You are on page 1of 8

PENGENALAN

Tajuk filem ini ialah Daulat. Filem ini merupakan sebuah arahan oleh Imran Sheik

dibawah syarikat penerbitan Lacuna Picture. Ia telah ditayangkan pada 6 April 2020 secara

atas talian di aplikasi Iflix sahaja. Filem berjudul Daulat ini merupakan filem politik thriller

atau realpolitik yang pertama diterbitkan di Malaysia. Berdasarkan video temu bual yang

dilakukan oleh saluran ML studio di Youtube, Imran Sheik mengatakan bahawa idea untuk

menerbitkan filem ini datang daripada minatnya yang suka menonton filem politik thriller

terbitan luar negara. Antara filemnya ialah House of Cards, Madam Secretary dan The Ides

of March yang juga merupakan filem politik thriller yang berkonsepkan falsafah Machiavelli,

seorang ahli falsafah politik di Itali yang terkenal.

Ia mengisahkan tentang suasana yang berlaku di belakang tabir setiap ahli politik dan

parti politik dalam merancang untuk memenangi pilihan raya umum (PRU) yang akan dating.

Secara spesifiknya, filem ini menceritakan seorang ahli politik iaitu Suri yang dilakonkan

oleh Vanidah Imran dan parti politiknya MUNA yang merancang untuk menang dalam

pilihan raya seterusnya dengan pelbagai cara sekalipun, setelah kalah dengan parti politik

Wawasan dalam pilihan raya umum yang lepas. Parti-parti politik yang terdapat dalam filem

ini ialah Wawasan, Hizbul Muslimin dan Ikatan Sosialis Malaysia.

Antara pelakon yang ada dalam filem ini ialah Vanidah Imran sebagai Suri, Rashidi

Ishak sebagai Idris, Tony Eusoff sebagai Hassan, Jasmine Suraya Chin sebagai Jasmin Cho

dan ramai lagi. Antara pelakon utama yang menarik perhatian semua penonton dalam filem

ini ialah Vanidah Imran sebagai Suri yang memegang jawatan timbalan presiden

pembangkang MUNA dan juga merupakan isteri kepada Idrus. Idrus merupakan CEO

syarikat media Media Raya yang menyediakan pelbagai informasi kepada masyarakat dalam

bentuk media termasuklah isu politik yang berlaku dalam negara. Para pelakon yang

memegang jawatan sebagai presiden parti-parti politik pula dimainkan oleh Tony Eusoff
sebagai Hassan (MUNA), Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai Malik (WAWASAN), Amar

Asyraf sebagai Saiful (Hizbul Muslimin) dan juga Sangeeta Krishnasamy sebagai Melissa

(Ikatan Sosialis Malaysia).

Filem yang berdurasi selama 101 minit ini telah berjaya menjadi perbualan hangat

dalam kalangan masyarakat apabila ianya tular di pelbagai platform media seperti Facebook,

Twitter dan juga Youtube. Ia juga telah diberi penilaian atau rating sebanyak 6.5/10 melalui

laman sesawang IMBd.


ULASAN KESELURUHAN
Pada awal penceritaan, babak pertama menunjukkan Parti Wawasan yang dipimpin

oleh Tun Malik telah memenangi pilihan raya umum dan telah dinobatkan sebagai Perdana

Menteri negara. Hassan, yang merupakan presiden parti MUNA dan timbalan presidennya

Suri telah berkomplot dan merancang untuk memenangi pilihan raya umum yang akan

datang. Kekalahan yang dihadapi oleh parti MUNA ini tidak pernah disangka oleh mereka

kerana mereka telah memerintah kerajaan selama 30 tahun namun telah tumbang pada pilihan

raya umum pada kali ini. Pada minit 0.50, Suri mengatakan bahawa “Kalau seseorang itu

marah, dia akan marah di Twitter. Dalam 15 minit, dia akan dapat ratusan sokongan. Bila

emosi berkuasa, kebenaran tidak lagi penting. Fakta tidak penting lagi.”

