You are on page 1of 9

Contoh Ulasan

Baru-baru ini anda telah menonton sebuah filem tempatan yang


begitu menarik. Anda ingin menjelaskan beberapa aspek
menarik dalam filem tersebut.
Jelaskan aspek-aspek yang dianggap menarik dalam filem yang
telah anda tonton itu.

Rangka karangan

Pendahuluan
Filem Musang Berjanggut sebuah filem yang istimewa –
walaupun sudah berkali-kali ditayangkan – masih diminati –
keupayaan filem ini bertahan – kehebatan pengarahnya.

Isi 1
Isi ceritanya istimewa –seorang anak raja mengembara untuk
mencari isteri –melepasi syaratnya –mengasingkan campuran
beras, lada, cili, garam, bawang dan lain-lain – setelah
mengembara beberapa lama – menemui Puspa Wangi-
mengahwininya dan membawa pulang ke istana- banyak
pembesar negeri – termasuk sultan tergila-gila akan Puspa
Wangi kerana kecantikannya.

Isi 2
Tun Nila diarahkan mencari musang berjanggut oleh
ayahandanya –

Isi 3
Cerita ini mengkritik pihak tertentu –
Isi 4
File mini jaga mempunyai unsur humor

Isi 5
Secara tersirat- filem ini mengambarkan budaya masyarakat
Melayu lama – kepentingan mempelajari persilatan

Isi 6
Mengutarakan beberapa unsur pengajaran

Isi 7
Cerita ini mengingatkan kita jangan mengikut hawa nafsu
semata-mata –

Penutup :
Filem “Musang Berjanggut” berjaya menarik perhatian para
penonton -
Contoh Ulasan

Televisyen Negara ini kerap menayangkan filem sama ada


filem dari luar Negara ataupun filem tempatan untuk tontonan
orang ramai. Pada minggu lepas, saya telah menonton sebuah
filem Melayu yang saya anggap istimewa, berjudul “Musang
Berjanggut” dalam rancangan “Siri Teater Klasik”. Filem ini
diarahkan oleh Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee. Dua orang
pelakon utamanya ialah beliau sendiri dan seniwati Saadiah.
Walaupun file mini dihasilkan pada tahun 50-an dan telah
berulang kali ditayangkan, namun sambutan orang ramai
terhadapnya masih menggalakkan. Keupayaan file mini bertahan
sehingga kini, pada saya merupakan suatu kehebatan
pengarahnya dan sukar ditandingi oleh filem tempatan yang lain.

Isi ceritanya juga istimewa kerana dapat menarik minat


penonton. Tun Nila, Raja Muda Pura Cendana telah dititahkan
oleh ayahanda baginda supaya mengembara mencari seorang
perempuan untuk dijadikan isteri. Dengan berbekalkan beras
bercampur dengan lada, bawang, garam dan lain-lain, Tun Nila
memulakan pengembaraannya. Baginda berjanji untuk
mengahwini gadis yang dapat memasak bekalannya itu. Setelah
mengembara beberapa lama, baginda menemui Puspa Wangi
dan mengahwininya. Apabila Tun Nila membawa isterinya
menghadap baginda di istana, semua pembesar istana termasuk
sultan tergila-gila akan Puspa Wangi kerana kecantikannya.

Cerita ini mengkritik pihak-pihak tertentu, khususnya


pembesar istana ataupun pembesar Negara dengan cara sindiran.
Dalam filem ini, sultan dan keempat-empat pembesar kanan
istana telah diperlakukan seperti orang bodoh oleh Puspa Wangi
ketika mereka dating ke rumah Puspa Wangi untuk bermesra
dengannya. Tok Kadi (Datuk Nikah Kahwin) sanggup
mengetepikan hokum agama kerana terlalu mengikut nafsunya.
Mesej yang terdapat dalam cerita ini ialah orang yang
berpengaruh sanggup mengetepikan tanggungjawab dan
sanggup menjual maruah diri kerana perempuan. Mesej ini
merupakan mesej universal yang berlaku di kebanyakan Negara
di dunia sehingga kini.

Isi 4

Filem ini juga memasukkan unsur humor yang begitu


ketara sehingga penonton tidak kering gusi. Tutur kata dan aksi
pelakonnya begitu lucu dan bersahaja. Contoh dialog yang
melucukan.
“….kata ada 100 lelaki, mengapa ini 10 saja?” tanya sultan.
“…..Yang lain kelabu asaaap, tuankuu” kata bendahara
dengan
muka lucu.

Filem ini turut mengutarakan beberapa beberapa unsur


pengajaran yang boleh dijadikan panduan hidup oleh penonton.
Salah satu daripadanya ialah kita tidak harus terburu-buru
membuat keputusan, sebaliknya perlu menggunakan akal fikiran
atau berfikir sebelum bertindak.

