You are on page 1of 4

SGDN 1043 SCIENCE OF THINKING AND ETHICS

Pada zaman dahulu sistem kasta terdapat dalam semua masyarakat di sekitar dunia.
Kebanyakan sistem kasta bergantung kepada kekayaan dan pekerjaan kumpulan tersebut. Dalam
sistem kasta sekumpulan manusia dan pekerjaannya dianggap tinggi dan sekumpulan manusia
dan pekerjaannya pula dianggap rendah. Kebanyakan masyarakat di dunia ini telah bebas dari
susunan kasta kerana kemodenan, kebebasan kewangan, pekerjaan dan sistem pendidikan bebas.
Dalam agama Hindu pula sistem kasta memainkan peranan yang sangat besar dalam
kehidupan harian mereka. Kasta juga digelar jati atau warna. Penganut agama Hindu hari ini
telah dipecahkan kepada beribu-ribu kasta dan darjat. Ini adalah sebuah kelemahan yang sangat
besar kepada penganut agama Hindu dan kejayaan yang sangat besar kepada kaum Aryan.
Mereka berjaya memecahkan penduduk asal India kepada beribu-ribu kaum supaya mereka tidak
bersatu dan membantah atau menentang ajaran kaum Aryan.
Agama Hindu yang sebenar tidak mengajar kasta, warna atau jati. Semua jenis pecahan
ini telah di sisip oleh kaum Aryan dengan sengaja. Kitab suci agama Hindu (Veda) telah
membahagikan manusia kepada empat kategori iaitu, Brahmin, Kshatriya, Vaishya, dan Shudra.
Empat pecahan ini bukanlah kasta, jati atau warna. Empat kategori ini ialah empat jenis, empat
golongan atau empat cara hidup manusia. Ajaran kitab suci agama Hindu (Veda) mengatakan
warna atau kategori manusia akan ditentukan dari cara hidupnya dan bukan dari
keturunan. Malangnya pada hari ini kasta ditentukan dari kelahiran dan keturunan.
Veda mengatakan manusia yang lahir daripada kepala Brahma (Dewa pencipta) ialah
Brahmin, manusia yang lahir daripada dada dan tangan Brahma ialah Kshatriya, manusia yang

SGDN 1043 SCIENCE OF THINKING AND ETHICS


lahir daripada perut Brahma ialah Vaishya, dan manusia yang lahir daripada kaki Brahma ialah
Shudra.
Shudra - Golongan manusia yang paling rendah darjatnya
Kumpulan manusia yang melakukan pekerjaan-pekerjaan yang kotor digelar Shudra pada
hari ini. Tetapi dari sudut Veda tiada kaitan dengan pekerjaan manusia tersebut. Veda mengatakan
manusia golongan ini lahir dari kaki Brahma.Ini bukan bermaksud golongan ini keluar dari kaki
Brahma sebaliknya darjat mereka paling rendah dikalangkan manusia. Kaki adalah bahagian
yang paling rendah dan paling senang untuk kotor di antara anggota badan manusia.
Dari sudut pandangan Veda,Golongan Shudra ialah kumpulan manusia yang hidup di
dunia ini untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Kumpulan manusia yang minum arak,
melanggan pelacur, mengambil dadah, membunuh, memburu, merogol, mencuri, merompak,
berjudi dan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menyakitkan seseorang manusia atau binatang
adalah Shudra.
Ada

segolongan manusia di antara kita yang akan melakukan apa sahaja untuk

memuaskan nafsu, mereka berani melakukan jenayah, pembunuhan dan akan berani
menyusahkan manusia lain untuk kesenangan mereka. Mereka ini akan hidup tanpa sebarang
tujuan dan tanpa sebarang nilai murni mereka inilah digelar Shudra- golongan yang paling
rendah di kalangan manusia.
Vaishya - Golongan manusia yang kedua paling rendah darjatnya
Kumpulan manusia yang melakukan aktiviti perniagaan, pekebun, pertanian, pemborong,
peruncit dan sebagainya digelar Vaishya pada hari ini. Tetapi dari sudut Veda tiada kaitan dengan
pekerjaan manusia tersebut. Vaishya dikatakan lahir dari perut Brahma.Ini bukan bermaksud
mereka keluar dari dalam perut Brahma tetapi golongan ini akan mementingkan perut mereka
dan kepuasan mereka.
Dari sudut pandangan Veda golongan manusia yang mementingkan diri sendiri dan
keluarga mereka sendiri adalah Vaishya. Golongan manusia ini akan berniaga, bercucuk tanam,
bekerja dan tujuannya hanya satu untuk menyara keluarga mereka sendiri. Inilah golongan
manusia yang kedua rendah mengikut Veda.

