You are on page 1of 43

KURSUS

SKPX 3143 PSIKOLOGI ABNORMAL

TAJUK

KRITERIA PENDIAGNOSAN BAGI SETIAP JENIS KECELARUAN


KEBIMBANGAN BERDASARKAN DSM-5

PENSYARAH

DR. ROSELIZA MURNI BINTI AB. RAHMAN

NAMA

MARZHIATUL SYIFA BT. NYAK AHMAD (A171663)

MARSYA HUMAIRA BINTI MARHAZMAN (A177276)

NURUL NABILAH HANISAH BINTI MOHD ZULKEFLI (A173323)


ISI KANDUNGAN

PENGENALAN…………………………………………………………………………………. 4
1.1 KECELARUAN KERESAHAN PERPISAHAN (SEPARATION ANXIETY
DISORDER)................................................................................................................................... 5
1.2 MULTISME PILIHAN (SELECTIVE MUTISM)............................................................... 6
1.3 FOBIA KHUSUS (SPECIFIC PHOBIA).............................................................................. 7
1.4 KECELARUAN KEBIMBANGAN SOSIAL (FOBIA SOSIAL) ....................................... 9
1.5 KECELARUAN PANIK…………………………………………………………………... 12
1.5.1 PENENTU SERANGAN PANIK……………………………………………………...14
1.7 AGORAFOBIA…………………………………………………………………………….. 15
1.8 KECELARUAN KERESAHAN MENYELURUH (GENERALIZED ANXIETY
DISORDER)................................................................................................................................. 17
1.8.1 KECELARUAN KERESAHAN CETUSAN BAHAN/UBATAN (SUBSTANCE/
MEDICATION-INDUCED ANXIETY DISORDER)............................................................ 18
1.10 KECELARUAN KERESAHAN SPESIFIK LAIN (OTHER SPECIFIED ANXIETY
DISORDER)................................................................................................................................. 20
1.11 KECELARUAN KERESAHAN BUKAN SPESIFIK (UNSPECIFIED ANXIETY
DISORDER)................................................................................................................................. 20
2.0 JENIS-JENIS RAWATAN YANG DIGUNAKAN BAGI MERAWAT
KECELARUAN-KECELARUAN TERSEBUT……………………………………………... 21
2.1 RAWATAN FOBIA………………………………………………………………………21
2.2 RAWATAN KECELARUAN KERESAHAN…………………………………………... 22
2.3 RAWATAN KECELARUAN PANIK……………………………………………………23
3.0 KAJIAN KES YANG BERKAITAN………………………………………………………24
3.1 KAJIAN KES 1 (KECELARUAN KEBIMBANGAN SOSIAL).....................................24
3.2 KAJIAN KES 2 (KECELARUAN KERESAHAN)......................................................... 28
3.3 KAJIAN KES 3 (KECELARUAN PANIK).....................................................................31
4.0 HASIL ANALISIS …………………………………………………………………………. 35
4.1 MIN DAN SISIHAN PIAWAI BAGI SETIAP DIMENSI DASS-42…………………... 35
4.2 MIN BERDASARKAN JANTINA MENGIKUT DIMENSI KEMURUNGAN………. 36
4.3 MIN BERDASARKAN JANTINA MENGIKUT DIMENSI KEBIMBANGAN………36
4.4 MIN BERDASARKAN JANTINA MENGIKUT DIMENSI TEKANAN……………...37
4.4 PURATA MARKAH UNTUK SETIAP SKALA MENGIKUT JANTINA ……………. 37
4.5 JUMLAH SKOR DIMENSI DASS-42 DAN EPQ-RS…………………………………. 38
4.6 KORELASI DI ANTARA DEPRESSION ANXIETY & STRESS SCALE (DASS-42)
DAN EYSENCK PERSONALITY SHORT VERSION (EPQ-RS) MENGIKUT
DIMENSI…………………………………………………………………………………….39
5.0 RUJUKAN………………………………………………………………………………….. 42
PENGENALAN

Kecelaruan keresahan berkongsi ciri ketakutan dan keresahan yang berlebihan serta gangguan
tingkah laku yang berkaitan. Ketakutan ialah tindak balas emosi terhadap ancaman yang nyata
atau yang dilihat, manakala keresahan adalah ketakutan atau kebimbangan akan jangkaan
ancaman masa depan. Jelas sekali, kedua situasi ini bertindih, tetapi mempunyai perspektif yang
berbeza. Ketakutan lebih kerap dikaitkan dengan rangsangan autonomi yang diperlukan untuk
melawan atau melarikan diri situasi bahaya dengan serta-merta. Manakala, keresahan selalunya
dikaitkan dengan persediaan, kewaspadaan dan tingkah laku berhati-hati atau mengelak pekara
bahaya yang bakal berlaku pada masa hadapan.

Kecelaruan keresahan adalah berbeza mengikut jenis objek atau situasi yang mendorong
ketakutan, keresahan, atau tingkah laku mengelakkan diri, dan idea kognitif yang berkaitan. Oleh
itu, walaupun kecelaruan keresahan cenderung menjadi komorbid yang tinggi antara satu sama
lain, ia boleh dibezakan dengan pemeriksaan rapi terhadap jenis situasi yang ditakuti atau
dielakkan dan pemikiran atau kepercayaan yang berkaitan.

Kecelaruan keresahan merupakan perkara yang berbeza daripada ketakutan atau


keresahan yang mempunyai perkembangan normatif berlebihan atau berterusan melebihi tempoh
yang sesuai dengan perkembangan. Ianya juga berbeza daripada ketakutan atau keresahan
sementara yang selalunya disebabkan oleh tekanan yang berterusan, walaupun tempoh kriteria
bertujuan sebagai panduan umum dengan toleransi terhadap beberapa tahap fleksibiliti dan
kadangkala ia mempunyai tempoh yang lebih pendek pada kanak-kanak (seperti dalam
kecelaruan keresahan perpisahan dan mutisme terpilih). Individu yang mengalami kecelaruan
kerasahan lazimnya menilai secara berlebihan akan bahaya atau situasi yang mereka takuti atau
elakkan dan penentuan akan dinilai oleh doktor sama ada ketakutan atau keresahan yang dialami
oleh individu itu berlebihan atau di luar perkadaran dengan mengambil kira faktor kontekstual
budaya. Kebanyakan kecelaruan keresahan berkembang pada zaman kanak-kanak, dan akan
berterusan jika tidak dirawat dan ianya lebih kerap berlaku pada Wanita berbanding lelaki
dengan nisbah 2:1. Setiap kecelaruan keresahan hanya didiagnosis apabila gejala tidak berkait
dengan kesan fisiologi bahan/ubat, keadaan kesihatan yang lain atau tidak dapat diterangkan
dengan lebih baik melalui kecelaruan mental yang lain.
1.1 KECELARUAN KERESAHAN PERPISAHAN (SEPARATION ANXIETY DISORDER)

Bagi kecelaruan ini, terdapat beberapa kriteria dalam proses pendiagnosaan, ianya merangkumi
kriteria A sehingga kriteria D (criterion A until criterion D).

Bagi Kriteria A, akan berlaku penghasilan perasaan takut dan kebimbangan yang tidak
sepatutnya dan secara berlebihan apabila terpisah daripada individu yang mempunyai hubungan
yang sangat rapat (attached) dengan dirinya. Bagi mengesahkan bahawa individu mempunyai
kecelaruan ini, sekurang-kurangnya tiga daripada ciri-ciri bagi Kriteria A ini dipenuhi; (a)
Kerisauan yang berlebihan serta berulangkali akan kehilangan ataupun sebarang kecelakaan
seperti penyakit, kecederaan, kematian atau sebarang bencana terhadap individu yang menjadi
tempat bergantung atau berpaut baginya. (b) Kedukaan berlebihan yang berlaku berterusan
apabila mengalami atau berhadapan dengan perpisahan dari rumah atau daripada figura
kebergantungan utama (major attachment figures). (c) Kerisauan yang berlebihan serta
berterusan akan mengalami kejadian yang tidak diingini (contoh: diculik, mengalami
kemalangan, jatuh sakit serta hilang). (d) Secara berterusan menolak dan berat hati untuk keluar
atau berjauhan dari rumah, untuk pergi kerja sekolah atau kemana sahaja kerana bimbang akan
perpisahan (separation). (e) Secara berterusan menolak atau berat hati untuk tidur selain dari
rumah atau jauh dari figura kebergantungan utama (major attachment figures). (f) Berulang kali
bermimpi ngeri yang melibatkan perpisahan. (g) Berulangkali mengadu tentang gejala kesakitan
fizikal (contoh: sakit kepala, sakit perut, loya, muntah) apabila perpisahan dengan figura
kebergantungan utama (major attachment figures) berlaku.

Seterusnya, bagi Kriteria B untuk pendiagnosan kecelaruan ini adalah ketakutan,


kebimbangan atau pengelakan yang berterusan selama 4 minggu bagi kanak-kanak dan remaja
serta kebiasannya selama enam bulan atau lebih bagi dewasa. Bagi Kriteria C, Gangguan yang
menyebabkan kedukaan secara klinikal yang ketara atau kemerosotan nilai dari segi sosial,
akademik, pekerjaan atau tempat-tempat penting yang memerlukan kefungsian. Akhir sekali,
bagi pendiagnosan di Kriteria D adalah gangguan yang dialami tidak dapat, seperti dijelaskan
dengan terperinci melalui kecelaruan mental yang lain seperti halusi atau delusi berkenaan
perpisahan dalam kecelaruan psikotik.
1.2 MULTISME PILIHAN (SELECTIVE MUTISM)

Pendiagnosan bagi Mutisme Selektif dapat dinilai melalui beberapa kriteria, iaitu dari Kriteria A
sehingga Kriteria E. Bagi Kriteria A, ianya melibatkan kegagalan secara konsisten untuk
bercakap di situasi sosial yang tertentu dimana ianya memerlukan percakapan seperti di sekolah
berbanding bercakap di situasi yang lain. Mutisme Selektif seringkali berlaku dalam kalangan
kanak-kanak yang berumur kurang dari lima tahun. Namun begitu, gangguan ini tidak menjadi
suatu masalah besar yang memerlukan perhatian secara klinik sehingga mereka memasuki alam
persekolahan dimana terdapat peningkatan dalam interaksi sosial dan tugasan prestasi seperti
membaca dengan kuat.

Selain itu, bagi Kriteria B, ianya menjadi suatu gangguan yang mengahalang pencapaian
dari segi pendidikan atau pekerjaan atau dengan komunikasi sosial. Tambahan lagi, kanak-kanak
yang mempunyai Mutisme Selektif selalunya menolak atau tidak mahu bercakap di sekolah dan
ianya memberi kesan terhadap kelemahan dari segi akademik dan pendidikan dimana para guru
merasa sukar untuk memberi kemahiran yang tertentu seperti membaca. Selain itu, kekurangan
dalam percakapan boleh membawa kepada gangguan dalam komunikasi sosial dan mendapat
kemerosotan teruk disekolah dan fungsi sosial, termasuklah menjadi bahan usikan oleh rakan
sebaya.

Untuk Kriteria C, individu mengalami gangguan sekurang-kurangnya sebulan (tidak


terhad pada bulan pertama persekolahan). Seterusnya, bagi Kriteria D, kegagalan dalam
percakapan tidak disebabkan oleh kekurangan pengetahuan atau keselesaan untuk bertutur
bahasa tertentu di sesuatu situasi sosial. Dalam Culture–Related Diagnostic Issues, menyatakan
bahawa kanak-kanak didalam sesebuah keluarga yan berpindah ke negara lain yang bertutur
dengan bahasa lain dari pengetahuannya akan menyebabkan kanak-kanak tersebut tidak bertutur
kerana kurang pengetahuan terhadap bahasa itu. Namun begitu, jika kefahaman terhadap bahasa
baharu itu mencukupi tetapi keengganan untuk bertutur berterusan maka diagnosis bagi mutisme
selektif mungkin sesuai baginya.

Kriteria yang seterusnya adalah Kriteria E, yang menyatakan bahawa


gangguan-gangguan ini tidak dapat diterangkan dengan sebaiknya melalui Kecelaruan
Komunikasi dan tidak terjadi disebabkan oleh Kecelaruan Spektrum Autisme, Skizofrenia, atau
kecelaruan psikotik yang lain. Hal ini kerana, individu yang mempunyai Kecelaruan Spektrum
Autisme, Skizofrenia, atau kecelaruan psikotik yang lain, atau kecacatan intelek yang teruk
berkemungkinan mempunyai masalah di dalam komunikasi sosial dan tidak dapat bertutur
dengan betul di situasi-situasi sosial. Ianya amat berbeza dengan Mutisme Selektif ini dimana
kanak-kanak yang mengalaminya dapat bertutur dengan baik di beberapa situasi sosial seperti
selalunya di rumah.

