You are on page 1of 18

PENGENALAN

Malaysia ialah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum atau lebih
dikenali sebagai masyarakat majmuk. Situasi ini memerlukan negara member perhatian terhadap
kewujudan hubungan etnik yang mantap dalam kalangan rakyat, apatah lagi bagi sebuah negara
yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik. Maka, persoalan
hubungan etnik, perpaduan dan integrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan
seterusnya memastikan pembangunan negara berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Hal ini
ditegaskan oleh Tun Abdul Razak, iaitu perpaduan dan integrasi penting supaya tenaga negara
dapat disalurkan kepada usaha memajukan negara dan bukan digunakan untuk menyelesaikan
masalah yang wujud daripada kepelbagaan (Mauzy, 1983). Segregasi berlaku kesan daripada
dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh pihak British berdasarkan kegiatan ekonomi
mengikut etnik. Integrasi antara kaum pula memerlukan usaha dan sokongan daripada semua
pihak sama ada secara top-down atau bottom-up dalam merealisasikan negara Malaysia yang
unggul menjelang tahun 2020.

PENGERTIAN INTEGRASI DAN SEGREGASI


Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkam satu identity nasional dalam
kalangan kumpulan yang terpisahj dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit
politik (Ahmad Haji Kambar, 1987). Unsur-unsur integrasi terdiri daripada:
i.

Integrasi Wilayah yang bertujuan mengurangkan perbezaan pembangunan ekonomi dan


soisal antara wilayah yang maju dengan yang mundur. Di Malaysia, tumpuan integrasi
wilayah ialah antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur dan Pantai Timur Semenanjung

ii.

Malaysia dengan Pantai Barat Semenajung Malaysia.


Integrasi Ekonmi yang boleh diertikan sebagai usaha-usaha untuk mengurangkan

iii.
iv.

perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik


Integrasi Kebudayaan melibatkan usaha membentuk satu kebudayaan kebangsaan
Integrasi Sosial merangkumi usaha-usaha menyatupadukan rakyat melalui program

v.

sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan dan kesihatan


Integrasi Pendidikan bertujuan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang
bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani

vi.

Integrasi Politik yang merangkumi usaha-usha menyatukan rakyat melalui kerjasama


dan pembahagian kuasa politik.
Segregrasi merupakan pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan dengan

kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan,
antaraya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, hjenis pekerjaan, pengangkutan,
kemudahan awam dan penerbitan akhbar mengikut bahasa ibunda masing-masing.
DARI SEGREGRASI KE INTEGRASI
Segregasi dan integrasi merupakan dua konsep yang berbeza. Dalam konteks Malaysia,
segregrasi perlu dielakkan, sebaliknya kita perlu berusaha memupuk dalam kalangan rakyat.

CABARAN DALAM MEMUPUK INTEGRASI DI MALAYSIA


Terdapat beberapa faktor yang boleh mencetuskan perpecahan dalam masyarakat,
antaranya prasangka, perkauman, diskriminasi, stereotaip, rasisme dan entosentrisme.
Perpecahan juga boleh berlaku apabila wujudnya konflik antara kumpulan masyarakat,
kedudukan lokasi kelas, taraf pendidikan, kemahiran kerja, pendapatan dan budaya hidup yang
sesetengahnya menjadi membatasi peluang mobiliti sosial mereka untuk keluar daripada
golongan miskin. Konflik juga berlaku disebabkan oleh kerumitan menanggung kos hidup yang
terus meningkat, perkhidmatan awam yang kuran memuaskan pengangguran, kemiskinan,
keterpinggiran dan ketidaksamarataan dalam masyarakat, gejala sosial yang berleluasa dan
wujudnya banyak kumpulan samseng. Jesteru itu, isu-isu berkenaan secara tidak langsung telah
memberi kesan kepada masalah perpaduan dalam kalangan rakyat.
Seterusnya, konflik bukan sahaja disbebakan perbezaan budaya dan agama, tetapi turut berpunca
daripada facktor kemisiknan dan keterpinggiran. Contohnya, rusuhan etnik di Kampung Medan,
Selangor dikaitkan dengan isu kemiskinan dan pembangunan. Jelaslah bahawa isi kemiskinan

