You are on page 1of 9

LATIHAN ANSUR MAJU GAYA MELUNGSUR

SELANGKAH
Latihan I

Berdiri menghadap ke kawasan lontaran dan melontar peluru dengan


tolakan yang kencang (melontar dari kedudukan berdiri).

Latihan ini dapat membiasakan para pelajar menolak peluru dengan baik.
Perhatian yang khusus harus diberi kepada pergerakan tangan dan
pegangan peluru.
Latihan II

Berdiri dengan bahu kiri menghadap ke kawasan lontaran.

Kaki direnggangkan.

Putarkan bahu kiri ke kanan sambil merendahkan badan. Berat badan


dipusatkan di kaki kanan yang diletakkan di belakang.

Kilaskan badan ke hadapan dan tolak peluru.

Latihan ini bertujuan untuk membolehkan para pelajar menguasai semua


pergerakan penting sebelum mereka mula melontar peluru.
Latihan III
Berdiri merusuk ke arah lontaran di bahagian
belakang bulatan.

Kaki kiri diletakkan di garis pusat bulatan dan kaki


kanan diletakkan berhampiran dengan lingkaran
bulatan.

Condongkan badan sedikit seperti dalam Latihan II di


atas.
Kilaskan badan dan buatlah lontaran.

Latihan ini merupakan latihan membuat lungsuran


dan mengilas badan.
Latihan IV
Pelontar berdiri membelakangkan kawasan lontaran.
Badan dicondongkan ke hadapan hingga betul-betul
berada di atas kaki kanan.
Kemudian pelontar melungsur selangkah ke belakang
(tanpa mengilas badan atau melontar peluru).
Latihan ini dibuat secara berulang-ulang. Latihan ini
merupakan latihan pergerakan kaki pelontar semasa
membuat lungsuran.

,
Gaya Parr y O'Brien
Gaya Parry O'Brien adalah suatu gaya yang telah
diperkenalkan oleh Parry O'Brien sendiri. Beliau ialah
seorang ahli sukan Amerika yang terkemuka pada
tahun 50-an. Pada tahun 1956, dengan gaya mulaan
yang membelakangkan kawasan lontaran, beliau
telah berjaya menjadi pelontar pertama yang
mencipta rekod dunia dengan Iontaran melebihi 18
meter jaraknya. Teknik lontaran ini masih popular
hingga ke hari ini. Di samping sumbangannya dari
segi teknik melontar, Parry O'Brien juga telah
membuktikan kepada semua ahli sukan tentang
betapa pentingnya latihan bebanan bagi acara
melontar peluru.
Lakuan sedia

Sama seperti dalam gaya


melungsur selangkah, pelontar
berdiri membelakangkan arah
Iontaran.

Kaki bebas diangkat ke atas


sambil bahagian badan
dibongkokkan ke hadapan
sehingga hampir selari dengan
tanah.

Lakuan mulaan dan


bersedia untuk
melungsur
Lungsuran

Sebaik sahaja badan condong ke


hadapan dan berat badan dirasa di atas
kaki kanan, pergerakan melungsur
dilakukan.

Lungsuran ini dibuat dengan kaki kanan


dijengketkan (lutut dibiarkan bengkok)
ke belakang. Serentak dengan
pergerakan ini, kaki kiri ditendang ke
bahagianhadapan bulatan.

Badan pelontar ketika ini masih di


dalam keadaan condong.

Melungsur
Kilasan badan

Pada akhir pergerakan lungsuran dan apabila kaki


bebas (kaki kiri) telah bertapak di belakang papan
penahan, badan pun mula mengilas ke atas dan ke
hadapan (teknik mengilas badan adalah hampir
sarna dengan teknik yang diterangkan dalam gaya
melungsur selangkah sebelum ini).

Mengilas badan Melontar Ikut lajak Pulihan


Lontaran, ikut lajak dan
pulihan

Rujuk kepada "lontaran"


dan "pulihan" di bawah
gaya melungsur selangkah.
Sebenarnya teknik
kesemua fasa ini adalah
harnpir sama. Kedudukan
kaki

Setelah
Lakuan mulaan melungsur dan Pulihan
dan bersedia sedia untuk
untuk melungsur melontar

You might also like