1.3 FOBIA KHUSUS (SPECIFIC PHOBIA)

Fobia khusus melibatkan ketakutan dan keresahan yang kuat dan berterusan atau mengelakkan
diri terhadap objek atau situasi tertentu yang tidak berkadaran dengan risiko sebenar. Terdapat
pelbagai jenis fobia khusus antaranya ialah haiwan, persekitaran semula jadi,
darah-suntikan-kecederaan, situasional dan Ia adalah perkara biasa bagi individu untuk
mempunyai fobia khusus yang lebih daripada satu objek atau situasi. Dianggarkan, 75% individu
dengan fobia khusus mempunyai ketakutan lebih daripada satu situasi dan objek. Oleh itu, fobia
khusus yang pelbagai ini perlu diberi kod diagnostiknya sendiri, yang mencerminkan rangsangan
fobia yang dialami. Sebagai contoh, jika seseorang individu takut ribut petir dan terbang di
udara, maka dua diagnosis akan diberikan: fobia khusus terhadap persekitaran semula jadi dan
fobia khusus terhadap situasi.

Untuk pendiagnosan bagi Fobia Khusus ini, terdapat beberapa kriteria antaranya adalah
Kriteria A sehingga Kriteria G. Kategori situasi atau objek yang ditakuti dinyatakan sebagai
penentu (specifier). Bagi pendiagnosan mengikuti kriteria A, dinyatakan bahawa ketakutan atau
kebimbangan yang ketara tentang objek atau situasi tertentu sebagai contoh terbang, ketinggian,
binatang, mendapat suntikan, melihat darah. Kunci utama bagi kecelaruan ini ada ketakutan atau
kebimbangan adalah terhad kepada kehadiran situasi atau objek tertentu yang diistilahkan
sebagai rangsangan fobia (phobic stimulus). Selain itu, bagi diagnosis untuk Spesifik Fobia,
tindak balas yang berlaku seharusnya berbeza dari yang normal dan ketakutan serta kebimbangan
berada di tahap yang teruk. Ketakutan atau kebimbangan yang terjadi boleh membawa kepada
sepenuhnya simptom atau separuh simptom serangan panik iaitu serangan panik yang dijangka
(expected panic attack). Tambahan lagi, bagi kanak-kanak, ketakutan atau kebimbangan
dizahirkan melalui tangisan, tantrum, berpaut, atau kesejukan.
Kriteria B bagi pendiagnosan Spesifik Fobia adalah situasi atau objek fobia (rangsangan
fobia) hampir selalu menimbulkan ketakutan atau kebimbangan dengan kadar yang cepat.
Tambahan, ketakutan dan kebimbangan sering diluahkan dengan cara yang berbeza antara
golongan dewasa dan kanak-kanak. Selain itu, ketakutan dan kebimbangan berlaku secara serta
merta apabila berhadapan dengan rangsangan fobia. Bagi Kriteria C, objek atau situasi fobia
akan dielakkan secara aktif (actively avoid) atau ditanggung dengan penuh ketakutan dan
kebimbangan sekiranya individu terlibat tidak mampu atau membuat keputusan untuk tidak
mengelaknya. Pengelakkan aktif (active avoidance) merujuk kepada berkelakuan secara sengaja
untuk mencegah atau meminimumkan berhubung dengan objek atau situasi fobia. Selain itu,
tingkah laku mengelak atau keengganan yang berterusan untuk terlibat dalam aktiviti yang
melibatkan pendedahan kepada objek atau situasi fobia mungkin membantu dalam mengesahkan
diagnosis jika tiada kebimbangan yang berlebihan atau panik.

Kriteria D merujuk kepada ketakutan atau kebimbangan adalah diluar perkadaran dengan
bahaya sebenar yang ditimbulkan oleh objek atau situasi tertentu dan terhadap konteks
sosiobudaya. Individu yang terlibat menyedar akan reaksi berlebihan yang dirasai namun mereka
cenderung untuk berfikir secara berlebihan berkaitan bahaya dalam situasi yang mereka takuti.
Bagi Kriteria E, ketakutan, kebimbangan atau penghindaran berlaku secara berterusan,
kebiasaannya berlangsung selama 6 bulan atau lebih. Menurut Kriteria F bagi pendiagnosan
Spesifik Fobia adalah ketakutan, kebimbangan atau penghindaran yang menyebabkan kesusahan
atau kemerosotan yang ketara secara klinikal dari segi sosial, pekerjaan atau kefungsian penting
yang lain. Kriteria G menyatakan bahawa setiap gangguan ini tidak dapat dijelaskan dengan baik
melalui simptom dari kecelaruan mental yang lain termasuk ketakutan, kebimbangan dan
penghindaran situasi yang melibatkan simptom seperti panik atau gejala ketidak upayaan yang
lain seperti agorafobia, objek atau situasi yang berkaitan dengan obsesi (kecelaruan
obsesif-kompulsif), perpisahan dari rumah atau pelekatan (kecelaruan kebimbangan perpisahan),
situasi sosial (seperti didalam kecelaruan kebimbangan sosial).

Tambahan lagi, Spesifik fobia kebiasaanya berkembang pada peringkat awal


kanak-kanak, dengan kebanyakannya kes berkembang sebelum umur tahun. Median umur bagi
permulaan spesifik fobia adalah antara 7 hingga 11 tahun. Kebanyakkan spesifik fobia
berkembang pada zaman kanak-kanak dan remaja, spesifik fobia boleh berkembang pada
mana-mana peringkat umur seringkali akibat daripada pengalaman yang traumatik.

1.4 KECELARUAN KEBIMBANGAN SOSIAL (FOBIA SOSIAL)

Kecelaruan kebimbangan sosial adalah ketakutan yang keterlaluan, tidak rasional terhadap
situasi sosial dan berpanjangan sekurang-kurangnya 6 bulan. Namun dalam tempoh tersebut
dapat membantu membezakan kecelaruan daripada ketakutan sosial yang biasa dan sementara.
Bahkan, tempoh kriteria hendaklah digunakan sebagai panduan umum untuk beberapa tahap
fleksibiliti. Ketakutan untuk berinteraksi dengan individu lain akan menjejaskan kehidupan
profesional seseorang individu seperti penari, pemuzik, penghibur, atlet dan juga profesion yang
memerlukan pengucapan awam secara kerap. Kecelaruan kebimbangan ini juga disebabkan
ketakutan jika melakukan perkara yang memalukan dan juga menyebabkan kemerosotan secara
klinikal dalam aspek sosial iaitu kepada prestasi dalam persekitaran kerja, sekolah, atau
akademik di mana pembentangan awam yang diperlukan.

Terdapat beberapa kriteria penting untuk di diagnostik bagi kecelaruan kebimbagan sosial
atau fobia sosial ini. Antaranya, adalah kebimbangan yang ketara kepada situasi sosial di mana
seseorang individu merasakan dirinya terdedah kepada penelitian oleh individu lain atau
masyarakat luar. Sebagai contoh yang dapat dilihat dalam fobia sosial adalah termasuk dengan
interaksi sosial, mengadakan perbualan atau berjumpa dengan individu yang tidak dikenali. Hal
ini juga tercetus dengan merasakan diri diperhatikan dengan pandangan yang negatif sama ada
makan atau minum, menulis, ketika sedang memberi ucapan dan juga membuat persembahan.
Namun demikian, sesetengah individu yang menghidapi fobia sosial ini takut dan elakkan
daripada membuang air kecil di tandas awam apabila individu lain ada. Ini juga dinamakan
sebagai paruresis atau sindrom pundi kencing malu.

Di samping itu, kecelaruan kebimbangan juga terjadi pada kanak-kanak berpunca dari
persekitaran rakan sebaya dan juga interaksi dengan orang dewasa. Sebagaimana yang kita sedia
maklum bahawa ketakutan atau kebimbangan yang terjadi pada kanak-kanak akan dinyatakan
dengan menangis, mengamuk, membeku, berpaut pada ibu bapa, mengecut dan juga gagal
bercakap dalam situasi sosial. Selain itu, individu yang menghidapi fobia sosial ini akan
bertindak dengan menunjukkan gejala kebimbangan yang dianggap dirinya dinilai secara negatif
seperti cemas, gila, bodoh, membosankan, lemah, kotor, tidak disukai dan juga menyinggung
perasaan orang lain. Tambahan pula, individu yang mengalami fobia sosial ini akan
menunjukkan gejala kembimbangan seperti muka menjadi merah, menggeletar, berpeluh,
merenung bahwa dirinya sedang dinilai negatif.

Disebabkan situasi sosial selalu menimbulkan perasaan takut dan kebimbangan, maka
situasi sosial selalu dielakkan atau dihadapi dalam keadaan kebimbang yang keterlaluan. Fobia
sosial adalah ketakutan atau kebimbangan yang tidak seimbang dengan ancaman sebenar yang
ditimbulkan oleh situasi sosial dan kepada konteks sosiobudaya. Bahkan itu, fobia sosial ini
kebiasaan berlarutan selama 6 bulan atau lebih. Sosial fobia akan menyebabkan kesusahan dan
kemerosotan yang ketara secara klinikal sosial, bekerja dan juga fungsi bidang-bidang yang
penting. Namun ketakutan atau kebimbangan tidak dikaitkan dengan kesan fisiologi sesuatu
bahan contohnya penyalahgunaan ubat, dadah atau perubatan lain. Hal ini kerana juga
bersangkut-paut dengan gejala gangguan mental seperti gangguan panik, gangguan dismorfik
badan atau gangguan spektrum autisme.

Dalam pada itu, tahap dan jenis ketakutan dan kebimbangan mungkin berbeza-beza.
Sebagai contoh kebimbangan yang menjangka, serangan panik berlaku pada masa yang berbeza.
Walau Bagaimanapun, individu yang mengalami kecelaruan kebimbangan sosial ini akan berfikir
secara tidak rasional yang mengakibatkan situasi sosial menjadi negatif baginya. Konteks sosio
budaya individu juga perlu diambil kira, contohnya tingkah laku yang mungkin dianggap cemas
secara sosial mungkin dianggap sesuai dalam situasi sosial iaitu mungkin dilihat sebagai tanda
hormat.

Lain daripada itu, antara ciri yang menyokong berkaitan diagnosis adalah individu yang
mengalami kecelaruan kebimbangan sosial ini lebih banyak meluangkan masa di rumah.
Individu ini juga akan menjadi kurang tegas, terlalu patuh kepada arahan dan sangat mengawal
perbuatannya. Selain itu, postur badan mereka yang tegar, sentuhan mata yang tidak mencukupi
atau bercakap dengan suara yang terlalu lembut. Hal ini mungkin disebabkan malu, kurang
terbuka dalam perbualan, menarik diri dan juga tidak rapat dengan diri sendiri. Individu ini akan
mencari pekerjaan yang tidak memerlukan kenalan sosial. Kebiasaan lelaki yang mengalami
kecelaruan sosial ini lambat berkahwin manakala wanita pula ingin bekerja dari rumah dan
menjalani kehidupan sebagai seorang suri rumah dan ibu.

Seterusnya, kebimbangan sosial yang terjadi dalam kalangan orang dewasa yang lebih tua
juga mungkin termasuk dengan gejala buruk penyakit perubatan. Pipi menjadi kemerahan adalah
antara tanda balas fizikal kecelaruan kecemasan sosial. Golongan ini akan menyebabkan
kemerosotan fungsi deria seperti pendengaran, penglihatan atau rasa malu dengan penampilan
disebabkan simptom penyakit, gangguan kognitif dan kecelaruan ini cenderung untuk menjadi
berterusan. Untuk mengesan kecelaruan kebimbangan sosial ini dalam kalangan orang dewasa
yang lebih tua sedikit mencabar kerana terdapat beberapa faktor. Antaranya, gejala yang somatik,
penyakit perubatan komorbid terhad, perubahan kepada persekitaran atau kemerosotan dalam
fungsi sosial dan juga berdiam diri mengenai kesusahan memahami psikologi.

Dengan keadaan yang sedemikian, antara faktor risiko dan prognostik adalah
temperamental yang mendorong seseorang individu itu kepada kecelaruan kebimbangan sosial
yang disebabkan perencatan tingkah laku dan ketakutan terhadap penilaian negatif. Selain itu,
persekitaran memainkan peranan yang penting dalam penyebab peningkatan kadar penganiayaan
kanak-kanak dalam perkembangan gangguan kebimbangan sosial. Seterusnya, faktor genetik dan
fisiologi juga mendorong kepada gangguan kebimbangan sosial. Pengaruh genetik bergantung
kepada interaksi gen persekitaran seperti pemodelan cemas sosial oleh ibu bapa mudah diikuti
oleh kanak-kanak. Hal ini kerana gangguan kebimbangan sosial boleh diwarisi.

