You are on page 1of 10

KRITIKAN SOSIAL DALAM FILEM-FILEM ARAHAN DAN LAKONAN P.

RAMLEE

1.0 Pengenalan
P. Ramlee yang meninggal dunia pada tahun 1973 meninggalkan banyak filem
Melayu klasik yang kaya dengan pelbagai mesej untuk memberi pengajaran,
teladan, sindiran, kritikan dan kesedaran kepada masyarakat. Namun, pada
peringkat awalnya masyarakat terlupa mahu mengiktirafnya. Kini, Arkib Negara
dengan kerjasama Akademi Perfileman Malaysia dan Perbadanan Filem Nasional
(FINAS) berusaha mengkaji filem P. Ramlee.

Menyebut filem-filem P. Ramlee, terbayang dalam fikiran kita kelucuan watak


dan bicaranya, ketajaman sindiran, keberkesanan pengajaran, kepelbagaian mesej
serta keenakan lagu dan suaranya yang peranan utamanya untuk menghibur
penonton. Filem-filem arahan P. Ramlee masih diminati ramai oleh segenap lapisan
masyarakat yang berbilang bangsa hingga ke hari ini. Malah kanak-kanak boleh
menghafal dan melafazkan dialognya dengan baik dan lancar. Filem-filem arahan P.
Ramlee ini telah dikategorikan sebagai filem Melayu Klasik dan beberapa kali
diulang tayang oleh stesen televisyen tempatan sama ada kerajaan mahupun
swasta.

Melihat sejarahnya, penglibatan P. Ramlee dalam dunia seni dan perfileman secara
aktif bermula dengan lagu Azizah (1948) yang dinyanyikannya dalam pesta ria di

Bukit Mertajam. Lagu ini telah memikat hati B.S. Rajhans seorang pengarah filem
dari Singapura. Pada tahun 1948, Rajhans telah menawarkan peranan pemain biola
dan penyanyi lagu latar kepada P. Ramlee dalam filem Cinta (1948). Sesudah itu P.
Ramlee diberi peranan menyusun lagu-lagu latar dan muncul sebagai pembantu
utama kepada filem tersebut.
Bermula sebagai pelakon tambahan dalam beberapa buah filem, akhirnya P.
Ramlee diberikan watak hero dalam beberapa buah filem seperti Bakti (1950),
Penghidupan (1951), Sejoli (1951), Antara Senyum dan Tangis (1951), Ibu (1953),
Hujan Panas (1953), Salah Siapa (1953), Merana (1954) dan beberapa yang lain
lagi. Beliau berjaya membawa watak dengan baik dan berkesan. Lakonannya yang
hidup telah menanamkan kepercayaan kepada Malay Film Production (MFP) bagi
beliau untuk mengarah sambil berlakon dalam beberapa buah filem.
Kemampuan P. Ramlee sebagai pengarah filem mula terserlah pada tahun
1955 apabila filem pertama arahannya, Penarik Beca (1955) telah mendapat
sambutan yang hebat dan filem ini telah terpilih sebagai filem terbaik seluruh Tanah
Melayu pada tahun 1956. Pada tahun yang sama, P. Ramlee telah mengarah dua
filem lagi iaitu Panca Delima (1957) dan Bujang Lapok (1957). Bujang Lapok (1957)
adalah filem komedi yang dapat memikat hati penonton dengan telatah tiga watak
bujang lapok iaitu S.Shamsudin, Aziz Sattar dan P. Ramlee sendiri. Pada tahun
1959 beliau telah mengarah filem Pendekar Bujang Lapok (1959) iaitu filem yang
telah terpilih sebagai filem komedi terbaik dalam Pesta Filem Asia di Kuala Lumpur,
di samping filem Nujum Pak Belalang (1959).

Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni suara dan perfileman, beliau


telah berlakon dalam lebih 100 buah filem termasuk yang diarahkannya sendiri.
Menurut Jins Shamsudin (2003 : 12-15) filem-filem arahan P. Ramlee bermula dari
tahun 1955 hingga tahun 1972 berjumlah 34 buah yang boleh dikelaskan kepada
dua bentuk iaitu purbawara dan moden.

