You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT TIRAM,

Jalan Banang 2, Taman Bukit Tiram,


81800 Ulu Tiram, Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.
No. Tel : 07-8615026
No. Fax : 07-8615076
Email:jba1121_sktmnbkttiram@yahoo.com
Rujukan Kami : JBA1121/600- 2/2( )
Tarikh : 10 NOVEMBER 2019

Kepada,

Ibubapa/ penjaga
Penerima anugerah
SK Taman Bukit Tiram
81800 Ulu Tiram
Johor

Tuan,

PERSEMBAHAN MAJLIS APRESIASI AKADEMIK DAN KOKURIKULUM 2019

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak di bawah jagaan Tuan/ Puan telah terpilih untuk
menyertai persembahan sempena Majlis Apresiasi Akademik dan Kokurikulum 2019 yang akan
dilaksanakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 17 November 2019 (AHAD)


Masa : 7.20 pagi - 1 petang
Tempat : Dewan Muhammadi, SK Taman Bukit Tiram

3. Sehubungan dengan itu, besar harapan kami agar pihak tuan/puan dapat memastikan anak
dibawah jagaan tuan / puan menghadirkan diri pada tarikh yang telah ditetapkan. Semoga kehadiran
anak tuan/puan ini dapat melancarkan perjalanan majlis pada hari tersebut.

4. Kesudian dan jasa baik tuan/ puan didahului dengan ucapan penghargaan dan terima kasih.
Semoga kehadiran tuan dapat memeriahkan majlis.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………….
(MOHD ARFAH BIN HASHIM)
Guru Besar
SK Taman Bukit Tiram

s.k. i) Fail Induk Kurikulum SK Taman Bukit Tiram

You might also like