You are on page 1of 2

Langkah – langkah mencegah rasuah – Cetusan Pendapat MS/46 .

Rasuah merupakan jenayah kolar putih yang melibatkan penipuan yang dilakukan oleh pegawai
atasan dengan menghadiahkan beberapa kontrak kepada seseorang individu setelah menerima segala
jenis suapan, sama ada berbentuk wang ringgit atau hadiah. Penularan gejala ini bukan sahaja
memberikan impak yang negative kepada , malahan sosioekonomi rakyat juga terjejas akibat daripada
tindakan individu yang tidak bertanggungjawab . Merujuk kepada laporan indeks rasuah oleh badan
international transparency, Malaysia berada pada kedudukan 62 pada tahun 2017 berbanding pada
tahun 2016 iaitu 55.
Antara langkah untuk membendung isu rasuah ini termasuklah kepentingan memupuk semangat
nasionalisme dalam kalangan masyarakat tanpa mengira usia dan bangsa. Nasionalisme diertikan
sebagai ideologi yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesuatu bangsa atau negara dengan
mewujudkan satu konsep identiti Bersama bagi sekumpulan manusia. Hal ini, secara tidak langsung
dapat mendidik masyarakat agar meletakkan kedudukan dan kepentingan negara melebihi
kepentingan diri mereka sendiri. Oleh itu, ideologi nasionalisme perlulah dipupuk dari awal dalam
kalangan rakyat Malaysia sejak di bangku sekolah , manakala bagi golongan kelas pekerja pula,
nasionalisme ini dijadikan sebagai orientsi utama dalam pekerjaan mereka. Semangat nasionalisme
perlulah dijadikan sebagai titik tolak dalam pembentukan negara yang bersih daripada gejala rasuah.
Selain itu, media massa perlulah menonjolkan kesan negative gejala rasuah jika diamalkan dalam
kalangan masyarakat untuk mencegah isu ini. Media massa merupakan alat yang berkesan untuk
menyebarkan maklumat umum, iaitu berbentuk elektronik dan bukan elektronik. Maka kedua-dua jenis
alat penyebaran maklumat ini perlulah dimanfaatkan bagi mencegah masalah rasuah. Sebagai contoh,
pqda tahun 2016, seluruh dunia dikejutkan dengan pembongkaran skandal dan penipuan oleh
golongan elit dunia yang terdiri daripada pemimpin negara, pelakon filem dan pemain bola sepak yang
mengelakkan diri mereka daripada membayar cukai negara. Pembongkaran ini dilakukan oleh pihak
media jerman Suddeutshe Zeitung dengan kerjasama international consortium of investigation
Journalist yang membawa kepada perubahan yang besar kepada beberapa negara.
Di samping itu, unsur keterbukaan dalam sesebuah pentadbiran negara juga amat penting dalam
usaha untuk mencegah rasuah. Sesebuah kerajaan tidak seharusnya menyembunyikan sebarang urus
niaga dan tidak seharusnya menyembunyikan sebarang urus niaga dan tidak diketahui oleh rakyatnya.
Malahann, ahli politik juga haruslah terbuka dengan mengisytiharkan harta mereka kepada umum. Hal
ini dapat membantu agensi pencegahanrasuah untuk melakukan penyiasatan sekiranya sesebuah
pertubuhan melakukan kegitan rasuah . sebagi contoh negara Botswana merupakan sebuah negara
yang mengamalkan amalan keterbukaan dalam pemerintahan. Sifat keterbukaan ini menjadikan
Botswana dikenali sebagai sebuah negara yang kurang kegiatan rasuah di Afrika.
Intihanya, kegiatan rasuah perlulah dicegah seawal yang mungkin agar tidak menjadi budaya dalam
kalangan masyrakat. Sekiranya gejala ini dibiarkan begitu sahaja, pastinya akan membawa impak yang
negative kepada pembangunan negara. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu agar
mencegah isu ini sebelum nasi menjadi bubur.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

You might also like