You are on page 1of 2

KEMAHIRAN PUTARAN

A. Putar Roda (Cartwheels)


Putar roda adalah satu variasi dinamik kedudukan dirian tangan yang lurus. Kemahiran
ini melibatkan pemindahan berat badan dari tapak kaki (kedudukan berdiri) ke tangan
(dalam kedudukan terbalik) dan kembali ke tapak kaki. Ansur maju bagi pergerakan putar
roda terbahagi kepada dua, iaitu teknik pemindahan berat badan dan teknik meletakkan
tapak tangan.

Ansur maju 1: Teknik memindahkan berat badan


Aktiviti ini dilakukan dengan menggunakan tilam yang disusun atau bangku rendah. Ini
boleh menghasilkan tendangan yang lebih kuat bagi memudahkan pemindahan berat
badan.

Ansur maju 2: Teknik meletakan tapak tangan dan kaki


Arah kedudukan jari-jari tangan sangat penting untuk pelaksanaan putar roda. Kita boleh
menandakan terlebih dahulu tapak tangan dengan kapur atau pita pelekat bewarna.
Teknik:
1. Berdiri tegak, tangan lurus.
2. Langkah sebelah kaki ke hadapan dalam kedudukan lunge. Condongkan bahu
ke sisi arah pergerakan.
3. Letak tangan kiri kemudian tangan kanan di lantai. Kaki tendangan diangkat
lurus diikuti kaki mendahului, sehingga ke kedudukan dirian tangan
kangkangkan kaki.
4. Mendarat di atas kaki tendangan, diikuti dengan kaki berikutnya dalam
kedudukan lunge.

You might also like