You are on page 1of 14

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1 Soalan 1

Bincangkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pengurusan


Program Perkhemahan Sebelum perkhemahan sebelum,
3
semasa dan selepas perkhemahan.

2 Soalan 2

Jelaskan bagaimana aktiviti perkhemahan dapat memupuk 7


nilai kepimpinan dalam kalangan perserta.

3 Soalan 3

Jelaskan tentang jenis aktiviti penghayatan alam semasa 9


aktiviti kembara dilaksanakan.

4 Soalan 4

Huraikan bagaimana aktiviti air berkayak, aktiviti kembara


dan ikhtiar hidup dapat membina keyakinan, daya tahan dan
12
kekuatan mental, fizikal dan emosi dalam kalangan peserta.

5 Rujukan 15

1
Soalan 1
Bincangkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pengurusan Program Perkhemahan
Sebelum perkhemahan sebelum, semasa dan selepas perkhemahan.

Definisi Prosedur Operasi Standard (SOP)


Prosedur Operasi Standard adalah sesuatu set arahan atau perintah kerja yang terperinci
dan bertulis yang harus diikuti bagi mencapai keseragaman dalam menjalankan sesuatu
pekerjaan tertentu dengan berpandukan matlamat yang ingin dicapai. Menurut EPA (2008),
SOP ialah rantaian peraturan yang dibukukan berdasarkan aktiviti yang dilakukan berkali-
kali dalam sesebuah agensi. Menurut Federal Emergency management Agensi atau
dikenali sebagai FEMA (2008), SOP merupakan satu panduan atau aturan yang
menjelaskan proses yang dijalankan secara teratur dan terperinci. Lingappan (2000) SOP
merupakan satu rangkaian peraturan yang digunakan dan dipatuhi dalam menyelesaikan
sesuatu permasalahan.
SOP diperincikan melalui arahan bertulis bagi mencapai keseragaman pelaksanaan
fungsi-fungsi tertentu. SOP yang ditulis dengan baik boleh digunakan untuk memenuhi
keperluan pematuhan. SOP juga disyorkan untuk semua prosedur yang menimbulkan risiko
kepada kesihatan dan keselamatan. Oleh yang demikian, dengan adanya SOP kita dapat
mengendalikan sesuatu aktiviti, peraturan, pematuhan kerja dan dasar-dasar dengan betul
dan selamat. Prosedur Operasi Standard juga harus sering dikemaskini untuk memastikan
patuh kepada syarat-syarat kesedaran dan amalan kerja. Peringkat Prosedur Perkhemahan
Tetap terbahagi kepada tiga peringkat iaitu sebelum, semasa, dan selepas perkhemahan.
Setiap peringkat prosedur ini bertujuan memastikan program yang diadakan akan berjalan
dengan lancar dan keselamatan peserta terjamin.

2
Prosedur Tetap Sebelum Perkhemahan
Peringkat pertama Prosedur Perkhemahan Tetap ialah Peraturan Pelaksanaan
Perkhemahan. Dalam erti kata lain, pihak penganjurmendapatkan kebenaran yang
diperoleh daripada Guru Besar / Pengetua / Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) (u.p Unit
Perhubungan dan Pendaftaran) dengan mengemukakan permohonan bertulis. Setiap
permohonan perlulah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang berikut :
i) Sesalinan kertas cadangan pelaksanaan perkhemahan ( Rujuk Lampiran)
ii) Sesalinan nama peserta dan guru pengiring
iii) Sesalinan surat / penyataan sokongan daripada Unit Kokurikulum,JPNSDE.
iv) Sesalinan senarai jurulatih yang akan memimpin dan menyelia
perkhemahan.
v) Senarai tugas jawatankuasa pelaksanaan.
vi) Perlantikan dan mesyuarat Jawatankuasa Induk serta pelaksanaan.
( Rujuk SP Bil 24 / 1998)
Selain itu, pihak penganjur perkhemahan mestilah melantik secara bertulis
sekurang-kurangnya seorang jurulatih bertauliah yang berkelayakan dan berkemahiran
untuk memimpin serta menyelia program perkhemahan yang akan dijalankan. Suatu
perjanjian persefahaman perlu dibuat antara pihak penganjur dengan jurulatih yang dilantik
itu ( Rujuk para 3E, SP 24 / 1998 ). Pihak penganjur juga perlu membuat pemberitahuan
mengenai perkhemahan kepada :
i) Balai Polis yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan.
ii) Balai Bomba dan Penyelamat yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan.
iii) Pejabat / Pusat Kesihatan yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan
iv) Pejabat Pentadbiran /Pejabat Penghulu yang paling hampir dengan lokasi
perkhemahan
Seterusnya, penyertaan murid dalam setiap perkhemahan mestilah atas kerelaan dan
kesanggupan sendiri dengan mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga
masing-masing.Setiap peserta yang akan menyertai sesuatu perkhemahan mestilah sihat,
bersedia dan telah menjalani latihan-latihan asas yang berkaitan. Kejayaan menjalani
latihan-latihan asas ini mestilah dijadikan prasyarat kepada peserta.Pihak penganjur juga
juga perlu mengadakan taklimat awal mengenai aktiviti-aktiviti, peraturan dan langkah-
langkah keselamatan perlu diambil semasa perkhemahan, mestilah diberikan kepada
semua peserta. Kebenaran bertulis menggunakan tapak lokasi perkhemahan mestilah