dan pembangunan perlu ditangani secara serius untuk mengelakkan ketegangan etnik. Persoalan
asa adalah bagaimana perbezaan etnik itu diatasi, serta bagaimana kepentingan politik dan
eknomi disesuaikan dengan kehendak pelbagai etnik aras hubunga etnik di sesebuah negara.
Malaysia sering menjadi contoh kepada negara lain dari segi hubungan etnik yang pelbagai.
Sebahagian besar kejayaan ini merupakan hasil usaha kerajaan yang bersifat top-down adan
disokong oleh pihak swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan rakat sendiri yang bersifat
bottom-up. Proses ini bertujuan memupuk perpaduan dan hubungan etnik yang mantap dalam
kalangan rakyat Malaysia. Usaha ini dipelopori oleh kerajaan untuk memastikan kestabilan
plotik dan keadilan sosio eknomi serta keamanan negara sentiasa terpelihara.

PERANAN KERAJAAN DALAM MEMUPUK INTEGRASI


Banyak pihak masih merasakan hubungan etnik masih lagi rapuh dalam dimensi-dimensi
tertentu. Oleh itu, usaha mengukuhkan hubunga antara etnik secara holistik adalah amat
mencabar. Memupuk semangat hubungan etnik yang harmoni menjadi agenda utama kerajaan
yang dilaksnakan menerusi perancangan dan pelaksanaan dasar-dasar tertentu dalam
mengintegrasikan antara kaum. Pelbagai agnesi kerjaan juga dipertangungjawabkan untkuk
memastikan segala usaha dan perancangan kerajaan dalam menyatpadukan masyarat pelbagai
etnik di negara ini dilaksanakan degan berkesan. Antara perancangan dan pelaksanaan dasaradasar yang diambil oleh kerajaan ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pendidikan
Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pembangunan Nasional, Rukun Negara,
Wawasan 2020, Konsep 1 Malaysia dan penubuhan agensi kerjaan iaitu Jabatan Perpaduan
Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

DASAR-DASAR KERAJAN DAN PELAN TINDAKAN UNTUK PERPADUAN


Kerajaan telah merangka dan member penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang
sosioeknomi yang mejurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai etnik yang

menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakai pelbagai etnik dan menjalin integrasi
nasional. Antara dasar-dasar tersebut ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pendidikan
Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Dasar-dasar tersebut dikukuhkan lagi dengan
pengenalan Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan. Kesemua dasar tersebut bertujuan
untuk mengurangkan dan mengawal tindak-tanduk politk melampau yang boleh
memecahbelahkan perpaduaan rakyat.
Kerajaan juga telah membentuk bebrapa dasar lain seperti Dasar Pembangunan Nasional,
Dasar Wawasan Negara dan Dasar Sosial Negara. Semua dasar tersebut dimantapkan lagi dengan
pengenalan Wawasan 2020 dan Konsep 1 Malaysia.

DASAR EKONOMI BARU


Rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 abtara lain disebabkan oleh jurang
ketidakseimbangan sosioeknomi antara kaum yang sangat luas dan ketidakseimbangan pemilikan
harta antara kaum. Masalah kemiskinan yang belaku bukan sahaja diluar bandar tetapi juga
dibandar sebenarnya menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat dan ini boleh
mengugat perpaduan negara kerana terdapat kelompok etnik-etnik tertentu sahaja yang kaya iaitu
Cina dan kelomok entik tertentu saahja yang miskin iaitu Melayu dan India. Kajian daripada
banci penduduk tahun 1970 mendapati 49.3 peratus daripada semua keluarga di Semenanjung
Malaysia menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan. Daripada jumlah semua keluarga
miskin, 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar. Kadar kemiskinan
mengikut kaum pula mencatatkan kaum Melayu paling tinggi iaitu 64.8%, kaum India pula pada
kadar 39.2%, manakala kaum Cina pula mencatatkan kemiskinan paling rendah iaitu 26%.
Kaum-kaum lain pula mencatatkan kadar kemiskinan 44.8%.
Kedudukan agihan kekayaan sumber-sumber negara juga menunjukkan juran yang tidak
seimbang. Pecahan pemilikan Bumiputera perseorangan dan agensi amanah ialah RM279.6 juta
(4.3%), iaitu Bumiputera perseorangan memiliki RM 1,687juta (2.5%), manakala pegamgam
agensi Bumiputera sebanyak RM 110.9 juta (1.6%). Pegangan kekayaan bukan Bumiputera pula

