You are on page 1of 4

Makam Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana

Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Ia terletak


sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri,
Mukim Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia
melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat.
Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater
traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang
popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi
yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut.
Kami telah membuat temu bual dengan pelancong tempatan di Pulau
Langkawi yang bernama Azlan Strider dan Mazni Munawar. Mereka menyatakan
bahawa Pulau Langkawi merupakan satu tempat yang terkenal, cantik dan
terdapat banyak tempat pelancongan yang agak menarik serta sesuai untuk
melancong dengan keluarga. Mereka berasa sangat gembira dan teruja sebaik
sahaja mereka sampai di Pulau Langkawi. Antara tempat-tempat pelancongan,
mereka berasa Makam Mahsuri merupakan salah satu tempat pelancongan yang
agak istimewa dan tempat yang mesti kunjungi.
Mereka juga menyatakan bahawa mereka dapat menambahkan ilmu
pengetahuan yang tidak dapat belajar dalam sekolah. Dengan membuat lawatan
ke Makam Mahsuri, mereka dapat mengetahui dan lebih memahami tentang
sejarah Pulau Langkawi dan sejarah tentang kisah Mahsuri.
Makam ini telah didirikan untuk memperingatikan puteri Langkawi,
Mahsuri, seorang gadis cantik yang telah dituduh secara tidak adil kerana
melakukan zina. Mengikut legenda bahawa Mahsuri telah dihukum mati dan
sebelum dia menghembuskan nafas terakhir dia telah meletakkan satu
sumpahan pada pulau ini iaitu pulau ini akan kekal tandus selama tujuh
generasi. Menurut legenda lagi bahawa semasa dia dihukm bunuh dia
mengeluarkan darah putih, menandakan kesuciannnya.
Makam Mahsuri merupakan salah satu tempat pelancongan yang sudah
pasti akan lawat jika melancong di Pulau Langkawi. Di Makam Mahsuri terdapat
kisah misteri sumpahan Mahsuri yang dibunuh angkara fitnah. terdapat pelbagai
koleksi prasejarah yang dipamerkan dalam terdapat pelbagai koleksi
pra sejarah yang dipamerkan. Dalam muzium ini terdapat keris yang dipercayai
digunakan untuk membunuh Mahsuri. Kami dilarang menangkap gambar dalam
muzium tersebut.
Di samping itu, terdapat juga satu panggung mini yang menceritakan
kisah awal Mahsuri sehinggalah ia mati dibunuh. Kami juga boleh mengetahui
dan lebih memahami tentang kisah awal Mahsuri dengan menonton tayangan
video yang menarik dan di tempat yang telah disediakan itu. Tayangan video ini
juga dapat menarik perhatian orang dewasa dan juga kanak-kanak. Mereka
dapat mengetahui perkembangan cerita dengan lebih jelas. Tayangan video
tersebut telah diterjemah kepada pelbagai jenis bahasa supaya pelancong dari
pelbagai negara dapat memahami cerita tersebut. Di samping itu, terdapat juga
rumah-rumah tradisional dan Perigi Mahsuri selain daripada benda-benda
tentang kisah Mahsuri dalam muzium. Dengan melihat rumah-rumah tradisional
yang terdapat dalam Makam Mahsuri, kami dapat melihat struktur-sturktur
pembinaan rumah pada zaman dulu. Dengan ini, kami dapat memahami sebab
pembinaan rumah-rumah tradisional. Di dalam Makam Mahsuri juga terdapat
kedai yang menjual cenderahati seperti baju dan beg.
Dalam Makam Mahsuri ini terdapat satu bilik muzik. Kakitangan Makam
Mahsuri akan membuat persembahan dengan menggunakan alat muzik
tradisional pada masa tertentu. Contoh alat muzik tradisional ialah caklempong.
Mereka akan mempersembahan pelbagai jenis bahasa lagu kepada pelancong-
pelancong yang membuat lawatan ke tempat tersebut.
Dengan melawat ke Makam Mahsuri, kami akan dapat pengajaran
daripada cerita Mahsuri ini iaitu kita harus membuat siasatan sebelum
mengenakan hukuman terhadap seseorang. Kami juga akan menghargai
warisan-warisan dan tempat-tempat bersejarah.


Kakitangan Makam
Mahsuri sedang
membuat persembahan
dengan menggunakan
caklempong.



Kubur Mahsuri







Rumah tradisional

You might also like