3
diperoleh terlebih dahulu daripada pihak yang berkuasa. Lokasi Perkhemahan mestilah
sesuai dan terjamin keselamatannya dari segi:
i) gangguan binatang buas dan haiwan berbisa.
ii) hakisan atau tanah runtuh.
iii) banjir.
iv) ribut atau gelombang besar.
v) wabak penyakit.
vi) kemalangan di luar jangkaan seperti pokok tumbang, dahan jatuh dan
sebagainya. ( Rujuk para 2.4 SPI Bil 12 / 2000 dan SPI Bil 9 / 2000 )
Jurubantumula mestilah dilantik dan berada bersama peserta pada sepanjang masa
perkhemahan. ( Rujuk para 3E, SP Bil 24 / 1998). Penyertaan murid mestilah disertai oleh
guru-guru pengiring yang dilantik secara bertulis oleh Pengetua atau Guru Besar. Guru
tersebut diberi kuasa secara bertulis untuk mengawal dan menyelia keselamatan, disiplin
dan kebajikan murid sepanjang tempoh perkhemahan. Semua keperluan logistik (peralatan
perkhemahan) hendaklah mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik dan sesuai
untuk program perkhemahan. Jika perkhemahan dibuat di luar kawasan sekolah yang
melibatkan pengangkutan, kebenaran dan peraturan pelancongan 1957 hendaklah dirujuk.

PROSEDUR TETAP SEMASA PERKHEMAHAN


Seterusnya, semasa perkhemahan, perkara atau tindakan yang perlu diambil ialah seperti
memastikan kesihatan dan kebajikan para peserta sepanjang perkhemahan terkawal dan
terjamin, khususnya berkaitan perkara-perkara berikut:
i) Jangkitan penyakit seperti malaria, campak, selsema dan lain-lain.
ii) Keracunan makanan.
iii) Kemudahan-kemudahan asas.
iv) Sistem komunikasi.
Pihak penganjur juga perlu memastikan Prosedur Keselamatan dilaksanakan dan dipatuhi.
( Rujuk SPI. Bil. 12 / 2000 JPNSDE) dan memastikan Jadual Perkhemahan dilaksanakan
mengikut perancangan. Namun perancangan boleh diubahsuai jika berlaku perkara-perkara
yang tidak dapat dielakkan seperti faktor-faktor alam, manusia dan lain-lain.Manakala,
mesyuarat penyelarasan harus dibuat pada akhir aktiviti setiap hari bagi menilai dan
membincangkan masalah-masalah yang timbul untuk diperbaiki pada masa hadapan dan
pemantauan terhadap aktiviti perlu dilakukan sepanjang program perkhemahan berlangsung.

4
PROSEDUR TETAP SELEPAS PERKHEMAHAN
Selepas perkhemahan antara perkara-perkara yang perlu dilakukan adalah seperti berikut :
i. Memastikan keperluan logistik atau peralatan perkhemahan mencukupi dan
berada dalam keadaan bersih dan baik.
ii. Memastikan kawasan perkhemahan berada dalam keadaan bersih seperti
sebelumnya.
iii. Memohon kebenaran daripada pemilik atau penduduk setempat untuk
meninggalkan kawasan perkhemahan.
iv. Mengadakan post-mortem bagi menilai semula aktiviti yang dijalankan dan
mengenalpasti kelemahan-kelemahan untuk diambil tindakan selanjutnya.
v. Membentang dan membuat laporan kewangan dan aktiviti.
vi. Mengedar surat penghargaan kepada pihak terlibat dan sijil pencapaian serta
penyertaan kepada peserta perkhemahan.
vii. Mendokumentasikan program tersebut sebagai panduan dan rujukan pada
masa hadapan.