Cerita ini juga mengingatkan kita supaya tidak terlalu


mengikut nafsu, terutamanya nafsu seks. Hal ini disebabkan
tindakan yang sedemikian akan mengundang pelbagai masalah.
Selain menjejaskan imej diri dan institusi…..

Sebagai kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa cerita


dalam filem “Musang Berjanggut” ini mampu menarik minat
penonton daripada berbagai-bagai peringkat. Cerita ini bukan
sahaja menarik minat golongan tua dan orang dewasa tetapi juga
kanak-kanak. Mereka menonton cerita ini berasa puas kerana isi
cerita nya yang menarik dan turut terhibur oleh kelucuan
pelakonnya. Keupayaan pelakon menghidupkan cerita ini begitu
nyata kerana cerita ini dibintangi oleh seniman serba boleh, iaitu
Seniman Agung P. Ramlee.
***** Filem Ola Bola
Dalam ulasan anda mesti ada :
Analisa jalan cerita
Pengajaran yang boleh diperolehi dalam konteks hubungan etnik
di Malaysia

*** Muka surat – tidak lebih daripada 3 m/s


*** arial, saiz 12, double spacing

Sinopsis cerita:

Marianne, seorang wartawan telah ditugaskan membuat


kajian tentang pasukan bola sepak negara yang telah mencipta
nama pada era 80-an dahulu yang mana pada ketika itu nama
Malaysia dalam sukan bola sepak begitu digeruni oleh pasukan
lawan khasnya di rantau Asia ini. Marianne mula merasa bosan
dengan kerjayanya dan membuat keputusan untuk berhijraj ke
England. Sebelum dia meninggalkan negara, dia membuat
keputusan untuk menyiapkan tugasannya buat kali terakhir,
Namun dia menemui suatu perkara yang ternyata mengubah
hidupnya.

Mengimbau kembali ketika awal era 80-an, pasukan bola


sepak negara ketika itu berdepan dengan cabaran apabila
pemain-pemainnya mempunyai perbezaan pendapat dan tidak
sehaluan sehingga menyebabkan kekalahan dalam perlawanan
penting. Keadaan semakin rumit apabila hampir setiap pemain
mempunyai isu dan masalah masing-masing. Walau
bagaimanapun, mereka hanya mempunyai satu peluang untuk
beraksi di persada mata dunia. Jadi, barisan pemain harus
mengetepikan hal peribadi demi mengharumkan nama negara.
Ketika semangat kembali menyemarak dalam diri, pasukan
negara sekali lagi diduga dengan satu cabaran yang mematahkan
semangat mereka dan harapan negara.

Ola Bola yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini akan


membawa penonton dari pelbagai bangsa untuk sama-sama
merasai semangat bersatu hati dan muhibah. Kisah yang penuh
ikhtibar ini akan membawa penonton melihat semangat,
keunikan dan kekuatan yang terdapat dalam kepelbagaian
bangsa di Malaysia.
1. Siapa pengarah filem ini?
Filem ini adalah sebuah filem bertemakan sukan di
bawah arahan Chiu Keng Guan.

2. Siapakah pelakon filem ini?


dibintangi oleh JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar
Manokaran, Marianne Tan, Katrina Ho, Bront Palarae,
Taufiq Hanafi dan Frankie Lee. 
3. Nyatakan watak-watak dalam filem ini.

JC Chee sebagai Tauke

Luqman Hafidz sebagai Ali

Saran Kumar Manokaran sebagai Muthu

Marianne Tan sebagai Marianne

Haris Mohd Zainuddin sebagai Sanjeet Singh

Eric Teng sebagai Eric Wong

Katrina Ho sebagai Tan Siew Lee

Bront Palarae sebagai Rahman

Taufiq Hanafi sebagai Mohamad Abu

Mark Williams sebagai Coach Harry

Frankie Lee sebagai pengawal keselamatan stadium [5]

Said Sulaiman sebagai keeper simpanan

Filem ini mengisahkan mengenai kegemilangan pasukan


bola sepak kebangsaan Malaysia sewaktu berjaya
memasuki Sukan Olimpik Moscow 1980.[3][4] Filem ini
telah ditayangkan kepada umum pada 28 Januari 2016.

4. Apakah nilai dan pengajaran yang disampaikan oleh


filem ini.

Persahabatan, setiakawan, cinta, kesedihan, semangat


cintakan negara dan kegembiraan diadun sebati dalam
satu filem.

Jika diteliti semula pengisian Ola Bola secara halus,


filem yang mengambil latar masa hujung 1970-an
sehingga awal 1980-an ini langsung tidak menyentuh
mengenai perbezaan warna kulit atau kepercayaan setiap
kaum yang ada di Malaysia.
5.

You might also like