You are on page 1of 9

Falsafah : Cabang, Persoalan dan Penyelesaian

Pada amnya, falsafah diklasifikasikan kepada empat cabang atau bidang kajian, iaitu :

1. Metafizik yang berkaitan dengan kajian realiti.

2. Epistemologi yang berkaitan dengan kajian ilmu.

3. Aksiologi yang berkaitan dengan kajian nilai.

4. Logik yang berkaitan dengan penaakulan.

Ada ahli falsafah membahagikan aksiologi kepada dua cabang lagi, iaitu aksiologi etika dan
aksiologi estetika. Terdapat pula ahli falsafah lain yang tidak mengakui logik sebagai cabang
falsafah dengan sebab logik merupakan kaedah atau pendekatan berfalsafah. Mereka
berpendapat logik ialah kaedah yang digunakan dengan metafizik, epistemologi dan aksiologi
dalam kajian realiti, ilmu dan nilai masing-masing. Bagi mereka, cabang falsafah sebenarnya
diklasifikasikan di bawah tiga bidang kajian sahaja, iaitu metafizik, epistemologi dan aksiologi.

Metafizik

Metafizik adalah salah satu cabang falsafah yang berkaitan dengan kajian sifat dan asal usul
mengenai realiti mutlak. Istilah ini berasal daripada nama tajuk Meta ta physica dalam karya
Aristotle Prinsip Pertama. Oleh sebab tajuk itu bermakna Selepas Fizik, maka pengertian
metafizik ialah berkaitan perkara yang keluar daripada fizik.

Metafizik Aristotle (384 322 SM) pada asasnya berkaitan dengan masalah-masalah seperti
bahan dan penyebabnya (temasuk sebab pertama, atau Tuhan), serta kewujudan yang telah
menjadi kajian dalam ontologi, sesuatu cabang atau bidang kajian metafizik.

Mengikut istilah falsafah, ontologi ialah pengajian kewujudan (existence) atau kejadian
(being). Ahli ontologi sentiasa berusaha mengetahui makna apabila kita mengatakan
kewujudan sesuatu. Misalnya, epistemologi dan aksiologi Plato (421 347 SM) adalah
berlandaskan ontologi.
Mengikut Immanuel Kant (1724 1804), konsep metafizik tentang persepsi kebenaran
sebenarnya hasil struktur kognitif dalam minda manusia.

Masa kini, pengertian metafizik ditafsir sebagai cabang falsafah mengenai kajian realiti yang
muktamad. Cabang falsafah metafizik ini mengkaji realiti dengan mempersoalkan perkara
seperti:

1. Apa dia alam semester?

2. Apa dia kehidupan?

3. Apa dia pemikiran?

4. Apa dia demokrasi? dan sebagainya.

Di samping itu, ia juga mempersoalkan perihal Tuhan; misalnya, adanya Tuhan atau tiada
Tuhan?

Rumusan yang didapati daripada soalan-soalan tersebut dikaitkan dengan falsafahnya,


misalnya metafizik pragmatisme, metafizik idealisme, metafizik eksistensialisme dan
sebagainya. Sebagai contoh, mengikut metafizik idealisme, semua realiti dapat digolongkan
kepada satu perkara iaitu kerohanian.

Epistemologi

Epistemologi ialah cabang falsafah yang mengkaji ilmu pengetahuan. Epistemologi


mempersoalkan perkara seperti Apa dia ilmu? Bagaimana kita memperoleh ilmu? Bagaimana
kita bukti kesahihannya? Apakah perkaitan ilmu dengan pembelajaran?

Di dalam proses perkembangan epistemologi, sejak tamadun zaman purba kala, telah wujudnya
mazhab materialisme dan idealisme, iaitu pendekatan-pendekatan dialektik dan metafizik yang
bertentangan. Melalui kedua-dua pendekatan ini, maka materialisme dan idealisme
berkembang bersama dengan empirisisme dan rasionalisme yang mana idea mereka dianggap
lebih mantap dan lebih sistematik.