Isi ceritanya bersifat melodrama yang

tragis dan komedi bermula dengan filem Penarik Beca (1955) dan berakhir dengan
Laksamana Do Re Me (1972).
2.0 Permasalahan kajian
Filem berperanan sebagai alat untuk mendokumentasikan budaya dan kehidupan
masyarakat pada masa tertentu. Filem juga sebagai alat untuk merakamkan
peristiwa sejarah terutamanya untuk tujuan penyimpanan dan pengarkiban di
samping sebagai alat untuk kajian saintifik. Namun, masih terlalu banyak filem yang
hanya tersimpan tidak dikaji. Filem yang pada asalnya menjadi bahan tontonan
seharusnya menjadi bahan bacaan dan digunakan sebagai bahan kajian dan
penyelidikan di samping menjadi bahan untuk mengajar dan mendidik masyarakat.
Apatah lagi filem-filem P. Ramlee hingga kini masih menjadi bahan tontonan umum
dari segenap lapisan masyarakat tanpa mengira usia (Naim Ahmad, 1995 : 24 ).

Anuar Nor Arai (1996 : 46) mengatakan medium filem mampu menyampaikan
kebaikan derivative atau kebaikan yang wujud daripada hubungan kompleks
sesama manusia dan persekitaran isu dalam masyarakat. Filem juga mampu
mencerna kebijaksanaan berfikir untuk menyelesaikan kompleksiti renungan
manusia tentang dirinya dan persekitarannya. Manakala Lawrence Quek (1994 : 37)
pula menjelaskan filem-filem yang dihasilkan walaupun diilhamkan sebagai wadah

hiburan, tetapi dalam mengisi keperluan manusia dan realiti hidup, masih
meletakkan manusia pada kedudukan yang sewajarnya, suatu tanggungjawab
mendidik dan mengajar khalayak melalui hiburan. Menurutnya lagi, filem sebagai
cermin hidup manusia dan pengangkat nilai kehidupan dan kemanusiaan.

Filem dianggap sebagai karya kreatif sastera. Ini bererti filem ada peranan
dan sumbangannya kepada khalayak sama seperti karya sastera. Jadi filem
berperanan menggambarkan sosiobudaya masyarakat penciptanya, sebagai model
bahasa, sebagai bahan yang boleh membentuk humanistik dan moral penonton.
Sumbangannya kepada penonton yang jelas adalah sebagai hiburan di samping
sumber ilmu, alat tinjauan, bahan fikir, memberi pengalaman baru dan sumber
menilai keindahan atau estetik.
Namun, menurut Naim Haji Ahmad (1995 : 2) daripada beberapa kajian yang
pernah dibuat, filem tidak digunakan secara sistematik dan meluas dalam arena
pendidikan atau latihan untuk mencapai objektif pendidikan yang tertentu. Filem
juga jarang-jarang dibaca untuk difahami aspek-aspek tertentu yang ada padanya
sama ada yang tersurat atau tersirat. Malah, filem juga jarang dijadikan bahan untuk
kajian saintifik dalam bidang seperti sains kemasyarakatan, kajian bahasa, kajian
sastera dan sebagainya. Umumnya, filem hanya ditonton sebagai alat hiburan.
Filem P. Ramlee dianggap umum sebagai filem yang baik dan penuh dengan
pelbagai pengetahuan sosial dan budaya bangsa terbiar begitu sahaja. Menurut
Naim Haji Ahmad lagi (1995 : 24) filem P. Ramlee kaya dengan ilmu dan maklumat
untuk dijadikan bahan kajian.

Hamzah Hussein, pengkritik filem, menyatakan antara sebab filem-filem P.


Ramlee diminati kerana filemnya memenuhi kehendak masyarakat. P. Ramlee
menimba ilham untuk filem-filemnya daripada kehidupan masyarakat. Pendapat ini
selari dengan pandangan Wan Hamzah Awang yang mengatakan filem-filem P.
Ramlee memaparkan sosial dan budaya atau cara hidup masyarakat zaman
kelahiran filem itu secara nyata dengan tujuan untuk mendidik masyarakat. Apakah
benar filem-filem P. Ramlee dapat mengajar dan mendidik masyarakat? Mengapa
keadaan ini berlaku? Di manakah kekuatan filem-filem arahan P. Ramlee yang
dianggap filem klasik? Semua inilah yang hendak dicari jawapannya oleh pengkaji.

Fokus kajian yang dibuat oleh Arkib Negara bersama-sama Akademi


Perfileman Malaysia masih terbatas iaitu tertumpu kepada filem cereka yang dilihat
dari sudut sejarah perfileman, tema dan mesej, aspek dramatik dan lakonan serta
hubungan persoalan dalam filem dengan konteks zamannya. Ini bererti persoalan
tentang pemikiran nilai pendidikan tidak disentuh. Filem yang dianggap sebagai alat
dokumentasi yang penuh dengan pendidikan terutama berkaitan sosial dan budaya
perlu disingkap kebenarannya. Justeru, filem merupakan satu alat yang boleh
dijadikan bahan pengajaran dan pendidikan kepada penonton terutamanya dalam
kalangan pelajar. Dalam kata yang lain, apakah filem-filem P. Ramlee mengandungi
pendidikan yang boleh membantu pelajar dalam proses penyuburan diri dan
pembinaan insan (mendidik).

