You are on page 1of 18

PENGENALAN

Malaysia lebih bersifat Kesepaduan dalam kepelbagaian (cohesion in diversity) daripada


perpaduan dalam kepelbagaian (unity in diversity).

Maksud perpaduan dalam

kepelbagaian (unity in diversity) dari tiga perspektif iaitu psikologi sosial ialah pengaruh
sosial terhadap perilaku manusia ataupun rasa kesatuan yang merentasi pemisahan fizikal dan
psikologikal. Antropologi-sosiologi pula bermaksud dari aspek epistemologi slogan unity
in diversity merupakan satu rumusan yang menyimpulkan dan mengartikulasikan bagaimana
manusia mengurus dan menyusun, dari segi abstrak dan nyata, perbezaan sosial yang sedia
ada dalam kalangan manusia.
Perbezaan ini boleh dicirikan daripada unsur agama, etnik, wilayah dan sebagainya.
Dari aspek Ontologikal pula, mengurus dan menyusun perbezaan ini adalah keinginan yang
perlu untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan dalam sesebuah masyarakat yang rencam.
Kesedaran yang nyata wujud mempengaruhi psyche manusia sejak zaman-berzaman kerana
mereka tidak mempunyai pilihan tetapi mereka perlu hidup bersama-sama dengan manusia
dan kelompok sosial yang berbeza. Konteks perpaduan sebenarnya masih belum wujud
sehingga zaman ini kerana ia merupakan matlamat akhir yang bersifat utopia dan sukar untuk
dilaksanakan.
Fenomena yang wujud pada zaman sekarang ialah ialah kesepaduan bukannya
perpaduan. Dan ianya terus menerus dinikmati oleh sebilangan besar anggota masyarakat
majmuk di dunia ini. Pelbagai ikhtiar telah diwujudkan sebagai prasyarat untuk mencapai
perpaduan. Usaha ini secara tidak langsung membuahkan keamanan , keharmonian dan
kestabilan dalam masyarakat walaupun perpaduan masih belum wujud dalam Negara
Malaysia.

KESEPADUAN ATAU PERPADUAN

Malaysia lebih bersifat kesepaduan sosial dan perpaduan sosial merupakan satu aspirasi atau
idaman bagi masyarakat di Malaysia dan ianya masih dalam proses pembuatan. Jika kita
perhalusi kesepaduan dan perpaduan mempunyai makna yang berbeza. Kesepaduan sudah
sekian lama tersemai dalam suasana masyarakat yang kini sedang menuju kearah perpaduan
sosial.
Masyarakat di Malaysia terdiri daripada berbilang etnik dan masing-masing masih
mengekalkan identiti tersendiri walaupun berada di mana jua pelosok dalam negara.
Percampuran bersama-sama dengan etnik yang berbeza telah menunjukkan kesepaduan
antara satu sama lain walaupun semamangnya berlaku sedikit perselisihan faham. Apabila
sekian lama berada dalam satu kelompok tetapi secara zahirnya berlainan identiti
menimbulkan rasa kesatuan yang merentas segala sempadan yang memisahkan fizikal dan
psikologikal yang meliputi juga konteks metafizikal.

Kehidupan dalam berbilang etnik ini pasti ada yang mengamalkan sifat kesukuan.
Perkara ini tidak patut diterapkan dalam kehidupan hidup bermasyarakat. Lebih-lebih lagi,
masyarakat yang berbilang etnik kerana akan mengganggu kestabilan dan keamanan dalam
misi hidup bersama. Kita sedia maklum bahawa setiap etnik pasti ada perjuangan dan
kemahuan mereka yang tersendiri dan kadang-kadang mereka terpaksa menggunakan sedikit
keganasan untuk mendapatkan apa yang mereka hendaki serta mempertahankan etnik
masing-masing. Sebagai contoh , masyarakat Melayu di sesebuah negeri, yang apabila
mereka keluar dari negeri mereka dan mereka berada dalam kumpulan di negeri lain mereka
akan mengamalkan sifat kesukuan bagi menjaga kelompok mereka.

Hakikatnya perpaduan tidak mampu direalisasikan kerana matlamat akhir ialah


kesamaan dan kesatuan. Kita perlu faham di Malaysia mempunyai pelbagai etnik dan
masing-masing mempertahankan identiti dan adat tradisi yang tersendiri. Kesamaan ini tidak
boleh diunggapkan melalui aspek masyarakat kerana masyarakat bumiputera mempunyai
keistimewaan sebagai tersendiri berbanding penduduk pendatang seperti etnik Cina dan
India. Aspek kesatuan pula ,kalau kita lihat aspek masyarakat kita sendiri seperti kaum Cina

membawa haluan tersendiri dalam aspek perniagaan tetapi masing lagi mengekalkan
keharmonian perhubungan antara etnik yang lain.

