You are on page 1of 8

2.

0 PENDAHULUAN

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina di kalangan kaum Cina
yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu, khususnya di negeri Melaka. Mereka
memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang
berasal daripada warisan tradisi Cina dan mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan
Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di
persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di
antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah faktor utama mengapa mereka dikenali sebagai
"Baba". Penghijrahan dan keunikan kehidupan orang Cina keturunan Baba-Nyonya di
Melaka pula telah membentuk amalan kehidupan seharian mereka yang tersendiri.

1
3.0 ISI PENULISAN

3.1 AMALAN AGAMA

Menurut Mohd Sabri Hassan (2012), Baba-Nyonya di Melaka mengamalkan agama


tradisional Cina seperti Taoisme, dan Buddha sejak dahulu, namun kini ada yang telah
memeluk agama lain seperti Kristian. Mereka menyambut perayaan Tahun Baru Cina dan
Perayaan Tanglung, di samping mengamalkan adat resam Melayu dan penjajah barat.
Pengaruh Portugis, Belanda, British, Melayu dan India juga meninggalkan kesan dalam
budaya Baba-Nyonya di Melaka.

3.2 BAHASA DAN BUDAYA

Dari segi bahasa, orang Cina berketurunan Baba-Nyonya menggunakan bahasa


Baba ialah sejenis dialek bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang-orang Baba. Bahasa ini
merupakan satu bahasa campuran antara bahasa Hokkien dengan bahasa Melayu.
Kebanyakan nahu bahasa Baba berasal daripada bahasa Melayu. Menurut Hanapi Dollah
dan Ajid Che Kod (2012) bahasa Baba telah menyerap banyak perkataan Cina, umpamanya
“lai” untuk 'datang', dan banyak lagi kecenderungan ke arah sintaksis dialek Hokkien. Bentuk
ayat bahasa Baba berbeza daripada bahasa basahan orang Melayu. Sebagai contohnya,
"Ibu bapanya sedang makan di meja" disebut "Dia punya mak-bapa ada dudok makan do
sblah punya mejah". Selain itu, mereka menggunakan kata ganti 'ini' dan 'itu' mendahului
kata nama, iaitu berbeza dengan bahasa Melayu. Ramai orang Cina keturunan Baba-
Nyonya tidak pandai bertutur dalam loghat Hokkien. (Ismail Said., 2016)

Pakaian Nyonya serupa dengan pakaian tradisi Melayu, iaitu terdiri daripada baju
kebaya (baju panjang dan batik sarung) dan kerongsang. Kasut manek ialah alas kaki
buatan tangan yang terhasil daripada jalinan manik kaca bersegi-segi halus yang dijahit
pada kain terpal. Rekaan kasut manek tradisional sering memperlihatkan motif bunga
Eropah dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar Baba-Nyonya dan sarung batik. Mulai
1930-an, kasut manek menjalani perubahan dengan diberi rekaan moden dan ditambah
tumit. (Tan Chee Beng, 1997)

Cara masakan mereka kebanyakannya mempunyai pengaruh masakan Melayu serta


adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan seperti
orang-orang Melayu dan India. (Roshizan Mahmood, 2013) Kesan dari pengaruh India,
Melayu dan Barat, lahirnya masakan "Nyonya" yang menggunakan rempah masakan India,

