You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ IBRAHIM MAJID

KM 3, Jalan Benut
86200 Simpang Renggam
Johor Darul Ta’zim TELEFON : 07-7551405
MALAYSIA FAKSIMILI : 07-7551405

Ruj. Kami : JEA 2045/100-19/3/1


Tarikh : 01 Julai, 2019

Kepada,
Pengarah/Ketua Jabatan/Ketua Pegawai Operasi:
Institusi / Agensi Awam berkenaan

Tuan,

JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI PAMERAN PENDIDIKAN KERJAYA SMK DATO’


IBRAHIM MAJID TAHUN 2019

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa sekolah kami akan mengadakan
pameran seperti di atas sekali lagi pada tahun ini. Acara ini diadakan bertujuan untuk membimbing
dan meningkatkan lagi motivasi para pelajar untuk terus belajar di samping merancang matlamat
pembelajaran dan halatuju kerjaya mereka kelak. Pameran adalah dijadualkan seperti ketetapan
berikut:
Tarikh : 22 Julai 2019 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengahari.
(Persediaan boleh dilakukan seawal pukul 7.00 pagi)
Tempat : Anjung Musolla, SMK Dato’ Ibrahim Majid.
Kami menyediakan : 4 buah meja kecil + 3 buah kerusi

2. Sehubungan itu sukacitalah agar pihak tuan mengesahkan penyertaan dengan mengisi-
lengkapkan Borang Jawapan yang disertakan dan fakskan kepada:

Pengetua, SMK Dato’ Ibrahim Majid (u.p: Unit Bimbingan & Kaunseling), No. faks: 07-7551405
atau emel kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Dato’ Ibrahim Majid di alamat emel:
ubk.smartdim@gmail.com cc ironic.alzuhri@gmail.com sebelum atau pada 20 Julai 2019.

4. Sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi, Encik Mohd Shukri Bin
Beduroding di talian 019-7929743. Kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………..
(NOR ALI BIN SUBANDI)
Pengetua,
SMK Dato’ Ibrahim Majid,
Simpang Renggam, Johor.
MSB/msb

You might also like