Dialog ini menunjukkan bahawa pada zaman kini, penggunaan media sosial

memberikan impak terhadap parti-parti politik pada zaman kini. Lanjutan itu, Suri sebagai

timbalan presiden telah ditugaskan untuk menaikkan kembali parti MUNA setelah kalah

dalam pilihan umum disebabkan oleh rakyat mula menolak parti mereka. Hal ini demikian

kerana presiden MUNA, Hassan terlibat dengan kes rasuah serta penyalahgunaan kuasa. Suri

telah mencadangkan beberapa langkah untuk memenangi semula pilihan raya yang akan

datang. Antara cadangannya yang pertama ialah mengukuhkan tapak. Maksudnya di sini

adalah pilihan raya umum yang mereka peroleh sebelum ini adalah disebabkan undian

daripada penduduk kawasan kampung. Suri mencadang agar parti MUNA ini mengambil hati

semua penduduk di kawasan kampung atau pinggir bandar supaya memiliki pengundi dari

kawasan tersebut. Rancangan untuk melakukan perikatan dengan parti lain juga mampu

mengukuhkan tapak mereka.

Rancangan seterusnya ialah pecah dan perintah. Mereka ini menimbulkan perpisahan

antara Tun Malik dan Dato’ Seri Ali yang merupakan Perdana Menteri dan timbalan perdana

Menteri. Hal ini kerana, Dato’ Seri Ali sebenarnya menginginkan jawatan Perdana Menteri
secepat mungkin. Pada minit 3.22, Suri juga ada memetik kata-kata dari Sun Tzu, iaitu “Let

your plan be dark as night.” Kata-kata dipetik untuk memberitahu kepada Hassan bahawa

rancangan ini haruslah dilakukan secara diam-diam.

Kekalahan parti MUNA ini juga menjejaskan syarikat yang berada di bawah

naungannya, syarikat Media Raya. Idrus yang merupakan pengarah bagi syarikat ini juga

suami kepada Suri. Kerugian yang dialami mereka menyebabkan pesaing mereka, MMC

telah berjaya menandingi mereka. Idrus telah mencadangkan kepada rakan kongsinya, Nadiya

untuk mewujudkan perkhidmatan penstriman berita mereka sendiri seperti Netflix dan Iflix.

Oleh itu, Idrus telah meminta Nadiya untuk mencari wang sebanyak RM20 juta. Di samping

itu, filem ini juga mempunyai plot sampingannya tersendiri. Dalam syarikat Media Raya ini

terdapat seorang wartawan yang bernama Jasmine. Babak pertama yang melibatkan Jasmine

ialah babak dimana dia sedang memberi ubat kepada ayahnya yang sakit. Dalam perbualan

antara Jasmine dan ayahnya, Jasmine memberitahu bahawa ayahnya memerlukan rawatan

pembedahan untuk sembuh. Rawatan pembedahan yang diperlukan itu berharga RM100 ribu.

Jasmine telah bertekad untuk mencari wang secukupnya bagi kos rawatan itu.

Bagi mendapatkan wang yang secukupnya, Jasmine telah bercadang untuk

mendapatkan jawatan Pengurus Besar di syarikatnya itu. Jasmine telah berhasrat untuk

menggoda Idrus, pengurus Media Raya bagi mendapatkan wang tersebut unuk kos

pembedahan ayahnya. Pada minit 12.33, Suri telah bertemu dengan ketua parti Hizbul

Muslimin (HM), Saiful. Suri telah memujuk Saiful agar menyertai MUNA dalam parti

perikatan yang ditubuhkan bagi memastikan nasib bangsa Melayu-Islam dapat dipelihara.

