You are on page 1of 2

KEDAH AMAN MAKMUR MEMACU TRANSFORMASI

Ruj. Kami : UUM/HEP(DPPSMDY)JKPS/BIP/APW/02


Tarikh : 16 Disember 2013

En. Muzammil Mahmud
Penolong Pendaftar Kanan
Unit Latihan Jabatan Pendaftar
Universiti Utara Malaysia

Melalui dan salinan :

En. Rusman bin Ghani
Pengetua
Dewan Penginapan Pelajar Sime Darby
Universiti Utara Malaysia

Tuan,

MEMOHON PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER EKSEKUTIF UNTUK
PROGRAM ADOBE PHOTOSHOP WORKSHOP

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Biro Informasi dan Publisiti,
Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) Dewan Penginapan
Pelajar Sime Darby, Universiti Utara Malaysia akan mengadakan satu program iaitu
Adobe Photoshop Workshop.

3. Sehubungan itu, kami ingin menempah Makmal Komputer Eksekutif,
Kompleks Konvensyen, Universiti Utara Malaysia untuk digunakan pada hari
berikut.
Program tersebut akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 17 Disember 2013 (Selasa)
Masa : 8.30 am 12.00 pm
Tempat : Makmal Komputer Eksekutif
Bilangan : 30 orang peserta

3. Kami memohon agar pihak tuan dapat sama-sama membantu bagi menjayakan
program ini.

4. Sebarang masalah dan pertanyaan bolehlah menghubungi saudara Mohamed
Rezuan Bin Mohamed Razali di talian 013-5859074 atau Muhamad Afiz Bin
Mohd. Jailani di talian 017-4188620.


Sekian.

DPPKU KEBANGGAANKU

Saya yang menjalankan tugas,



(MOHAMED REZUAN BIN MOHAMED RAZALI)
Pengarah
Adobe Photoshop Workshop
Biro Informasi dan Publisiti
Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS)
Dewan Penginapan Pelajar Sime Darby
Universiti Utara Malaysia.

s.k - Fail
- Fail JKPS

You might also like