You are on page 1of 20

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

1. Menerangkan sejarah perkembangan perkhidmatan


kesihatan di Malaysia.
2. Menerangkan konsep penjagaan kesihatan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia
PENGENALAN KEPADA SISTEM PENJAGAAN
KESIHATAN KEBANGSAAN DI MALAYSIA
SEJARAH PRA – KEMERDEKAAN
 500 tahun dahulu, penduduk di Semenanjung
Tanah Melayu adalah terdiri dari pelbagai suku
kaum yang mengamalkan seni mengubat
penyakit yang dipengaruhi oleh kepercayaan dari
suku kaum masing-masing. Kebanyakannya dari
Benua Asia.
SAMB… SEJARAH PRA – KEMERDEKAAN
 Perubatan Tradisional Melayu menurut Dr. J.W Field
adalah gabungan kepercayaan setempat secara turun
temurun. Mythologi Hindu. Islam dan ilmu ubat- ubatan
Arab.
 Perubatan moden telah berkembang secara beransur-
ansur dan sistem ini kemudian dikukuhkan keseluruh
negeri- negeri lain.
SAMB… SEJARAH PRA – KEMERDEKAAN

 Pembenaan hospital-hospital semakin


bertambah di Negeri-Negeri Tanah Melayu
Bersekutu kerana didorong oleh industri biji
timah.
 Inggeris menguasai Tanah Melayu bermula pada
1874- bermulanya kesedaran pentingnya tenaga
kerja yang sihat pada masa itu.
SAMB… SEJARAH PRA – KEMERDEKAAN

 Pada akhir abad itu. Terdapat 15 hosp. di Perak, 14 di


Selangor, 3 di N. Sembilan dan 2 di Pahang.
 Sekitar Kemerdekaan 1957, terdapat 10 buah hospital
besar dan 56 hospital daerah di Malaysia
 Sistem penjagaan Kesihatan yang ditinggalkan oleh
inggeris adalah memberi keutamaan dibandar-bandar
dan berasaskan kuratif (Urban based curative services ).
SAMB… SEJARAH PRA – KEMERDEKAAN
 Sistem penjagaan Kesihatan yang ditinggalkan oleh
inggeris adalah memberi keutamaan dibandar-bandar
dan berasaskan kuratif (Urban based curative services
).
 Tenaga Kerja perubatan pada masa itu didatangkan
daripada British dan tumpuan adalah perubatan
kuratif. Iaitu merawat kepada yang sakit.
SAMB… SEJARAH PRA – KEMERDEKAAN
 Terdapat kesedaran kepada aspek perubatan
pencegahan di bandar-bandar besar dengan
tertubuhnya ‘sanitary board’ yang prihatin terhadap
kebersihan jalan-jalan dan pasar-pasar
 Pada tahun 1900 Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)
telah ditubuhkan dan cabaran bagi mengawal penyakit-
penyakit berjangkit telah mula ditangani
PERKEMBANGAN PERKHIDMATAN
HOSPITAL SWASTA
 Perkembangan hospital swasta mengambil masa yang
agak lama untuk berkembang.
 Hospital yang pertama dibina di Perak pada 1904
sebagai ‘MATERNITY HOME’.
 Sejak zaman penjajah. Hospital yang dibina oleh
orang-orang China adalah untuk memberikan
khidmat kepada masyarakat China.
SAMB… PERKEMBANGAN PERKHIDMATAN
HOSPITAL SWASTA

 Hospital-hospital seperti Lam Wah Ee di Pulau


Pinang dan Thung Shin di Kuala Lumpur masih
mampu bersaing dengan lain-lain hospital swasta
hingga ke hari ini.
 Hingga sekitar pertengahan 70an. Hospital- hospital
swasta telah bertambah dan kebanyakannya
diuruskan oleh kumpulan etnik China dan
persatuan yang bercorak keagamaan.
PERKHIDMATAN KESIHATAN
SELEPAS MERDEKA
 Polisi Perkhidmatan Kesihatan termampu untuk
semua telah diperkenalkan oleh kerajaan yang baru
dilantik selepas mencapai kemerdekaan.
 Perlaksanaan polisi ini dibuat melalui kemudahan-
kemudahan penjagaan kesihatan awam yang dibina
oleh Kementerian Kesihatan.
SAMB… PERKHIDMATAN KESIHATAN SELEPAS MERDEKA