Setelah berjaya memujuk dan menggoda Idrus, jawatan Pengurus Besar di Media

Raya diberikan kepada Jasmine. Sebagai balasan, Idrus telah meminta Jasmine yang

merupakan seorang wartawan untuk menulis berita bahawa MUNA dan HM akan
bekerjasama. Berita yang ditulis ini mendapat sokongan daripada penduduk kampung. Suri

juga telah berhasrat untuk menggunakan Melissa dari Ikatan Sosialis Malaysia dalam

rancangannya. Oleh itu, satu perdebatan diantara Ali, Timbalan Perdana Menteri dan Hassan,

presiden MUNA dan Pakatan Politik Pragmatis. Hasilnya, Ali telah kalah dalam perdebatan

dan ini telah menunjukkan sedikit kelemahan dalam parti Wawasan. Akhirnya, Pakatan

Politik Pragmatis yang dianggotai oleh parti politik MUNA, Hizbul Muslimin dan Ikatan

Sosialis Malaysia Berjaya ditubuhkan. Penubuhan parti ini telah membuatkan parti Wawasan

gelisah. Suri telah menyakinkan Ali supaya membangkitkan ‘vote of confidence’ terhadap

Tun Malik pada minit 1.21.32. Hal ini telah menyebabkan berlakunya perpecahan dalam

Wawasan. Ini telah membantu Perikatan Pragmatis untuk memenangi pilihan raya seterusnya.

Pada minit 1.02.30 menunjukkan Suri sedang duduk menghadap potret Niccolo Machiavelli

apabila dia Berjaya menubuhkan parti perikatan itu.

Akhirnya, Perikatan Pragmatis telah Berjaya memenangi pilihan raya umum yang

diadakan. Babak ini telah dimainkan pada minit 1.28.28 dan menunjukkan ramai masyarakat

dan pakar politik kagum dengan usaha mereka itu. Kemenangan itu menggembirakan mereka

terutamanya Hassan dan Suri. Namun begitu, Suri telah mengugut Hassan untuk memberi

jawatan Perdana Menteri kepadanya dan meminta Hassan untuk meletakkan jawatan. Hassan

mempersetujui arahan Suri ini kerana Suri mempunyai bukti insiden di mana Hassan telah

melakukan satu pembunuhan. Akhir sekali, Suri telah dilantik sebagai Perdana Menteri dan

Melissa sebagai Timbalan Perdana Menteri.


PENDAPAT
Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa filem ini telah diterbitkan dengan

usaha yang baik. Penerbitan filem politik thriller atau realpolitik yang pertama di Malaysia

mampu membuka minda dan masyarakat tentang dunia politik yang sebenar dan ini

merupakan satu hal yang baik. Hal ini kerana, segilintir masyarakat tentang mengambil

peduli terhadap isu politik yang berlaku di negaranya walhal perkara ini amat penting dalam

peradaban negara.

Filem ini telah memasukkan elemen seperti isu sentiment, emosi, kaum dan agama

yang sememangnya memainkan peranan dalam dunia politik. Selain itu, sinematografi yang

digunakan dalam filem amatlah cantik dari segi pewarnaannya dan rakamannya.

Sinematografi yang dihasilkan berjaya menimbulkan ‘mood’ atau suasana yang sesuai

sewaktu menonton filem ini. Seterusnya, penggunaan bahasa dalam filem daulat ini juga amat

mudah difahami dan tidak menggunakan istilah yang sukar difahami terutamanya oleh

masyarakat yang tidak arif dalam dunia politik ini. Babak akhir yang mempunyai ‘plot twist’

ini berjaya dilakukan dengan baik dan menjadi perbualan yang hangat dalam kalangan

masyarakat.

Sungguhpun begitu, setiap perkara pasti mempunyai kelemahannya tersendiri begitu

juga dengan filem Daulat ini. Antaranya ialah tiadanya konsep “Show, don’t tell.” Filem ini

lebih banyak memfokuskan tentang rancangan yang dilakukan oleh Suri dengan

menunjukkan babak mesyuarat di antara parti diadakan. Sebagai contoh pada minit 1.25.50,

menunjukkan babak di mana semua ahli parti Pakatan Politik Pragmatis mengadakan

perbincangan untuk memenangi pilihan raya umum yang ke-15. Suri yang mengetuai

perbincangan ini mengatakan bahawa dia faham akan kehendak Saiful dan Melissan terhadap

politik di negara ini. Saiful berharap agar syiar Islam dapat ditegakkan dan Melissa berharap

