You are on page 1of 9

TUGASAN 2a

Kesefahaman, permuafakatan dan kerjasama politik menjadi unsur utama dalam proses
pembinaan negara bangsa. Hal ini kerana hubungan etnik yang harmoni memainkan peranan
penting dalam konteks pembangunan politik Malaysia.

Berdasarkan pernyataan di atas, pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

a. Analisis secara kritis pernyataan di atas berdasarkan isu-isu politik semasa LIMA (5)
tahun kebelakangan ini.
b. Hasilkan satu penulisan ilmiah tidak melebihi 750 patah perkataan berkaitan cabaran-
cabaran politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia berserta contoh-contoh yang
relevan.
c. Pelajar dikehendaki mencari, mengumpul, menganalisis dan menilai secara kritis
maklumat daripada pelbagai sumber.

1.0 Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik khususnya
Melayu, Cina dan India serta penduduk Sabah dan Sarawak. Setiap etnik mempunyai keunikan
masing-masing dan ianya berbeza dengan etnik-etnik yang lain. Keunikan tersebut boleh dilihat
dari segi agama, adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi, pola keluarga, orientasi politik
dan seumpamanya (Salman, 2018). Walaupun terdapat perbezaan yang ketara, kita tetap
bernaung di bawah sistem politik yang sama, iaitu Sistem Demokrasi Berparlimen. Dalam hal ini,
poltik dapat diertikan sebagai corak pemerintahan sesuatu negara ke arah mencapai
kemakmuran dan keharmonian masyarakat negara berkenaan (Junaidi, Rosmadi & Amer, 2015).

Sehubungan dengan itu, disebabkan kepelbagaian dari segi etnik menjadi ketara dalam
era globalisasi ini, kita sebagai rakyat Malaysia menghadapi pelbagai masalah untuk menjalin
hubungan yang erat dan akrab demi mencapai perpaduan dalam kalangan kita. Maka, sistem
politik negara kita terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dalam menguruskan integrasi nasional
ke arah membina, mencapai dan mengekalkan perpaduan dalam kepelbagaian dalam era
globalisasi ini (Hasnah Hussin, 2003).

1
2.0 Cabaran-cabaran Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

Antaranya termasuklah parti politik berasaskan perkauman, penghasutan kedaulatan


sistem pemerintahan beraja, ketidaksamarataan dalam pengagihan kekayaan negara, globalisasi
dan selanjutnya.

2.1 Pembentukan Parti Politik Berasaskan Perkauman

Pertamanya, pembentukan parti politik berasaskan perkauman. Junaidi et.al. (2015)


mendefinisikan politik perkauman sebagai politik yang berunsurkan memperjuangkan sesuatu
etnik atau kepentingan sesuatu kaum sahaja. Pembentukan parti politik berasaskan kepada
sesuatu kaum ini berlaku di seluruh Malaysia yang mengakibatkan rakyat Malaysia secara tidak
sedar menyemai sifat pentingkan kaum masing-masing dalam diri mereka dan tidak mengambil
peduli atas perpaduan masyarakat negara kita. Biar kita melihat contoh parti politik yang
berteraskan perkauman seperti UMNO, MIC, MCA di semenanjung Malaysia, dan BERJASA,
PESAKA, USNO di Sabah dan Sarawak (Mardiana & Hasnah, 2011).

Gambar rajah 1

Sumber: https://www.slideshare.net/AhmadFarouqAmir/bab-4-hubungan-etnik-pembangunan-
politik-hubungan-etnik

2
Gambar rajah 2

Sumber: https://www.slideshare.net/AhmadFarouqAmir/bab-4-hubungan-etnik-pembangunan-
politik-hubungan-etnik

Berpandukan gambar rajah 1 dan 2, keadaan sebegini boleh memeperkuatkan lagi rasa
syak wasangka dan seringkali mengeksploitasi perbezaan-perbezaan yang wujud di kalangan
kaum hingga menimbulkan rasa tidak puas hati yang ketara antara satu kaum dengan kaum yang
lain (Sheith, 2016). Justeru itu, Shamsul (2012) menegaskan bahawa kerajaan telah bertungkus
lumus untuk membendung cabaran ini dengan membentuk Parti Perikatan yang kini dikenali
sebagai Barisan Nasional. Parti tersebut terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC yang berjuang
untuk mencapai kemerdekaan untuk negara kita dengan menyatupadukan semua rakyat
Malaysia tanpa mengira kaum. Inisiatif ini telah menjadi suatu pemangkin kepada rakyat Malaysia
dalam usaha melahirkan rasa persefahaman dan permuafakatan ke arah membina dan
mengekalkan perpaduan negara secara konsisten (Junaidi et.al., 2015).