Secara tuntasnya, akibat fungsi kecelaruan kebimbangan sosial dikaitkan dengan


peningkatan kadar keciciran sekolah dan penurunan kesejahteraan pekerjaan, produktiviti tempat
kerja, status sosioekonomi dan juga kualiti hidup. kecelaruan kebimbangan sosial juga akan
dikaitkan dengan bujang, belum berkahwin, bercerai atau tidak mempunyai anak terutamanya
dalam kalangan lelaki. Manakala pada orang dewasa yang lebih tua pula terdapat kecelaruan
dalam tugas penjagaan dan aktiviti sukarelawan.

Kesimpulannya, kecelaruan kebimbangan sosial secara amnya mendahului gangguan


lain. Pengasingan sosial yang kronik semasa kecelaruan kebimbangan sosial boleh
mengakibatkan gangguan kemurungan. Secara keseluruhan yang dapat dilihat bahwa kecelaruan
kebimbangan sosial akan menghalang melakukan aktiviti masa lapang, kerja dan juga memberi
impak yang negatif dalam kehidupan harian.

1.5 KECELARUAN PANIK

Individu yang mengalami kecelaruan kebimbangan sosial berkemungkinan akan mengalami


serangan panik juga. Namun demikian kecelaruan panik kebimbangan mengenai tentang
serangan panik itu sendiri terjadi. Serangan panik ini terjadi berulang-ulang yang tidak dapat
dijangka, lonjakan mendadak kepada ketakutan atau ketidakselesaan yang teruk sehingga
mencapai klimaks dalam beberapa minit dan pada masa itu empat atau lebih senarai 13 gejala
fizikal dan kognitif yang berlaku.

Maksud istilah serangan panik yang tidak dapat dijangka adalah merujuk kepada
serangan panik yang tiada petunjuk atau penyebab yang jelas pada masa yang berlaku. Hal ini
kerana serangan panik berlaku secara tiba-tiba, contohnya apabila seseorang individu yang
sedang berehat, bangun dari tidur atau serangan panik malam. Serangan panik ini seolah-olah
berlaku tanpa sebab yang jelas. Malah tafsiran budaya juga mempengaruhi serangan panik yang
dijangka atau tidak dijangka. Hal ini dirujuk sebagai isu diagnostik berkaitan budaya.

Kekerapan serangan panik terjadi berbeza-beza mengikut tahap serangan panik. Bagi
serangan yang sederhana kerap berlaku dalam pada masa seminggu sekali selama berbulan-bulan
pada satu masa atau masa yang pendek dan juga serangan yang lebih kerap. Manakala,serangan
panik yang kurang kerap berlaku mengikut minggu atau bulan, contohnya dua kali sebulan.
Individu yang mempunyai serangan panik yang jarang berlaku menyerupai serangan panik yang
lebih kerap dari segi gejala serangan panik, ciri demografi, morbiditas dengan kecelaruan lain,
sejarah keluarga dan data biologi.

Disamping itu, daripada tahap keseriusan pula individu yang mengalami kecelaruan
panik mungkin mempunyai kedua-dua gejala penuh (empat atau lebih gejala) dan gejala terhad
(kurang daripada empat simptom) serangan, dan bilangan dan jenis simptom serangan panik
yang kerap berbeza dari satu serangan panik ke serangan yang seterusnya. Walau bagaimanapun,
lebih daripada satu serangan simptom panik yang tidak dijangka memerlukan diagnosis
kecelaruan panik.
Kebiasaannya serangan panik ini berkaitan dengan kebimbangan fizikal, seperti
kebimbangan yang memberi serangan panik disebabkan kehadiran penyakit yang mengancam
nyawa. Sebagai contoh pada masa kini penyakit covid-19 yang telah meragut nyawa dengan
sekelip mata. Gejala panik telah menyebabkan kebimbangan sosial, seperti rasa malu atau takut
jika dinilai secara negatif oleh orang sekeliling dan menyebabkan kebimbangan fungsi mental
seperti hilang kawalan.

Sebagai contoh dari segi kriteria B iaitu perubahan dalam tingkah laku yang mewakili
percubaan untuk meminimumkan atau mengelakkan akibat serangan panik. Sebagai contoh yang
dapat kita lihat adalah dengan menyusun semula kehidupan harian untuk memastikan bantuan
sentiasa tersedia. Sekiranya berlaku serangan panik ia akan menyekat aktiviti harian dan akan
mengelakkan situasi jenis agoraphobia. Sebagai contoh meninggalkan rumah, menggunakan
pengangkutan awam atau membeli belah. Jika agoraphobia ini terjadi maka diagnosis berasingan
dengan agoraphobia diberikan.

Tambahan pula, ciri-ciri berkaitan yang menyokong diagnosis adalah satu jenis serangan
panik yang tidak dapat dijangka ialah serangan panik pada waktu malam seperti bangun dari
tidur dalam keadaan panik, hal ini berbeza daripada panik selepas bangun sepenuhnya dari tidur.
Selain itu, kebimbangan tentang serangan panik melaporkan bahawa perasaan yang
berpanjangan ataupun kebimbangan yang lebih luas berkaitan dengan kesihatan dan
kebimbangan kesihatan mental. Sebagai contoh individu yang mengalami kecelaruan panik
sering merasakan bahawa mereka mungkin mempunyai penyakit jantung atau mempunyai tumor
otak kerana sakit kepala. Individu ini akan sentiasa bertolak ansur dengan kesan sampingan ubat.

Menurut (Korczak et al.,2007) kebanyakan simptom serangan panik adalah fizikal,


namun tidak hairanlah bahawa sebanyak 85% peratus individu yang mengalami serangan panik
akan muncul dan berulang kali. Daripada jabatan kecemasan atau doktor pakar mereka yakin
bahwa serangan panik akan mengalami masalah kesihatan. Sebagai contoh sakit jantung,
pernafasan, atau neurologi. Komplikasi yang seterusnya timbul kerana pesakit yang mempunyai
masalah jantung berada pada tahap risiko yang hampir dua kali ganda tinggi disebabkan
kecelaruan panik.
Oleh itu, rawatan perlu dilakukan dengan segera bagi individu yang mengalami masalah
kesihatan bagi mengurangakn kemerosotan dalam fungsi sosial dan pekerjaan hanya disebabkan
kecelaruan panik. lebih -lebih lagi, kecelaruan panik boleh menyebabkan kepada keburukan atau
perkembangan yang negatif kepada pelbagai masalah kesihatan atau perubatan (Putih & Barlow,
2002)

1.5.1 PENENTU SERANGAN PANIK

Serangan panik berlaku secara tiba-tiba yang menyebabkan ketakutan atau ketidakselesaan yang
teruk sehingga beberapa minit dan pada masa itu empat atau lebih daripada 13 gejala fizikal dan
kognitif yang berlaku. Sebelas daripada 13 gejala ini adalah fizikal contohnya, berdebar,
berpeluh dan manakala 2 lagi gejala adalah kognitif. Sebagai contoh, takut kehilangan kawalan,
takut mati atau menjadi gila.

Selain itu, serangan panik boleh berlaku pada masa keadaan tenang atau keadaan cemas
dan ketika berlaku pada masa yang kemuncak perlu dinilai secara bebas daripada mana
sebelumnya terjadi kebimbangan. Hal ini kerana, serangan panik boleh berlaku semula sama ada
dalam keadaan cemas atau keadaan tenang dan juga akan terjadi klimaks semula. Serangan panik
berbeza daripada kebimbangan yang berterusan dengan masa berlaku klimaks dalam beberapa
minit kerana ia bersifat diskret dan kebiasaanya lebih teruk.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, terdapat dua jenis serangan panik yang berlaku
iaitu serangan panik dijangka dan serangan panik yang tidak dijangka. Serangan panik yang
dijangka ini adalah serangan yang terdapat petunjuk atau sebab yang jelas dan juga serangan
panik yang selalunya terjadi contohnya serangan panik yang terjadi disebabkan situasi yang
terjadi di dalam dewan tersebut. Manakala serangan panik yang tidak dijangka pula adalah
serangan panik yang tiada isyarat atau sebab yang jelas pada masa kejadian contohnya, semasa
berehat, bangun dari tidur dan juga serangan panik malam.

Penentuan yang menyebabkan serangan panik dijangka dan tidak dijangka ditentukan
oleh doktor yang telah membuat pertimbangan berdasarkan gabungan yang mempersoalkan
dengan teliti mengenai peristiwa yang berlaku sebelum kejadian yang membawa kepada
serangan terhadap seseorang individu. Serangan panik juga dikaitkan dengan kadar percubaan
untuk membunuh diri yang lebih tinggi dan faktor risiko bunuh diri yang lain akan diambil kira.

Dalam pada itu, serangan panik juga dikaitkan dengan peningkatan kemungkinan
daripada pelbagai gangguan mental komorbid, termasuk gangguan kebimbangan, gangguan
kemurungan, gangguan bipolar, gangguan impuls dan gangguan penggunaan bahan. Malah
serangan panik juga dikaitkan dengan peningkatan kemungkinan disebabkan mengalami
gangguan kecemasan, dan juga mungkin gangguan lain.

1.7 AGORAFOBIA

Agorafobia adalah kebimbangan dan ketakutan yang keterlaluan melebihi bahaya yang sebenar
dan berpanjangan selama sekurang-kurangnya 6 bulan. Bagi mengesahkan simptom agoraphobia
ini berlaku sekurang-kurangnya dua daripada lima situasi ini. Antaranya simptomnya adalah
dengan menggunakan pengangkutan awam seperti bas, kapal atau kapal terbanga. Seterusnya
simptom yang kedua adalah berada di kawasan yang lapang seperti pasar atau jambatan. Namun
berada dalam ruang tertutup seperti kedai, teater atau pawagam, berdiri dalam barisan atau
berada dalam khalayak ramai dan berada di rumah keseorangan juga adalah simptom
agrophobia.

Di samping itu, bagi situasi lain yang mungkin ditakuti apabila mengalami ketakutan dan
kebimbangan semasa berada dalam situasi tersebut. Malah seseorang individu juga memikirkan
bahwa mungkin berlaku sesuatu yang mengerikan. Individu yang mengalami agoraphobia juga
percaya bahwa melarikan diri daripada situasi tersebut mungkin sukar dan juga tiada bantuan
yang disediakan. Ketakutan atau kebimbangan berpunca daripada serangan simptom panik yang
dijangkakan dan juga muncul apabila seseorang individu berada dalam situasi yang ditakuti.
Oleh itu, seseorang individu yang berada dalam situasi agorafobia namun sekali-sekala menjadi
cemas contohnya menjadi cemas apabila berdiri dalam barisan. Walaupun terdapat satu simptom
daripada lima simptomnya namun tidak akan didiagnosis sebagai agorafobia.

Situasi agorafobia ini timbul apabila ketakutan, kebimbangan atau pengelakan yang tidak
seimbang dengan bahaya yang sebenar. Dalam konteks yang lebih teruk apabila seseorang yang
mengalami agorafobia ini menjadi terikat dengan rumah sepenuhnya, tidak dapat meninggalkan
rumah mereka dan bergantung kepada individu lain untuk mendapatkan perkhidmatan atau
bantuan untuk menyediakan keperluan asas.

Agorafobia juga boleh dikatakan sebagai kemerosotan dan ketidakupayaan yang besar
dari segi peranan, fungsi, produktiviti kerja dan juga hilang upaya pada diri. Malah lebih
daripada ⅓ individu yang menghidapi agorafobia pulang ke rumah dan tidak dapat kerja. Fobia
khusus bagi sesuatu situasi mungkin menyerupai agoraphobia dalam fasa pre-klinikal jika
berlaku pertindihan dalam situasi yang ditakuti seperti terbang di tempat tinggi, berada di tempat
tertutup, atau dalam lif. Jika individu tersebut hanya berasa takut terhadap satu daripada situasi
agoraphobia, maka fobia tertentu atau fobia pada sesuatu situasi dapat didiagnosis.

Jika individu takut terhadap dua atau lebih situasi agoraphobia, diagnosis agoraphobia
mungkin diperlukan. Sebagai contoh, individu yang takut dengan kapal terbang dan lif (yang
bertindih dengan situasi agoraphobic "pengangkutan awam") tetapi tidak takut terhadap situasi
agoraphobic yang lain akan didiagnosis dengan fobia tertentu. Manakala individu yang takut
kapal terbang, lif, dan orang ramai (yang bertindih dengan dua situasi agoraphobic,
"menggunakan pengangkutan awam" dan "berdiri dalam barisan dan atau berada dalam orang
ramai") akan di diagnosis dengan agoraphobia.