3.0 Objektif Kajian


Objektif kajian ini adalah untuk:
1

Mengesan

sejauh mana nilai pendidikan (ilmu dan nilai-nilai murni) yang

terdapat dalam filem-filem yang dikaji.


2

Mengkaji adakah filem-filem yang dikaji mempunyai peranan dan dapat memberi
sumbangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Mengesan sejauh mana filem-filem yang dikaji mengandungi kritikan sosial.

Mengesan pengajaran (falsafah dan pemikiran) dalam filem-filem P. Ramlee.

Melihat sejauh mana filem-filem P. Ramlee boleh dijadikan bahan fikir dalam
membantu proses penyuburan diri..

4.0 Soalan Kajian


1. Mengesan sejauh mana nilai pendidikan (ilmu dan nilai-nilai murni) yang
terdapat dalam filem-filem yang dikaji.
2. Mengkaji adakah filem-filem yang dikaji mempunyai peranan dan dapat
memberi sumbangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Mengesan sejauh mana filem-filem yang dikaji mengandungi kritikan sosial.
4. Mengesan pengajaran (falsafah dan pemikiran) dalam filem-filem P. Ramlee.
5. Melihat sejauh mana filem-filem P. Ramlee boleh dijadikan bahan fikir dalam
membantu proses penyuburan diri.

6.0 Tinjauan Literatur


7.0 Kaedah Kajian
8.0 Batasan Kajian
9.0 Kepentingan Kajian

Keputusan kajian menjelaskan sejauh mana filem-filem arahan P. Ramlee dari tahun
1955 hingga 1972 berperanan mengajar, mendidik, mengkritik dan menjadi bahan
fikir dan bahan rasa. Walaupun ramai yang memperkatakan filem arahan P. Ramlee
ini baik dan klasik (serius dan abadi nilainya, tertinggi mutunya dan menjadi
standard kepada yang lain, mempunyai gaya yang sederhana dan tidak berubah
mengikut masa, mempunyai ciri-ciri atau sifat yang lazim), namun tidak ada kajian
khusus yang dilakukan.2 Diharapkan kajian ini menjadi satu dokumentasi dan boleh
dimanfaatkan oleh masyarakat terutamanya kepada pelajar dan pencinta filem
seluruhnya. Hasil kajian ini boleh membantu penerbit filem dan pengkarya melihat
ruang-ruang kosong dalam konteks pendidikan yang telah dan belum disentuh oleh
P. Ramlee sebagai bahan yang boleh dimuatkan dalam filem kini. Bukan itu sahaja,
penerbit filem boleh membuat bandingan atau contoh bagaimana pendekatan,
kaedah dan teknik yang digunakan oleh P. Ramlee dalam menggambarkan atau
melahirkan sesuatu aspek pendidikan atau idea (falsafah dan pemikiran) dalam
filemnya.
Kepada pengkaji, pelajar dan pengkritik filem, kajian ini boleh dijadikan bahan
rujukan dan perbincangan dalam memperkatakan sesuatu filem sama ada filem
P. Ramlee mahupun filem-filem lain. Selain itu, kajian ini juga dapat membantu
penonton terutamanya golongan awal remaja, remaja dan mereka yang telah
matang. untuk memahami dan menghayati filem-filem arahan P. Ramlee lantas
menyedari bahawa filem bukan sahaja sebagai alat hiburan tetapi juga sebagai
bahan untuk mengajar dan mendidik masyarakat. 3

Filem tidak diterbitkan

dengan kekosongan tetapi penuh dengan idea dan ilmu yang boleh mengasah
fikiran dan memperhalus rasa serta menambahkan pengetahuan penonton.

6.

Kerangka Konseptual

KERANGKA PENYELIDIKAN
FILEM SEBAGAI TEKS SASTERA
(31 buah filem)

Tragedi

Jenaka

Analisis
Naratifnya atau bahasa filem.
Tersurat dan tesirat.
Ditafsir dan dinilai.

(Sosiobudaya Masyarakat)

Pengkaji
Penonton

Penonton

Dapatan Kajian

Kritikan Sosial
Mesej, falsafah dan pemikiran
Ilmu
Bahan fikir
Kritikan

Rajah 4. Kerangka Penyelidikan

7. Kesimpulan

You might also like