You are on page 1of 14

RASUAH!

Pada masa ini, kerajaan begitu giat menangani gejala rasuah. Pada pendapat anda apakah kepentingan mengawal gejala tersebut dan cadangkan langkah yang anda fikir berkesan untuk mengatasi masalah tersebut.

DISEDIAKAN OLEH : AMALIA SOFIA & SYARULNIZA

Definisi Rasuah
Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah atau keraian kepada pihakpihak tersebut. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama: Meminta/Menerima Rasuah Menawar/Memberi Rasuah Membuat Tuntutan Palsu Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Kepentingan Mengawal Gejala Rasuah

Politik Lebih Stabil


Tanpa rasuah, struktur pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara akan lebih komprehensif. Kejadian yang berlaku di Filipina iaitu kejatuhan kerajaan Presiden Marcos daripada tampuk kepimpinan akibat gejala rasuah yang amat berleluasa dapat dielakkan dari berlaku di Malaysia. Pemberontakan dan pencetusan reformasi dapat dibendung. Masyarakat tidak akan hilang keyakinan terhadap pemimpin negara.

Modenisasi Negara
Menjadikan negara Malaysia sifar rasuah dan menjadikan negara gah di persada dunia. Negara Malaysia akan menjadi negara contoh kepada negara yang lain. Mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan dapat ditingkatkan. Matlamat Wawasan 2020 akan tercapai kerana setiap individu mempunyai kecekapan dan integriti pentadbiran yang tinggi.

Masyarakat
Kepercayaan sesama masyarakat akan terjalin kerana memegang sifat integriti yang tinggi. Berlaku keadilan antara satu sama yang lain tanpa rasuah. Memperbaiki lagi taraf kemiskinan kerana sumbersumber yang telah ditetapkan bagi membantu rakyat miskin tidak diselewengkan. Membentuk satu budaya yang harmonis di kalangan masyarakat. Matlamat 1 Malaysia iaitu rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan dapat dicapai.

Ekonomi Negara
Ekonomi negara akan meningkat tanpa aktiviti rasuah. Penyertaan pelaburan tempatan dan kemasukan pelaburan asing ke dalam negara tidak terhalang atau disekat akibat unsur rasuah. Mempunyai pasaran saham yang menentu. Pengawasan sistem perbankan yang cekap dan pasaran modal yang besar. Kegiatan ekonomi seperti perindustrian, pertanian dan perkhidmatan tidak akan tergendala akibat banyak pelaburan asing.

Langkah Mengatasi

Memperkasakan Badan Pencegah Rasuah


Kerajaan harus telus untuk memperkasakan Badan Pencegah Rasuah sebagai badan berkecuali yang akan mengawal menularnya gejala rasuah dalam masyarakat Malaysia. Kesemua jawatan ahli-ahli Badan Pencegah Rasuah hendaklah disandang oleh mereka yang benarbenar berwibawa, benar dan bertanggungjawab.

Pelan Intergriti Nasional


Dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (2006-2010), Bab 25 telah menyebut mengenai Pelan Intergriti Nasional dalam tempoh RMK-8. Pelan Intergriti Nasional bertujuan membentuk masyarakat yang bermoral dan beretika serta mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan tahap etika yang tinggi dan seterusnya menyahut cabaran Wawasan 2020. Pelancaran Pelan Intergriti Nasional bolehlah disama ertikan dengan pengawalan rasuah yang dinamik dan berlandaskan undangundang yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Pengawasan Pergerakan Kewangan


Pengawasan pergerakan kewangan seseorang boleh dikawal untuk mengelakkan menularnya gejala rasuah dalam kehidupan masyarakat hari ini. Langkah ini boleh dilakukan kerajaan sekiranya kerajaan benar-benar ingin menghapuskan rasuah dalam kalangan penjawat awam di negara ini. Jika pengawasan pergerakan kewangan dilakukan, penjawat awam tidak akan dapat menyumbang kepada rasuah.

Kempen Iklan yang Efektif


Menggunakan media massa secara holistik iaitu daripada akhbar hinggalah ke internet untuk memastikan semua khalayak masyarakat menerima kempen tersebut. Semua imej atau aksi yang dipaparkan melalui iklan itu mestilah berupaya meninggalkan kesan atau menjadikan masyarakat berfikir dua kali sebelum mereka menerima rasuah. Kempen yang begitu mudah tetapi berkesan menjadi satu wahana yang baik dalam peperangan memerangi amalan rasuah ini.

Didikan Agama dan Moral


Usaha menerapkan konsep murni sebegini perlu dilakukan pada peringkat awal kehidupan seseorang itu supaya mudah untuk mengawalnya. Konsep yang baik dijelaskan kepada pelajar supaya mereka memahami keperluan untuk membebaskan diri dan negara daripada ancaman rasuah ini. Pendidikan kepada golongan muda berupaya menyekat penularan wabak sosial yang begitu memalukan ini dengan begitu mudah dan berkesan.

Kesimpulan
Semua faktor dan langkah mengatasi kemelut sosial ini harus diteliti dan dipantau oleh semua pihak dengan berkesan. Para masyarakat hendaklah membuat anjakan paradigma terhadap rasuah jika masalah ini hendak diatasi hingga ke akar umbinya. Kelewatan untuk mengatasi masalah ini mampu menjadikan negara kita satu negara yang begitu sukar untuk dipercayai seterusnya Wawasan 2020 negara tidak akan dicapai. Masyarakat hendaklah bekerjasama memastikan rasuah di negara kita ini tidak terus terus menular, bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.

You might also like