2
Melayu dan Barat. Contohnya, ayam kapitan (sejenis kari ayam kering) dan inci kabin (ayam
goreng cara Nyonya).

Saudagar Cina di Melaka zaman silam gemar menmperisterikan atau


mempergundikkan wanita Melayu dari Semenanjung Tanah Melayu. Hasilnya, suku Baba-
Nyonya memperlihatkan campuran budaya Cina dan Melayu. Lelaki (Baba) lazimnya
mengahwini wanita dalam masyarakat Peranakan setempat. Ada kalanya, keluarga Baba-
Nyonya membawa masuk pengantin dari China atau menghantar anak perempuan ke China
untuk mencari suami. (Muhammad Yusoff Hashim, 2015) Orang Peranakan biasanya
berkahwin dengan pasangan setempat yang sama darjatnya. Lelaki kaya paling
menggemari chin choay atau perkahwinan matrilokal iaitu si suami menyertai keluarga isteri.
Lamaran memerlukan buah tangan pinangan, iaitu bakul berkilau dua tingkat (bakul Sia)
yang dibawa oleh pengantara yang mewakili pelamar kepada ibu bapa pengantin idaman.
Majlis diserikan dengan lagu berima spontan “dondang sayang” yang dinyanyi dalam
bahasa Melayu dan ditari oleh para hadirin di jamuan.

3.3 SENI BINA RUMAH DAN TEMPAT IBADAT

Rumah Baba-Nyonya dibina bercirikan senibina budaya Cina yang unik. Rumah ini
mempunyai lantai jubin Inggeris, seni besi Scottish dan seni ukir kayu Cina yang cantik.
Rumah ini turut memuatkan lebih 1,000 jenis barangan antik dari negara China dan
England. Kebanyakan rumah-rumah ini dapat memperlihatkan keunikkan campuran
pengaruh Belanda dan China. (Roshizan Mahmood, 2013) Rumah ini mempunyai lorong
hadapan yang sempit membawa kepada ruang tengah yang luas dan mempunyai tiga
bahagian ruang tetamu, iaitu Thia Besar (The Grand Reception Hall), Thia Gelap (Dark Hall)
dan Thia Abu (Ancestral Hall). Thia Besar ini adalah tempat tetamu kehormat dihiburkan dan
rundingan perniagaan dijalankan. Dalam ruang ini, ada poster yang mempamerkan tiga
kelimpahan Tuhan, iaitu berkat, nasib baik dan panjang umur. Tiga kelimpahan itu
dilambangkan dalam karya seni ini dengan gambar kelelawar (rahmat), rusa (kemakmuran)
dan kren (panjang umur). Thia gelap adalah tempat bagi wanita-wanita muda Nyonya duduk
dan bergembira. Papan pintu dilindungi anak perempuan daripada dilihat orang luar. Jika
wanita mahu melihat, mereka perlu mengintip celah-celah di papan pintu untuk melihat
sekilas apa yang berlaku. Thia Abu merupakan ruang untuk menyembah nenak moyang dan
berdoa. Tiada tingkap di dinding kiri atau kanan rumah ini. Terdapat halaman dalam rumah
selepas ruang tetamu yang tidak beratap untuk membolehkan udara dan cahaya ke rumah.

3
Hujan akan jatuh ke halaman ini melalui bumbung yang tidak beratap untuk menyejukkan
rumah dan juga membawa nasib baik serta kemakmuran (ong) ke dalam rumah kerana
dipercayai bahawa air menandakan kekayaan. Selain itu, terdapat tangga “emas” yang tiada
paku digunakan untuk menciptanya dan mereka percayal bahawa hanya masa paku yang
digunakan untuk keluarga adalah 'paku terakhir dalam keranda’. Seterusnya, ruang makan
dalam rumah Baba-Nyonya memiliki Tok Panjang, iaitu meja panjang. (Tok= meja (Hokkein)
dan Panjang (Melayu)). Rumah Baba-Nyonya mempunyai dua dapur api kayu. (Jabatan
Muzium Negara, 1986) Satu di dapur dan satu lagi di belakang yang akan digunakan
semasa majlis perayaan. Tambahan lagi, terdapat dua bilik mandi (Chiwan) dalam rumah
ini, satu tingkat bawah dan satu lagi di tingkat atas. Kemudahan tandas (jamban) menerima
gaya timur, iaitu gaya mengekang. Tiada sistem perparitan sehingga tahun 1960-an.
Sebelum itu, sistem baldi adalah diterima pakai. Seorang lelaki akan membersihkan
perkumbuhan setiap hari dengan menukarkan baldi lama yang berisi perkumbuhan dengan
baldi yang bersih. Rumah ini juga dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina
berbanding dengan Melayu. Maka, terdapatlah tempat ibadat masyarakat Baba nyonya ialah
mereka mempunyai ruang atau bilik untuk sembayang dalam rumah mereka. Ruang ini
memilik poster-poster yang mempunyai tulisan Cina dan nama-nama dewa-dewi, patung-
patung dewa-dewi serta arca-arca agama dan kepercayaan mereka. alat sembayang seperti
lilin dan colok juga ada dalam ruang ini. (Jabatan Muzium Negara, 1986)

