You are on page 1of 1

Saya memilih video ini berbanding video-video yang lain kerana saya tersentuh dengan mesej yang

terdapat dalam video tersebut. Video ini mengisahkan tentang tiga orang budak yang berlainan
bangsa dan agama iaitu Ismail,Chuan dan Arun. Mereka bertiga merupakan sahabat baik sebelum
negara mencapai kemerdekaan lagi.

Antara maksud tersurat yang saya peroleh semasa menonton video tersebut adalah mengenai
kepentingan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Perpaduan penting
supaya masyarakat dapat hidup dengan aman dan hormoni. Dengan adanya semangat perpaduan,
masyarakat dapat menerima kehadiran antara satu sama lain tanpa syak wasangka. Contohnya,
Ismail,Chuan dan Arul dapat mewujudkan tali persahabatan dan mengekalkannya walaupun mereka
berbeza bangsa dan agama. Perbezaan bahasa tidak menjadi penghalang untuk mereka berkawan
kerana mereka menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi
memudahkan lagi komunikasi antara satu sama lain.

Kepentingan perpaduan yang seterusnya ialah dapat mengelakkan daripada berlakunya semangat
assabiah iaitu semangat yang hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Contonya, Ismail dan Chuan
sanggup turun daripada kereta api semata-mata untuk mencari gambar ayah Arul yang terbang
keluar daripada tingkap kereta api. Semangat perpaduan dalam persahabatan yang ditunjukan oleh
mereka bertiga membuktikan bahawa sifat tolong-menolong antara satu sama lain dapat
diwujudkan sekiranya wujud perpaduan dalam suatu komuniti.

Maksud tersirat yang saya peroleh semasa menonton video ini ialah kepentingan semangat
patriotisme. Melalui jalan cerita yang dipaparkan, kita boleh melihat bahawa Ismail, Chuan dan Arul
dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur kerana mereka ingin menyaksikan peristiwa yang paling
bersejarah iaitu peristiwa semasa Tunku Abdul Rahman melaungkan Laungan Merdeka. Dalam
perjalanan, mereka terpaksa menghadapi rintangan seperti berjalan kaki mengikut landasan kereta
api untuk sampai di Kuala Lumpur. Walaupun mereka terlepas untuk menyaksikan peristiwa
bersejarah tersebut, namun kehadiran mereka bersama-sama di tempat bersejarah tersebut sudah
bermakna bagi mereka. Kesimpulannya, rintangan yang datang tidak mematahkan semangat mereka
untuk menyaksikan peristiwa bersejarah itu dan ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga watak utama
mempunyai semangat patriotisme yang kuat dalam persahabatan mereka.

You might also like