Secara umumnya, epistemologi yang berlandaskan mazhab idealisme menekankan penguasaan


ilmu daripada kesedaran kepada kefahaman. Ahli mazhab idealisme berpendapat ilmu didapati
daripada pemikiran rasional atau pengalaman yang subjektif. Mereka menolak ilmu sebagai
refleksi otak manusia terhadap dunia secara objektif. Manakala, epistemologi yang
berlandaskan mazhab materialisme menekankan pendekatan ilmu daripada kefahaman kepada
kesedaran. Oleh sebab ahli materialisme memandangkan ilmu sebagai sesuatu persepsi secara
langsung dan refleksi yang pasif, maka teori epistemologi mereka tidak dapat menghuraikan
masalah ilmu rasional dengan tepat.

Teori epistemologi yang berlandaskan materialisme dialektikal, meletakkan perlaksanaan


teorinya sebagai tempat pertama, menggunakan pendekatan dialektik (proses interaksi di antara
tesis dan antitesis demi menghasilkan sintesis) untuk menyelesaikan masalah semasa proses
ilmu, iaitu mulai daripada persepsi yang menggerakkan pemikiran abstrak, demi mendapat
penyelesaian secara saintifik berkenaan masalah sumber, proses, tujuan dan fungsi ilmu.

Teori epistemologi yang berlandaskan emperisisme dan rasionalisme merupakan dua mazhab
yang paling berpengaruh terhadap pendidikan masa kini. Kedua-dua teori merupakan huraian
falsafah secara sistematik yang berkembang di bawah konteks revolusi sains pada abad ke-17.
Kedua-dua pendekatan memberi pertimbangan utama kepada pencarian ilmu asas yang kekal.
Model rasionalisme yang menarik perhatian ahli falsafah pendidikan mereka seperti Descartes,
Leibniz dan Spinoza adalah didapati daripada demonstrasi formal dalam logik dan matematik
tanpa pemerhatian atau eksperimen. Mereka berusaha membentuk semula secara kritis segala
ilmu manusia dengan mengaplikasikan pemikiran tulen asas dan aksiomnya, sebagaimana yang
dinyatakan oleh Descartes : Saya memikir, maka saya wujud. Sedangkan, ahli emperisisme
seperti Locke, Berkeley dan Hume menggunakan persepsi yang diperoleh daripada
pengalaman sensori sebagai ilmu yang benar.
Perbahasan antara ahli rasionalisme dan ahli emperisisme adalah berpusatkan khasnya ke atas
kemungkinan ilmu yang dilahir secara semula jadi, sama ada ilmu diperoleh sebagai a priori,
iaitu didapati melalui penaakulan tanpa pengalaman dahulu, atau a posterior, iaitu ilmu didapati
daripada pengalaman atau sesuatu yang tidak terpisah daripada pengalamannya. Ahli
emperisisme menekankan minda manusia sebagai lembaran kosong sehingga kesan
persepsinya ditinggalkan daripada pengalaman sensorinya.

Immanuel Kant (1724 1804), seorang ahli falsafah dari Jerman dalam abad ke-18,
menggabungkan emperisisme dan rasionalisme dalam teori epistemologi beliau, dan
mensintesiskannya di antara pengalaman dengan konsep. Mengikut beliau, tanpa organ-organ
deria manusia, kita tidak dapat mengenal pasti kesan dan kesedaran benda yang terwujud, tetapi
tanpa kefahaman, kita tidak dapat membentuk konsep daripadanya. Maka, proses memperoleh
ilmu ialah menggabungkan sesuatu yang melibatkan persepsi, imaginasi dan kefahaman yang
berinteraksi dengan proses penaakulan. Menurut Kant, struktur mengorganisasikan konsep
asas tidak boleh diperoleh daripada pengalaman sahaja. Tetapi, ia perlu digunakan untuk
membolehkan kita menginterprestasikan pengalaman dunia secara keseluruhan. Maka, konsep
ini adalah sebenarnya telah wujud sebelum pengalaman yang diperoleh seseorang.

Aksiologi

Cabang falsafah aksiologi merupakan kajian terhadap nilai, dengan mempersoalkan perkara
seperti apakah yang bernilai? Sebagaimana yang telah dihuraikan, cabang falsafah aksiologi
ini adalah diklasifikasikan kepada dua bahagian, iaitu etika dan estetika.

