You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI TEBRAU

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Jalan Sutera, Taman Sentosa, 81050, Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim
Tel : 07 – 3324523 Fax : 07- 3316532
http://www.sekolahkebangsaansritebrau.blogspot.com E-mail : jba1054.moe.edu.my

Tarikh : 10 Julai 2019


Md. Shukri Bin Sultani,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau,
Johor Bahru

Tuan,

PERMOHONAN PERTANDINGAN INTERVENSI AMALAN BILIK DARJAH TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya, Fifi Nurilya Qistina Binti Rashadi dan Aimi Syuhada binti Ash’ari ingin memohon pelepasan
dari mengikuti program praktikum di sekolah tuan kerana terlibat dengan Pertandingan Intervensi
Amalan Bilik Darjah Tahun 2019 anjuran IPGK Perempuan Melayu, Melaka sebagai peserta
mewakili Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.
3. Berikut merupakan ketetapan program ini :
Tarikh : 21 -22hb Ogos 2019 (Rabu & Khamis)
Lokasi : IPGK Perempuan Melayu
Jalan Durian Daun Lama, Kampung Durian Daun Dalam, 75400
Melaka
4. Oleh yang demikian, saya memohon jasa baik tuan supaya dapat meluluskan permohonan saya ini.
Berkaitan dengan penggantian ketidakhadiran hari tersebut, saya akan berbincang bersama guru
pembimbing saya supaya kaedah penggantian yang terbaik dapat dilaksanakan.
5. Kerjasama dari pihak tuan amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………………………
(Aimi Syuhada binti Ash’ari)
Guru Pelatih,
IPGK Temenggong Ibrahim,
Johor Bahru.

You might also like