Kriteria B agorafobia atau situasi ditakuti atau dielakkan kerana pemikiran untuk
melarikan diri mungkin sukar atau bantuan mungkin tidak tersedia sekiranya mengalami gejala
seperti panik atau gejala lain yang menyusahkan atau memalukan juga digunakan dalam
membezakan agoraphobia daripada fobia khusus. Jika situasi tersebut dikhawatirkan atas sebab
lain, seperti takut dicederakan secara langsung oleh objek atau situasi seperti takut pesawat
terhempas atau takut digigit haiwan, diagnosis fobia yang khusus lebih sesuai.

Antara ciri-ciri klinikal mengenai agoraphobia adalah konsisten sepanjang jangka hayat.
Walaupun, jenis situasi agoraphobia yang akan mencetuskan ketakutan, kebimbangan atau
mengelakkan namun jenis kognisi berbeza-beza. Sebagai contoh, situasi kanak-kanak yang
berada di luar rumah sahaja yang paling kerap ditakuti, manakala situasi individu dewasa yang
lebih tua berada di kedai dan berada di kawasan yang lapang paling ditakuti. Kognisi sering
berkait dan hilang itu terjadi pada kanak-kanak. Namun untuk mengalami simptom seperti panik
berlaku pada orang dewasa dan jika panik sehingga jatuh kerap terjadi pada orang dewasa yang
lebih tua.

Majoriti individu yang mengalami agoraphobia ini mempunyai gangguan mental yang
paling banyak. Kebanyakkan diagnosis yang kerap berlaku adalah disebabkan gangguan
kebimbangan lain. Sebagai contoh, fobia khusus, gangguan panik, gangguan kebimbangan sosial
dan gangguan kemurungan adalah gangguan yang utama. Namun gangguan panik adalah yang
kerap mendahului serangan agoraphobia, gangguan kemurungan dan gangguan penggunaan
bahan biasanya berlaku sekunder kepada agoraphobia.

1.8 KECELARUAN KERESAHAN MENYELURUH (GENERALIZED ANXIETY


DISORDER)

Pendiagnosan bagi Kecelaruan Keresahan Menyeluruh mempunya enam Kriteria yang dimulai
dari Kriteria A yang menyatakan bahawa keresahan dan kebimbangan yang berlebihan (jangkaan
yang menakutkan), keresahan dan kebimbangan berlaku lebih atau sekurang-kurangnya dalam
masa enam bulan, keresahan dan kebimbangan terjadi di beberapa buah acara atau aktivti seperti
di tempat kerja atau persembahan di sekolah. Seterusnya, dinyatakan di Kriteria B bahawa
individu yang terlibat mengalami kesukaran untuk mengawal kebimbangan.

Kriteria C dinyatakan bahawa keresahan dan kebimbangan berkait dengan tiga atau lebih
daripada enam gejala berikut (dengan sekurang-kurangnya beberapa simptom telah wujud
dengan lebih kerap dalam masa enam bulan yang lalu); (1) kegelisahan terhadap perasaan
bimbang dan resah, (2) mudah letih, (3) kesukaran dalam menumpukan perhatian atau fikiran
menjadi kosong, (4) mudah marah, (5) ketegangan otot dan (6) gangguan tidur iaitu sukar untuk
tidur atau kekal tidur, gelisah, tidur yang tidak lena. Tambahan, bagi kanak-kanak hanya satu
gejala diperlukan daripada enam gejala yang dinyatakan. Bagi Kriteria D, keresahan,
kebimbangan, atau gejala fizikal menyebabkan kesusahan atau kemerosotan yang ketara secara
klinikal dari segi sosial, pekerjaan atau kefungsian penting yang lain. Kriteria E dinyatakan
bahawa gangguan yang berlaku tidak boleh dikaitkan dengan kesan fisiologi sesuatu bahan
seperti penyalahgunaan dadah, ubat-ubatan atau keadaan perubatan lain seperti hipertiroid.
Kriteria yang terakhir adalah Kriteria F iaitu gangguan yang dialami tidak dapat diterangkan
dengan lebih baik dengan kecelaruan mental yang lain seperti keresahan dan kebimbangan akan
mengalami serangan panik bagi kecelaruan panik dan lain-lain.

Tambahan lagi, bagi menyokong diagnosis terhadap kecelaruan ini, beberapa gangguan
dapat dikaitkan dengan ketegangan otot, menggeletar, berasa gementar, ketegangan dan sakit
otot. Kebanyakkan individu yang mengalami kecelaruan ini mengalami gejala somatik seperti
berpeluh, loya dan cirit-birit selain daripada gejala rangsangan autonomik (autonomic
hyperarousal) seperti peningkatan kadar degupan jantung, sesak nafas dan pening kepala kurang
menonjol didalam kecelaruan ini berbanding kecelaruan keresahan lain seperti kecelaruan panik.

1.8.1 KECELARUAN KERESAHAN CETUSAN BAHAN/UBATAN (SUBSTANCE/


MEDICATION-INDUCED ANXIETY DISORDER)

Menurut Kriteria A, dinyatakan bahawa serangan panik atau keresahan merupakan suatu yang
dominan dalam gambaran klinikal. Hal ini dinilai terjadi disebabkan oleh kesan bahan-bahan
seperti penyalahgunaan dadah, pengambilan ubat-ubatan, atau pendedahan tehadap toksin.
Kriteria B bagi pendiagnosan kecelaruan ini adalah terdapat bukti sejarah, pemeriksaan fizikal,
atau penemuan makmal mengenai; (1) Gejala-gejala yang terdapat di Kriteria A terjadi semasa
atau tidak lama selepas pengambilan atau pemberhentian bahan atau selepas terdedah kepada
ubat-ubatan, (2) Bahan atau ubat-ubatan yang terlibat mampu menghasilkan gejala-gejala di
Kriteria A.

Kriteria C bagi pendiagnosan kecelaruan ini adalah, gangguan yang dialami tidak dapat
dijelaskan dengan lebih baik melalui kecelaruan yang bukan disebabkan oleh bahan/ubat.
Antaranya ialah gejala berlaku sebelum pengambilan bahan/ubat, gejala berlaku secara
berterusan dalam suatu jangka masa yang tertentu (sebagai contoh dalam masa sebulan) selepas
pengambilan atau pemberhentian bahan, atau terdapat bukti lain yang menunjukkan kehadiran
kecelaruan keresahan bebas yang bukan disebabkan oleh pengambilan bahan/ubat. Bagi
pendiagnosan di Kriteria D, gangguan atau gejala tidak berlaku semasa delirium. Kriteria yang
terakhir adalah Kriteria E, iaitu gangguan dan gejala yang dialamai menyebabkan kesusahan atau
kemerosotan yang ketara secara klinikal dari segi sosial, pekerjaan atau kefungsian penting yang
lain.
Panik atau keresahan boleh berlaku apabila terdapat pengambilan bahan-bahan seperti
yang berikut: alkohol, kafein, kanabis, phencyclidine, halusinogen, inhalan, perangsang (kokain)
dan bahan-bahan lain yang tidak diketahui. Panik atau keresahan boleh berlaku apabila terdapat
pemberhentian pengambilan bahan-bahan seperti yang berikut: alkohol; opioid; sedatif, hipnotik,
dan anxiolytics; perangsang (termasuk kokain); dan bahan-bahan lain yang tidak diketahui.
Sesetengah ubat yang menimbulkan gejala kebimbangan termasuk anestetik dan analgesik,
simpatomimetik, antikolinergik, insulin, kontraseptif oral, antihistamin, ubat antiparkinson,
kortikosteroid, ubat antihipertensi dan kardiovaskular, antikonvulsan, litium karbonat, ubat
antipsikotik dan ubat antidepresan.

1.9 KECELARUAN KEBIMBANGAN DISEBABKAN KONDISI PERUBATAN LAIN


(ANXIETY DISORDER DUE TO ANOTHER MEDICAL CONDITION)

Beberapa kriteria bagi pendiagnosan kecelaruan ini bermula dari Kriteria A sehingga Kriteria E.
Bagi Kriteria A, dinyatakan bahawa serangan panik atau kebimbangan merupakan suatu yang
dominan dalam gambaran klinikal. Hal ini merupakan kesan fisiologi bagi keadaan kesihatan
yang lain. Kriteria B bagi pendiagnosan kecelaruan ini adalah terdapat bukti daripada sejarah,
pemeriksaan fizikal, atau dapatan makmal bahawa gangguan atau simptom yang dialami adalah
akibat patopsikologi daripada keadaan kesihatan lain.

Bagi Kriteria C, gangguan atau simptom yang dialami tidak dapat diterangkan dengan
lebih baik dengan kecelaruan mental yang lain. Pendiagnosan seterusnya bagi Kriteria D
menerangkan bahawa gangguan tidak berlaku semasa berlakunya delirium. Bagi Kriteria E,
simptom-simptom kebimbangan menyebabkan kesusahan atau kemerosotan yang ketara secara
klinikal dari segi sosial, pekerjaan atau kefungsian penting yang lain.

Tambahan lagi, terdapat beberapa aspek klinikal yang harus dipertimbankan dalam
pendiagnosan kecelaruan ini. Aspek yang pertama adalah, terdapat perkaitan yang jelas antara
permulaan, peningkatan, dan pengurangan keadaan kesihatan dan kebimbangan. Kedua, terdapat
ciri-ciri yang tidak sama bagi kecelaruan kebimbangan yang utama. Seterusnya, terdapat bukti
dalam penulisan mahawa mekanisme fisiologi (seperti: hipotiroidisme) yang diketahui
menyebabkan kebimbangan.
1.10 KECELARUAN KERESAHAN SPESIFIK LAIN (OTHER SPECIFIED ANXIETY
DISORDER)

Kategori ini digunakan apabila terdapat gejala-gejala kebimbangan yang menyebabkan


kesusahan atau kemerosotan yang ketara secara klinikal dari segi sosial, pekerjaan atau
kefungsian penting yang lain namun tidak memenuhi keseluruhan kriteria bagi mana-mana
kecelaruan didalam diagnostik kecelaruan kebimbangan. Kategori bagi kecelaruan
kebimbangabn spesifik lain(Other Specified Anxiety Disorder) digunakan dalam situasi dimana
para doktor memilih untuk menyampaikan sebab khusus berkaitan kriteria yang dibentangkan
pesakit tidak mencapai kriteria bagi sebarang kecelaruan kebimangan yang tertentu.

Beberapa contoh pembentangan kriteria yang dapat diklasifikasikan sebagai other


specified anxiety disorder adalah apabila terdapat serangan gejala yang terhad, keresahan umum
(generalized anxiety) tidak berlaku lebih daripada hari yang telah diklasifikasikan, kyâl attacks
atau dikenali sebagai sindrom serangan angin yang melibatkan orang kambodia di Amerika
Syarikat dan Kambodia membawa simptom seperti serangan panik iaitu pening, berdebar-debar,
sesak nafas, anggota badan sejuk serta beberapa simptom lain kebimbangan dan rangsangan
autonomi seperti tinnitus (desingan telinga) dan sakit leher. Contoh yang terakhir adalah ataque
de nervous iaitu melibatkan sindrom serangan saraf dikalangan keturunan Latino dimana
terdapat simptom seperti gangguan emosi yang teruk termasuklah kemarahan, kebimbangan
akut, kesedihan, menjerit tanpa kawalan, menggeletar dan agresif secara fizikal dan mental.