Kehidupan di dunia lebih kepada kesepaduan yang telah dinikmati oleh sebilangan
anggota dunia. Keinginan mewujudan fenomena sosial berorientasikan perpaduan perlu
melalui kesepaduan dan apabila keutuhan itu sudah digenggam serta tiada mampu
menggugatnya barulah perpaduan itu mampu dicapai . Pelbagai mekanisme yang telah
dilakukan untuk merealisasikan perpaduan dalam kepelbagaian sebagai contoh gagasan 1
Malaysia . Mekanisme ini perlu diteruskan bagi mempercepatkan masa untuk merealisasikan
perpaduan dalam masyarakat agar kehidupan di Malaysia lebih segar,harmoni dan aman
damai tanpa kekusutan masalah yang menimpa.

Kita tidak dapat nafikan bahawa dalam konteks sosial terdapat unsur-unsur sosial
yang mempengaruhi pembentukan identiti kumpulan. Penerimaan unsur-unsur sosial secara
toleransi dapat mencairkan batas kumpulan etnik selain membina ikatan merentasi kumpulan
dan seterusnya membina kesepaduan sosial dala kehidupan masyarkat di Malaysia. Namun
masih wujud cabaran yang harus ditempuhi seperti rasa tidak puas hati, membangkitkan isu
sensitif dan sebagainya.

STRUKTUR MASYARAKAT DALAM KONTEKS EKONOMI

Pembangunan dan pertumbuhan ekonomi tidak dapat dipisahkan daripasa konteks


sosial. Sebagai negara yang majmuk,isu pembangunan ekonomi sangat berkait rapat dengan
isu sosial terutama isu kemiskinan dan agihan pendapatan menurut golongan etnik. Di
Malaysia ,isu agihan ini dapat dilhata dari dua sudut iaitu kelas sosial yang berbeza dan
kelompok etnik yang berbeza. Isu ini cuba diatasi oleh pihak kerajaan dengan mencadangkan
Dasar Ekonomi Baru. Disini kita ingin membincangkan struktur ekonomi dalam konteks
masyarakat yang majmuk di Malaysia.

Matlamat dalam DEB dirangka oleh kerajan memandangkan ketakseimbangan


ekonomi antara etnik amat ketara, terumatanya jika perbandingan dilakukan terhadap
bumiputera dan bukan bumiputera.1

Melalui DEB, tanah-tanah baru dibuka melalui agensi-agensi seperti Lembaga


Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah
Negara (FELCRA). Kerajaan juga menggalakkan penyertaan dan penglibatan tenaga buruh
daripada sektor ekonomi yang mundur dan rendah daya pengeluarannya, iaitu pertanian
daripada sektor ekonomi yang lebih maju seperti perniagaan, perindustrian dan perkhidmatan
moden.2

Kita semua sedia tahu bahawasanya masyarakat Malaysia terdiri dari tiga kaum yang
utama iaitu Melayu, Cina dan India. Setiap kaum memainkan peranan mereka masingmasing. Peranan orang Cina yang paling utama ialah dalam mengembangkan dan
memesatkan ekonomi negara merupakan antara sumbangan terpenting kepada negara. Hal ini
diakui sejak awal-awal kedatangan golongan imigran Cina. Mengikut Francis Light, orang
Cina merupakan aset terpenting dan dapat menjana pendapatan tanpa perbelanjaan dan usaha
luar biasa kerajaan British. Menurut Dr.Mahathir Mohamad, masyarakat Cina ialah pembayar
1

Shamsul Amri Baharuddin, Modul Hubungan Etnik, Edisi Kedua, 2012, Institut Kajian
Etnik, Universiti Malaysia. Hlm 72
2
Tang Chee Yee, Negara Kita,Untuk Peperiksaan Am Kerajaan, 1992, Penerbit Fajar Bakti
Sdn.Bhd, Shah Alam. Hlm 80
4

cukai tertinggi di Malaysia di mana ia penting untuk pembangunan negara.Manakala


masyarakat India telah menyumbangkan tenaga mereka dalam pembangunan negara dalam
sektor perladangan getah. Mereka juga memainkan peranan terpenting dalam penyediaan
prasana negara khususnya membina jalan raya dan kereta api. Tambahan mereka juga
menyumbangkan melalui kegiatan profesional sama ada doktor, peguam ataupun pentadbir.
Dasar ekonomi dan politik yang diamalkan oleh pihak British menyebabkan pembangunan
yang tidak seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar, dan selanjutnya terdapat jurang
perbezaan ekonomi kelompok etnik.

