You are on page 1of 1

Cabang falsafah yang berkaitan dengan kajian sifat dan asal usul mengenai realiti hu mutlak.

Metafizik Aristotle (384-322BC) pada asasnya adalah berkaitan dengan masalahmasalah seperti bahan dan penyebabnya, serta kewujudan, yang telah menjadi kajian dalam ontologi, sesuatu cabang atau bidang kajian metafizik. Mengikut istilah falsafah, ontologi ialah pengajian kewujudan atau kejadian. Mengikut Immanuel Kant (1724-1804), konsep metafizik tentang persepsi kebenaran adalah sebenarnya hasil struktur kognitif dalam minda manusia.

Cabang falsafah yang mengkaji ilmu pengetahuan. Di dalam proses perkembangan epistemologi, sejak tamadun zaman purba kala, telah wujudnya mazhab materialisme (pendekatan dialektik) dan idealisme. Secara umumnya, epistemologi yang berlandaskan mazhab idealisme menekankan penguasaan ilmu daripada kesedaran kepada kefahaman manakala epistemologi berlandaskan mazhab materialisme menekankan pendekatan ilmu daripada kefahaman kepada kesedaran.

METAFIZIK

EPISTEMOLOGI

CABANG-CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN


AKSIOLOGI

LOGIK
Pengajian terhadap perkara-perkara yang membentuk penaakulan sah. Aristotle merupakan seorang ahli falsafah yang pertama mengorganisasikan hukumhukum penaakulan. Kaedah deduktif menggunakan sesuatu prinsip am untuk membuat kesimpulan terhadap perkara khusus. Logik induktif digunakan untuk membuat kesimpulan berasaskan perkara-perkara yang khusus. Ahli-ahli falsafah menggunakan pendekatan rasionalis berusaha mencari kebenaran.

Merupakan kajian terhadap nilai dan diklasifikasikan kepada dua bahagian ,iaitu etika dan estetika. Etika sebagai suatu disiplin dibahagikan kepada etika normatif (mengkaji dan mencadangkan prinsip-prinsip kelakuan yang betul dan sesuai) dan metaetika (mengkaji kegunaan dan konsep asas). Estetika mengkaji nilai-nilai kecantikan dan seni. Ia diperolehi daripada perkataan Yunani yang bermaksud persepsi deria.

NUR IZZATI BT. IBRAHIM (KUMPULAN 6) UNIT MT

You might also like