You are on page 1of 1

SEJARAH ACARA LARI BERGANTI-GANTI

Acara lari berganti-ganti merupakan acara yang tergolong dalam acara pecut. Menurut
sejarah, kali pertama lari berganti-ganti diadakan adalah pada akhir abad ke-19 di Amerika
Syarikat. Perlumbaan dimulakan dengan seorang pelari membawa bendera &
menyampaikan kepada pelari lain yang menunggu di hadapan. Terdapat dua orang peminat
olahraga dari Universiti Pennysylavania, iaitu Frank Ellis dan Laussat Geyelin telah
memulakan larian ini untuk jarak metrik dengan satu pasukan terdiri daripada empat orang
pelari. Seorang pelari akan berlari sejauh (402.34) iaitu suku batu dengan membawa baton
untuk diterima oleh rakannya. Pelari pertama, kedua, ketiga dan keempat akan berlari pada
jarak yang sama. Dalam tahun kemudian wujud pula Pennysylvania relay Carnival yang
merupakan acara tahunan di Bandar Amerika Syarikat dan dikembangkan ke bandar-bandar
lain.

You might also like