agar kesaksamaan termaktub dalam negara ini. Suri juga berkata bahawa parti mereka ini
pasti akan meraih kemenangan pada pilihan raya umum yang akan datang ini kerana parti

mereka mempunyai keberkesanan berbanding parti Wawasan. Sebuah negara perlu

mempunyai kerajaan yang efektif namun perkara itu tidak ada pada Wawasan kerana mereka

hanyalah mementingkan ideologi. Akan tetapi, babak yang membuktikan Pakatan Pragmatis

mempunyai keberkesanan tidak ditunjukkan. Seharusnya, babak seperti cara yang dilakukan

oleh Pragmatis dalam menunaikan hasrat Saiful dan Melissa dipaparkan. Melalui babak

sebegini, penonton juga akan berpendapat bahawa Pakatan Pragmatis sememangnya

mempunyai keberkesanan dalam melakukan sesuatu perkara.

Selain daripada itu, konsep Machiavelli juga tidak banyak dipaparkan seperti mana

pengarah filem mengatakan bahawa konsep yang digunakan adalah konsep Machiavelli.

Machiavelli merupakan ahli falsafah politik yang pasti dikenali oleh setiap ahli politik.

Falsafah atau konsep Machiavelli ini telah ditulis dalam bukunya, The Prince. Antara falsafah

yang dinyatakan ialah “seorang pemimpin harus mempunyai satu sifat yang digelar ‘criminal

virtu’ atau sifat penjenayah agar pemimpin mampu bertindak ganas, kejam atau jahat asalkan

kestabilan masyarakat terpelihara dan kedudukannya sebagai seorang pemimpin tidak dapat

digugat mana-mana pihak.” Pengarah cuba menggunakan falsafah ini dengan menunjukkan

babak Suri pada minit 1.37.35 dengan dialognya “hanya sang kejam yang mendapat takhta.”

Namun begitu, dialog ini tidak berapa jelas kepada para penonton kerana ia menimbulkan

kekeliruan adakah Suri,Hassan atau orang lain yang kejam. Perwatakan ‘sang kejam’ itu tidak

dapat dilihat dalam filem Daulat kerana tidak adanya babak yang menunjukkan sang kejam

itu dan ia hanyalah ditunjukkan dengan kata-kata.

Seperkara lagi, babak-babak yang berfungsi sebagai tambahan kepada penceritaan

filem ini juga telah menenggelamkan babak politik itu sendiri. Sebagai contoh pada minit

1.07.38 menunjukkan babak Nadiya yang mempunyai masalah dengan Ramzi tentang wang

yang dipinjamnya. Babak ini diteruskan lagi dengan ugutan yang dilakukan oleh Ramzi untuk
memburu keluarga Nadiya sekiranya wang milik Ramzi tidak diperolehinya. Nadiya yang

merupakan anak kepada presiden parti MUNA telah melibatkan bapanya dalam masalah ini.

Akhirnya, Hassan telah melakukan jenayah pembunuhan terhadap Ramzi bagi menyelesaikan

masalah itu. Adegan-adegan sebegini sepatutnya tidak perlu diberatkan kerana ia adegan

politik yang menjadi mesej utama akan hanya menjadi sampingan. Oleh itu, pengarah

haruslah menekankan adegan politik supaya matlamat filem dapat dicapai.

Sebagai kesimpulan, penerbitan filem ini sebenarnya adalah satu langkah yang amat

baik dilakukan oleh pengarah, Imran Sheik. Pemilihan para pelakon juga amat mementingkan

kualiti produksi sesebuah filem itu. Filem daulat ini berjaya meraih sokongan dan sambutan

oleh pelbagai lapisan masyarakat. Namun begitu, kritikan yang diberikan oleh para penonton

juga amat penting kerana ia akan membantu dalam memperbaiki kelemahan yang ada.

Keberanian syarikat penerbitan dalam menerbitkan filem ini juga perlu dipuji kerana tidak

ada penerbitan filem yang banyak menyentuh isu semasa dalam perfileman mereka.

You might also like