Ketidaksamarataan ekonomi menjadi sebab utama berlakunya kecemburuan sosial


sehingga mencetuskan Peristiwa 13 Mei 1969. Menyedari kedudukan ketidakseimbangan
sosial ekonomi itu, kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam
rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun iaitu daripada 1971-1990
yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan suatu
dasar yang diperkenalkan dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi
antara sektor dan etnik agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai.Dasar Ekonomi
Baru mempunyai dua sasaran iaitu mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan
memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira etnik dan
menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan
pengenalan etnik mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

MASYARAKAT YANG BERBILANG KAUM

Hubungan etnik adalah antara isu yang paling penting dalam sejarah pembentukan
negara-bangsa Malaysia. Dalam sebuah negara multi-etnik, dengan sistem politik yang
berpaksikan etnik, dengan banyak parti politik yang ditubuhkan untuk mewakili kepentingan
kumpulan etnik mereka yang tersendiri etnisiti sering dipolitikkan untuk mendapat undi,
kuasa, dan kekuasaan. Etnisiti dalam konteks ini bukan sahaja merupakan simbol yang
mencerminkan, menggambarkan, atau mewakili sesuatu kumpulan, tetapi ianya juga boleh
dan sering digunakan sebagai alat mendapatkan sesuatu kepentingan. Etnisiti, kalau dilihat
secara kasar, mempunyai kedua-dua konotasi positif dan negatif tergantung kepada
bagaimana ianya diterima dan digunakan.

Masalah tinggalan era penjajah kerap timbul dari masa ke semasa walaupun pelbagai
usaha dilakukan untuk mengurus dan menyelesaikannya. Dalam beberapa tahun ini sahaja,
kita berhadapan dengan insiden-insiden yang mencabar keutuhan hubungan etnik di negara
ini dan memberi tanda tanya tentang keberkesanan program-programyang telah
diperkenalkan untuk mewujudkan perdamaian dan perhubungan etnik yang positif. Antara
insiden besar ialah kes-kes Kampung Rawa pada tahun 1998 dan Kampung Medan pada
tahun 2001. Insiden-insiden lain yang melibatkan isu-isu seperti sosial, agama, keselamatan,
politk dan ekonomi, banyak melibatkan aktor atau pelaku dari kumpulan etnik yang berbeza.

Dalam konteks kenegaraan konsep kenegaraan atau wasatiah merupakan tonggak


utama pada kestabilan Malaysia kesederhanaan dalam semua segi membolehkan rakyat
berbilang kaum di negara ini hidup dalam harmoni tanpa sebarang syak wasangka. Jelas
disini amalan kesederhanaan dapat membantu mengujudkan perpaduan, bagaimana pun
dalam kegairahan mengejar pembangunan, kekayaan dan kuasa amalan kesedarhanaan yang
selama ini menunjangi kehidupan rakyat Malaysia kian pudar dan luntur. Kesannya
perpaduan didalam kalangan kita semakin rapuh, Sepatutnya setelah lebih 1/2 abad merdeka
warga Malaysia sudah cukup matang menjadi tanggungjawab kita memelihara semangat
toleransi pesefahaman dan sikap bertolak ansur. Segala yang berbentuk melampau terutama
dari segi fahaman politik perlu ditolak, sebagai masyarakat yang cintakan negara kita juga

