You are on page 1of 3

SINOPSIS / PLOT PENCERITAAN VIDEO DOKUMENTARI

‘ KEPELBAGAIAN ETNIK MELAYU DI MALAYSIA: MENYULUSURI KEUNIKAN


MASYARAKAT MELAYU ‘

PERMULAAN/ PENGENALAN

Malaysia amat terkenal dengan negara yang berbilang kaum yang hidup dengan harmoni dan
Bersatu padu. Oleh sebab itulah di Malaysia, wujudnya kepelbagaian etnik yang mempunyai
pelbagai perkara yang menarik bermula daripada pakaian, makanan sehinggalah ke bahasa.
Tahukah anda? Kumpulan etnik terbesar di Malaysia beragama Islam dan mengamalkan
kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu.

PLOT PENCERITAAN: KEUNIKAN KAUM MELAYU

a) PAKAIAN TRADISI

Mari kita lihat tentang Kaum Melayu ini dengan lebih mendalam. Kaum Melayu mempunyai
baju tradisional iaitu Baju Kebaya Kebarung, baju kurung Pahang dan kurung Pesak bagi
kaum perempuan. Manakala, baju Melayu pula ialah baju Melayu Teluk Belanga dan Cekak
Musang untuk para lelaki.

b) MAKANAN TRADISIONAL

Bagaimana pula dengan makanan tradisional bagi etnik Melayu? Melayu mempunyai
pelbagai jenis makanan tradisional yang sangat digemari oleh kaum melayu iaitu Nasi
Lemak, Ketupat, Rendang, Laksa, Kuih Koci dan Kuih Lapis.

c) PERAYAAN ORANG MELAYU

Orang melayu mempunyai perayaan mereka yang tersendiri iaitu Hari Raya Aidilfitri dan
Hari Raya Haji disambut setahun sekali. Hari Raya Aidilfitri akan disambut setelah semua
umat islam berpuasa selama sebulan. Manakala, bagi hari raya haji pula disambut sempena
merayakan orang-orang islam yang melakukan kewajipan haji.

d) ALAT MUSIK BAGI ORANG MELAYU

Kompang dan Gambus adalah alat musik yang sering digunakan terutamanya kepada para
lelaki melayu pada majlis perkahwinan. Kompang digunakan di pelbagai majlis seperti
Perarakan Hari Kemerdekaan, pelbagai Majlis Rasmi, serta Majlis Perkahwinan. Ia berbentuk
seperti sebiji Tamborin tanpa kepingan besi di sekelilingnya, selalunya dimainkan secara
berkumpulan.

e) PERMAINAN TRADISIONAL YANG SERING DIMAINKAN DALAM BUDAYA


MELAYU

Apakah permainan tradisional melayu yang sering dimainkan? Antara permainan yang sering
dimainkan oleh orang-orang melayu di zaman dahulu ialah Congkak, Gasing dan Wau.
Congkak sering dimainkan menggunakan sebongkah kayu yang berlubang lima, tujuh atau
sembilan berkembar, serta dua buah lubang besar di kedua hujungnya yang dipanggil
‘rumah’. Gasing pula adalah permainan tradisi yang memerlukan kekuatan, penyelarasan
pergerakan, serta kepakaranLayang-layang ataupun Wau direka dengan pelbagai reka bentuk,
serta warna dan corak yang cerah, bermotifkan tumbuhan dan haiwan sememangnya indah
dan menawan hati.

f) TARIAN TRADISI MELAYU

Zapin? Apa itu zapin? Zapin adalah sebuah tarian tradisional yang terkenal dan sering
diperlihatkan kepada para umum bagi kaum melayu. Tarian zapin ini berasal daripada
kepulauan Nusantara terutamanya di Semenanjung Tanah Melayu. Tarian Zapin ini
diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah yang pada mulanya digunakan dalam
amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.
Malah, tarian ini mempunyai beberapa jenis zapin, antaranya ialah zapin Arab, Lenga, Johor,
Pekan dan Tenglu. Selain itu juga, kita ada tarian joget yang dipersembahkan oleh pasangan
penari dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan, berasal dari tarian tradisi
Portugis yang diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan rempah di situ. Seterusnya
adalah Tarian Mak Inang atau dikenali sebagai Inang. Tarian yang diciptakan oleh Sultan
Mahmud Shah yang meminati dunia tarian ini sungguh mempersonakan dan mempunyai
kualiti persembahan istana. Sebab itulah, ia dipersembahkan oleh para dayang istana yang
bersifat lembut kepada Sultan Ketika majlis keramaian. Ia juga dipanggil sebagai Tarian
Kembang Si Kembang Cina. Bukan itu sahaja, kaum melayu juga mempunyai tarian
tradisional yang lain antaranya ialah Tarian Keris, Inai dan Lilin.

g) ADAT KEMATIAN

Tahukah anda bahawa kaum melayu mempunyai adat kematian berperingkat. Terbahagi
kepada 3 bahagian iaitu Sebelum kematian, Semasa kematian dan Selepas kematian.

h) ADAT PERKAHWINAN

Dari aspek adat perkahwinan bagi masyarakat melayu pula mempunyai enam aspek bermula
daripada Merisik, Meminang, Bertunang, Berinai, Bernikah sehinggalah ke majlis
perkahwinan.

KESIMPULAN

Dapat kita simpulkan disini ialah etnik terbesar di Malaysia ini mempunyai banyak pengaruh
dari sudut adat resam yang menarik, tradisi yang pelbagai dan keunikan etnik itu sendiri.
Tidak salah lah mengapa etnik Melayu ini menjadi etnik yang utama di negara kita. Melalui
kepelbagaian etnik melayu ini menunjukkan wujudnya sikap ketoleransian dalam bangsa
melayu. Sebagai bangsa melayu, kita perlu bangga menjadi masyarakat yang bebangsa
melayu agar dapat kita jadikan contoh kepada generasi yang akan dating kelak. Sekian
Terima Kasih.

You might also like