1.11 KECELARUAN KERESAHAN BUKAN SPESIFIK (UNSPECIFIED ANXIETY


DISORDER)

Kategori ini digunakan apabila terdapat gejala-gejala kebimbangan yang menyebabkan


kesusahan atau kemerosotan yang ketara secara klinikal dari segi sosial, pekerjaan atau
kefungsian penting yang lain namun tidak memenuhi keseluruhan kriteria bagi mana-mana
kecelaruan didalam diagnostik kecelaruan kebimbangan. Kategori ini juga digunakan apabila
para doktor memilih untuk tidak menyatakan sebab bahawa kriteria yang dialami tidak
memenuhi kecelaruan kebimbangan yang spesifik. Ianya juga digunakan apabila berada dalam
keadaan yang menyebabkan maklumat yang diterima tidak mencukupi untuk para doktor
membuat diagnosis yang lebih spesifik (sebagai contoh: di bilik kecemasan).
2.0 JENIS-JENIS RAWATAN YANG DIGUNAKAN BAGI MERAWAT
KECELARUAN-KECELARUAN TERSEBUT

2.1 RAWATAN FOBIA

Antara kaedah yang menarik bagi merawat penyakit fobia adalah dengan “exposure therapy”
dimana pesakit akan didedahkan terhadap fobia yang mereka takut, sebagai contoh, apabila
seseorang individu ini mempunyai takut terhadap tempat tinggi, maka pendedahan secara berkala
serta kerap di tempat tinggi dapat membantu individu tersebut mengatasi fobianya.
Menurut Choy (2007), An enormous body of literature has shown that the most effective
treatment for specific phobias is exposure therapy— a form of behavior therapy that involves
controlled exposure to the stimuli or situations that elicit phobic fear. Terdapat kajian
menyatakan bahawa terapi rawatan yang paling berkesan terutama bagi fobia adalah rawatan
terapi pendedahan. Ini kerana, satu habit telah terbentuk di dalam autonomi badan dimana
pesakit dapat mengawal diri apabila terdedah kepada fobia tersebut.
Turut disokong oleh Roy, Bryne & Cowley (2008) “Unlike specific phobias, social
phobia can sometimes be effectively treated with medications. Ini menunjukkan bahawa fobia
juga memerlukan rawatan yang mengunakan ubat-ubatan bagi membantu pesakit menghilangkan
simptom-simptom kecelaruan yang dialami.
Menurut beliau lagi, ubat-ubatan yang paling efektif bagi merawat kecelaruan ini adalah
dengan menggunakan Selective Serotonin Reuptake Inhibitors. Terdapat juga kajian meluas yang
menunjukkan kesan rawatan ubat-ubatan anti deperessan ini lebih berfungsi dari sesi rawatan
Cognitive-Behavior Therapy (CBT) yang sering ditawarkan kepada pesakit. Ini menunjukkan
bahawa ubat-ubatan membawa peranan yang penting dalam proses pemulihan.
Antara rawatan atau kaedah yang sering digunapakai dalam rawatan ini ialah, Selective
Serotonin Reuptake Inhibitor seperti (Paxil, GlaxoSmithKline), and Vilazodone (Viibryd,
Forest) atau lebih dikenali sebagai SSRIs. SSRIs membawa fungsi dengan membuka ruang di
dalam badan agar hormon serotonin dapat dirembeskan. Walaubagaimanapun, jika
disalahgunakan ia membawa kesan yang buruk seperti anxiolysis.
Manakala bagi rawatan seperti kaunseling atau terapi mingguan, tempoh rawatan turut
memainkan peranan yang amat penting. Menurut petikan dari Öst et al ( 2001) for certain
phobias such as small-animal phobias, flying phobia, claustrophobia, and blood-injury phobia,
exposure therapy is often highly effective when administered in a single long session. ia
menunjukkan pesakit yang mempunyai fobia sebegini memerlukan kaedah rawatan yang
memakan tempoh yang lama. Ini kerana menurut, Ollendick (2009) This can be an advantage
because some people are more likely to seek treatment if they have to go only once. This
treatment has also been shown to be highly effective in youth with specific phobias (Ollendick et
al., 2009) Kebanyakan individu yang menerima rawatan tidak selalu menghadirinya lebih dari
sekali, oleh itu kaedah sesi rawatan yang agak panjang dapat menentukan keputusan analisis
dengan lebih teliti dan mendalam.

2.2 RAWATAN KECELARUAN KERESAHAN

Kecelaruan keresaha yang disebabkan cetusan ubat-ubatan serta disebabkan kondisi perubatan
mempunyai pelbagai kaedah serta kaedah alternatif yang dapat digunapakai oleh pesakit
mahupun individu yang terjejas.
Serotonin- Norepinephrine Reuptake Inhibitors merupakan salah satu rawatan bagi
penyakit kecelaruan kebimbangan. Nama timangan bagi rawatan ini adalah SNRIs. Kebiasaanya
pesakit akan menerima rawatan SNRIs terlebih dahulu dan jika tidak bersesuaian dengan kondisi
badan, pesakit akan diberikan rawatan alternatif iaitu Selective Serotonin Reuptake Inhibitor
SSRIs. Ubat ubatan seperti benzodiazepines juga sering kali digunakan bagi merawat kecelaruan
kebimbangan dengan kadar dos yang dipantau oleh perawat. Ubat-ubatan ini haruslah dipantau
kerana ia mempunyai kesan negatif jika salah pakai oleh pesakit. Antara kesan buruk mengambil
perubatan yang dipantau rapi ini, jika pesakit mengambil alkohol bersama benzodiazepines,
pesakit akan mengalami overdose atau kehilangan ingatan sementara dan pelbagai lagi, oleh itu
jika pesakit tidak mengambil benzodiazepines, pesakit akan diberikan antiseizure drugs yang
digunakan bagi menstabilkan mood.
Tricyclic Antidepressants atau dikenali sebagai (TCA) membawa fungsi sebagai
norepinephrine bagi meningkatkan hormon serotonin. Ubatan TCA ini jarang digunakan kerana
ia mempunyai potensi overdose dan lebih merbahaya dari ubat-ubatan yang lain. Terdapat
pelbagai jenis ubat-ubatan yang boleh didapati dari hospital dengan pantauan doktor seperti,
Hydroxyzine, Mirtazapine dan Nefazodone.
2.3 RAWATAN KECELARUAN PANIK

Selain ubat-ubatan, kaedah psikoterapi serta kaunselling juga dapat membantu pesakit dalam
merawati penyakit kecelaruan kebimbangan dan depression, berikut merupakan rawatan terapi
seperti, Cognitive-Behavioral Therapy and Medications atau (CBT). Kebiasaannya, rawatan
ubat- ubatan akan digabungkan dengan terapi CBT bagi mencapai keputusan pada tahap yang
maksimum.
Menurut MFMER(1998) Terapi seperti Cognitive-Behavior Therapy Alone juga
dipertimbangkan apabila kondisi pesakit lebih bersesuaian tanpa rawatan bersama ubat- ubatan.
Sesetengah individu tidak memerlukan ubat-ubatan dalam sesi rawatan, doktor atau perawat
yang bertanggungjawab harus memantau perkembangan kondisi pesakit sebelum menentukan
kaedah rawatan yang bersesuaian.
Langkah Pertama bagi rawatan ini adalah dengan membuat Senarai. Seterusnya mencatat
pemikiran tidak produktif yang dipikir oleh pesakit. Ketiga mencipta pemikiran penggantian. .
Langkah keempat adalah membaca senarai yang dilakukan dengan kerap dan yang terakhir
perhati dan ganti.
Menurut kajian dari DSM-5 yang sering digunapakai dalam alam psikologi ”their effects
on worry and other psychological symptoms are not as great. Moreover, they can create
physiological and psychological dependence and withdrawal and are therefore difficult to taper.
Ini menunjukkan bahawa pengambilan ubat-ubatan juga dapat membentuk satu sifat bergantung
terdapat ubat-ubatan yang diambil kerana dos atau efek mereka telah mewujudkan habit dimana
mereka tidak boleh meninggalkan hari tanpa mengambilnya.
Menurut (Roy-Byrne & Cowley, 2007) “A newer medication called buspirone (from a
different medication category) is also effective, and it is neither sedating nor does it lead to
physiological dependence. It also has greater effects on psychic anxiety than benzodiazepines.
However, it may take 2 to 4 weeks to show results”.
Kebanyakan pesakit yang mengalami kecelaruan panik mendapat ubat-ubatan seperti
benzodiazepine (Anxiolytic) seperti xanax atau klonopin dimana fungsinya adalah bagi
menghilangkan tension, mengurangkan simptom-simptom psikologi dan badan menjadi relaks.
Tetapi apabila individu mula mengambil ubat ini, mereka bakal mengalami “withdrawal” dimana
jika pesakit tidak mengambil atau terlupa untuk mengambilnya, badan pesakit akan menjadi
mual dan pening, serta simptom-simptom psikotik mula muncul. Oleh itu pengambilan
ubat-ubatan ini harus dikawal rapi dan hanya boleh didapati apabila berjumpa dengan pakar atau
doktor yang memantau dos ubat tersebut bersesuaian bersama autonomi badan pesakit tersebut.
Setiap perubahan atau kehabisan ubat, individu tersebut haruslah peka dan sentiasa memastikan
stok ubat sentiasa cukup bagi mengelakkan simptom psikotik muncul apabila pesakit tidak
mengambil ubat.

3.0 KAJIAN KES YANG BERKAITAN

3.1 KAJIAN KES 1 (KECELARUAN KEBIMBANGAN SOSIAL)

Pesakit yang bernama Mike mengadu bahawa beliau sering kali berasa murung dan mengalami
stress yang berpanjangan di sekolah, Dia banyak meluangkan masa di dalam bilik bermain
permainan video dan mempunyai masalah untuk menentukan kebahagiaan diri sendiri. Stress
yang dirasakan oleh Mike bertambah teruk apabila dia melanjutkan pelajaran di universiti.
Semasa melanjutkan pelajaran, Mike sering kali tidak menghadiri kelas dan tidak berkomunikasi
dengan tenaga pengajar. Mike juga gementar apabila bertemu orang baru sehingga berpeluh dan
menggigil, beliau juga sering mengulang perkataan atau ayat yang sama ketika berkomunikasi
dan berasa segan untuk bertanyakan soalan kepada individu lain.

Selain tidak menghadiri kelas, Mike juga lebih banyak berkurung di dalam bilik kolej dan
tidak keluar mencari makanan atau bersiar-siar. Sifat Mike yang sering memikirkan apa yang
dikatakan oleh orang lain terhadap dirinya menyebabkan Mike sering menolak orang luar
tambahan pula, Mike merupakan seorang yang pemalu dan mempunyai rakan yang sikit iaitu
rakan yang sama dari kecil.

Hasil analisis menunjukkan Mike mempunyai kecelaruan gangguan sosial. Antara kriteria
yang dinyatakan di dalam DSM-5 bagi kecelaruan keresahan sosial adalah Individu merasa takut
dan gementar terhadap satu situasi sosial dimana individu terdedah kepada keadaan luar. Sebagai
contoh, menglibatkan perbualan bersama orang lain, berjumpa orang baharu, diperhatikan dan
membuat persembahan di depan orang lain. Kedua, individu merasa takut dinilai oleh orang luar
serta berasa dihina atau dimalukan. Seterusnya keadaan sosial dipengaruhi oleh ketakutan dan
kebimbangan. Selain itu keadaan sosial sering kali dielak oleh individu yang mempunyai
masalah kebimbangan dan ketakutan mahupun anxiety sebenarnya jauh dari ancaman dan
perasaan semata-mata. Simptom-simptom ketakutan dan kebimbangan ini berlanjutan sehingga 6
bulan dan lebih dan turut merasa takut dan bimbang disebabkan stress di persekitaran sosial atau
pekerjaan. Yang terakhir, ketakutan dan kebimbangan bukanlah disebabkan cetusan ubat-ubatan

Menurut hasil laporan mengenai Mike, hasil analisis menunjukkan Mike mempunyai lebih dari
tiga (2) kriteria DSM-5 bagi kecelaruan kebimbangan sosial kerana ia menepati lebih dari
kerana ciri-ciri penting bagi gangguan kembimbangan adalah sifat ketakutan di dalam situasi
sosial dimana individu tersebut risau diteliti oleh individu lain

Walaupun Mike telah mengalami masalah ini buat jangka masa yang lama, dia tidak pernah
mengambil ubat-ubatan dari doktor atau mendapatkan rawatan oleh itu, kemungkinan besar
penyakit kebimbangan sosial yang dialaminya tidak disebabkan cetusan ubat-ubatan. Oleh itu
Mike mungkin mengalami Kecelaruan Gangguan Sosial kerana telah menepati hampir kesemua
kriteria DSM-5 .Berikut merupakan kriteria bagi Kecelaruan Gangguan Sosial, apabila Mike
terdedah kepada situasi sosial, dia akan berasa takut dihina dan dinilai secara negatif, malah dia
dia akan merasa cemas, lemah, gila dan membosankan. Individu yang berasa takut akan
menunjukkan gejala tertentu, sebagai contoh Mike berpeluh dan menggigil, beliau juga sering
mengulang perkataan atau ayat yang sama ketika berkomunikasi dan berasa segan untuk
bertanyakan soalan kepada individu lain. Sesetengah individu berasa takut untuk
menyinggungkan perasan orang lain atau ditolak, Mike yang sering mengulang perkataan sama
berasa segan untuk berkomunikasi dan memilih untuk menyendiri. Individu yang cemas
sekali-sekala tidak akan didiagnos mempunyai penyakit kebimbangan, manakala bagi Mike yang
telah mengalami masalah sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti, dia telah menunjukkan
simptom-simptom dan menepati kriteria D. Mengelak dari situasi sosial merupakan perkara yang
sering dilakukan oleh Mike semenjak dari dulu dan semakin teruk apabila dia berada di kolej
kerana Mike tidak menghadiri kelas dan berkurung di dalam bilik. Ketakutan dan kebimbangan
yang jauh dari ancaman, Mike sering berasa takut untuk berkomunikasi dengan orang luar
walaupun gurunya sendiri. Ini menepati kriteria E kerana Mike tidak perlu berasa takut diancam
orang yang tidak berbahaya. Tempoh gangguan yang dialami haruslah melebihi 6 bulan tetapi
bagi kes Mike, situasi ini telah berpanjangan lebih dari tempoh tersebut oleh itu, Mike menepati
kriteria F.
Melihat sifat Mike yang selalu menyendiri dan mengelak dari berjumpa orang mahupun
berkomunikasi, malah sifat ini telah berpanjangan dari dulu, Mike mungkin mempunyai
kecelaruan personaliti mengelak dimana penyakit ini berkait bersama gangguan kecelaruan sosial

Penyakit personaliti ini dapat dilihat apabila Mike menepati kriteria DSM-5 bagi Kecelaruan
personaliti Mengelak (Avoidant Personality Disorder)kerana Mike sering mengelakkan aktiviti
dan bimbang atas penolakan. Malah mike juga tidak suka terlibat dengan orang lain. Ini kerana
Mike risau dinilai dan dipermalukan. Kriteria terakhir bagi penyakit ini adalah berasa keberatan
bagi mengambil risiko untuk terlibat dalam sebarang aktiviti kerana ia mungkin memalukan,
situasi Mike yang sering berkurung dan tidak menghadiri kelas telah menepati kriteria terakhir
bagi gejala-gejala penyakit personaliti ini.

