Warna ini digunakan kerana dipercayai membawa keharmonian. Ia bertujuan untuk menghormati orang yang meninggal dunia dan memberi mesej kepada orang lain bahawa terdapat majlis upacara kematian yang dijalankan di kawasan itu.

10

Tanglung hitam putih

7.0 Sebab-sebab budaya Baba Nyonya semakin dilupakan 7.1 Arus pemodenan

Disebabkan perederan zaman yang semakin moden kini, generasi muda tidak lagi berminat untuk meneruskan adat resam yang menjadi kekuatan sesuatu amalan sesuatu masyarakat yang telah diamalkan sejak turun temurun. Mereka lebih meminati kehidupan yang mudah dan merasakan adat lama tidak relevan dengan peredaran masa kini. Kemahiran tradisi juga tidak dipraktikkan lagi kerana merasakan sukar untuk dipelajari. 7.2 Perkahwinan campur dengan kaum lain

Proses perkahwinan dengan pelbagai kaum menyebabkan budaya dan amalan akan bercampur di kalangan mereka. Budaya dan amalan yang lama tidak semua akan terus diamalkan kerana unsur-unsur lain akan meresap dalam kehidupan seharian mereka. Terdapat juga di kalangan mereka yang akan melebihkan budaya pasangan mereka apabila berhijrah luar dari kawasan perkampungan yang didiami. 7.3 Penukaran agama anutan

Sekiranya mereka tidak lagi menganut agama asal, terdapat beberapa budaya yang akan terbatas. Ini kerana fahaman dalam sesuatu agama tidak semestinya sama dengan sesuatu budaya. Sebagai contoh, dalam budaya Baba Nyonya mereka mengadakan upacara penyembahan nenek moyang. Sekiranya seseorang masuk Islam, amalan itu tidak boleh diamalkan kerana bertentangan syariat Islam yang mengamalkan solat 5 kali sehari iaitu pengabdian diri kepada Allah. 7.4 Masa penyediaan yang panjang dan kaedah pembuatan yang cerewet teknologi dan peralatan yang semakin canggih memudahkan

Penciptaan

penyediaan dan kaedah pembuatan yang dahulunya sangat rumit, maka nilai keaslian sesuatu hasil akan berkurangan. Walaupun rupa bentuk sama tetapi budaya menghasilkannya akan semakin hilang ditelan masa. Gaya hidup yang sibuk

11

juga ramai yang suka memilih untuk membeli berbanding membuat sendiri kerana kekangan masa yang terhad.

8.0

Kesimpulan

Budaya Baba Nyonya adalah budaya sekelompok masyarakat Cina di Melaka yang telah menerima dan menerapkan beberapa aspek budaya Melayu dalam cara hidup mereka disamping mengekalkan budaya kepercayaan asal. Sejarah memperlihatkan mereka merupakan kaum yang sentiasa cair dari segi budaya. Mereka sentiasa bersifat pragmatik (praktikal) untuk meneruskan kelangsungan hidup seterusnya bersedia mengadaptasikan diri dengan persekitaran baru. Boleh dikatakan semua ciri-ciri budaya Baba Nyonya mempunyai persamaan dengan budaya Melayu. Untuk mereka menjadi Melayuboleh dikatakan tidak mungkin kerana mereka perlu memeluk agama Islam. Bagi mereka, memeluk agama Islam agak payah kerana sudah sekian lama mereka berpegang teguh kepada kepercayaan mereka. Sejarah memperlihatkan keturunan dan nama Baba Nyonya kian hilang atau semakin kurang dikenali di Malaysia terutama masyarakat moden dewasa ini.

12

You might also like