sebanyak RM 2,223.2 juta (32.6%), manakala warga asing memiliki kekayaan sebanyak RM
4,051.3 juta (59.2%).
Statistik di atas memaksa Kerajaan melancarkan satu program pembangunan bersepdau
dan menyeluruh. Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan dengan sasaran tempoh 20 tahun
iaitu dari tahun1971 hingga tahun 1990. DEB dilancarkan melalui Rancangan Malaysia Kedua
19711975. Dasar Ekonomi Baru 1971 bertujuan untuk mencapai perpaduan negara melalui
pengagihan pendapatan dan peluang-peluang ekonomi yang saksama di kalangan semua rakyat
Malaysia. DEB dilaksanakan menerusi strategi serampang dua mata iaitu:
1) membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
2) menyusun emula maysarakat bandar dan luar bandar untuk mengurang dan seterusnya
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi
Untuk menyelesaikan masalah sosio-ekonomi, maka usaha kerajaan diambil daengan
merangka projek-porjek pembangunan seperti:
a) Mewujudkan peluang pekerjaan kepada semua golongan etnik
b) Meningkatkan daya pengeluaran dan pendapatan rakyat
c) Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya
pengeluaran kepada yang lebih lumayan
d) Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kelompok etnik, antara bandar dan
luar bandar dan antara wilayah
e) Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera seperti IKS dan lainlain
f) Mengadakan Susana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kelompok etnik
g) Memperbaik taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan,
kemudahan prasarana dan lain-lain.
Matlamat akhir DEB ialah memupuk perpaduan negara. Maka, langkah penyusunan semula
masyarakat juga yang dambila oleh kerajaan bertujuan untuk menyeimbangkan antara kumpulan
etnik dari segi tingkat pendapatan, corak guna tenaga dan pemilikan saham dalam syarikat.
Dalam usaha menyusun semula masyarakat, maka DEB telah berjaya:
a) Meninggikan daya pengeluaran dan taraf hidup golongan miskin dengan memodenkan
kawasan luar bandar

b) Menyeimbangkan struktur guna tenaga supaya pada tahun 1990an, guna tenaga buruh
mencerminkan bilangan kelompok etnik
c) Menyusun semula hak milik sektor syarikat
d) Membentuk masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam kalangan orang Melayu dan
bumiputera

DASAR PENDIDKAN KEBANGSAAN


Peranan pendidikan merupakan salah satu daripada alat terpenting dan berkesan bagi
membina jati diri nasional, memupuk semangat kebangsaan, cinta kepada negara dan berperanan
mengeratkan perpaduan. Semangat perpaduan boleh diterapkan kepada pelajar bermula dalam
lingkungan usia muda disamping menanam sikap dan nilai yang dapat melahirkan kesedaran
nasional, semangat cinta dan bangga kepada negara dan perpaduan antara kaum. Oleh itu,
pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan untuk menggalakkan wujudnya satu sistem
persekolahan dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi. Dasar
Pendidikan Kebangsaan yang diperkenalkan oleh kerjaan secara jelas mengarah kepada landasan
yang tepat demi mewjudkan masyarakat yang harmonis. Pendidikan dijadikan asas sebagai
landasan dasar dalam oreintasi dan falasfah pendidkan negara mengunakan acuan tempatan,
contohnya dari segi bahasa pengantar, sukatan mata pelajaran dan kurikulum.
Dasar pendidikan negara sebelum merdeka mewujudkan 5 jenis sitem persekolahan yang
terasing di antara satu sama lain, iaitu sekolah Inggeris, Melayu, Cina, India dan agama. Sejak
tahun 1946, Britiish sedar satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan harus diwujudkan
bagi menyatukan masyarakat yabg berbilang kaum. Sistem pendidikan di zaman penjajahan
telah berkembang tanpa pertimbangan dan keperluan pembangunan, pembinaan identiti
kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat
setia kaum pendatang kepada negara asal mereka dan menekankan semangat pembangunan

rakyat tempatan. Oleh itu, kerajaan telah mengambil langkah-langkah bagi menggubal sistem
pendidkan kebangsaan yang sesuai untuk negara yang merdeka dan mempunyai matlamat yang
tersendiri. Dasar Pendidikan yang ada sekarang telah dibuat kajian demi kajian. Antara kajian
tersebut ialah:
a)
b)
c)
d)
e)
f)