perlu bertindak rasional dengan meletakkan kepentingan umum melebihi kepentingan


peribadi dalam apa jua keadaan. Jadi gesaan supaya pendekatan kesederhanaan di terap
dalam pembentukkan generasi Malaysia perlu di beri perhatian serius, Konsep itu juga
memang perlu dilaksanakan secara berterusan dalam dasar kerajaan yang sedia ada serta
kehidupan seharian. Disini menjadi tanggungjawab setiap individu untuk menghayati maksud
dan konsep kesederhanaan agar ujud hubungan yang lebih harmoni, pada masa sama kita
tidak harus membiarkan gulungan tertentu mengambil kesempatan atas nama demokrasi dan
keterbukaan untuk mencetuskan konflik antara masyarakat dan memecahbelahkan perpaduan.
Jika dibiarkan ia boleh menggugat kestabilan serta merugikan rakyat dan negara, Kita bertuah
kerana berada dibumi Malaysia yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya,
ini satu kelebihan anugerah yang jika di manfaatkan secara bijak akan memberi kelebihan
berbanding negara lain.
Pengenalan kursus hubungan etnik di institusi pengajian tinggi negara yang begitu
hangat diperdebatkan pada masa ini pula adalah sebagai salah satu usaha untuk menangani
masalah hubungan etnik yang sering menjadi isu dalam proses pembangunan negara.
Fokusnya kepada golongan mahasiswa di institusi pengajian tinggi adalah sesuai, dan usahausaha Kementerian Pengajian Tinggi haruslah disokong dan dibantu. Pengenalan kursus
seumpama ini adalah yang terbaik kepada golongan ini kerana di samping didedahkan kepada
konsep-konsep hubungan etnik, mahasiswa juga diberi peluang untuk melakukan aktiviti
secara bersama yang bukan sahaja dapat menambah ilmu tentang isu yang difokuskan, tetapi
lebih penting lagi dapat menggalakkan interaksi antara mereka.

Kesimpulannya, dalam konteks Malaysia, perdamaian adalah sinonim dengan


perpaduan dan perpaduan pula sinonim dengan hubungan etnik yang baik. Jika kita
menyokong perdamaian, maka kita haruslah menyokong perpaduan dan usaha-usaha untuk
meningkatkan kualiti hubungan etnik di negara ini. Program-program yang diperkenalkan
untuk meningkatkan usaha-usaha seperti ini, termasuk program seperti hubungan etnik di
institusi pengajian tinggi, akan dapat memberi kesan yang positif jika ianya dilakukan dengan
niat yang betul dan sokongan masyarakat yang komited kepada perpaduan dan perdamaian.
Alternatifnya boleh kita perhatikan dalam masyarakat lain yang bergelumang dengan isu dan
konflik etnik yang tidak terkawal dan merosakkan, dan seharusnya dicegah dari berkembang
di bumi Malaysia.

KEPELBAGAIAN AGAMA

Melalui kepelbagaian agama, walaupun masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai agama


seperti agama islam, kristian, buddha namun tidak semua agama dapat menerima sesuatu
agama selain daripada agamanya. Satu agama yang lain pasti akan menimbulkan kontroversi
walaupun hanya kontroversi yang kecil.

Perbezaan pandangan dalam mengamalkan agama menyebabkan kaum Melayu secara


kasarnya terpecah dua. Perpecahan tersebut adalah disebabkan perspektif politik kepartian di
Malaysia kerana terdapat 3 parti terbesar yang dianggotai oleh orang Melayu iaitu UMNO,
PAS dan Parti KeAdilan Rakyat (PKR). Ketiga-tiga parti ini mempunyai ideologi masingmasing. UMNO berpegang kepada nasionalisme Melayu, PAS pula berjuang untuk
memartabatkan Islam, manakala PKR yang liberal mahu membudayakan demokrasi di
Malaysia.

Dalam konteks Malaysia, demokrasi yang membenarkan persaingan politik

menyebabkan berlaku persaingan agama. Namun, persaingan agama tersebut dikenali sebagai
persaingan antara kaum ataupun politik perkauman.

Dalam hal ini, konflik etnik dan perjuangan pemisahan, serta tuntutan autonomi dan
bernegara sendiri adalah suatu reaksi atau tindak balas kepada kesepaduan. Ia dilabelkan
dalam istilah etno-nasionalisme, iaitu gerakan memecah dalam sesebuah negara di mana
agama sering memainkan peranan penting. Lima contoh perjuangan agama yang berusaha
menubuhkan negara sendiri di rantau Asia Tenggara ialah perjuangan Melayu Patani di
selatan gerakan Bangsamoro di bahagian selatan Filipina, gerakan kemerdekaan Acheh, dan
gerakan bernegara Kristian di Maluku di Indonesia adalah China juga berhadapan dengan dua
pergerakan untuk pembebasan Tibet dan juga wilayah Sinkiang 3. Di Asia Barat pula, Turki
dan Iraq berhadapan dengan hasrat bangsa Kurdis untuk membentuk Kurdistan. Manakala,
Tamil Eelam masih berjuang membebaskan diri dari Sri Lanka.

