You are on page 1of 3

Apa itu kajian kuantitatif?

1. Definisi kajian kuantitatif:

Kajian kuantitatif merupakan satu kajian secara umumnya menggunakan


analisis statistik, ia lebih bersifat objektif dan berorientasikan kepada
hasil.

Merujuk kepada istilah "kuantiti" membawa erti berapa banyak atau


bilangannya. Kuantiti merujuk kepada bilangan yang diskrit, yang
dinyatakan dengan tepat.

Berdasarkan kepada istilah kuantiti, penyelidikan kuantitatif dikaitkan


dengan data numerika dan ketepatan. Ia adalah berdasarkan kaedah
penyelidikan inkuiri positivis dimana penyelidikan dilakukan melalui kajian
eksperimental dan data numerika yang dipungut dianalisis dengan ujian
statistik. Melalui penyelidikan kuantitatif, masalah kajian dinyatakan
dalam bentuk hipotesis..

2. Jenis-jenis kajian kuantitatif:

Kajian kuantitatif terbahagi kepada 2 jenis iaitu kajian intervensi dan


kajian non-intervensi. Bagi kajian intervensi, rekabentuk kajian yang
sesuai adalah kajian eksperimen, manakala kajian non-intervensi pula
rekabentuk kajiannya adalah kajian korelasi dan kajian tinjauan.

Bagi rekabentuk kajian eksperimen (kajian intervensi), ia menerangkan


sama ada intervensi mempengaruhi hasil satu kumpulan berbanding
kumpulan yang satu lagi. Manakala bagi rekabentuk kajian korelasi pula ia
meramal perkaitan atau hubungan antara pemboleh ubah, dan bagi
rekabentuk kajian tinjauan pula menerangkan trenda bagi satu populasi.

3. Apa itu Kajian Kuantitatif?

Istilah "kuantiti" membawa erti berapa banyak atau bilangannya. Kuantiti


merujuk kepada bilangan yang diskrit, yang dinyatakan dengan tepat.
Berdasarkan kepada istilah kuantiti, penyelidikan kuantitatif dikaitkan
dengan data numerika dan ketepatan. Ia adalah berdasarkan kaedah
penyelidikan inkuiri positivis dimana penyelidikan dilakukan melalui kajian
eksperimental dan data numerika yang dipungut dianalisis dengan ujian
statistik. Melaluipenyelidikan kuantitatif, masalah kajian dinyatakan dalam
bentuk hipotesis..

Menurut John W. Cresswell (2008), Kajian kuantitatif adalah jenis


penyelidikan pendidikan di mana pengkaji memutuskan apa yang hendak
dikaji, bertanya soalan yang khusus, mengecilkan skop soalan,
mengumpul data yang boleh dikuantitatifkan daripada peserta,
menganalisa nombor-nombor tersebut menggunakan statistik dan
menjalankan inkuiri dalam bentuk yang objektif dan tidak bias.

4. Ciri-ciri kajian kuantitatif adalah seperti berikut:

Bersifat deskriptif atau penjelasan dari

Spesifik dan sempit

Boleh diukur atau diperhatikan

Instrumen ditentukan

Data berbentuk numerikal

Penglibatan responden yang ramai

Penilaian yang lebih objektif dan tidak bias

Bagi penggunaan rekabentuk kuantitatif, ia terbahagi kepada 2 iaitu


kajian intervensi dan kajian non-intervensi.

Bagi kajian intervensi, rekabentuk kajian yang terlibat dalah kajian


eksperimen dimana menerangkan sama ada intervensi mempengaruhi
outcome satu kumpulan berbanding kumpulan yang satu lagi.

Bagi kajian non-intervensi, rrekabentuk kajian yang terlibat adalah kajian


korelasi dan kajian tinjauan. Kajian korelasi digunakan untuk meramal
perkaitan atau hubungan antara pemboleh ubah manakala kajian tinjauan
adalah kajian yang menerangkan trenda bagi satu populasi.

Sumber:

1) Penulis: John W. Creswell (3rd Edition, 2008)


Buku: Educational Research - Planning, Conducting, and Evaluating
Quantitative and Qualitative Research

2) Penulis: Chua Yan Piaw


Buku: Kaedah Penyelidikan (Kaedah dan Statistik Penyelidikan)

3) Penulis: Schostak, John F. (2002


Buku: Understanding, designing, and conducting qualitative research in
education: framing the project. (halaman: 80)

You might also like