Penyata Barnes, 1950


Laporan Fenn-Wu, 1951
Penyata Razak,1956
Ordinan Pelajaran, 1957
Laporan Rahman Talib, 1960
Akta Pelajaran, 1961

Pada tahun 1974, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan untuk mengkaji semula
Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaik pelaksanaannya supaya matlamat untuk
melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdiisiplin serta memenuhi keperluan tenara
rakyat terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah
diterbitkan pada tahun 1979.
Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaam telah dinyatakan dalam pendahuluan kepada Akta
Pelajaram 1961, iaitu:
BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yabg diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran
1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan
negara dan menggalakkan perkembanagan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya..
Matlamat ini dinyatakn secara umum tetapi dalam melaksanakannya, KEmenterian
Pendidikan denga berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan LAporan Rahman Talib 1960,
telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan
menyediakan tenaga kerja bagi keperluan ekonomi. SEterusnya, matlamat ini diperkhusukan
lagi apbila Jawantkuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Keadaan ini
mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga
rakyat negara ini dalam jangka pendek dan panjang demi melahirkan masyarakat yang bersatu
padu, berdisplin dan terlatih.

Kurikulum yang dilaksnakan pada hari ini pada peringkat sekolah rendah dan sekolah
menengah adalah selaras dengan Flasafah Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan seperti
berikut:
Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, untuk mewujudkan insan yang harmonis dan
seimband dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdsarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahrikan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakrmuran masyarakat dan negara.

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1996)

Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matalmat Dasar Pendidikan yabg telah
ditetapkan. Strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah
ditetapkan. Strategi pelaksanaan adalah seperti berikut:
a) Penggunaan satu kurikulum yang sama kandungannya untuk semua sekolah
b) Penggunaan satu bahasa pengantar yang sama iaitu Bahasa Malaysia di semua sekolah
dan universiti
c) Penggunaan buku-buku teks yang sama berlatarkan negara
d) Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknikal
e) Menggunakan pendidkan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah berdasarkan
3M (membaca, menulis, mengira)
f) Meggunakan pendidkan menengah mengikut Kurikulm Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM)
Bagi melahirkan ruang fizikal dan bukan fizikal yang dapat memupik perpaduan
nasional dari peringkat awal terutama di sekolah-sekolah, kerajaan telah merangka,
memperkenalkan dan melaksanakan secara berperingkat beberapa program. Antara program
utama yabg dilaksanakan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah:
a) Sekolah Wawasan
Kerajaan telah meperkenalkan sekolah wawasan yang bertujuan untuk menyediakan satu
ruang sosial bagi pelajar dari pelbagai kumpulan etnik berinteraksi seterusnya menjalin
hubungan yang harmonis.

b) Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)


Kerajaan juga telah memperkenalkan RIMUP iaitu melalui kerjasama antara sekolah
pelbagai aliran dalam semua program pelajar dan guru bagi meningkatkan hubungan
etnik dalam kalangan pelajar. Empat objektif utama RIMUP adalah untuk:
i.
menggalakkan penyertaan guru dan murid dalam kegiatan bersama
ii.
mewujudkan sikap kerjasama dan tolong menolong
iii.
melahirkan persefahaman dan bertolak ansur antara murid pelbagai kaum di
sekolah dan berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk
kegiatan khas
c) Mata pelajaran Elektif Tamil dan Mandarin
Penawaran mata pelajaran Tamil dan Mandarin di sekolah aliram kebangsaan sebagai
bahasa kedua sebagai pemangkin proses interaksi dan integrasi antara kaum. Disamping
itu, penguasaan terhadap bahasa Tamil dan Mandarin dapat menjadi nilai tambah kepada
pencapaian akademik para pelajar.
d) Pelan Pembangunan Pendidikan
Pelan ini bertujuan mewujudkan masyarakat yang saksama melalui peningkatan taraf
hidup serta mengurangkan jurang sosial ekonomi antara etnik dan kawasan. Empat teras
utama pelan ini ialah:
i.
meningkatkan akses kepada penidikan
ii.
meningkatkan peluang pemdidikan yang lebih saksama
iii.
menignkatkan kualiti pendidikan
iv. meningkatkan kecermerlangan pengursan pendidikan
e) Program Bantuan Pelajar
Kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai program untuk membantu para pelajar dari
keluarga miskin termasuk Rancangan Makanan Tambahan, Skim Pinjaman Buku Teks,
Skim Baucer Tuisyen dan Program Susu Sekolah.