Dalam konteks dalam Malaysia, tiada kes atau hasrat untuk berpisah, namun
kesedaran yang wujud tentang kepentingan agama adalah tinggi. Kesepaduan meningkatkan
3

kesedaran tentang identiti Islam di mana kesepaduan dilihat sebagai ancaman. Manakala,
dominasi Islam yang diiktiraf sebagai agama rasmi oleh perlembagaan Malaysia pula dilihat
seolah meminggirkan pula agama-agama lain di Malaysia. Justeru, sebarang isu yang
berkaitan agama perlu ditangani dengan sangat berhati-hati agar tidak berlaku keresahan dan
permusuhan.

POLITIK

Malaysia lebih kepada kesepaduan dalam kepelbagaian daripada perpaduan dalam


kepelbagaian melalui aspek politik. Dalam aspek politik kita boleh kaitkan dalam bentuk
ideologi politik yang berbeza. Antara parti politik yang ada pada arus perdana ketika ini ialah
Barisan Nasional yang terdiri daripada beberapa parti komponen di dalamnya seperti UMNO
mewakili orang kaum Melayu, MCA mewakili kaum Cina, MIC mewakili kaum India dan
beberapa parti komponen yang lain termasuk di Sabah dan Sarawak. Terdapat juga parti dari
pihak pembangkang seperti parti Keadilan, DAP dan PAS. Kewujudan parti politik ini yang
membawa aliran politik yang berbeza telah mencetus beberapa konflik antara etnik.
Pergeleseran sering berlaku apabila memasuki dan kesudahan pilihan raya umum . Aspek
kepentingan kaum masing-masing turut dibawa sealiran dalam kancah politik sehingga
membawa kepada konflik.

Bagaimana kita melihat bahawa politik itu sendiri menyebabkan Malaysia lebih
kepada kesepaduan dalam kepelbagaian daripada perpaduan dalam kepelbagaian. Dalam
politik ini biasanya akan membawa kepada siapa dapat apa, bila dan bagaimana. Kita boleh
lihat pada 13 Mei 1969 bagaimana terjadinya peristiwa ini yang berpunca daripada keputusan
pilihan raya apabila penurunan kerusi yang dimenangi oleh pihak Parti Perikatan. Sebilangan
etnik lain yang telah menimbulkan kemarahan orang lain apabila pihak Cina telah melakukan
perarakan dengan penyapu sebagai simbolik kepada telah meyapu bersih kawasan yang telah
menangi parti pembangkang. Sebaliknya orang Melayu beranggap penyapu tersebut sebagai
telah menghina mereka. Peristiwa ini berakhir dengan tragedi berdarah apabila berlaku
kematian, rusuhan dan sebagainya. Hal ini telah menganggu kedamaian dan keharmonian
antara etnik khususnya antara Melayu dengan Cina. Akibat politik saja berlaku tragedi yang
sepatutnya tidak berlaku kerana membazirkan wang negara untuk memperbaiki suasana
dalam kalangan masyarakat ketika itu. Peristiwa ini berlaku dalam era stabil tetapi tegang
kerana tidak semua tempat yang berlaku kekacauan yang melibatkan etnik-etnik lain tetapi ia
berlaku di Kuala Lumpur sahaja. Orang Cina dan Melayu di tempat lain masih hidup dengan
aman di kawasan lain.

Antara isu yang dibangkitkan ialah isu keistimewaan Melayu. Perkara ini tidak
sepatutnya dibangkitkan kerana ia lebih kepada hak keistimewaan peribumi yang merupakan
10

penduduk asal di Malaysia. Perkara ini harus dicakna oleh kaum lain bahawa mereka perlu
sedar bahawa kepentingan penduduk peribumi tidak boleh diganggu kerana penduduk
peribumi telah banyak memberi ruang kepada penduduk pendatang seperti hak kerakyatan.

Pertengkaran perkauman mencapai satu kemuncak yang tidak pernah sebelum itu
pada akhir tahun 1960-AN. Perkembangan pasca-Merdeka telah mencetuskan perasaan tidak
puas hati di kalangan pekerja dan petani, sama juga sesetengah golongan kelas menengah
bukan menengah bukan melayu. Perangkaan tentang pembahagian pendapatan menunjukkan
keadaan pekerja dan petani merosot, antaranya termasuk kemerosotan mutlak pendapatan
keluaga sebenar. Lebih-lebih lagi, dasar bumiputera yang bersifat diskriminasi, buka sahaja
dalam bidang pekerjaan, malah juga dalam pendidikan ,biasiswa dan pemberian lesen4.