Menurut Lee, Farrel , Mckibbin and Deacon (2016), terdapat tiga penjelasan etilogi yang berbeza
terhadap individu yang mempunyai gejala klinikal seperti kecelaruan kebimbangan sosial,
berdasarkan kajian lepas yang dilakukan, peserta secara rawak ditugaskan melihat persembahan
audiovisual yang menerangkan simptom mereka sebagai faktor biologi atau tingkah laku kognitif
ataupun kedua-duanya. Antara sifat yang sering dilakukan pesakit adalah menyalahkan diri dan
merasa diri tidak berdaya dalam keadaan tingkah laku kognitif. Penemuan menunjukkan bahawa
penjelasan etiologi tingkah laku boleh meningkatkan stigma diri dan gabungan biologi serta
tingkah laku kognitif mempunyai kesan negatif terutama dalam kalangan individu yang
mempunyai simptom Kecelaruan kebimbangan sosial. Walau Bagaimanapun implikasi klinikal
penemuan ini bakal dibincangkan lagi.

Penilaian bagi gangguan kebimbangan sosial ini harus diambil kira dari segi faktor
perkembangan juga. Peningkatan ketakutan terhadap penilaian sosial adalah normal tetapi bagi
setengah individu ketakutan ini menjadi melampau dan tidak hilang dari masa ke masa. Antara
faktor yang menyebabkan gangguan ini adalah tahap perkembangan kognitif individu dapat
mempengaruhi tahap dimana mereka dapat menyatakan kebimbangan dan ketakutan terhadap
penghinaan, yang lebih sukar pada tahap kanak-kanak (Gerow dan Kendall 2000)

Seterusnya definisi gangguan ini berbeza mengikut faktor umur, kanak-kanak yang lebih muda
mempunyai lebih banyak tangisan dan ilusi episodik manakala bagi lingkungan umur Mike,
mereka menghadapi masalah luaran seperti tingkah laku anti-sosial yang tersembunyi (Davidson
t al.1994). Yang terakhir, sempadan antara ketakutan normal dan patologi tidak jelas dan sering
berlaku pada masa remaja dimana penerimaan rakan sebaya dan imej badan adalah perkara
normal (Petersen dan Leffert 1995)

Apa yang dapat dianalisiskan, walaupun Mike berkemungkinan mengalami kecelaruan


kebimbangan dan stress apabila dia berpindah dari zon selasanya iaitu di dalam rumah, tambahan
pula apabila Mike bertemu dengan orang baru, dia akan berasa gementar dan berfikir mereka
akan berpikiran buruk terhadap Mike. Masalah berkomunikasi dan cepat gementar juga dapat
dilihat apabila Mike berpeluh dan menggeletar apabila harus bersemuka dengan orang baru.
Simptom-simptom kesihatan mental yang terdapat dalam diri Mike adalah Kecelaruan personaliti
mengelak dan Kecelaruan Gangguan Sosial . Kecelaruan kebimbangan ini telah menjejaskan
kehidupan Mike dan harus segera dirawat.

Terdapat pelbagai rawatan yang dapat digunakan bagi merawat gangguan kebimbangan sosial
yang dihadapi oleh Mike seperti Selective Serotonin Reuptake Inhibitor kerana ubat ini adalah
pilihan pertama bagi merawat penyakit ini. Terdapat lebih dari lima ubat seperti Paroxetine,
Sertraline, dan Fluvoxamine dimana ia telah diluluskan oleh FDA bagi rawatan kecelaruan
kebimbangan sosial . Rawatan SSRI haruslah menggunakan dos median sebanyak 20mg/sehari
dan memerlukan percubaan ubat yang mencukupi sehingga 8-12 minggu bagi menilai
keberkesanan rawatan (Stein 2002) Antara kelebihan rawatan ubat SSRI, ia lebih selamat
digunakan kerana ia mengelakkan pesakit dari mengalami pengambilan dos berlebihan jika
diambil serentak bersama alkohol. Malah kesan spektrum keberkesanan juga menunjukkan
prospek yang luas dan efektif. Walaubagaimanapun, loya dan ketidakupayaan seksual juga
tergolong dalam kesan pengambilan ubat-ubatan ini.

Seterusnya rawatan Cognitive Behavior Therapy (CBT) juga sering digunakan dalam
rawatan merawat penyakit Kecelaruan Gangguan Sosial. Dua komponen utama bagi rawatan ini
adalah, pendedahan yang melibatkan strategi untuk menghadapi situasi yang ditakuti dan untuk
menguji akibat yang ditakuti dengan menjalankan eksperimen tingkah laku dan penstrukturan
semula kognitif dengan matlamat agar dapat membangunkan pemikiran mengatasi yang
membantu. Tempoh rawatan ini memakan amsa lebih dari 3-6 bulan dalam sesi individu ataupun
kumpulan. Dalam komponen ini, individu diajar bagi mengenal pasti pemikiran negatif yang
berkaitan dengan situasi yang menimbulkan kebimbangan. Kedua, menilai ketepatan
kepercayaan mereka dan terakhir, menghasilkan pemikiran alternatif berdasarkan maklumat.

3.2 KAJIAN KES 2 (KECELARUAN KERESAHAN)

Seorang pesakit wanita yang berumur 50 tahun yang sudah berkahwin dan mempunyai sepasang
anak iaitu anak sulungnya lelaki yang berumur 17 tahun manakala anak keduanya perempuan
berumur 16 tahun. Disebabkan pesakit selalu berasa sangat letih dan sangat merisaui masa
depannya dan berjumpa dengan psikoterapi. Selepas pesakit ini mengetahui bahwa suaminya
curang dengan pekerjanya dan banyak menghabiskan masa dengan kekasih suaminya, pesakit ini
mempunyai masalah susah untuk tidur. Beliau merasakan dirinya di dalam sangka yang
melemaskan. Beliau juga tidak pernah percaya pada dirinya dan kerap berasa penat.

Sehinggakan dua tahun yang lalu pesakit bekerja dalam syarikat suaminya, akan tetapi
suaminya tidak percaya bahwa isterinya boleh melakukan apa-apa kerja. Suaminya, mengatakan
bahwa isterinya tidak boleh diharapkan, tiada fungsi, seorang yang pemalu dan tidak boleh untuk
mengendali apa-apa kerja. Suaminya mengatakan lebih baik isterinya tinggal di rumah dan
menjaga anak-anak.

Berbalik semula pada sejarah kehidupan pesakit, beliau sering merasakan dirinya berada
dalam sangkar emas walaupun mempunyai rumah yang cantik, taman yang besar dan kawasan
perumahan yang mewah akan tetapi tidak boleh melakukan sesuatu. Sekali gus, pesakit
merasakan dirinya tiada nilai kerana umurnya yang semakin tua 50 tahun dan pesakit sangat
takut jika beliau tidak berkesempatan untuk melakukan perubahan dalam hidupnya. Di rumah
pesakit hanya tinggal bersama pembantu rumah dan pemandunya yang menyebabkan pesakit
merasakan tidak selesa dan berasa keseorangan. Pesakit ini selalu terganggu dengan usianya dan
melihat dirinya sebagai orang tua yang tidak boleh melakukan apa-apa dan tidak mempunyai
peluang untuk melakukan perubahan pada dirinya. Hal ini menyebabkan beliau sering hilang
fokus dan memikirkan dirinya tiada nilai kerana ibunya pernah mengatakan bahwa dia seorang
yang tidak akan boleh berjaya.

Pada awal perkahwinan, suami pesakit adalah seorang yang kuat, bersungguh-sungguh,
berkebolehan dan berkemahiran. Namun kini, suaminya adalah seorang yang dingin,
menjauhkan diri, selalu mabuk, jarang balik ke rumah dan sangat berbeza. Pesakit takut untuk
berdepan dengan suaminya dan menganggap bahwa suaminya seorang yang agresif. Pesakit juga
selalu memikirkan bahwa suaminya akan memukul dirinya seperti mana bekas isteri suaminya
pernah lalui. Perubahan tingkah laku pada suaminya yang sering tidak pulang rumah, mengelak
hubungan seksual dan menyebabkan reaksi pesakit yang panik dan berjaga-jaga. Pesakit juga
risau jika beliau bercerai, anaknya akan memilih untuk tinggal dengan ayahnya kerana
anak-anaknya lebih rapat dan memilih untuk tinggal dengan ayahnya. Pesakit tidak mampu
untuk menghadapinya.

Daripada perspektif pendiagnosan dan penilaian pesakit mengikut ujian psikologi.


Inventori yang pertama diuji adalah Kemurungan Beck-Edisi yang kedua dengan skornya 25
yang memberi maksud kemurungan yang ringan. Dalam pada itu, inventori yang diuji adalah
Skala Penilaian Kebimbangan Hamilton dengan skornya 42 yang telah membuktikan
kebimbangan yang utama dan pesakit juga mempunyai simptom mengenai emosi yang
merisaukan masa depannya, gelisah, perasaan yang tidak selamat, bimbang pada ketakutan,
keletihan, tidak boleh melakukan apa-apa dan juga insomnia.

Pada waktu yang sama, psikoterapi menggunakan temu bual klinikal berstruktur untuk
gangguan Axis II dalam DSM-IV-TR, SCID juga dilakukan dan mendapati kewujudan untuk
mengelak dan elemen personaliti bergantung atau tidak sama dengan gangguan personaliti.
Bahkan daripada instrument The Profile of Emotional Distress mengenai laporan diri 26 item
yang menilai dimensi subjektif fungsi dan emosi negatif yang tidak berfungsi. Pesakit telah
mencapai tahap tekanan global 58 iaitu tahap yang agak tinggi dan tahap emosi negatif yang
tinggi iaitu skornya 39, iaitu cemas, panik dan putus asa.

Hal ini bersangkut-paut dengan keadaan pesakit ketika berjumpa dengan psikoterapi
dalam keadaan cemas dan kebimbangan yang melampau mengenai masa depannya, sama ada
profesional mahupun peribadi. Pesakit ini menghadapi situasi ini selama lebih daripada 1 tahun
dan ia juga telah memenuhi kriteria pendiagnosis untuk kebimbangan umum dalam DSM-IV-TR.
Dalam pada itu, menurut intervensi psikologi daripada terapi kognitif tingkah laku bagi
gangguan kebimbangan dewasa adalah sangat berkesan untuk diterima secara meluas oleh
kebanyakan penyelidik. Psikoterapi telah menerangkan bahwa kebimbang ini terjadi kerana
persekitaran dan pemikiran pesakit yang sentiasa negatif.

Keutamaan psikoterapi untuk membantu pesakit dengan menyedari situasi apa yang
menyebabkan pesakit menjadi kebimbangan dan sentiasa berfikiran negatif. Selain itu,
psikoterapi menerangkan bahwa kebimbangan akan menyebabkan situasi psiko-traumatik yang
berkaitan dengan diri pesakit seperti kemampuan, keadaan pesakit yang tua. Kebimbangan ini
juga yang menyebabkan pesakit tidak gembira dan merasa diri tidak boleh melakukan apa-apa.

Justeru itu, kaedah rawatan untuk kecelaruan kebimbangan adalah dengan menghentikan
pemikiran yang negatif. Pada sesi yang kedua semasa menjalankan rawatan, psikoterapi meminta
pesakit untuk mengingati apakah yang menyebabkan pesakit menjadi kebimbangan. Pesakit
mengatakan bahwa perasaan kecelaruan kebimbangan wujud apabila suaminya bersikap dingin
dengannya dan menyebabkan beliau berfikiran negatif yang melampau. Mengikut ABC
Cognitive Model, psikoterapi memberikan borang untuk kerja rumah kepada pesakit dan menulis
semasa pesakit berfikiran negatif sepanjang kehidupan hariannya. Manakala objektif bagi sesi
yang kedua adalah dengan mencari alternatif untuk tidak berfikiran negatif dan
menghentikannya.