Secara kesimpulan, tujuan Prosedur Tetap Perkhemahan diwujudkan adalah untuk memastikan
pelaksanaan program berjalan dengan lancar seperti yang sepatutnya di samping memastika
keselamatan para peserta perkhemahan terjamin.

5
Soalan 2
Jelaskan bagaimana aktiviti perkhemahan dapat memupuk nilai kepimpinan dalam
kalangan perserta.
Perkhemahan adalah aktiviti asas bagi kebanyakan kegiatan luar. Pada zaman dahulu
berkhemah merupakan cara hidup bagi kaum-kaum Dayak Merah di Amerika Syarikat. Tetapi
kini aktiviti perkhemahan menjadi aktiviti riadah dan sukan yang diminati ramai terutama
golongan muda di serata dunia. Perkhemahan merupakan cara hidup sementara seseorang di
persekitaran luar rumah yang memerlukan seseorang melakukan aktiviti kehidupan harian
dengan menggunakan peralatan dan bekalan makanan yang terhad.
Menurut Eng (2013) menyatakan istilah perkhemahan akan merujuk kepada aktiviti day
camp, camping out dan residential camp. Day camp atau perkhemahan sehari merujuk kepada
perkhemahan yang diadakan dalam tempoh sehari, iaitu pergi pada sebelah pagi dan pulang
pada hari yang sama. Camping out melibatkan aktiviti perkhemahan yang memerlukan peserta
bermalam ditempat perkhemahan untuk semalam ataupun beberapa malam. Residential camp
atau summer camp membawa maksud perkhemahan untuk tempoh masa yang agak panjang
yang mungkin boleh mengambil masa berbulan-bulan. Buku panduan pendidikan luar Learning
and Teaching Scotland (2010), menyebut bahawa aktiviti perkhemahan memberi peluang untuk
murid menjauhkan diri daripada persekitaran sekolah dan membolehkan mereka membentuk
ciri-ciri personaliti seperti keyakinan hasil daripada usaha berdikari dan membuat keputusan
sendiri, ketabahan kerana individu dan kumpulan perlu berganding bahu dalam membuat
keputusan, tinggal dan berkongsi masa lapang, semangat pengembaraan kerana berpeluang
meneroka tempat dan persekitaran baru, menghayati faedah gayahidup sihat melalui pelbagai
aktiviti fizikal dan kemampuan mengimbas kembali pengalaman dan pembelajaran yang
diperoleh.
Menurut Rahim (2004) menyatakan semasa perkhemahan dijalankan terdapat dua jenis
tingkah laku yang wujud iaitu tingkah laku terpuji dan tingkah laku yang buruk. Tingkah laku

6
terpuji adalah melatih peserta perkhemahan bangun awal, sentiasa riang, tidak cepat merasa
putus asa, semangat tolong menolong, pandai meyesuaikan diri dan menjaga kebersihan dan
keselamatan diri. Tingkah laku terpuji yang dinyatakan adalah berkait dengan elemen
kemahiran kerja berpasukan. Elemen yang pertama iaitu kebolehan untuk membina hubungan
yang baik, berinteraksi dengan mencapai objektif yang sama adalah berkait dengan tingkah
laku sentiasa riang. Elemen yang kedua ialah memahami dan mengambil bahagian peranan
bersilih ganti antara ketua dan ahli kumpulan boleh dikaitkan dengan tingkah laku semangat
tolong menolong. Elemen yang ketiga ialah untuk mengenal dan menghormati sikap, kelakuan
dan kepercayaan orang lain dikaitkan dengan tidak cepat merasa putus asa. Elemen yang
keempat ialah memberikan sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan hasil
kumpulan boleh dikaitkan dengan tingkah laku boleh menjaga kebersihan dan menjaga
keselamtan bersama dan elemen yang kelima iaitu bertanggungjawab terhadap keputusan
kumpulan boleh dikaitkan dengan pandai menyesuaikan diri.
Dalam konteks perkhemahan, kerja berpasukan dapat dilihat sedari sejak tiba di
kawasan perkhemahan hinggalah persediaan tapak khemah, solat dan kerohanian, makan
minum, jungle tracking dan berbagai lagi aktiviti. Sifat berkumpulan ini menjadi lebih perlu di
dalam perjuangan dan menuntut persediaan dari segi Ilmu dan kekuatan dari segi mental dan
rohani. Sebuah organisasi tidak dapat ditegakkan tanpa ahli dan kepimpinan. Kepimpinan mesti
mendapat sokongan dan dipatuhi oleh yang dipimpin. Kaedah bermesyuarat dan muafakat
menjadi panduan dan kekuatan dalam sesebuah organisasi. Hal in dapat ditonjolkan dalam
aktiviti berkumpulan kerana ketua kumpulan perlu memainkan peranan untuk membuat
keputusan yang menjamin kesejahteraan ahli kumpulannya. Situasi seperti ini juga mmapu
untuk mendidik individu dalam kemahiran membuat keputusan terutamanya dalam situasi yang
kritikal. Justeru, hal ini secara langsung dapat memupuk daya kepimpinan peserta sekaligus
mampu untuk mengawal struktur organisasi dengan baik dan terurus.
Tuntasnya, aktiviti perkhemahan dapat memupuk serta menonjolkan sifat dan daya
kepimpinan peserta tanpa kecuali. Setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan
memerlukan peserta berfikir secara rasional demi memastikan pelaksanaan aktiviti berjaya
dijalankan dengan jayanya tanpa adanya sikap prejudis dalam diri masing-masing. Nilai
kepimpinan ini terbina secara berkumpulan atau beramai-ramai, bersama-sama dan wujud
kerjasama di antara dua pihak atau lebih. Maka, ianya harus disemai secara berterusan dan
melalui modul yang berkualiti.