Peristiwa ini ada kaitkan dengan peristiwa pemisahan Singapura daripada Malaysia.
Kita sedia maklum bahawa Singapura mejoritinya terdiri daripada etnik Cina. Oleh itu,
penduduk Cina di Malaysia ingin membalas dendam terhadap kerajaan. Dengan itu, mereka
beralih kepada parti pembangkang dan parti pembangkang mendapat kemenangan besar pada
pilihan raya ketiga itu.

Kestabilan politik sangat penting dan perlu dijaga bagi memastikan keamanan dan
keharmonian masyarakat dikekalkan. Kalau dilihat pada awal pembentukan Tanah Melayu
aspek politik yang ketara ditonjolkan pada era konflik lebih kepada orang Melayu apabila
tertubuhnya parti UMNO yang bertujuan menentang gagasan Malayan Union kerana gagasan
tersebut lebih menguntungkan etnik bukan Melayu. Hal ini kerana pihak British ingin
membentuk taraf masyarakat yang sama-rata dan menyebabkan ketiadaan keistimewaan
etnik Melayu serta sebagainya.

1. Kua Kia soong, diterjemah oleh Seah Li Ling ,13 MEI, Dokumen Diklasifikasi tentang
Rusuhan 1969, Malaysia,2008,Suaram Komunikasi. Hlm 4

11

Selain itu, kelihatan kesepaduan dalam kepelbagaian melalui pembenbentukkan CLC


iaitu Communities Liaison Committee yang melibatkan etnik Melayu Cina India. Badan
ini boleh dianggap sebagai yang dipertanggungjawabkan meletakkan kerangkaan dan
sempadan untuk perbincangan terbuka dari hati ke hati antara elit Melayu ,Cina dan India
ketika itu bagi mencari kejernihan dalam kekeruhan.5

Keadaan politik Sabah dan Sarawak tidak kelihatan begitu konflik berbanding di
semenanjung tetapi apabila gagasan pembentukan Malaysia dilakukan baru kelihatan sedikit
pergeleseran antara parti politik dan akhirnya semua parti bergabung di dalam pakatan parti
politik iaitu pada masa itu dikenali sebagai Parti Perikatan.

MENTALITI MASYARAKAT MELALUI TARAF PENDIDIKAN


5

12

Kesepaduan melalui konteks pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha yang dilakukan
oleh kerajaan untuk membentuk satu identiti kebangsaan berdasarkan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa pengantar atau Bahasa kebangsaan. Namun demikian, usaha ini sukar dijalankan
kerana kepelbagaian budaya,etnik dan bahasa masyarakat di Malaysia.

Sejarah penubuhan pendidikan di Malaysia pada asalnya berkait rapat dengan struktur
pentadbiran penjajah. Bagi mengukuhkan kuasa dan pengaruh pihak penjajah, dasar pecah
dan perintah dilaksanakan, kesannya berlaku perbezaan jurang yang amat besar bukan sahaja
dari segi ekonomi dan sosial malahan taraf pendidikan antara masyarakat turut tidak
terkecuali.

Pendidikan bagi komuniti Melayu pada masa itu dibentuk berdasarkan sistem nilai
dan adat Melayu. Taraf pendidikan pula terbahagi kepada dua iaitu pendidikan secara formal
dan tidak formal. Pendidikan secara formal merupakan sekolah pondok yang menekankan
penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Sukatan pelajaran
pula berdasarkan ilmu agama iaitu agama islam dan nilai-nilai moral dibentuk sesuai dengan
al-Quran. British kemudiannya mendirikan sekolah Vernakular Melayu dengan bahasa
melayu sebagai bahasa pengantar dan tumpuan lebih kepada perkara asas iaitu
membaca,mengira,menulis dan sebagainya untuk memenuhi kehidupan di luar bandar.1

Pendidikan bagi komuniti Cina pula berdasarkan sukatan pendidikan daripada Tanah
Besar China. Melalui sistem laissez-faire British telah memberi peluang kepada komuniti
cina untuk menubuhkan sekolah vernakular cina yang menggunakan bahasa Cina sebagai
pengantar,sukatan pelajaran,guru dan buku teks dari negara China. Penubuhan tersebut adalah
untuk mengekalkan identiti komuniti asal cina yang dibawa masuk oleh British ke Tanah
Melayu.
Pendidikan komuniti India di Tanah Melayu pula bermula melalui penubuhan sekolah
vernakular Tamil di estet dan lading-ladang getah. Sukatan pelajaran,guru dan bahan
pengajaran dibawa daripada India dan nilai-nilai ketamilan diutamakan dalam pembelajaran.