3
2.2 Penghasutan Kedaulatan Sistem Pemerintahan Beraja

Gambar rajah 3

Sumber: http://english.astroawani.com/malaysia-news/roles-yang-di-pertuan-agong-125368

Selain itu, sistem pemerintahan beraja ialah simbol kedaulatan negara dan rakyat
Malaysia. Menurut gambar rajah 3, dapat difahami bahawa kewibaan Yang di-Pertuan Agong
(Ketua Negara) wajar dipertahankan kerana ia adalah penerusan tradisi untuk mengekalkan
identiti negara bangsa, satu lambang kedaulatan iaitu payung mahkota negara (Chamil, 2010).
Dalam hal ini, Perlembagaan Persekutuan, iaitu “Bahagian IV, Perkara 32(1)” menyatakan
bahawa Ketua Negara bagi Persekutuan digelar Yang di-Pertuan Agong (Undang-undang
Malaysia, 2009). Ekoran daripada pernyataan tersebut, rakyat Malaysia tidak sama sekali secara
sengaja dan tidak sengaja menghina ketua negara kerana ia dianggap menghasut dan akan
dikenakan hukuman mengikut Akta Hasutan 1948 serta ia akan mencetuskan kemarahan
masyarakat Malaysia khususnya etnik orang Melayu (Undang-undang Malaysia, 2006).

Sebagai analogi, isu “Tindakan pemilik akaun Facebook (FB) bernama Eric Liew, yang
secara jelas menghina Sultan Muhammad V” (Idris, 2019). Perbuatan individu yang sengaja
mempertikaikan nama baik mantan ketua negara kita melambangkan sikap yang tidak
menghormati Perlembagaan dan kepemimpinan tertinggi negara (Amizah & Adnan, 2017).
Individu seperti ini menganggap bahawa penerbitan pendapat mengenai apa-apa isu tanpa apa
jua batasan merupakan kebebasan bersuara tetapi perlu diingatkan bahawa kebebasan bersuara
yang diamalkan di negara kita bukannya bersifat mutlak (Undang-undang Malaysia, 2009).
Lantaran itu, usaha kerajaan dalam mengatasi cabaran sedemikian adalah dengan

4
memperkenalkan prinsip Rukun Negara, yakni ideologi negara kita khasnya prinsip kedua, iaitu
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara yang berupaya memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia
untuk mengiktiraf, menghormati dan mentaati sistem pemerintahan ini demi mengekalkan
perpaduan negara kita secara berkekalan (Rahman, 2010).

2.3 Pengagihan Kekayaan Negara secara Samarata

Kemudian, di Malaysia, adalah amat penting untuk mengagih kekayaan negara secara
adil dan saksma. Ini adalah kerana kekayaan tidak seharusnya dikuasai oleh satu etnik sahaja,
manakala etnik yang lain tercicir. Menurut Najit (2018), kesan daripada kegagalan dalam agihan
kekayaan yang adil boleh menjejaskan kestabilan masyarakat yang akhirnya membantutkan
usaha-usaha menanam nilai perpaduan dalam kalangan rakyat kita dan wujudnya prasangka dan
pergeseran sehingga boleh menimbulkan konflik antara kaum seperti Peristiwa 13 Mei (Gambar
rajah 4).

Gambar rajah 4

Sumber: http://amyliashameera.blogspot.com/2015/03/peristiwa-13-mei.html

Jika diteliti dengan lebih mendalam, Perdana Menteri, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad
turut menegaskan kepentingan agar kekayaan negara diagihkan secara adil kepada semua kaum
di negara ini (Kow Gah Chie, 2019). Hal ini disebabkan kemiskinan ialah faktor utama yang
menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat sahaja dari aspek etnik, mahupun
dari sudut penduduk bandar dan luar bandar. Dalam hubungan ini, kerajaan telah pun

5
melaksanakan strategi penyelesaian dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada
tahun 1976 yang bertujuan untuk mencapai perpaduan negara melalui pengagihan pendapatan
dan peluang ekonomi yang saksama dalam kalangan semua rakyat Malaysia serta untuk
mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi
(Najit, 2018). Justeru itu, rakyat dapat menghindari terlerainya ikatan silaturahim dan musnah
perpaduan dalam kalangan mereka sambil memupuk dan membaja usaha sebegini agar
perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupannya.