 Walaupun terhad. Rancangan kesihatan awam


dirancangkan untuk meliputi semua negeri-negeri.
 Perkembangan dapat dilihat kepada Rancangan Kesihatan
Luarbandar (Rural Health Services). Ia itu penjagaan
kesihatan merangkumi aspek kuratif, pencegahan, promotif
dan rehabilitatif melalui klinik-klinik Desa serta pembinaan
hospital-hospital pada tiap-tiap ibu negeri.
SAMB… PERKHIDMATAN KESIHATAN SELEPAS
MERDEKA

 Pada awal 60an. Majoriti hospital-hospital dan


klinik-klinik masih terdapat dibandar-bandar.
 Penduduk luar bandar yang kurang mendapat
kemudahan menunjukkan insiden penyakit malaria
dan cirit-birit yang tinggi.
 Ramai bayi dan kanak- kanak maut akibat
dijangkiti infeksi respiratori dan septicaemia.
SAMB… PERKHIDMATAN KESIHATAN SELEPAS
MERDEKA
 Sensitif kepada keadaan ini. Pada tahun 1970an
tumpuan yang sama telah diberikan kepada pembinaan
hospital di bandar- bandar dan pembinaan klinik-klinik
kesihatan diluar-luar bandar.
 Pada Mid-Term Review ( 1971- 1975 ) perubatan Sistem
3- Tier kepada 2-Tier telah dibuat untuk meningkatkan
lagi liputan penjagaan kesihatan kepada penduduk luar
bandar.
SAMB… PERKHIDMATAN KESIHATAN SELEPAS
MERDEKA
 Di Malaysia penjagaan kesihatan diberikan oleh
sektor swasta dan sektor awam.
 Penjagaan Kesihatan tanggunjawab Kerajaan
Persekutuan.
 Semua Perkhidmatan Kesihatan kecuali peranan
pencegahan tertentu diperingkat kerajaan tempatan
seperti Majlis Bandaran atau tempatan diberikan
oleh Kementerian Kesihatan
ORGANISASI DALAM PERKHIDMATAN
KESIHATAN MALAYSIA
 MENTERI KESIHATAN bertanggungjawab
diperingkat federal hinggalah diperingkat negeri-
negeri.
 DARI SEGI TEKNIKAL . Perkhidmatan kesihatan
disalurkan melalui Bahagian Perkhidmatan
Perubatan dan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan
awam.
SAMB… ORGANISASI DALAM PERKHIDMATAN
KESIHATAN MALAYSIA
 Bahagian ini yang dikenali sebagai Bahagian Teknikal
dan Professional diketuai oleh Pengarah Kesihatan
Malaysia (Director – General Of Health)
SAMB… ORGANISASI DALAM PERKHIDMATAN
KESIHATAN MALAYSIA

Terdapat 7 kompenan dalam bahagian ini


yang bertanggungjawab kepada Pengarah
Kesihatan:
1. Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Awam
(Public Health Services Division)
2. Bahagian Perkhidmatan Perubatan (Medical
Services)
SAMB… ORGANISASI DALAM PERKHIDMATAN
KESIHATAN MALAYSIA

3. Bahagian Perkhidmatan Pergigian.


4. Bahagian Latihan Dan Tenaga Manusia.
5. Bahagian Perkhidmatan Farmasi
6. Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan.
7. Bahagian Perancangan Dan Pembangunan.
UJI DIRI…
1. Terangkan sejarah perkembangan perkhidmatan
kesihatan di Malaysia bermula sebelum merdeka
sehingga kini?
2. Terangkan konsep penjagaan kesihatan yang
disampaikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
kepada pihak sasaran?

You might also like