You are on page 1of 5

3.

1 CABARAN DARI SEGI POLITIK

Menurut Firdaus Haji Abdullah berdasarkan artikel Noor & Muhammad (2016), politik
didefinasikan sebagai sebarang kegiatan yang mempunyai hubungan dengan
pengambilan keputusan mengenai pembahagian sumber-sumber, ganjaran serta
keputusan mengenai cara-cara mengatur hidup bermasyarakat. Apabila perkataan
politik disebut, ianya akan selalu dikaitkan dengan kuasa kerajaan sedangkan politik
juga boleh dijumpai di dalam hal-hal keagamaan, institusi dan pekerjaan.

Seiring dengan peredaran zaman, politik juga tidak terlepas untuk


mengimplementasikan dunia digital dalam politik negara. Ahli-ahli politik menggunakan
teknologi digital untuk meraih sokongan daripada rakyat kerana mereka tahu bahawa
majoriti masyarakat di Malaysia menggunakan medan digital ini sebagai platform utama
untuk memperoleh maklumat tentang isu-isu semasa (Rizal et al., 2021).

Walau bagaimanapun, medan digital ini ada kelemahannya kerana terdapat


segelintir kumpulan yang cuba untuk mengawal naratif politik negara dengan
menyebarkan berita palsu di medan digital ini. Jika masyarakat tidak cakna tanpa ada
usul periksa, maka mereka boleh terjerumus ke dalam kancah penyebaran berita palsu
ini. Ini akan menimbulkan fitnah di kalangan masyarakat digital dan boleh
mendatangkan ketidakharmonian di dalam masyarakat. Sepertimana dalam hadis yang
diriwayatkan Huzaifah iaitu;

“Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba)”

(Al-Bukhari 6056 dan Muslim 105)


3.1.1 CABARAN

Cabaran berita palsu dalam kalangan masyarakat digital berhubung dengan


politik ialah beberapa ahli politik di Malaysia telah menggunakan media sosial untuk
menfitnah sesama ahli politik lain semasa kempen pilihan raya bagi mendapat
kelebihan dalam berkempen. Ini kerana kebanyakan parti dan ahli politik pada masa
kini lebih suka aplikasi dalam talian sebagai sebahagian daripada kempen mereka.

Sebagai contoh, seperti pilihan raya ke-15 baru-baru ini, ramai parti-parti
menggunakan aplikasi Tiktok untuk berkempen bagi menarik masyarakat muda untuk
keluar mengundi. Terdapat beberapa ahli politik yang menabur fitnah melalui aplikasi ini
dengan mengutuk parti-parti yang lain.

Sesungguhnya perbuatan al-Namimah (mengadu domba) itu sangat dicela di


dalam Islam kerana ianya boleh memecah belahkan masyarakat. Sebagaimana
larangan Nabi SAW berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud RA,
yang bermaksud,

“Mahukah aku ceritakan kepada kamu apa itu al’adhhu? Itulah namimah, perbuatan
menyebarkan berita untuk merosakkan hubungan antara sesama manusia.”

Riwayat Muslim (2606)

Imam al-Nawawi juga dalam syarahnya pernah menukilkan kata-kata ulama’


mengenai makna al-Namimah, yang bermaksud,

“Al-Namimah adalah menyampaikan perkataan seseorang kepada orang lain dengan


tujuan merosakkan hubungan di antara mereka”

(Al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 2/112)


3.1.2 KESAN

Kesan daripada cabaran berita palsu dalam masyarakat digital dari segi politik
ialah berita palsu dapat memberi impak yang besar bukan sahaja kepada rakyat
Malaysia, namun kepada negara-negara lain juga. Negara lain akan menjauhkan diri
mereka bila Malaysia mahu menjalankan hubungan diplomatic kerana mereka
memandang kita rendah disebabkan kekerapan berita palsu yang tersebar di negara
Malaysia.

Pelbagai spekulasi tercetus apabila berita palsu telah mengambil tempat difikiran
masyarakat digital secara amnya. Berita palsu juga akan mencetuskan kemarahan
sama ada terhadap pihak kerajaan atau pihak pembangkang. Ia akan menjejaskan imej
ahli politik tersebut dan menimbulkan prasangka buruk terhadap mereka. Ini akan
menyebabkan wujudnya sikap perkauman dan puak di kalangan masyarakat dengan
memecahbelahkan perpaduan negara.

Rajah 1.0 Berita Palsu yang disebarkan di media sosial Facebook.


3.1.3 CONTOH KES
Baru-baru ini negara Malaysia sudah selesai melaksanakan kewajiban sebagai
rakyat iaitu mengundi di Pilihan Raya Umum Ke-15. Namun begitu, semasa ahli politik
mengadakan kempen mereka, ada segelintir netizen yang tidak bertanggungjawab
menyebarkan berita palsu. Satu berita palsu yang tular mengenai ahli politik dari parti
Pakatan Harapan iaitu Nga Kor Ming di mana berita palsu tersebut menyatakan bahawa
beliau telah menuduh parti pihak lawan iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Rajah 2.0 Berita palsu yang tular sebelum Pilihan Raya Umum diadakan.

Walau bagaimanapun, beliau memberitahu pihak media bahawa hujahan beliau


Ketika berkempen telah diambil tanpa konteks dan diolah oleh segelintir netizen-netizen
yang tidak bertanggungjawab yang mahu memecahbelahkan perpaduan negara ini.
Jika masyarakat terpedaya dengan berita palsu tersebut, ianya mampu mengundang
kemarahan sesama bangsa di Malaysia.
Hal ini berlaku kerana masih ada lagi masyarakat Malaysia yang mempunyai
sentimen rasis dan prejudis antara satu sama lain. Maka mereka mencipta pelbagai
berita palsu bagi memecahbelahkan keharmonian bangsa yang terdapat di Malaysia.
RUJUKAN
Noor, A. R. M., & Muhammad, S. J. N. (2016). Kemelut Politik Zaman Kesultanan Melayu dalam Tuhfat al-
Nafis. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman), 51–60.

Rizal, A., Yusof, M., Awang Besar, J., Najit, M., & Abstrak, S. (2021). DUNIA DIGITAL POLITIK MALAYSIA: SUATU
TINJAUAN AWAL TERHADAP PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA MELALUI MEDIA DIGITAL (THE DIGITAL
WORLD OF MALAYSIAN POLITICS: PRELIMINARY SURVEY OF MALAYSIA’S POLITICAL DEVELOPMENT
THROUGH DIGITAL MEDIA). Asian Journal of Environment, 5(1), 149–162.

Salman, A., Yusoff, M. A., Mohamad Salleh, M. A., & Hj Abdullah, M. Y. (2018). PENGGUNAAN MEDIA
SOSIAL UNTUK SOKONGAN POLITIK DI MALAYSIA [THE USE OF SOCIAL MEDIA FOR POLITICAL SUPPORT
IN MALAYSIA]. Journal of Nusantara Studies (JONUS), 3(1), 51. 

You might also like