SGDN 1043 SCIENCE OF THINKING AND ETHICS


Ada segolongan manusia di antara kita yang bekerja, berniaga, bercucuk taman, dan
sebagainya. Mereka tidak akan menyusahkan manusia atau binatang lain untuk kepuasan atau
kepentingan mereka. Tujuan kehidupan mereka hanyalah mencari harta dan keindahan dunia.
Mereka tidak akan berminat untuk mengenali asal usul dan pencipta mereka. Walaupun tujuan
kehidupan mereka untuk mencari keindahan dunia, mereka tidak akan melakukan sebarang
jenayah dan mereka tidak akan melanggar sebarang hukum alam. Golongan inilah di gelar
Vaishya.
Kshatriya - Golongan manusia yang kedua paling tinggi
Kumpulan manusia yang melakukan pekerjaan-pekerjaan seperti polis, askar dan
pengawal dikatakan Kshatriya pada hari ini. Golongan Kshatriya di katakan lahir dari dada dan
tangan Brahma. Ini bermaksud golongan manusia ini mementingkan kekuatan dan keberanian
dalam kehidupan mereka.
Golongan Kshatriya ialah sekumpulan manusia yang melindungi semua kumpulan
manusia lain dari penjenayah dan penjahat. Raja, polis, askar, bomba dan sebagainya yang
melakukan aktiviti atau pekerjaan yang mementingkan kekuatan dan keberanian adalah
Kshatriya. Walaupun seorang manusia biasa kalau di berani menentang kejahatan dan
melindungi golongan yang lemah dia adalah Kshatriya.
Kumpulan manusia ini tidak akan melakukan sebarang kejahatan atau keburukan kepada
manusia atau binatang sebaliknya mereka akan melindungi semua manusia dan binatang dari
diseksa atau dianiayai. Walaupun mereka melakukan sesuatu pekerjaan untuk menyara
kehidupan mereka, golongan ini tetap akan berani mati dan tidak akan takut dengan sebarang
unsur jahat. Golongan manusia yang kedua paling tinggi dalam sistem kasta inilah yang dikenali
sebagai Kshatriya.

Brahmin - Golongan manusia yang paling tinggi darjat

SGDN 1043 SCIENCE OF THINKING AND ETHICS


Ada sekumpulan manusia yang mengelar diri mereka sebagai Brahmin kerana keturunan
keluarga mereka tetapi sebenarnya mereka bukan Brahmin. Gelaran Brahmin bukan datang dari
keturunan tetapi tingkah laku dan cara hidup seseorang manusia.
Golongan Brahmin yang Veda maksudkan ialah golongan manusia yang hidup dengan
bersih dan suci dari segala kekotoran badan dan minda. Brahmin dikatakan lahir dari kepala
Brahma kerana mereka inilah golongan yang berfikir dan mengajar. Golongan manusia yang
hidup sebagai sebuah contoh kepada semua manusia. Seorang manusia yang tidak mencederakan
atau membunuh seseorang manusia dan binatang. Seorang manusia yang hidup dengan
menganuti segala pantang larang Veda. Manusia yang membawa manusia lain ke arah kebenaran
dan mengajar manusia untuk mengenal Tuhan ialah Brahmin.
Brahmin yang sebenar ialah seorang Guru, seorang petunjuk, seorang contoh yang baik.
Manusia yang tidak melakukan sesuatu aktiviti untuk kesenangan dunia ini. Brahmin hanya
inginkan kesenangan di dunia berikut. Golongan Brahmin wajib mengenali Tuhannya dan
mengajar manusia-manusia lain mengenai Tuhan yang mencipta dunia ini dan makhluknya.
Brahmin tidak boleh melakukan sesuatu yang melanggar hukum alam.

You might also like