Cabang etika mengkaji perkara seperti nilai-nilai moral, prinsip moral dan tingkah laku serta
sifat murninya. Maka cabang etika ini pula dikenali sebagai falsafah moral. Istilah etika
diperoleh daripada perkataan Yunani ethos, yang membawa maksud adat resam dan kelakuan.
Etika sebagai suatu disiplin pula dibahagikan kepada etika normatif dan metaetika. Etika
normatif mengkaji dan mencadangkan prinsip-prinsip kelakuan yang betul dan salah, baik dan
jahat.
Pada masa dahulu, kebanyakan ahli falsafah menumpukan kajian berasaskan etika normatif.
Sejak abad ke-19, metaetika semakin mendapat perhatian ahli falsafah dengan
menggunakannya untuk mempersoalkan perkara seperti peranan etika dalam kehidupan, asas
logikal tentang sesuatu sistem etika dan kesahihannya.

Di dalam kebanyakan sistem organisasi sosial, kelakuan etika biasanya dipandang sebagai
penyempurnaan kendiri melalui usaha mengejar kebaikan, kewajiban terhadap orang lain atau
menerima prinsip-prinsip kebaikan, atau kedua-duanya. Penyempurnaan kendiri mungkin
boleh diperoleh daripada kegembiraan atau keseronokan, atau daripada usaha mengejar sesuatu
yang ideal. Kewajiban biasanya termasuk bukan sahaja kehormatan kepada orang lain dan
norma masyarakat, tetapi juga sebagai perkhidmatan kepada Tuhan.

Estetika mengkaji nilai-nilai mengenai kecantikan dan seni. Istilah estetika pula diperoleh
daripada perkataan Yunani yang membawa maksud persepsi deria.

Estetika mempersoalkan perkara seperti apakah kecantikan, Apakah nilai-nilai


kecantikan?, dan sebagainya. Tentang persoalan seni, Plato dan Aristotle memandangnya
sebagai peniruan dan kecantikannya sebagai ungkapan kualiti universal. Plato pula
membezakan seni dari segi kecantikan yang ideal dengan objek yang cantik. Manakala,
Aristotle menganggap kecantikan adalah direka bentuk dalam harmoni kerja seni.

Kepada orang Yunani, konsep seni merangkumi semua kraf tangan, bentuk simetri,
keseimbangan dan perpaduan dalam tenunan, seni tembikar, puisi dan seni pahat. Sejak abad
ke-19, seni menjadi sesuatu yang berkaitan dengan lukisan, seni pahat dan sastera, dan dikenali
sebagai seni halus.

Immanuel Kant memberi tafsiran baru kepadanya dengan memandang penikmatan seni bukan
semata-mata persepsi kecantikan instrinsiknya, tetapi sebagai penglibatan penilaian yang
subjektif.
Hari ini seni tidak lagi digunakan dalam upacara agama atau sivil sahaja, tetapi dipandang
sebagai refleksi psikologikal, sosial dan politikal. Di dalam mazhab Marxisme, seni sering
digunakan untuk tujuan sosial, menyokong atau melemahkan keadaan ekonomi yang sedia ada.

Konsep nilai etika atau estetika adalah berbeza-beza dengan falsafah yang berlainan. Misalnya,
dalam aksiologi idealisme, nilai adalah mutlak dan kekal secara abadi. Manakala, aksiologi
pragmatisme memandang nilai sebagai relatif atau tertakluk kepada keadaan.

Logik

Logik adalah pengkajian terhadap perkara-perkara yang berbentuk penaakulan sah. Ia adalah
berkaitan dengan usaha mencari kaedah yang boleh membezakan penaakulan sah dengan
penaakulan tidak sah atau tidak rasional.

Perkataan logik berasal daripada perkataan Yunani logik dan Aristotle merupakan seorang
ahli falsafah yang pertama mengorganisasikan hukum-hukum penaakulan. Aristotle dikatakan
menyusun dunia dalam beberapa kategori, yang membawa ilmu-ilmu dengan mengenal pasti
kualiti-kualiti am di dalam entiti yang berbeza. Lantaran itu, perkataan silogisme dicipta
dengan membawa idea logik Aristotle seperti berikut :

Diberi dua premis, sesuatu kesimpulan (atau inferens) akan diikutinya.

Misalnya :

Premis 1 : Semua manusia ialah makhluk yang fana.

Premis 2 : Socrates ialah seorang manusia.

Premis 3 : Jadi, Socrates ialah makhluk yang fana.