Selepas sesi yang kedua, pesakit telah menyedari bahwa dirinya semakin kuat sehingga
berani berjumpa peguam mengenai perkahwinannya yang sebelum ini beliau menganggap apa
yang dilakukan oleh suaminya betul. Seterusnya bagi sesi yang ketiga, psikoterapi membantu
pesakit untuk menggantikan fikiran yang negatif kepada pemikiran yang lebih positif.
Disebabkan itu, pesakit telah menyadari bahwa prinsip hidupnya yang menganggap dirinya tidak
mampu, takut kepada suaminya menyebabkan kecelaruan kebimbangan dan pesakit juga sedar
beliau mampu untuk melakukan sesuatu dan banyak peluang dalam kehidupannya untuk berubah
seperti bekerja atau sambung belajar. Hal ini membuktikan kepada pesakit, jika beliau tidak takut
kepada suaminya, tidak berfikiran negatif, pelbagai perkara yang mampu beliau lakukan dan
kemungkinan juga suaminya boleh menerimanya sebagai seorang isteri. Daripada sesi ketiga
pesakit lebih kenal, memahami bahwa beliau perlu percaya, menghargai diri dan jadi diri sendiri.

Selepas sesi ketiga, pesakit mampu membantah tindakan suaminya dengan meminta
perpisahan setelah mengetahui suaminya membelikan rumah untuk kekasihnya. Namun,
suaminya telah berubah secara drastik dengan menafikan segalanya. Oleh itu pada sesi yang
keempat, psikoterapi meminta pesakit untuk menyenaraikan kebaikan dan keburukan bagi setiap
keputusan yang dilakukan dan juga memikirkan tahap stress yang akan dihadapinya. Sesi yang
keempat adalah untuk membina keyakinan diri pesakit. Hal ini menyebabkan pesakit ingin
menyambung pelajaran dalam bidang psikologi kerana disebabkan psikologi beliau dapat
memulihkan dirinya dan kecelaruan kebimbangan yang semakin hilang tanpa perlu berfikiran
negatif. Tambahan pula, sebelum setiap sesi rawatan tamat, psikoterapi akan melakukan Schultz’s
relaxation exercises.

Kesimpulannya, setiap sesi rawatan yang pesakit lalui ini dapat mengubah hidupnya
dengan membuat keputusan untuk meninggalkan suaminya yang menyebab kecelaruan
kebimbangan, stress dan selalu berfikiran negatif manakala anak-anaknya juga lebih memahami
jika ibu dan ayahnya terus bersama telah menyebabkan persekitaran negatif. Disebabkan itu,
anak-anaknya memilih untuk ibu dan ayahnya berpisah kerana tiada lagi persekitaran yang
negatif. Bahkan mereka juga lebih memilih untuk tinggal bersama dengan ibunya kerana
keadaan ibunya yang semakin pulih, yakin pada diri, sentiasa positif dan juga berkemampuan
untuk melakukan sesuatu perkara.

3.3 KAJIAN KES 3 (KECELARUAN PANIK)

Dave ialah seorang lelaki berusia 41 tahun yang dirujuk oleh doktor utamanya selepas dihantar
ke Bilik Kecemasan ER dengan kesukaran bernafas. Doktor kepada Dave tidak dapat mencari
penjelasan perubatan untuk simptomnya, yang menyebabkan Dave berasa keliru, tertekan dan
marah. Sepanjang enam bulan yang lalu, Dave telah mengalami beberapa kejadian di mana dia
berasa ketakutan yang mendalam sehingga mencapai pada tahap kemuncak dalam beberapa
minit. Semasa keadaan ini, dia juga akan mengalami berpeluh, jantung berdebar-debar, sakit
dada dan ketidakselesaan, dan sesak nafas. Ada kalanya, Dave bimbang ia mungkin mati.
Akibatnya, Dave mempunyai kebimbangan berterusan tentang serangan lain yang mungkin akan
berlaku.

Di samping itu, dia telah mula mengelak dari tempat yang tidak dikenali dan orang yang
mungkin sukar untuk mendapatkan bantuan sekiranya berlaku serangan panik yang lain.
Pengalaman panik dan keadaan gangguan yang berkaitan memberi kesan terhadap kehidupan
Dave kerana dia telah banyak menolak jemputan sosial, membuat pelbagai alasan diberikan agar
dapat tinggal dirumah semampu boleh, dan bergantung kepada isterinya untuk memandu
anak-anak mereka ke sesuatu destinasi. Walaupun pada mulanya isteri Dave memahami
keadaanya, namun isterinya telah menjadi kecewa terhadap diri Dave yang mempunyai
ketakutan yang tidak rasional terhadap serangan panik.

Daripada penerangan Dave, didapati beliau memenuhi kesemua kriteria bagi 300.01
Kecelaruan Panik mengikut panduan daripada DSM-5. Bagi Kriteria A, beliau mempunyai gejala
seperti ketakutan yang sangat teruk dan mencapai kemuncaknya dalam beberapa minit dimana
beliau berasa berpeluh, jantung berdebar-debar, sakit dada dan ketidakselesaan serta sesak nafas.
Dalam masa yang sama, beliau berasa takut akan kematian ke atas dirinya.

Tambahan lagi, Dave sering bimbang akan serangan panik yang akan berlaku pada
bila-bila masa dan juga telah mengalami beberapa gejala-gejala yang dinyatakan selama enam
bulan yang lepas. Selain itu, tingkah laku Dave juga telah berubah dimana beliau telah mula
mengelak dari tempat dan orang yang tidak dikenali yang mungkin sukar baginya untuk
mendapatkan bantuan sekiranya berlaku serangan panik. Hal ini menunjukkan bahawa Dave
telah memenuhi Kriteria B bagi pendiagnosan Kecelaruan Panik.

Bagi pendiagnosan melalui Kriteria C, didapati bahawa Dave tidak mempunyai kesan
fisiologi yang disebabkan oleh bahan atau ubatan serta keadaan kesihatan yang dapat
menyebabkannya mengalami gejala seperti panik dan keresahan. Selain itu, dapat dilihat bahawa
Dave juga mengalami Agorafobia, dimana beliau berasa takut dan bimbang untuk pergi ke suatu
tempat yang tidak biasa baginya. Selain itu, terdapat gejala lain seperti beliau takut dan risau
sekiranya tiada siapa dapat membantu beliau sekiranya serangan panik berlaku. Dalam pada itu,
Dave juga tidak mahu untuk meninggalkan rumahnya dan sentiasa bergantung kepada isterinya
dalam pelbagai perkara. Hal ini merupakan bukti yang ketiga bahawa Dave menghidapi
Agorafobia. Selain itu, dapat dilihat bahawa Dave kurang mendapat sokongan sosial daripada
ahli keluarga apabila isterinya sudah merasa kecewa akan dirinya yang sering mempunyai
pemikiran yang tidak rasional terhadap serangan panik. Perkara ini dapat memburukkan lagi
keadaan Dave kerana beliau tidak mendapat sokongan yang sepatutnya.
Setelah mengetahui Kecelaruan yang berlaku keatas diri Dave, etiologi atau sebab asas
berlakunya gejala-gejala tersebut perlu dikaji dan diteliti. Oleh itu, beberapa faktor mungkin
dapat dikaitkan dengan sebab berlakunya kecelaruan panik terhadap Dave. Dari segi biologi,
menurut satu teori awal yang terkemuka tentang neurobiologi, serangan panik adalah melibatkan
locus coeruleus didalam stem otak dan neurotransmitter tertentu iaitu norepinephrine yang telibat
dalam aktiviti otak (Godard et al., 1996). Walau bagaimanapun, diakui bahawa peningkatan
aktiviti dalam amigdala yang memainkan peranan yang lebih penting dalam serangan panik
daripada aktiviti di locus coeruleus. Amygdala adalah himpunan nukleus di hadapan daripada
hippocampus dalam sistem limbik otak yang terlibat secara kritikal dalam emosi ketakutan.
Rangsangan daripada nukleus pusat amygdala dapat merangsang locus coeruleus serta tindak
balas autonomi, neuroendokrin dan tingkah laku lain yang berlaku semasa serangan panik
(Gorman et al., 2000; LeDoux, 2000). Selain itu, faktor keturunan atau genetik mungkin
memainkan peranan penting dalam menyebabkan berlakunya kecelaruan panik terhadap Dave.
Menurut daripada kajian keluarga dan kembar, kecelaruan panik mempunyai bahagian yang
sederhana dalam keturunan ataupun genetik (Maron et al., 2010; Norrholm & Ressler, 2009).

Dari sudut psikologi, sebuah teori pembelajaran komprehensif tentang kecelaruan panik
yang dibangunkan dalam beberapa dekad yang lalu mencadangkan bahawa serangan panik pada
peringkat awal berkait dengan isyarat dalaman neutral (interoceptive) dan luaran (exteroceptive)
melalui pelaziman interoceptive (atau proses pelaziman eksteroseptif), yang membawa keresahan
menjadi terkondisi kepada rangsangan terkondisi (conditioned stimulus) ini, dimana semakin
teruk serangan panik yang berlaku, maka semakin kuat pelaziman yang akan terjadi. Pelaziman
keresahan terhadap isyarat luaran dan dalaman yang berkait rapat dengan panik menghasilkan
dua daripada tiga komponen kecelaruan panik: keresahan menjangka (anticipatory anxiety) dan
kadangkala agorafobik. Melalui teori ini, dapat diteliti bahawa Dave mengalami agorafobia yang
mungkin disebabkan oleh pelaziman keresahan dimana beliau mula berasa takut untuk pergi ke
tempat yang tidak biasa dikunjunginya. Hal ini kerana, beliau takut akan serangan panik yang
akan berlaku dan bimbang tiada orang yang dapat membantunya. Tambahan lagi, beliau secara
keseluruhannya bergantung kepada isterinya dalam melakukan pelbagai perkara termasuk
memandu kereta untuk menghantar anak-anak mereka ke sesuatu destinasi.
Seterusnya, rawatan bagi kecelaruan panik yang dihadapi oleh Dave meliputi tingkahlaku
serta pendekatan kognitif-tingkahlaku (cognitive behavioural approaches). Selain itu, pelbagai
kategori atau jenis ubat-ubatan juga digunakan dalam rawatan kecelaruan panik. Dari awal
1970-an, rawatan tingkahlaku untuk agoraphobia bermula dengan memberi pendedahan yang
berpanjangan terhadap situasi yang ditakuti dengan bantuan ahli terapi atau ahli keluarga. Hal ini
adalah pada dasarnya untuk mengajar individu yang terlibat untuk menghadapi situasi ditakuti
dan belajar bahawa tiada apa yang perlu ditakuti. Justeru, terapi yang diperlukan Dave adalah
teknik penstrukturan semula kognitif. Teknik ini membantu dalam mengenalpasti pemikiran
negatif yang boleh membawa kepada serangan panik. Salah satu jenis rawatan
kognitif-tingkahlaku integoratif untuk kecelaruan panik adalah Rawatan Kawalan Panik (Panic
Control Treatment [PCT]). Rawatan ini dapat membantu dalam mengatasi masalah agoraphobia
dan serangan panik. Rawatan ini dibahagikan kepada beberapa fasa. Bagi fasa pertama, pesakit
diajar tentang keresahan dan panik serta bagaimana keupayaan untuk mengalami kedua-duanya
secara adaptif. Bagi fasa kedua, pesakit diajar cara mengawal pernafasan. Ketiga, pesakit diajar
berkaitan pemikiran yang salah (logical errors) serta menundukkannya dengan membuat semula
analisis logik. Akhir sekali, pesakit perlu didedahkan kepada situasi yang digeruni dan digeruni
sensasi badan (feared bodily sensations) bagi membina toleransi terhadap ketidakselesaan yang
dihadapi.

Dari segi perubatan, kebanyakkan pesakit yang megalami gangguan panik diberikan
anxiolytics (ubat anti keresahan) daripada kategori benzodiazepine seperti alprazolam (Xanax)
atau clonazepam (Klonopin). Kelebihan ubat ini adalah ianya bertindak dengan sangat cepat iaitu
anta 30 hingga 60 minit. Hal ini amat berguna dalam sesuatu situasi panik atau keresahan yang
teruk. Namun begitu, ubat-ubatan anxiolytics mempunyai kesan sampingan seperti mengantuk
atau ubat penenang yang membuatkan prestasi kognititf dan motor terjejas. Selain itu,
penggunaan ubat ini secara berpanjangan dapat memberi kesan dalam mengakibatkan
kebergantungan badan atau fisiologi terhadap ubuat ini. Hal ini memeberi kesan seperti gugup,
gangguan tidur, pening dan serangan panik yang teruk (relapse) kepada pesakit sekiranya ubat
diberhentian.

