You are on page 1of 21

Gimnastik Artistik

Gimnastik Artistik
Dipersembahkan dalam bentuk
rangkaian pergerakan yang
terdiri daripada beberapa
kemahiran seperti kumpulan pola
pergerakan pendaratan, statik,
gerak edar,hambunan, hayunan
dan putaran.

Jenis Pola Pergerakan


POLA 4 -- Putaran
POLA 5 -- Rangkaian

POLA 4 - Putaran
Putaran ialah kumpulan pergerakan
utama dalam gimnastik ini.
Pergerakan yang termasuk dalam
pola putaran ialah berpusing,
berputar dan berguling.
Pergerakan ini berlaku pada salah
satu paksi badan sama ada
melintang, memanjang atau
mendatar.

Pergerakan putaran pada paksi


badan tertakluk kepada tiga prinsip,
iaitu;
a. Pusat graviti
b. Jejari putaran
c. Fokus mata

KEMAHIRAN PUTARAN
Putar Roda (Cartwheels)
Putar roda ialah satu variasi dinamik
kedudukan dirian tangan yang lurus.
Kemahiran ini melibatkan pemindahan berat
badan dari tapak kaki (kedudukan berdiri) ke
tangan (dalam kedudukan terbalik) dan
kembali ke tapak kaki. Ansur maju bagi
pergerakan putar roda terbahagi kepada
dua, iaitu teknik memindahkan berat badan
dan teknik meletakkan tapak tangan.

Ansur maju 1 : Teknik memindahkan berat


badan
Aktiviti ini dilakukan dengan menggunakan
tilam yang bersusun atau bangku rendah.
Ini boleh menghasilkan tendangan yang
lebih kuat bagi memudahkan pemindahan
berat badan.

Ansur maju 2: Teknik meletak tapak


tangan dan kaki
Arah kedudukan jari-jari tangan
sangat penting untuk pelaksanaan
putar roda. Kita boleh menandakan
terlebih dahulu tempat untuk
meletak tapak tangan dengan kapur
atau pita perekat berwarna.

Teknik putar roda


Berdiri tegak, tangan lurus.
Langkah sebelah kaki ke hadapan dalam kedudukan lunge. Condongkan
bahu ke sisi arah pergerekan.
Letak tangan kiri kemudian tangan kanan di lantai. Kaki tendangan
diangkat lurus diikuti kaki mendahului, sehingga ke kedudukan dirian
tangan. Kangkangkan kaki.
Mendarat di atas kaki tendangan, diikuti dengan kaki berikutnya dalam
kedudukan lunge.

Guling Depan di Atas Bangku Senam


Permulaan dan akhiran gulingan boleh dilakukan dengan perbagai teknik.
Walau bagaimanapun, sesetengah teknik gulingan bergantung pada
kedudukan tangan, kaki atau badan ketika memulakan gilingan. Selain
bangku senam, gulingan boleh dilakukan di atas lantai,batang titian
(balance beam) atau peti lombol

Ansur maju kemahiran gulingan


Ansur maju gulingan boleh dilaksanakan di atas tilam
gimnastik yang ditandal dengan dua garisan lurus yang
selari.
Berdiri tegak dengan tangan lurus ke atas.
Lipatkan badan dan letak kedua-dua belah tangan di atas
tilam. Rapatkan dagu ke dada.
Mulakan gulingan dari bahagian bahu.
Guling ke depan dengan kaki rapat dengan badan.
Tamatkan gulingan dalam posisi duduk kaki rapat di antara
dua garisan lurus.
Variasikan kedudukan akhir gulingan

Teknik guling depan di atas bangku


senam
Selepas menguasai kemahiran guling
depan, kita boleh melakukan
kemahiran ini di atas bangku senam.
Pada peringkat ini, penyokong
diperlukan untuk mengurangkan
risiko kecederaan dan meningkatkan
keyakinan diri.

Ansur maju kemahiran pangsi


-Berdiri dalam kedudukan lunge.
-Kaki yang bengkok di hadapan ialah kaki sokongan semasa
pusingan.
-Tangan yang bertentangan dengan kaki sokongan dalam
keadaan sedia.
-Ayun kedua-dua belah tangan ke hadapan badan (seperti
memeluk pokok) untuk mendapatkan momentum pusingan.
-Pastikan paksi memanjang tegak. Pusing badan 360 darjah
dengan berat badan atas hujung jari kaki sokongan.
-Kaki bebas dibengkokkan. Letak ibu jari kaki pada sisi dalam
(medial) lutut kaki sokongan.
-Depa tangan untuk mengakhiri pusingan.
-Pastikan pangsi berlaku di tengah-tengah bulatan yang dilukis

*Apabila aktiviti unsur maju ini dikuasai,


kemahiran pangsi boleh dilakukan di
atas bangku senam dengan penyokong.

Teknik pangsi di atas bangku senam.

POLA 5 - Rangkaian
Gimnastik artistik dipersembahkan
dalam bentuk rangkaian pergerakan.
Rangkaian pergerakan ini seharusnya
merangkumi beberapa pola
pergerakan yang berlainan.
Beberapa contoh rangkaian
pergerakan adalah seperti berikut :

A. Berdiri di Atas Bangku Senam, Dirian


Tangan (Pola Statik), Guling Depan
(Pola Putaran) dan Berdiri
B. Bergayut Ayun ke Depan (Pola
Ayunan), Berputar pada Palang
(Pola Putaran) dan Mendarat (Pola
Pendaratan)

Gimnastik artistik memberi penekanan


kepada seni pergerakan manusia. Dalam
pertandingan, aspek pergerakan ini dinilai
secara terperinci berdasarkan buku peraturan
Code of Points. Pergerakan yang baik perlu
mempunyai from (chin-up dan jari kaki yang
dilunjurkan), postur dan penjajaran yang
betul. Penilaian persembahan gimnastik
artistik juga melibatkan kualiti rangkaian
pergerakan yang merangkumi semua atau
beberapa pola pergerakan.

You might also like