Berdasarkan huraian di atas, jelaslah pendekatan logik Aristotle digunakan mirip dengan
kaedah deduktif, iaitu menggunakan sesuatu prinsip am untuk membuat kesimpulan terhadap
perkara khusus. Logik deduktif serupa ini adalah sering berkait dengan mazhab falsafah
idealisme dan realisme.

Selain kaedah deduktif, logik induktif sebaliknya digunakan untuk membuat kesimpulan
berasaskan perkara-perkara yang khusus. Seperti kaedah deduktif, kaedah induktif juga banyak
digunakan dalam pemikiran falsafah idealisme dan realisme. Sesungguhnya, pendekatan
penaakulan tidak terhad kepada deduktif dan induktif sahaja. Misalnya, di bawah pemikiran
falsafah rasionalisme, ahli-ahli falsafah yang menggunakan pendekatan rasionalis berusaha
mencari kebenaran atau prinsip dengan cara penaakulan ataupun melalui perhubungan dengan
logik.

Logik berkait rapat dengan ketiga-tiga cabang falsafah, iaitu metafizik, epistemologi dan
aksiologi. Sesungguhnya, logik merupakan kaedah yang digunakan dalam setiap pemikiran
mazhab falsafah. Ia digunakan untuk mengkaji peraturan-peraturan falsafah yang
membolehkan ahli-ahli falsafah berfalsafah dengan membentuk dan mengesahkan usul-usul
atau hujah-hujah falsafah.

Sebagai kesimpulan, diturunkan satu rumusan Morris dan Van Cleve (1961) yang mengaitkan
cabang-cabang falsafah dengan beberapa mazhab falsafah umum seperti jadual di bawah.

Mazhab Falsafah

Metafizik (Realiti)

Epistemologi (Kebenaran)

Aksiologi (Nilai)

Etika

Estetika
Idealisme

Alam fikiran

Kebenaran sebagai idea

Mematuhi yang Maha Kuasa

Refleksi keunggulan

Realisme

Alam kebendaan

Kebenaran sebagai fakta yang dapat dipersepsi

Hukum-hukum tabii (menurut sifat semula jadi)

Refleksi tabii (sifat keadaan atau bentuk semula jadi)

Pragmatisme

Alam pengalaman

Kebenaran sebagai pengalaman yang berlaku

Nilai-nilai umum

Citarasa umum

Eksistensialisme

Alam kewujudan

Kebenaran sebagai pilihan individu (kebebasan individualiti)

Berdasarkan kebebasan individu

Penjelmaan daripada nilai dan norma masyarakat

Perkaitan cabang-cabang falsafah dengan mazhab-mazhab falsafah.

(Sumber : Morris & Van Cleve (1961) Philosoply and the American Schools, Houghton Mifflin
Co. New York, US)

Konsep Pendidikan
Pendidikan, mengikut pandangan umum, bermaksud proses atau aktiviti untuk
mengembangkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) untuk menambahkan
kemahiran, kebolehan dan pengetahuan supaya dapat memberi kebahagiaan, faedah dan
kemajuan dalam hidup dan dapat bertindak rasional untuk diri sendiri, bangsa dan agama
(Annick, 1999). Pendidikan merupakan proses perubahan manusia untuk mencapai aktualisasi
diri atau dengan kata lain mencapai kesedaran diri. Ia berkait rapat dengan kesedaran hubungan
antara manusia dengan pencipta, manusia lain, makhluk lain dan alam.

Secara khususnya, pendidikan boleh diertikan sebagai aktiviti persekolahan. Ini bermakna
pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti yang mempunyai objektif, rancangan dan organisasi
untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insane yang berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia dan menguasai kemahiran tertentu, demi berupaya menyesuaikan diri dalam
masyarakatnya pada masa depan.

Usaha utama pendidikan adalah untuk menyediakan seseorang individu memainkan peranan
yang positif dan berkesan dalam masyarakat. Di dalam usaha ini juga, pendidikan menjadi
suatu agen untuk menyebar dan mengekalkan kebudayaan yang sesuai dengan kemajuan dan
pembangunan semasa. Dalam masyarakat moden ini, pendidikan adalah penting untuk
menyediakan ahli-ahli masyarakat untuk menghadapi cabaran kehidupan dan pembaharuan
serta membuat pengubahsuaian demi memberikan sumbangan untuk pembangunan masyarakat
itu.

You might also like