You are on page 1of 2

Nur Safiah Afrina Binti Abd Samad

B110
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim,
Jalan Datin Halimah, Larkin,
80350 Johor Bahru, No.Tel : 0177800736
Johor Emel : safiah.afrna14@gmail.com

Ketua Jabatan,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim,
Jalan Datin Halimah,
80350 Johor Bahru,
Johor. 16 Mac 2021

Tuan/Puan,

PERMOHONAN KHAS UNTUK PULANG KE KAMPUNG ATAS SEBAB KESIHATAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya Nur Safiah Afrina Binti Abd Samad, 010814-01-1892, guru pelatih semester 2, PISMP
Ambilan Jun 2020, Unit Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan, IPG Kampus Temenggong Ibrahim ingin
memohon untuk pulang ke kampung selama 3 hari bermula daripada hari Jumaat sehingga hari
Ahad.

3. Untuk makluman pihak tuan/puan, pada tanggal 21 Mac 2021 saya dikehendaki berjumpa
dengan doktor yang berhampiran dengan kediaman saya bagi menghadiri sesi temu janji. Saya
bercadang untuk pulang ke kampung halaman pada tanggal 19 Mac 2021 iaitu pada hari Jumaat,
pukul 10.00 pagi kerana pada hari Khamis saya mempunyai kelas sehingga pukul 5.00 petang.

4. Saya berharap agar permohonan saya ini diluluskan oleh pihak tuan/puan. Segala kerjasama
yang tuan/puan berikan sangat saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,

(NUR SAFIAH AFRINA)

010814-01-1892

*Saya sertakan sekali dokumen temu janji saya bersama doctor

You might also like