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN


Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan
yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini diperkenalkan oleh
kerajaan sebagai garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti Malaysia

di preingkat antarabangsa. Pada asasnya, pembentukan kebudyaan kebnagsaan mempunyai tiga


objektif berikut:
i.
ii.

mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan


memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang lahir dari kebudayaan

iii.

kebangsaaan
memmperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian
yang seimbang dengan aspek pembangunan sosio-ekonmi
Dasar ini juga mengambil kira latar belakang sejarah dan kedudukan negara ini sebagai pusat

tamadun, serta pertemuan dan perdagangan sejak dua ribu tahun lalu. Amtaranya ialah :
i.
ii.

Unsur-unsur kebudayaan mestilah dapat diterima oleh semua komuniti


Apa juga asal usulnya mestilah mengambarkan cirri-ciri yang mudah dikenali sebagai

iii.

sebahagian dari keadaan tempatan


Tidak boleh membawa kesan yang buruk dalam apa juga cara terhadap nilai-nilai asas
yang menjadi pendukung kepada unsur-unsur lain.
Pada tahun 1971, berdasarkan Kongres Kebudayaan Kebangsaan, tiga teras utama telah

dijadikan asas ke arah pembentukan kebudayaan kebangsaan seperti:


a) Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini
Budaya Melayu merupakan cara hidup, lambing identiti dan asas ukuran keperibadian
kepada hampir 200 juta umat manusia yang mendiamai rantau ini sejak berabad lamanya.
Jadi wajarlah kebudyaan rakyat rantau ini dijadikan teras kepada kebudayaan kebangsaan
Malaysia.
b) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima
Prinsip ini bertetapan dengan susasna masyarakat berbilang kaum dan mewarisi pelbagai
budaya. Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik sifatnya, sentiasa berubah dan
diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya melalu proses penyerapan dan
penyesuaian secara berterusan. Oleh itu, unsur-unsur budaya Cinam India,Arab dan lain
lain yang sesuai diterima dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Kesesuaian ini
bergantung sekiranya ia tidak berchnggah dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip
Rukun Negara dan asas-asas moral dan kerohanian sejaga, serta Islam sebagai agama
rasmi negara.

c) Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan


Penerimaan unsur-unsur Islam adalah sesuai dengan perkembangan sejarah negara ini
yang menerima kedatangan Islam sejak 600 tahun yang lampau menjadi agama anutan
sebahagian besar umat di rantau ini. Jesteru itu, adalah wajar nilai-nilai Islam dijadikan
unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.
DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DBP)
Dasar Pembangunan Nasional (DBP) tealah dilancarkan pada tahun 1991. Rangka
Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991-2000 telah digubal berasaskan Dasar
Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha
menadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020.
Matlamat DPN adalah untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan
maysarakat yang bersatu padu dan adil. Seperti DEB, perpaduan negara menjadi matlamat
terakhir DPN kerana masyarakat yang bersatu padu adalah merupakan akar tunjang dalam
memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi
yang berterusan. Gagasan DPN merupakan pemangkin negara ke arah menjadikan Malaysia
sebagai negara maju dalam semua segi iaitu politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran
kerajaan dan kecemerlangan ekonomi. DPN juga digerakkan di atas landasan yang kukuh kea rah
membentuk pembangunan seimbang yang meliputi aspek keadilan sosial, nilai, moral dan etika
mengikut acuan tempatan.
DPN terus mengekalkan strategi atas dasar DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi
antara kaum dan dengan ini menyumbangkan kea rah mengukuhkan perpaduan negara. DPN
adalah bertujuan untuk mewujdkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang dan
memperkasakan pendektannya dengan memasukkan beberapa dimensi baharu dalam pelan
tindakan yang merangkumi aspek-aspek kritikal seperti berikut:
a) Mewujudkan keseimbangan yang optimum diantara matlamat pertumbuhan ekonomi
dengan pengagihan yang saksama
b) Memastikan pembangunan yabg seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk
meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan

c) Mengurangkan dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara


untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil untuk semua rakyat Malaysia melalui
penegasan terhadap pembasmian kemiskinan dengan dua tumpuan utama iaitu
menghapuskan kemiskinan tegar (hardcore poverty) dan kemiskinan relatif
d) Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang
ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara
kawasan bandar dan luar bandar
e) Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati
kesejahteraan hidup yang tinggi dismaping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian
yang positif serta menghayati persaan bangga dan cintakan negara
f) Memajukan sumber manias dan termasuk mewujudkan tenaga yang berdisiplin dan
produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran
pembangunan industri melalui satu budaya kecermelangan tanpa menjejaskan matlamat
penyusnan semula masyarakat.
g) Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu tersa penting dalam perancangan dan
pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan
kebolehan dalam teknologi strategic dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains
dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden
h) Memastikan bahawa dalam usha mencapai pembangunan ekonomi, perhatian sewajarnya
diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya dalam jangka panjang
bagi memastikan pembangunan negarada dapt dikekalkan secara berterusan
Tahap kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia telah turun daripada 16.5% pada tahun 1990
kepada 7.5% pada tahun 1999. Jumlah isi rumah miskin dilaporkan kepada 7.5% pada tahun
1999. Jumlah isi rumah miskin dilaporkan berkurangan sebanyak 39% kepada 351,000 pada
tahun 1999. Namun demikian, jurang kemiskinan antara kawasan bandar dan luar bandar masih
ketara.
Statistik Rancangan Malaysia Kesembilan menunjukkan kadar kemiskinan di kawasan luar
bandar yang majoriti penduduknya kaum Melayu masih tinggi. Kadar kemiskinan mengikut
negeri pada tahyun 2004 menunjukkan Kelantan (10.6%), Terengganu (15.4%), Sabah (23%),
Kedah (7%), dam Perlis (6.3%). Negeri-negeri ini merupakan negeri paling ramai penduduk
kaum Melayu dan Bumiputera.

Walaubagaimanapun, statistik ini secara bandingan menunjukkan terdapat kemajuan ke arah


mencapai matlamat dasar yang telah dirangkakan dalam DPN. Senario ini menjadi satu cabaran
kepada negara kea rah mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju secara menyeluruh
selaras dengan matlamat Wawasan 2020.
RUKUN NEGARA
Rukun Negara dirumuskan berasaskan kepercayaan, keyakinan dan iltizam untuk
memberntuk satu jati diri rakyat Malaysia yang unggul. Rukun Negara telah diperkenalkan pada
31 Ogos 1970 yang dbentuk oleh Majlis Gerakan Malaysia (MAGERAN) berdasarkan pindaan
Draf Rukun Negara yang terbentuk dan kemudiaannya digubal oleh Majlis Perundangan Negara
(MPN). Rukun negara digubal berasaskan tujuan:
1) untuk menyemai dan memupuk integrasi nasional
2) semangat perpaduan antara kaum ekoran Peristiwa 13 Mei 1969
Penganalisis politik melihat peristiwa pahit 13 Mei 1969 adalah manifestasi kepada
ketegangan hubungan kaum yang sebahagiannya berpunca daripada jurang perbezaan ekonomi
yang luas antara golongan Bumiputera dan bukan Bumiputera. Oleh itu, Rukun Negara dengan
prinsip-prinsip yang bertunjangkan semangat Perlembagaan diharpkan dapat membentuk jati diri
rakyat Malaysia sebaga satu Bangsa Malaysia. Rukun Negara dijadikan sebagai pedoman dan
hala tuju serta pengimbang t ara dalam merancang program pembangunan negara. Hala tuju
Rukun Negara ialah:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

mencapai perpaduan lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat


memelihara cara hidup demokratik
mencipta masyarakat yang adil sehingga kemakmuran negara dapat dinikmati bersama
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya
danberbagai corak selaras dengan peruntukan perlembagaan
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden

Secara lebih khusus, Rukun Negara merupakan ikrar yang menjadi acuan integrasi nasional,
pembentukan Bangsa Malaysia dan ideology negara. Mukadimah dan lima prinsip Rukun
Negara adalah seperti berikut:

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak mencapai


perpaduan yang lebih erat dalam kalangsan sebuah masyarakatnya; memelihara satu cara
hidup demoktratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan daapt dinikmati bersama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang
akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Secara keseluruhan, dalam konteks pembangunan politik, Rukun Negara dengan jelas
menyatakan cita-cita untuk membina negara bangsa, iaitu negara dan bangsa Malaysia yang
warganya bersatu padu, mengamalkan cara hidup yang demokratik, melaksanakan keadilan
sosial dan berfikiran terbuka.
Dalam konteks pembangunan ekonomi pula, secara jelas Rukun Negara menggariskan
bahawa sains dan teknologi menjadi asas kepada ekonomi berasaskan perindustrian yang
akhirnya akan melahirkan masyarakat yang progresif.
Lima prinsip yang medukung Rukun Negara dapat diterjemahkan seperti berikut:
a) Kepercayaan kepada Tuhan
Prinsip ini menjelaskan rakyat Malaysia mestilah manusia yang mempunyai pegangan
atau anutan agama dan sistem kepercayaan. Islam dipilih menjadi agama Persekutuan
oleh kerana orang-orang Melayu merupakan golongan atau etnik yang majoriti. Etnik lain
juga diberi kebesana mengamalkan agama mereka secara aman dan harmoni. Melalui
kehidupan beragama, rakyat Malaysia akan menjadi rakyat yang berakhlak mulia,
bermoral, jujur, bertoleransi serta saling bantu-membantu antara satu sama lain demi
mencapai kesejahteraan hidup.
b) Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Kesetiaan kepada raja dan negara adalah lambing kedaulatan negara dan payung
penyatuan rakyat. Yang di-Pertuan Agong ialah lambang kedaulatan dan perpaduan
negara. Rakyat mestilah taat setia kepada baginda dan negara. Kedudukan raja-raja telah
termaktub dalam perlembagaan, Rakyat Malaysia yang setia kepada raja dan negara akan
mengjamin perpaduan dan integrasi nasional dapat dicapai.

c) Keluhuran Perlembagaaan
Rakyat Malaysia mestilah memperakui keluhuran Perlembangaan dan harus
menghomrati dan mematuhinya. Ini kerana Perlembagaan adalah merupakan undangundang tertinggi dalam negara. Perlembagaan melindungi hak rakyat serta menjamin
kemakmuran dan perpaduan negra. Prinsip ini menuntut rakyat supaya patuh pada
undang-undang yang telah diluluskan melalui peruntukan perlembagaan.
d) Kedaulatan Undang-Undang
Prinsip ini menuntut rakyat Malaysia supaya wajib mematuhi undang-undang yang telah
digubal oleh badan perundangan dan atau mana-mana badan perundangan yang diberi
kuasa berbuat demikian juga adalah berdaulat. Keadilan dalam masyarakat dijamin oleh
undang-undang. Setiap rakyat tidak kira kaum atau agama di Malaysia diperakui sama di
sisi undang-undang. Undang-undang juga melarang berlakunya diskriminasi antara
rakyat disebabkan oleh perbezaan aganma, warna kulit, bahasa budaya dan tempat lahir.
e) Kesopanan dan Kesusilaan
Prinisp ini menuntut semua rakyat Malaysia mesti mempunyai akhlak yang mulia.
Apabila rakyat berakhlak mulia, maka akan wujud sifat-sifat positif yang lain seperti
saling hormat-menghormati, jujur, amanah, taat, berkerjasama, bertolenrasi, intergriti,
integrasi dan lain-lain. Dengan adanya sifat-sifat mulia ini, maka akan wujud jati diri,
semangat kekitaan (esprit de corps) yang akan melahirkan impak suasana harmoni, aman
damai dan kemakmuran negara akan berkekalan. Untuk menjamin wujudnya integrasi
nasional dari etnik yang pelbagai (pluraliti) di Malaysia ialah dengan mengambila
langkah membina semangat jati diri di Malaysia.