2.4 Globalisasi

Gambar rajah 5

Sumber: http://paranormal-indonesia.blogspot.com/2018/03/bahaya-paham-sekulerisme-
pluralisme-dan.html

Tambahan pula, cabaran globalisasi turut mempengaruhi hubungan antara etnik


menerusi politik negara kita. Secara epistemologi, globalisasi dapat diertikan sebagai dunia tanpa
sempadan (Hasnah, 2003). Dalam konteks masyarakat Malaysia pula, ia adalah proses
perubahan ke arah cara hidup berasakan gagasan ekonomi dan politik Barat. Memanglah
diperakui bahawa globalisasi membawa pengaruh positif seperti negara bergerak maju melalui
pendedahan menggunakan teknologi yang tinggi serta pentadbiran yang sistematik. Tetapi, ia
juga memberikan pelbagai pengaruh negatif dari aspek pemikiran pluralisme dan liberalisme
seperti yang ditonjolkan dalam gambar rajah 5. Pengaruh Barat khususnya sistem politik yang

6
dianggap terbaik bagi semua manusia telah dibawa masuk ke dalam masyarakat Malaysia yang
murni. Implikasinya, ia telah mengakibatkan berlakunya perbalahan dan konflik antara etnik
apabila isu-isu yang tidak sepatutnya disentuh dijadikan sebagai topik perbincangan oleh etnik
minoriti yang kurang berpuas hati dengan keistimewaan yang dihayati oleh etnik majority (Arkib
Berita, 2019).

Gambar rajah 6

Sumber: https://pages.malaysiakini.com/icerd/my/

Tamsilnya, isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi


Kaum (ICERD) boleh dilihat sebagai salah satu pengaruh Barat (Nigel Aw & Lee Long Hui, 2018).
Hal ini tentu sekali mengundang kepada terjejasnya Perkara 153, iaitu kedudukan istimewa orang
Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak. Tambahan, ia turut bersangkut-paut dengan
penafian kesepakatan kontrak sosial yang sudah lama dipersetujui antara kaum di negara ini
sejak merdeka. Maka, sebagai langkah penyelesaian, kerajaan telah menolak ratifikasi ICERD
pada November 23, 2018 (Gambar rajah 6) demi mempertahankan kedaulatan negara daripada
sebarang anasir dalaman dan luaran yang berhasrat mengganggu gugat keamanan negara.

2.5 Kesempitan Pemikiran Pemimpin-pemimpin Politik

Seterusnya, ahli-ahli politik atau dengan erti kata lain, pemimpin-pemimpin negara
sebenarnya memainkan peranan yang amat signifikan dalam usaha mengukuhkan keharmonian
dan perpaduan antara kaum khususnya dalam konteks Malaysia. Dalam pada ini, mereka perlu

7
bersikap konstruktif dan berfikiran terbuka semasa berurusan dengan hal-hal yang berkaitan
dengan hubungan yang dijalinkan oleh rakyat Malaysia agar proses penyatuan setiap lapisan
masyarakat menjadi lebih cepat dan mudah (Salman, 2012). Maka, peranan utama mereka
adalah mewujudkan satu suasana politik yang stabil supaya masyarakat berbilang kaum hidup
dalam suasana yang aman dan damai.

Namun demikian, terdapat juga beberapa pihak dari sistem politk negara kita yang
menjadi cabaran dalam usaha menegakkan perpaduan antara rakyat apabila mereka
memandang sesuatu isu yang timbul menerusi pemikiran yang sempit dan tidak matang. Dengan
pemikiran sebegini, ia akan mengundang kepada tercetusnya ahli-ahli poitik yang menyalurkan
kemarahan mereka melalui tindakan-tindakan yang wajar dan ia akan akhirnya mengakibatkan
berlakunya perbalahan atau konflik antara kaum (Arkib Berita, 2019). Menurut Suhael (2018), hal
ini boleh dibuktikan dengan isu “Rusuhan kuil: Waytha Moorthy salahkan polis” (Gambar rajah 7).
Maka, tindakan pemimpin politik tersebut telah memainkan api perkauman di negara kita
sehingga ia telah mengorbankan nyawa seorang ahli bomba bernama Adib semasa beliau
mencuba dengan sedaya-upaya untuk mengawal keadaan di kuil tersebut.

Gambar rajah 7

Sumber: https://assets.hmetro.com.my/images/articles/moorthy_lagi_1543303703.jpg

8
3.0 Kesimpulan

Natijahnya, terdapat banyak cabaran yang mampu menggugat perpaduan dalam


kepelbagaian di negara Malaysia. Dalam hal ini, kestabilan politik merupakan asas kepada
perpaduan hubungan antara etnik (Mardiana & Hasnah, 2011). Oleh yang demikian, semua pihak
khasnya pemimpin-pemimpin politik perlulah memainkan peranan dalam bidang kuasa masing-
masing bagi menyuburkan integrasi kaum ke arah membina, mencapai dan mengekalkan
perpaduan dalam kepelbagaian pada era globalisasi ini agar negara kita menjadi lebih aman dan
harmoni (Shamsul, 2012).

You might also like