13

Pendidikan bagi sekolah vernakular inggeris pula mula berkembang di Tanah Melayu
setelah penubuhan Penang Free School pada thaun 1816. Pada asalnya sekolah ini ditadbir
oleh mubaligh Kristian dan bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar. Kerajaan British
kemudiannya mengambil alih sekolah berkenaan bagi tujuan untuk mengeluarkan pegawai
tadbir rendah untuk memenuhi keperluan pentadbiran British. Komuniti India dan Cina yang
menetap di bandar berpeluang memasuki sekolah tersebut. Komuniti Melayu yang berada di
kelas atasan atau golongan berada pula lebih diberikan keutamaan berbanding melayu kelas
bawahan. Jurang perbezaan yang besar dalam bidang pendidikan menyebabkan peluang
pekerjaan bagi kaum-kaum di Malaysia adalah berlainan. Oleh hal yang demikian,kerajaan
khususnya Malaysia merangka dasar-dasar dan langkah-langkah untuk menyatupadukan
masyarakat melalui dasar pendidikan.

Dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan oleh British menyebabkan perpaduan
dalam kalangan masyarakat di Tanah Melayu agak pudar sehinggalah Malaysia ditubuhkan.
Kesan yang mendalam dan berpanjangan menyebabkan kerajaan mengambil inisiatif dengan
merangka jawatankuasa dan badan-badan yang bertindak untuk mengkaji dan menyelesaikan
masalah tersebut melalui dasar pendidikan. Hal ini kerana melalui pendidikan, perpaduan
antara masyarakat dapat dicapai dan dicorak melalui peranan dan penglibatan generasi muda
khususnya remaja. Sistem pendidikan yang diterapkan untuk kanak-kanak akan mengajar dan
membimbing mereka tentang nilai-nilai moral berteraskan 5 rukun negara dan ajaran agama
masing-masing seterusnya mencapai kesepaduan dalam kepelbagaian.

Falsafah Pendidikan Negara iaitu untuk melahirkan pelajar yang seimbang dalam
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek turut memainkan peranan dalam mencapai
kesepaduan khususnya bagi masyarakat di Malaysia tanpa menghilangkan identiti kaum
masing-masing. Melalui kurikulum baik di Sekolah Jenis Kebangsaan ataupun Sekolah
Kebangsaan, kesepaduan dapat dicapai walaupun tanpa sukatan pelajaran yang sama.
Malahan terdapat kecenderungan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka untuk belajar
ke sekolah aliran kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan. Kanak-kanak bagi etnik Melayu
akan dapat mempelajari bahasa Cina dan Tamil serta kebudayaan sesuatu kaum tersebut. Hal

14

yang demikian menunjukkan kesepaduan dapat dicapai tanpa perlu memandang kepada
perbezaan tetapi kepada manfaat sesuatu perkara.

Tranformasi kerajaan dalam pendidikan negara menunjukkan komitmen kerajaan ke


arah memupuk perpaduan kaum dengan lebih berkesan. Peluang mempelajari bahasa kaum
lain yang diwujudkan di sekolah memberi peluang kepada generasi muda untuk untuk
mempelajari kebudayaan sesuatu kaum seterusnya memberi kefahaman kepada pelajar
bahawa perbezaan bahasa tidak menyebabkan segregasi. Pengekalan kepelbagaian struktur
aliran sekolah yang terdapat di negara ini perlulah di fahami oleh semua pihak iaitu lebih
kepada untuk menjaga identiti sesebuah kaum yang berharga lebih-lebih lagi negara kita
terkenal dengan masyarakat yang berbilang kaum.

HUBUNGAN SALING TERKAIT DAN SALING BERGANTUNGAN

15

Dalam negara Malaysia terdapat pelbagai masyarakat majmuk yang pelbagai etnik.
Contohnya Melayu, india, cina dan lain-lain. Kepelbagaian etnik yang secara langsung atau
tidak langsung memainkan peranaan penting dalam mewujudkan hubungan yang saling
berkaitan. Berdasarkan kepelbagaian tersebut, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah
dan program bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat. Antara langkah penting yang
diambil ialah menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara selepas peristiwa 13 Mei 1969.

Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Kesenian rakyat Malaysia seperti


tarian, muzik dan sebagainya dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia telah
diperkukuhkan. Masakan etnik cina seperti nasi goreng cina, mi hailam dan masakan india
seperti kari merupakan contoh yang dekat dalam pengukuhan tersebut. Manakala dari segi
pakaian, para pelajar bukan melayu tidak berasa janggal memakai baju kurung dan baju
melayu khususnya pada hari jumaat.

Daripada contoh tersebut, dapat dilihat interaksi dan hubungan antara anggota
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama di negara ini melengkapi dan
saling bergantungan dalam jalinan rantai kesepaduan sosial yang panjang. Sebagai ahli
masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, kita harus mengelakkan
sikap prejudis, sterotaip, rasisme dan diskriminasi bagi memupuk keharmonian dan
perpaduan nasional. Sebaliknya, konsep seperti akomodasi wajar dijadikan panduan dalam
menjalinkan hubungan etnik di Malaysia.

Walaubagaimanapun, perkongsian yang berlaku diantara pelbagai etnik dari segi


makanan dan pakaian namun masih juga terdapat perselisihan antara etnik-etnik tersebut.
Dan perselisihan ini berlaku dalam kalangan yang minoriti bukan majoriti. Contohnya, tidak
semua golongan etnik dapat menerima pendapat dan cara atau tradisi yang diamalkan oleh
kaum atau etnik yang lain. Hal ini menyebabkan perpaduan tidak dapat dilaksanakan dengan
begitu mudah.
KESIMPULAN

16

Sememangnya, kesepaduan sosial wujud dan bertambah sekiranya usaha dan tindakan secara
sedar dilakukankan dengan baik yang dapat melengkapkan dan menjamin kelangsungan
untuk meningkatkan daya ketahanan dalam sesebuah masyarakat majmuk tersebut.
Sekiranya usaha tersebut dijalankan secara berlanjutan dan pemantauan yang kerap oleh
pihak yang berwajib kemungkinan konflik terbuka yang berlaku dapat dikawal sebelum
menjadi lebih parah dan seterusnya merebak ke peringkat yang lebih sukar untuk dikawal.

Dengan itu, adalah lebih tepat untuk kita mengungkapkan keadaan ini sebagai
kesepaduan dalam kepelbagaian dan bukan perpaduan dalam kepelbagaian. Di Malaysia
untuk mencapai tahap perpaduan amat sukar dilaksanakan kerana ianya masih dalam proses
penambahbaikan, namun sekurang-kurangnya negara kita masih terus berusaha keras untuk
memastikan bahawa kesepaduan sosial yang sedia ada dikekalkan dan dipertahankan, biarpun
perpaduan belum kelihatan.

Proses ini memerlukan kerjasama semua pihak bagi memastikan kestabilan rakyat Malaysia
sentiasa terjamin. Kita perlu memikirkan strategi jangka panjang yang lebih kekal sifatnya
untuk bukan sahaja menangani api-api kecil bahkan juga menghindari daripada berlaku
sesuatu yang lebih buruk untuk berlaku pada masa akan datang.

RUJUKAN

17

1. Abd. Rahim Abd. Rashid et al. 2007. Cetakan pertama,2007, Integriti Institusi Sosial,
Resiliensi Terhadap Perubahan.
2. Abdul Rahman Putra Al-Haj,Tunku, May 13 Before and After , utusan Melayu
Press,Kuala Lumpur 1969.
3. Alberti,M.Gavanelli,M.Lamma,E.Mello,P.Torronj,P.2003.Modelling

Interactions

using

social Integrity Constraints: a Resource shaing case study.Dalt 2003.Mebourne,Victoria.


4. A.M.Iskandar ,1980,Sejarah persuratkhabaraan Melayu,DBP,Kuala Lumpur
5. Kua Kia soong, diterjemah oleh Seah Li Ling ,13 MEI, Dokumen Diklasifikasi tentang
Rusuhan 1969, Malaysia,2008,Suaram Komunikasi.
6. Leon Comber,1985,Peristiwa 13 MEI, cetakan pertama 1985.
7. Mohamed

Salleh

Lamry,2006,Gerakan

Kiri

Melayu

dalam

perjuangan

kemerdekaan,Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.


8. Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu,1998,Penerbit Universiti
Malaya.
9. Samsul

Amri

Baharuddin,2012,Modul

Hubungan

Kebangsaan Malaysia.

18

Etnik

Edisi

Kedua,Universiti

You might also like