You are on page 1of 5

PENGENALAN

Rock Climbing merupakan satu aktiviti sukan dan rekreasi yang mencabar. Ia
melibatkan banyak unsur kemahiran dan kekuatan dari aspek fizikal serta mental.
Selain itu, aspek keselamatan perlu dititik beratkan kerana pendaki bukan sahaja
berhadapan dengan kemahiran mengendali alatan tetapi juga perlu menangani
persekitaran
Sebelum melakukan pendakian, pendaki haruslah memahirkan diri dengan
aspek teknikal dan taktikal. Pendaki juga harus sentiasa menyedari bahawa aktiviti ini
juga memerlukan pengetahuan tentang kaedah-kaedah yang sesuai untuk menangani
beberapa ciri permukaan fizikal yang hendak didaki. Kefahaman dan ilmu tentang
situasi permukaan pendakian juga penting. Kefahaman seperti ini memberikan
kelebihan kepada pendaki memilih teknik dan kaedah pendakian yang sesuai dengan
permukaan tersebut.

Teknik-Teknik Pendakian.

a. Teknik Pergerakan Kaki
Bergerak pada permukaan batu lebih menuntut perhatian dalam menggunakan
kaki. Pijakan kaki yang mantap akan lebih memudahkan pergerakan untuk
memperolehi keseimbangan tubuh. Berikut adalah beberapa kemahiran pendakian
dengan menggunakan teknik pergerakan kaki, antaranya ialah :-

1. Smearing
Digunakan di permukaan yang mempunyai darjah kecondongan yang
rendah dan kurang edges serta knobs
Tapak kasut smeared pada lekukan, bonggolan atau permukaan batu
secara maksima.
Beban daya dipindahkan ke permukaan sentuhan kaki bagi meningkatkan
geseran dan daya cengkaman.

2. Edging
Menggunakan bahagian dalam kaki pada tapak berhampiran ibu jari kaki.
Kaedah asas berdiri pada landas permukaan batu.
Pada kesukaran yang tertentu, bahagian luar tapak kaki akan digunakan,
iaitu di belakang sedikit dari jari kaki kecil.
Edge bukan pada bahagian kasut sahaja tetapi pada permukaan atas
yang membentuk landasan
Sisi kasut diletakkan tepat pada bahagian landas yang paling tajam untuk
mendapatkan pijakan yang optima.
3. Toeing- in
Hujung depan kasut menghala ke landas.
Memerlukan kekuatan ibu jari kaki, terutama pada landas poket yang
kecil.

4. Back stepping
Digunakan khusus pada permukaan yang curam.
Menggunakan edge luar untuk menambahkan jarak jangkauan dan
menyebabkan pinggul mengarah ke dalam.
Struktur tulang kaki yang fleksibel dan kental merupakan faktor utama
bagi menjamin lekatan optima pada kasut di landas.

5. Heel hooking
Percubaan menggunakan kaki sebagai tangan dan jarang dilakukan pada
permukaan yang kurang menegak.
Tumit kasut dicangkungkan pada mana-mana bahagian permukaan batu
yang sesuai.
Ada ketika hujung depan kasut digunakan untuk mencangkuk.
Digunakan juga pada permukaan cerun overhang bagi mengelakkan kaki
tergantung.
Memerlukan fleksibiliti badan yang baik kerana kaki bertindak sebagai
tangan ke tiga.
6. Chimney
Dua permukaan yang berhadapan atau selekoh yang membentuk satu
celah yang besar untuk memasukkan tubuh.
Cara dilakukan dengan chimney iaitu menyandarkan tubuh pada
permukaan yang satu dan menekan atau menolak kaki dan tangan
pada dinding yang lain.
Tindakan seterusnya ialah mengeser-geserkan tangan, kaki dan tubuh
sehingga gerakan ke atas dapat dilakukan. Berdasarkan lebar celah
batu yang dilalui.

b. Teknik Pergerakan Tangan
Setelah meletakkan posisi kaki dengan betul, tangan akan membantu dalam
mencapai keseimbangan tubuh seseorang pendaki dengan memanfaatkan rekahan
atau tonjolan batu. Rekahan tersebut biasanya merupakan rekahan kecil dan besar
yang cukup untuk seluruh badan. Tonjolan secara garis besar dapat dikategorikan
kepada tiga jenis iaitu tonjolan tajam (incut), tonjolan datar (flat) dan tonjolan bulat
(rounded/sloping). Oleh itu, kemahiran pendakian dengan menggunakan teknik
pergerakan tangan adalah seperti berikut :-

1. Palm holds
Berat badan pendaki disokong oleh tapak tangan sama ada menghala ke
dalam atau keluar.
Terdapat hold yang tidak cukup besar untuk menempatkan permukaan
tapak tangan.
Teknik yang paling ekonomi, pendaki tidak perlu menggunakan tenaga
yang lebih dari kedua-dua tangan untuk menarik badan ke atas,
sebaliknya cuma perlu menolak badan ke atas menggunakan tapak
tangan.



2. Flat holds
Menggunakan jari untuk memegang hold dan matlamat adalah untuk
meletakkan sebanyak mungkin jari pada permukaan batu serta melaras
bentuk tangan supaya berada dekat dengan landas.
Memastikan hujung jari lurus pada dan tidak bengkok. Lebih lurus jari
lebih kurang tenaga yang digunakan.
Edges yang kecil tidak boleh didaki jika jari diluruskan, jadi bengkokkan
jari.
Tekanan diserap oleh buku tangan di mana jari dibengkokkan betul-betul
di buku tangan pertama.
Kadang-kadang ibu jari digunakan untuk menyokong susunan jari.
Pada lubang dan edges yang sempit, pegang dengan menggunakan satu
jari sahaja.
Kadang-kadang boleh letakkan satu lagi jari atas tersebut untuk
mendapatkan sokongan.

3. Pinch grip
Digunakan pada permukaan batu yang berbentuk tombol dan
membungkah, counter-pressure digunakan: ibu jari dan jari lain
menyepit kuat menghasilkan tekanan dari kedua-dua arah.

4. Underclings
Pegangan terbalik, jari dimasukkan ke dalam hold berlawanan cara pinch
di atas. Pegangan ini membantu kaki diluruskan.
Kaedah ini juga dikenali sebagai undercuts di mana holds berada terbalik
dan berfungsi melalui counter-pressure di antara tangan dan kaki.
Ia lazimnya dugunakan jika holds berada di bawah paras pinggang.
Kedudukan ini membolehkan kaki diluruskan untuk mencapai holds yang
berada di atas.



5.Side pulls / Laybacking
Rebahkan badan jauh dari hold bagi memindahkan beban.
Tangan dan kaki bekerja secara berlawanan di mana tangan menarik
edge dan kaki menolak permukaan batu.























2

3
1
4

You might also like