You are on page 1of 3

Albert Einstein

Albert Einstein (14 Mac 1879 18 April, 1955) adalah seorang ahli fizik
teori berbangsa Jerman yang telah dipandang sebagaiahli sains yang
teragung pada abad ke-20. Beliau mengemukakan teori kerelatifan dan
membuat banyak sumbangan utama kepada perkembangan mekanik
kuantum, mekanik statistik dan kosmologi. Einstein telah dianugerahkan
dengan Hadiah Nobeldalam bidang Fizik pada tahun 1921 bagi
penjelasannya mengenai kesan fotoelektrik dalam tahun 1905 serta
"khidmatnya kepada Fizik Teori".

Selepas teori relatif amnya dirumus pada November 1915, Einstein


mencapai kemashyuran di seluruh dunia. Dalam budaya pop, namanya
sering disinonimkan dengan kecerdasan.
Galileo Galilei

Galileo Galilei (15 Februari, 1564 8 Januari, 1642) merupakan


ahli nujum, ahli fizik, ahli astronomi dan ahli falsafah yang telah dikait
rapat dengan revolusi sains.

Dilahirkan kepada Vicenzo, seorang ahli muzik yang terkenal, Galileo


berminat mengkaji bintang. Dalam tahun 1609, Galileo telah
mencipta teleskop yang pertama. Teleskopnya telah membantunya
mengkaji tompok matahari dan planet Zuhrah. Beliau juga menemui
hukum gerakan pertama dan kedua yang telah memberi sokongan yang
berkesan kepada teori Copernicus. Oleh kerana pencapaian-pencapaianya,
Galileo telah dianugerahkan sebagai "Bapa Astronomi Moden", "Bapa Fizik
Moden" serta "Bapa Sains".

Kerja ujikajinya telah dianggap sebagai pelengkap kepada karya-


karya Francis Bacon dalam pengasasan kaedah sains moden. Kerjaya
Galileo berbetulan dengan kerjaya Johannes Kepler. Kerjayanya juga
dianggapi sebagai penyimpangan daripada kerjayaAristotle. Konfliknya
dengan Gereja Roman Katolik telah diambil sebagai contoh awal yang
utama bagi konflik antara kuasa dengan kebebasan pemikiran, khususnya
dalam bidang sains di masyarakat Barat.

You might also like