Selain itu, antara kategori ubat lain yang berguna dlam rawatan kecelaruan panik dan
agoraphobia adalah antidepresan (terutamanya trisiklik [trycyclics], SSRIs [Selectie Serotonin
Reuptake Inhibitors] dan SNRIs [Serotonin and norepinephrine reuptake inhibitors]).
Ubat-ubatan ini mempunyai kebaikan dimana ianya tidak menyebabkan kebergantungan fisiologi
seperti kesan kebergantungan fisiologi yang dihasilkan oleh benzodiazepine. Selain itu, ianya
juga dapat mengurangkan gejala atau kecelaruan kemurungan komorbid. Namun begitu,
ubat-ubatan ini memerlukan kira-kira empat minggu sebelum pesakit mendapatkan manfaatnya.
Oleh itu, ubat-ubatan ini tidak dapat digunakan ataupun berkesan secara cepat seperti
benzodiazepine dalam keadaan yang diperlukan semasa mengalami serangan panik. Kesan
sampingan bagi ubat-ubatan ini menyebakan kebanyakkan pesakit enggan mengambil ubat atau
menghentikan penggunaanya. Antaranya ialah kesan sampingan ubat bagi kategori trisiklik
adalah kekeringan mulut, sembelit dan penglihatan yang kabur. Manakala kesan sampingan bagi
kategori SSRI adalah gangguan terhadap rangsangan seksual.

Setelah dianalisis setiap jenis kategori ubatan serta kesan sampingannya, maka ubatan
yang sesuai digunakan Dave adalah antidepresan SSRI dimana ianya dapat membantu merawat
kecelaruan panik dan agoraphobia yang dihadapinya. Tambahan lagi, SSRI juga mempunyai
kelebihan yang pelbagai berbanding benzodiazepine seperti yang telah dinyatakan. Selain itu,
walaupun ianya mengambil masa selama kira-kira 4 minggu dalam memberi kesan manfaat bagi
mengatasi kecelaruan panik dan agoraphobia, terapi dan teknik kognitif- tingkah laku seperti
PCT yang telah diajarkan kepada Dave dapat membantunya secara beransur-ansur dalam
mengatasi masalah yang dihadapinya itu.

Dengan itu, gabungan bagi terapi kognitif-tingkahlaku serta ubat-ubatan membantu


dalam mengatasi kecelaruan panik dan agorafobia yang dihadapi para pesakit, dimana individu
yang telah menerima rawatan gabungan menunjukkan kesan sampingan ubat yang lebih sedikit
daripada mereka yang telah menggunakan ubatan sahaja (S. M. Marcus et al., 2007).

4.0 HASIL ANALISIS

4.1 MIN DAN SISIHAN PIAWAI BAGI SETIAP DIMENSI DASS-42


Jadual 1.0 Jadual Min dan Sisihan Piawai

Subskala Min Sisihan Piawai

Item Kemurungan 10.72 11.37

Item Kebimbingan 13.05 8.94

Item Tekanan 13.72 9.04

Menurut statistik deskriptif, item kemurungan mempunyai nilai min (M=10.72) dan nilai sisihan

piawai SD = 11.37. Seterusnya, nilai min bagi item kebimbangan adalah (M=13.06) dan nilai

sisihan piawai SD = 8.94. Akhir sekali, statistik deskriptif item tekanan mempunyai nilai min

(M=13.72) dan sisihan piawai SD= 9.05.

4.2 MIN BERDASARKAN JANTINA MENGIKUT DIMENSI KEMURUNGAN

Jadual 1.1 Min Bagi Dimensi Kemurungan Berdasarkan Jantina

Subskala Jantina Min

Item kemurungan Lelaki (n-5) 13.80

Perempuan (n-13) 9.54

Berdasarkan nilai min bagi dimensi kemurungan mengikut perbezaan jantina, skor min bagi

jantina lelaki adalah (M=13.80). Manakala, skor min bagi jantina perempuan pula adalah

(M=9.54).

4.3 MIN BERDASARKAN JANTINA MENGIKUT DIMENSI KEBIMBANGAN

Jadual 1.2 Min Bagi Dimensi Kebimbangan Berdasarkan Jantina


Subskala Jantina Min

Item kebimbangan Lelaki (n-5) 14.60

Perempuan (n-13) 12.46

Berdasarkan nilai min bagi dimensi kebimbangan mengikut perbezaan jantina, skor min bagi

jantina lelaki adalah (M=14.60). Manakala, skor min bagi jantina perempuan pula adalah

(M=12.46).

4.4 MIN BERDASARKAN JANTINA MENGIKUT DIMENSI TEKANAN

Jadul 1.4 Min Bagi Dimensi Tekanan Berdasarkan Jantina

Subskala Jantina Min

Item Tekanan Lelaki (n-5) 17.00

Perempuan (n-13) 12.46

Berdasarkan nilai min bagi dimensi tekanan mengikut perbezaan jantina, skor min bagi jantina

lelaki adalah (M=17.00). Manakala, skor min bagi jantina perempuan pula adalah (M=12.46).

4.4 PURATA MARKAH UNTUK SETIAP SKALA MENGIKUT JANTINA

Jadula 1.6 Purata Markah untuk Setiap Skala Mengikut Jantina

Subskala Jantina N Min Sisihan Piawai

Skala Lelaki 5 2.80 0.84


Psikotikisme

Perempuan 13 2.85 1.07

Skala Lelaki 5 6.80


Ekstraversi 3.35

Perempuan 13 7.62 2.26


Skala Lelaki 5 6.80 4.91
Neurotikisme

Perempuan 13 6.46 3.59

Skala Penipuan Lelaki 5 5.60 3.71

Perempuan 13 6.38 2.29

Nilai skor min dan sisihan piawai bagi Skala Psikotikisme lelaki (M=2.80, SP=0.84) adalah lebih
rendah daripada perempuan iaitu (M=2.85, SP=1.07). Selain itu, Nilai skor min bagi Skala
Ekstraversi perempuan (M=7.62, SP=2.26) adalah lebih tinggi daripada lelaki iaitu (M=6.80,
SP=3.35). Nilai skor min bagi Skala Neurotikisme lelaki (M=6.80, SP=4.91) adalahlebih tinggi
daripada nilai min perempuan iaitu (M=6.46, SP 3.59). Akhir sekali, nilai skor min bagi Skala
Penipuan lelaki (M=5.60, SP=3.71) adalah lebih rendah daripada nilai skor min Skala Penipuan
bagi perempuan (M=6.38, SP=2.29).

4.5 JUMLAH SKOR DIMENSI DASS-42 DAN EPQ-RS

Gambar dibawah menunjukkan jumlah setiap subskala bagi DASS-42 dan EPQ-RS
4.6 KORELASI DI ANTARA DEPRESSION ANXIETY & STRESS SCALE (DASS-42)
DAN EYSENCK PERSONALITY SHORT VERSION (EPQ-RS) MENGIKUT DIMENSI

Rajah 1.7 korelasi bagi item kemurungan dan subskala EPQ-RS

Subskala Item Kemurungan

Psikotikisme .374

Ekstraversi -.320

Neurotikisme .686**

Penipuan -.521*

** korelasi yang signifikan adalah pada tahap 0.01, * korelasi yang signifikan adalah pada tahap
0.05

Nilai r=.374, p=.127 menunjukkan korelasi positif antara item kemurungan dan subskala
Psikotikisme. Ujian korelasi ini menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara item
kemurungan dan subskala Psikotikisme. Nilai r= -.320, p=.196 menunjukkan korelasi negatif
antara item kemurungan dan subskala Ekstraversi. Ujian kolerasi ini menunjukkan tiada
hubungan yang signifikan. Nilai r=.686, p=.002 menunjukkan korelasi positif antara Item
Kemurungan dan Subskala Neurotikisme. Ujian korelasi ini menunjukkan hubungan yang
signifikan (p< 0.05). Terdapat perkaitan antara Item Kemurungan dan Subskala Neurotikisme.
Ujian korelasi menunjukkan terdapat hubungan antara item kemurungan dengan subskala
penipuan yang signifikan, r= -.521, p=.027. Nilai kolerasi menunjukkan korelasi negatif antara
Item Kemurungan dan Subskala Penipuan.
Rajah 1.8 korelasi bagi item kebimbangan dan subskala EPQ-RS

Subskala Item Kebimbangan

Psikotikisme .348

Ekstraversi -.019

Neurotikisme .812**

Penipuan -.497*

** korelasi pada tahap signifikan pada tahap 0.01, * korelasi pada tahap signifikan pada tahap
0.05

Nilai r= .348, p= .157 menunjukkan korelasi positif antara Item Kebimbangan dan Subskala
Psikotikisme. Ujian korelasi ini menunjukkan tiada hubungan yang signifikan, (p>0.05).
Seterusnya, bagi nilai r= -.019, p=.940 menunjukkan korelasi negatif antara Item Kebimbangan
dan Subskala Ekstraversi dan ia juga menunjukkan korelasi ini tiada hubungan yang signifikan.
Nilai r= .812, p= .000 menunjukkan korelasi positif antara Item Kebimbangan dan Subskala
Neurotikisme. Ujian korelasi ini menunjukkan hubungan yang signifikan pada p< 0.05. Nilai r=
-.497, p=.036 menunjukkan korelasi negatif antara Item Kebimbangan dan Subskala Penipuan.
Ujian korelasi ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan pada p< 0.05.

Rajah 1.9 korelasi bagi item Tekanan dan subskala EPQ-RS

Subskala Item Tekanan

Psikotikisme .331

Ekstraversi -.137
Neurotikisme .815**

Penipuan .579*

** korelasi pada tahap signifikan pada tahap 0.01, * korelasi pada tahap signifikan pada tahap
0.05

Nilai r=.331, p=.180 menunjukkan korelasi positif antara Item Tekanan dan Subskala
Psikotikisme. Ujian korelasi ini menunjukkan tiada hubungan yang signifikan (p>0.05).
Seterusnya, nilai r=-.137, p=.589 menunjukkan korelasi negatif antara Item Tekanan dan
Subskala Ekstraversi dan ujian korelasi ini menunjukkan tiada hubungan yang signifikan. Selain
itu, nilai r= .81, p=.000 menunjukkan korelasi positif antara Item Tekanan dan Subskala
Neurotikisme. Ujian korelasi ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan pada p< 0.05.
Manakala nilai r= .579, p=.012 menunjukkan korelasi positif antara Item Tekanan dan Subskala
Penipuan. Ujian korelasi ini menunjukkan terdapat hubungan signifikan pada p< 0.05.
5.0 RUJUKAN

Masroom, Mohd Nasir & Muhamad, Siti & Panatik, Siti. (2015). Kebimbangan Dari
Perspektif Psikologi Islam dan Cara Mengatasinya Berdasarkan Surah Al-Ma'arij. Sains
Humanika.

Bystritsky, A., Khalsa, S. S., Cameron, M. E., & Schiffman, J. (2013). Current diagnosis
and treatment of anxiety disorders. P & T : a peer-reviewed journal for formulary management.

Mike Social Anxiety ( Society of Clinical Psychology) was retrieved from


https://div12.org/case_study/mike-social-anxiety/

Forsner, Maria & Jansson, Lilian & Söderberg, Anna. (2009). Afraid of Medical Care.
Journal of pediatric nursing.

Article was retrived from


https://believeperform.com/identify-your-fear-of-re-injury-and-overcome-it/

Article was retrieved from


https://www.researchgate.net/publication/339948848_An_anxiety_disorder_case_study

A.Lee, R.Farrell,L. Mckibbin dan J.Deacon (2016) Comparing treatment relevant


etiological explanations for depression and social anxiety: Effects on Self-stigmatizing

Mayo Foundation for Medical Education and Research (MFMER) Social Anxiety
Disorder (Social Phobia). (1998)

Gorman, J. M. 2000. Neuroanatomical Hypothesis of Panic Disorder, Revised. American


Journal of Psychiatry 157(4): 493–505. doi:10.1176/appi.ajp.157.4.493

LeDoux, J. E. 2000. Emotion Circuits in the Brain. Annual Review of Neuroscience


23(1): 155–184. doi:10.1146/annurev.neuro.23.1.155

Marcus, S. M., Gorman, J., Shear, M. K., Lewin, D., Martinez, J., Ray, S., Goetz, R., et
al. 2007. A Comparison of Medication Side Effect Reports by Panic Disorder Patients With and
Without Concomitant Cognitive Behavior Therapy. American Journal of Psychiatry 164(2):
273–275. doi:10.1176/ajp.2007.164.2.273
Maron, E., Hettema, J. M. & Shlik, J. 2010. Advances in molecular genetics of panic
disorder. Molecular Psychiatry 15(7): 681–701. doi:10.1038/mp.2009.14

You might also like