7
Soalan 3
Jelaskan tentang jenis aktiviti penghayatan alam semasa aktiviti kembara dilaksanakan.
Kembara bermaksud mengikuti denai-denai atau lorong-lorong kecil yang dilalui oleh
manusia mahupun haiwan. Antara aktiviti kembara yang dijalankan ialah berjalan merentas
rimba atau berjalan lasak. Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada program
perkhemahan semasa Bina Insan Guru. Tujuan aktiviti kembara dijalankan adalah untuk:
i. membina ketahanan fizikal dan mental
ii. mengamalkan sikap berdikari semasa menjalankan aktiviti
iii. membentuk semangat berpasukan yang nilai kerjasama yang tinggi
iv. membina nilai kerohanian dan akhlak yang tinggi
v. meningkatkan apresiasi terhadap alam sekitar

Amalan Konservasi
Amalan konservasi perlu dilakukan sejak kecil kerana pada usia itulah pelajar akan diberi
pengetahuan mengenal dan memahami pentingnya konservasi alam. ini akan membawa
kesedaran kepada mereka tentang kewajipan memelihara dan memulihara alam sekitar,
sikap serta tindakan positif terhadap alam. Melalui guru yang dilatih, badan kerajaan dan
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diharapkan penyebaran informasi tentang konservasi
alam dapat disampaikan kepada generasi masa depan yang akan menjadi pemimpin
bangsa yang mempunyai keberanian, bertanggungjawab, menjunjung tinggi nilai etika dan
mempunyai visi yang berwawasan.
Di Malaysia, pendidikan luar secara tidak formal bermula dengan aktivitinya di
Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk pelatih guru yang mengikuti program Bina Insan Guru
(BIG). Aktiviti seperti berakit, menjelajah, mendaki gunung dan perkhemahan diperkenalkan
kepada guru pelatih. Alam sekitar memainkan peranan yang penting kehidupan seharian
kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan

8
menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak
akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan sekiranya alam sekitar di negara kita tidk
dijaga dengan baik.
Alam menghasilkan sumber keperluan untuk manusia. Daripadanya terhasil sumber
makanan, minuman, tenaga, dan alat perhubungan. Alam sekitar yang bersih serta
ekosistem yang terpelihara daripada pencerobohan akan dapat memberikan keselesaan
dalam kehidupan. Oleh itu, manusia hendaklah memelihara alam sekitar dengan baik dan
bertanggungjawab supaya tidak berlaku pencemaran.
Aktiviti Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Beberapa aktiviti boleh dianjurkan dengan kerjasama pihak sekolah, ibu bapa, badan kerajaan,
NGO dan badan swasta untuk menimbulkan kesedaran pelajar. Melalui aktiviti-aktiviti yang
telah dianjur, pelajar akan dapat memahami tentang kepentingan untuk memmelihara dan
memulihara alam sekitar.
Antaranya ialah Kempen Kitar semula. Kempen-kempen yang barkaitan dengan
mengurangkan bahan buangan, mengguna semula dan mengitar semula 3R
(reduce,reuse,recycle) di sekolah-sekolah. Pihak sekolah juga boleh bekerjasama dengan
kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha menggalakkan pelajar mengitar
semula bahan buangan mereka. Kempen-kempen kitar semula akan membawa kesan yang
positif jikalau kita mengamalkan amalan ini sejak kecil lagi. Dari aspek manusia, kita dapat
menimbulkan kesedaran dalam diri tentang kepentingan untuk memelihara dan memulihara
alam sekitar. Dengan mengitar semula buku-buku, surat khabar lama dan majalah-majalah
maka dapatlah memelihara dan memulihara dari aspek tumbuhan.Ini kerana kitar semula kertas
akan dapat mengurangkan aktiviti penebangan pokok. Semakin tinggi keperluan terhadap
kertas bermakna lebih banyak polkok akan ditebang. Jikalau hutan tidak dimusnah oleh
kegiatan manusia, habitat haiwan juga dapat dilindungi. dari aspek alam pula, amalan kitar
semula barang keperluan akan membantu mengurangkan kebergantungan kita terhadap alam
sekitar dan memelihara sumber alam sekitar.
Seterusnya ialah Jungle Trekking / Kembara. Pihak sekolah boleh menganjurkan aktiviti
jungle trekking sempena cuti penggal untuk menambahkan pengetahuan pelajar tentang
kepentingan dan keindahan hutan. Sebagai contoh, guru boleh membawa pelajar-pelajar ke
Taman Negara. Banyak pengetahuan yang berkaitan alam boleh diterangkan kepada para
pelajar. Antaranya tumbuhan yang boleh dijadikan ubat dan habitat bagi haiwan-haiwan. Di
samping itu juga, kesan-kesan pemusnahan hutan dan akibatnya boleh juga diterangkan seperti
banjir, tanah runtuh dan kepupusan flora dan fauna. Aktiviti perkhemahan juga merupakan

9
aktiviti penghayatan alam. Semasa menjalankan perkhemahan di hutan, pelajar akan
mempelajari pengetahuan hidup dengan menggunakan sumber hutan. Mereka akan belajar
menangkap ikan, mencari sayur-sayuran atau buah-buahan liar dan menggelakkan diri
daripada binatang buas. Melalui pengalaman ini, mereka akan mempelajari kepentingan hidup
harmoni dengan alamsekitar. Jikalau hutan telah dimusnah, manusia juga tidak dapat
meneruskan hidup. Habitat haiwan juga akan musnah, banyak binatang akan mengalami
kepupusan.
Kesimpulannya, aktiviti kembara yang dijalankan antara lain adalah untuk memupuk
rasa cinta akan alam semula jadi dan menyedari akan kepentingan memelihara khazanah alam
ini agar terus terpelihara sepanjang masa.

10
Soalan 4
Huraikan bagaimana aktiviti air berkayak, aktiviti kembara dan ikhtiar hidup dapat
membina keyakinan, daya tahan dan kekuatan mental, fizikal dan emosi dalam kalangan
peserta.
Berkayak adalah satu aktiviti yang memerlukan seseorang mengemudi kayak diatas air dengan
mengaplikasikan kaedah dan teknik yang paling mudah digunakan. Aktiviti ini merupakan satu
aktiviti yang menyeronokkan dan mencabar kemampuan serta ketahanan fizikal mahupun
mental seseorang.
Antara perkara yang paling asas dalam kayak ialah keberanian keyakinan pada diri
sendiri. Tanpa keyakinan diri yang tinggi dalam melakukan aktiviti yang melibatkan air,
seseorang akan menjadi cepat gelabah dan takut sekaligus akan menyebabkan tidak dapat
mengawal kayak dengan baik yang akan mengundang bahaya. Dalam hal ini, kemahiran critical
thinking dalam diri peserta amat dituntut dalam membuat keputusan sekirannya berlaku sesuatu
di luar kawalan. Selain itu, untuk berkayak dengan baik juga, peserta perlu mengaplikasikan
penggunaan tenik yang betul seperti yang telah diajar oleh jurulatih.
Aspek disiplin peserta juga amat ditekankan semasa menjalani aktiviti kayak. Hal ini
kerana apabila berada di atas permukaan air para peserta akan terdedah dengan segala
macam jenis bahaya. Penekanan disiplin amat dititkberatkan bermula dari fasa sebelum,
semasa dan selepas aktiviti kayak dijalankan. Pemakaian jaket keselamatan adalah wajib bagi
semua peserta tanpa kecuali. Malah, nilai kerjasama atau kerja berpasukan juga turut dituntut
untuk menjamin kelancaran dan keberkesanan program yang dijalankan.
Seperti aktiviti berkayak, aktiviti ini sememangnya amat bermakna dan seronok di mana
setiap peserta dapat mengaplikasikan nilai toleransi dan semangat kerjasama semasa berkayak
bersama pasangan masing-masing. Komunikasi yang berkesan amat penting dalam berkayak
selain semangat kerjasama. Tidak semua peserta yang terlibat mampu menangani cabaran
dalam aktiviti air kerana fobia akan air kerana arus yang deras. Namun aktiviti ini mampu
melahirkan dan membina keyakinan diri malah berani dalam menempuh segala cabaran