3.4 SISTEM BERMASYARAKAT

Masyarakat Baba-Nyonya mengahwini sesama golongan. Ini bermaksud seorang


Baba atau Nyonya akan mengahwini seorang Nyonya atau Baba, mengahwini pasangan
yang bukan orang mereka adalah dilarang. Mereka juga tidak menyamakan status diri
mereka dengan orang Cina, walaupun mempunyai pengaruh Cina yang kuat. Mereka
mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak
membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka gemar mengikuti gaya hidup
orang Barat. Wujudnya golongan hamba pada awalnya, iaitu yang miskin menjadi hamba.
Status masyarakat ditentukan berdasarkan kekayaan sesebuah keluarga di samping
hubungan dengan pihak Barat. Yang paling kaya mempunyai status yang tinggi daripada
yang kaya. (Muhammad Rashid Rajuddin dan Eric Yeo Cheng Aun, 2014)

4
3.5 PEKERJAAN/PERGANTUNGAN EKONOMI

Menurut Jabatan Muzium Negara (1986) pula, orang Baba-Nyonya menjadi ahli
perniagaan dan pedagang. Mereka melakukan aktiviti perdagangan dengan pedagang-
pedangan lain seperti pedagang India, China, Barat dan Arab. Mereka mengimport barang-
barang seperti rempah ratus dan mengeksport barang keperluan untuk menjual kepada
orang tempatan.

Amalan agama

Budaya dan
pekerjaan bahasa
Amalan
Kehidupan

Seni bina
Sistem
rumah dan bermasyarakat
tempat ibadat

Rajah 3.5: Amalan Kehidupan

5
4.0 RUMUSAN

Masyarakat Baba-Nyonya masih teguh mengamalkan budaya dan mengekalkan


warisan tradisi mereka. Mereka sanggup mempertahankan budaya dan indentiti masyarakat
Baba-Nyonya daripada hakis akibat peredaran zaman dan inginkan, orang lain mengenali
budaya mereka dan anak-anak mmengamalkan budaya mereka pada masa depan.
Percampuran budaya dan adat antara masyarakat Cina dengan masyarakat Melayu, India
dan Barat telah membuktikan keakraban dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat
tersebut.

6
5.0 RUJUKAN

BUKU

Ismail Said. (2016). Sejarah Malaysia Moden (1945-1969). Selangor: Emeritus


Publication.

Jabatan Muzium Negara. (1986). Warisan Baba Dan Nyonya Di Muzium Negara. Kuala
Lumpur: Jabatan Muzium Negara.

Muhammad Yusoff Hashim. (2015). Kesultanan Melayu Melaka (Edisi Kedua). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tan Chee Beng. (1997). Chinese Peranakan Heritage in Malaysia and Singapore. Selangor:
Selangor Word Press.

JURNAL

Hanapi Dollah dan Ajid Che Kod. (2012).Nyonya Melaka: Pelancongan dan Transformasi
Budaya Baba. Universiti Putra Malaysia, 2-8.

Muhammad Rashid Rajuddin & Eric Yeo Cheng Aun. (2014). Faktor-Faktor Yang
Mendorong Masyarakat Baba dan Nyonya Di Bandar Melaka Menceburi Bidang
Keusahawanan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 2-7.

Roshizan Mahmood. (2013). Peranakan Cina. Open University, 4-9.

INTERNET

Mohd Sabri Hassan. (2012, Sept 20). Scribd. Retrieved from Baba dan Nyonya:
https://www.scribd.com/document/106419117/Baba-Nyonya.

7
8

You might also like