You are on page 1of 1

Ola Bola merupakan sebuah filem sukan arahan merupakan satu kisah fiksyen, tetapi diilhamkan

oleh situasi yang benar-benar berlaku kepada pasukan bolasepak negara di penghujung tahun
70an dan awal tahun 80an. Filem in berkisarkan ahli-ahli pasukan bolasepak negara pada awal
80an yang bergelut dengan masalah peribadi dan pada masa yang sama berusaha bersunggusungguh dalam sukan yang mereka cintai, iaitu bolasepak. Di samping itu, seorang pengulas
sukan pelatih, Rahman menjadi penyokong setia serta pengulas yang petah berkata-kata dan
bersemangat menyokong di belakang pasukan negara.Ola Bola yang diilhamkan dari peristiwa
sebenar ini akan membawa penonton dari pelbagai bangsa untuk sama-sama merasai semangat
bersatu hati dan muhibah. Kisah yang penuh ikhtibar ini akan membawa penonton melihat
semangat, keunikan dan kekuatan yang terdapat dalam kepelbagaian bangsa di Malaysia.
Berdasarkan filem tersebut saya mendapati pelbagai pengajaran dah salah satunya ialah ia telah
mengangkat tema semangat kesukanan bola sepak. Filem itu benar-benar menyentuh perasaan
dan meruntun jiwa dan saya rasa bangga dapat melihat semua rakyat Malaysia bersorak bersama
bukan sahaja di layar besar tetapi semasa tayangan filem tersebut.Saya rasa filem ini bukan sahaja
menghiburkan tetapi memberi sesuatu dan membuat kita berfikir dalam keadaan tidak terjangka
iaitu menerusi sebuah filem dengan tema cukup dekat dengan masyarakat di negara ini.
Kepelbagaian bangsa dalam karya itu membuatkan kita sebagai rakyat negara ini berasa istimewa
malah mungkin ada yang telah lupa bagiamana rasanya menjadi bangsa Malaysia.Pada pendapat
saya, medium filem ini telah membangkitkan rasa kasih sayang dan kecintaan bukan sahaja
terhadap negara tetapi sesama masyarakat berbilang bangsa yang dapat dilihat dalam negara
Malaysia.
Setiap watak diselitkan dengan pergelutan tersendiri dalam kehidupan mereka yang pada
akhirnya mengajar bahawa kita semua sama tanpa perlu membezakan warna kulit, bangsa dan
agama.Permainan emosi secara tersirat dalam menzahirkan semangat patriotismedan
mengingatkan keistimewaan kita sebagai rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama.Menarik
untuk diperhatikan, bahawa filem ini seperti mana filem-filem yang sepatutnya menyatakan
realiti sebenar kehidupan di Malaysia, menggunakan kesemua bahasa iaitu Bahasa Melayu,
Tamil, Inggeris, Mandarin, Kantonis, dan juga Hokkien.
Selain itu, saya mendapati bahawa semangat setia kawan yang dipapar dalam file mini merupakan
satu elemen penting di mana semangat pengorbanan, semangat berpasukan, semangat setia kawan
dan semangat kenegaraan yang tinggi berjaya disemai melalui sukan terutamanya dalam
permainan bola yang ditonjol di dalam filem ini.Saya dapat melihatkan semangat dan minat yang
mendalam dalam sukan bola sepak dapat melahirkan satu pasukan yang mempunyai keazaman,
semangat setia kawan dan tidak pernah mengalah walau apa pun rintangan yang mendatang untuk
mencapai impian mereka untuk memasuki Sukan Olimpik Moscow.
Filem ini menceritakan kesusahan dan rintangan yang dihadapi oleh mereka untuk bermain bola
sepak walaupun ditentang oleh ahli keluarga, mengalami masalah kewangan dan sebagainya.
Daripada itu, saya dapat mempelajari bahawa jika kita menghadapi sebarang masalah atau
kesusahan dalam kehidupan, kita pasti dapat mencari jalan penyelesaian walau susah mana pun
masalah tersebut. Pengajaran ini dapat dikaitkan ketika Tauke mengambil keputusan untuk
berhenti bermain bola dan dengan semangat yang diberi oleh Rahman, Tauke telah berfikir
panjang lantas mengambil keputusan untuk pulang ke pasukannya.Ia menunjukan walaupun
mengalami masalah dengan rakan pasukan, jurulatih dan konflik dalaman tetapi disebabkan oleh
semangat dan sokongan rakan-rakan mereka berjaya mengharunginya dan berjaya memenangi
perlawan tersebut.

You might also like