WAWASAN 2020

Wawasan 2020 diperkenalkan pada 28 Februari 1991 oleh Tun Dr Mahathir


Mohamad. Tun Dr Mahathir Mohamad telah membentangkan satu kertas kerja yang
bertajuk Malaysia: The Way Forward di majlis pelancaran Malaysia Business
Council, yang merupakan rangka kerja mengenai matlamat menjadikan Malaysia
sebuah negara maju pada tahun 2020 dikenali sebagai Wawasan 2020. Wawasan
2020 bukan sebuah dasar khas, tetapi merupakan satu tindak balas kepada
perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan
antarabangsa yang member cabaran hebat kepda negara.. Wawasan 2020
menegaskan bahawa matlamat pembangunan negara ialah:
1) Menjadikan Malaysia sebuah negara industri
2) Pembentukan negara Malaysia yang maju menjelanag tahun 2020
Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad, Waswasan 2020 bukan sahaja
menitikberatkan pembangunan ekonomi, ia menitikberatkan pembangunan
menyeluruh iaitu Malaysia harus menjadi negara maju dari segi politik, ekonomi,
sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan, selain mempunyai rasa bangga dan
keyakinan terhadap bangsa sendiri.
Bagi merealisasikan Wawsan 2020, Sembilan cabaran telah dikenalpasti yang
perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia:
1) Membentuk negara Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang bersatu
padu serta satu Bangsa yang mempunyai kestetiaan politik dan dedikasi
negara;
2) Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju
dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga denga apa yang ada dan
gagah menghadapi pelbagai masalah;
3) Membentuk dam memperkembangkan sebuah masyarakat demokratik yang
matang, yang mengamalkansatu bentuk demokrasi Malaysia yabg unggul,
beasaskan muafakat dan musyawarah dan dapat dicontohi oleh banyak
negara yang membangun;
4) Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya, dengan
para warganegara mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh,
didorong oleh standard etika paling tinggi;
5) Mewujudkan sebuah masyarakat yang bersifat liberal dan toleran, dengan
setiap rakyat Malaysia bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan
kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan
kesetiaan mereka pada satu negara;
6) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang berdaya
cipta dan berpandangan jauh, yakni masyarakat yang bukan sahaja menjadi
pengguna teknologi malah menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik
dan teknologi masa depan;
7) Membentuk sebuah masyarakat berbudi adan berbudaya penyayang, sebuah
masyarakat yang lebihh mementingkan masysarakat daripada diri sendiri;

8) Memberntuk sebuah masyarakat yang adil ekonominya, yakni masyarakat


yang melaksanakan pengagihan kekayaan secara adil lagi saksama;
9) Membentuk sebuath masyarakat yang makmur, dengan ekonomi yang
mampu menghadapi persaiingan, bersifat dinamik dan mempunyai daya
ketahnan
Cabaran-cabaran diatas telah membangkitkan beberapa isu utama yang harus
dihadapi bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju:
a) Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia
Rakyat di negara ini tidal lagi diidentifikasikan melalui kaum, keturnan atau
warna kulit. Bagi membentuk sebuah negara bangasa Malaysia, beberapa
istilah tertentu seperti perpaduan kaum, kesetiaan kepada negara,
keharmonian dan toleransi perlu difahami dan diamalkan.
b) Negara Perindustrian
Mengubah corak eknomi dari negara pertanian kepada negara perindustrian
bagi mencapai status sebagai negara maju. Ini bermakna, rakyat harus
bersedia bukan sahaja dalam proses perubahan dari kehiudpan bertani
kepada perindustrian, tetapi juga perubahan dalam teknologi, ekonomi, sosial
dan kebudayaan.
c) Moral dan Etika
Berlainian dengan konsep negara maju yang lebih bercirikan kebendaan,
negara maju ala Malaysia berpegang kepada falsafah moral dan etika yang
berasaskan kepercayaan agama. Tanpa nilai0nilai ini, kesejahteraan dan
keharmonian yang wujud tidak akan berkekalan, sebaliknya membawa
keburukan.
d) Keadilan Ekonomi dan Sosial
Aspek ini merupakan penegasan semula ke atas isu-isu yang menjadi
perhatian utama seperti pembasmiak kemiskinan dan keseimbangan sosioekonomi di antara kaum, di antara wilayah, di antara negeri dan di antara
bandar dan luar bandar. Wawasan 2020 meminta semua rakyat Malaysia
tidak membuat tafsiran salah terhdadap bantuan yang diberikan kepada
sesuatu kaum yang tertentu. Sebaliknya ia merupakan usaha bagi membaiki
ketidakseimbangan yang wujud dalam masyarakat.
e) Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan
Hakikat bahawa keluarga adalah asaspembentukan masyarakat dan
masyarakat menjadi asas pembinaan ngara tidak dapt dinafikan. Ini
bermaksud, kekuatan dan kemajuan sesebuah negara terletak pada keluarga
dengan masyarakat. Dengan itu, nilai dan cara hidup (seperti masyarakat
penyayang) perlulah dibentuk pada peringkat awal lagi iaitu melalui institusi
keluarga.

KONSEP 1 MALAYSIA

You might also like