You are on page 1of 4

FALSAFAH PENDIDIKAN Falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman, arah tuju/ pandangan terhadap perkara perkara yang

g berkaitan dengan pendidikan. Falsafah adalah diklasifikasikan kepada empat cabang/ bidang kajian, iaitu: Metafizik (realiti), Epistemologi (ilmu), Aksiologi (nilai) dan Logik (penaakulan). Metafizik/ Ontologi kajian sifat dan asal usul mengenai realiti mutlak. berasal daripada Meta ta physica dalam karya Aristotle Prinsip Pertama. berkaitan dengan masalah-masalah seperti bahan dan penyebabannya serta kewujudan. ontologi ialah pengajian kewujudan atau kejadian. Immanuel Kant konsep metafizik tentang persepsi kebenaran adalah sebenarnya hasil struktur kognitif dalam minda manusia. Cabang falsafah metafizik ini mengkaji realiti dengan mempersoalkan perkara seperti: 1. Apa dia alam semester? Apa dia kehidupan? Apa dia pemikiran? Apa dia demokrasi? Rumusan yang didapati daripada soalan-soalan tersebut adalah dikaitkan dengan falsafahnya. Cabang-cabang yang terdapat dalam metafizik: metafizik pragmatism, metafizik idealisme dan metafizik eksistensialisme Meta idealisme semua realiti dapat digolongkan kepada satu perkara, iaitu kerohanian. Epistemologi Mengkaji ilmu pengetahuan. Mempersoalkan perkara Apa dia ilmu? Bagaimana kita memperolehi ilmu? Bagaimana kita bukti kesahihannya? Apakah perkaitan ilmu dengan pembelajaran? Berlandaskan mazhab idealisme menekankan penguasaan ilmu daripada kesedaran kepada kefahaman.

Berlandaskan mazhab materialisme menekankan pendekatan ilmu daripada kefahaman kepada kesedaran. Berlandaskan materialisme dialektikal, meletakkan perlaksanaan teorinya sebagai tempat pertama, menggunakan pendekatan dialektik untuk menyelesaikan masalah proses ilmu. Empirisisme dan rasionalisme merupakan dua mazhab yang paling pengaruh. Model rasionalisme : Descartes, Leibniz dan Spinoza. Didapati daripada demonstrasi formal dalam logik dan matematik tanpa pemerhatian atau eksperimen. Ilmu yang dilahir secara semula jadi, sama ada ilmu diperolehi sebagai a) a priori didapati melalui penaakulan tanpa pengalaman dahulu. b) a posteriori ilmu didapati daripada pengalaman atau sesuatu yang tidak terpisah daripada pengalamannya. Immanuel Kant tanpa organ-organ deria manusia, kita tidak dapat mengenal pasti kesan dan kesedaran benda yang terwujud, tetapi tanpa kefahaman, kita tidak dapat membentuk konsep daripadanya. Proses memperolehi ilmu ialah menggabungkan sesuatu yang melibatkan persepsi, imaginasi dan kefahaman yang berinteraksi dengan proses penaakulan. Konsep ini adalah sebenarnya telah wujud sebelum pengalaman diperolehi seseorang. Aksiologi o Kajian terhadap nilai, dengan mempersoalkan perkara seperti Apakah yang bernilai?
Aksiologi

Etika

Estetika

Etika Mengkaji perkara seperti nilai-nilai moral, prinsip moral dan tingkah laku serta sifat murninya. Dikenali sebagai falsafah moral. Diperolehi daripada perkataan Yunani ethos yang bermaksud adat resam dan kelakuan. Suatu disiplin dibahagikan kepada 2: a) etika normatif - mengkaji dan mencadangkan prinsip-prinsip kelakuan yang betul dan sesuai. b) metaetika - mengkaji kegunaan dan konsep asas seperti betul dan salah, baik dan jahat. Estetika Mengkaji nilai-nilai mengenai kecantikan dan seni. Diperolehi daripada perkataan Yunani yang membawa maksud persepsi deria. Mempersoalkan perkara seperti apakah kecantikan?, Apakah nilai-nilai kecantikan? PLATO ARISTOTLE PERSAMAAN Peniruan dan kecantikannya merupakan ungkapan kualiti universal. PERBEZAAN Kecantikan yang ideal dengan objek Kecantikan adalah direka bentuk yang cantik. dalam harmoni kerja seni. Logik Pengajian terhadap perkara-perkara yang membentuk penaakulan sah. Mencari kaedah yang boleh membezakan penaakulan sah dengan penaakulan tak sah / tidak rasional. Perkataan logik diperolehi daripada perkataan Yunani logik Aristitle mengorganisasikan hukum-hukum penaakulan. Kaedah deduktif menggunakan sesuatu prinsip am untuk membuat kesimpulan terhadap perkara khusus. Ia berkait dengan mahzab falsafah idealisme dan realime.

Logik induktif sebaliknya digunakan untuk membuat kesimpulan berasaskan perkara-perkara yang khusus. Ia banyak digunakan dalam pemikiran falsafah idealisme dan realisme.

RUMUSAN Mazhab Falsafah Metafizik (Realiti) Idealisme Alam fikiran. Epistemologi (Kebenaran) Kebenaran sebagai idea. Kebenaran sebagai fakta yang dapat dipersepsi. Aksiologi (Nilai) Etika Mematuhi yang Maha Kuasa. Hukum-hukum tabii. Estetika Refleksi keunggulan. Refleksi tabii.

Realisme

Alam kebendaan.

Pragmatisme

Alam Kebenaran pengalaman. sebagai pengalaman yang berlaku.

Nilai-nilai umum.

Citarasa umum.

Eksistensialisme Alam kewujudan.

Kebenaran Berdasarkan sebagai pilihan kebebasan individu. individu.

Penjelmaan daripada nilai dan norma masyarakat.

Pensyarah : Pn.Shamsinah.

Ahli kumpulan: Kalaivani Punnitharaj Subashini

You might also like