11
semasa berkayak. Peserta berani mencabar diri untuk melawan arus walaupun sesetengah
peserta mungkin tidak pernah melakukan aktiviti berkayak dan ianya merupakan pengalaman
baru bagi mereka. Kekuatan mental, fizikal dan emosi yang kuat harus ada semasa aktiviti
berkayak ini dijalankan kerana aktiviti sebegini mampu melemaskan peserta malah
membahayakan peserta sekiranya tidak boleh mengatasi musibah yang tidak dijangka semasa
aktiviti berkayak dilakukan. Sememangnya aktiviti berkayak ini sangat mencabar seperti
pengendalian kayak yang betul supaya kayak tidak terbalik, arus laut yang bergelora yang
mampu membawa kayak dan peserta tersasar ke tempat lain dan tidak mahir berenang
membuatkan peserta takut dengan aktiviti air. Semua cabaran yang dilalui sememangnya
mampu membina keyakinan, daya tahan dan kekuatan mental, fizikal dan emosi kepada
peserta.
Aktivit kembara juga turut memberi kesan dalam pembentukkan jati diri seseorang.
Kembara didefinisikan sebagai satu perjalanan yang mengujakan atau pelik. Kembara juga
boleh menjadi aktiviti yang mempunyai cabaran fizikal. Selain itu aktiviti ini mampu
dimanfaatkan sebagai salah satu cara hidup yang sihat, menyalurkan segala bentuk keilmuan
dan kemahiran termasuk ilmu kehutanan, alam semulajadi.
Dalam dalam akiviti kembara ini, nilai kerjasama sesama ahli amat dituntut agar
perjalanan kembara dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Semua peserta perlu
memberikan komitmen yang tinggi dalam aktiviti ini. Segala keputusan yang dibuat perlu
melalui perbincangan dalam kumpulan tersebut kerana setiap keputusan akan melibatakn
secara langsung semua ahli kumpulan.
Aktiviti kembara ini membantu peserta belajar mengenai alam ciptaan Tuhan dan
sememangnya aktiviti kembara ini sangat mencabar malah merbahaya sekiranya tidak
mempunyai ilmu yang tinggi dalam pengendalian. Pengendalian yang dimaksudkan
termasukkan ilmu navigasi darat, persediaan sekiranya tersesat, persediaan berlakunya
bencana yang tidak diingini semasa aktiviti dijalankan. Kesemua cabaran tersebut haruslah
mempunyai ketahanan mental dan fizikal untuk menangani dengan tenang. Sekiranya tidak,
peserta mungkin akan tersesat tanpa dijumpai malah susah untuk mendapatkan bekalan
makanan di dalam hutan. Bagi aktiviti kembara ini juga, tidak kesemua peserta pernah
mengalami dan merupakan pengalaman pertama mereka dalam kembara dalam hutan.
Bermaksud mereka tidak mempunyai ilmu dan gambaran apa akan terjadi dan bagaimana
mengatasi masalah yang mereka hadapi. Pengalaman seperti inilah yang akan melahirkan
keyakinan diri dalam diri peserta malah kuat daya tahan dan kekuatan mental, fizikal dan
emosi. Ketabahan dan kegigihan amat penting dalam menjalankan aktiviti kembara kerana

12
jalan di dalam hutan sangat sempit dan cerun malah banyak belukar. Ancaman yang
mungkin dihadapi dalam aktiviti kembara juga adalah terdapat tumbuh-tumbuhan yang
bebrisa dan berduri malah beracun yang mungkin membahayakan kesihatan dan
keselamatan peserta sepanjang aktiviti dijalankan.
Ketahanan fizikal dan mental juga amat dituntut dalam aktiviti kembara. Hal ini
kerana, sekiranya peserta mempunyai daya tahan mental dan fizikal yang lemah maka
sikap mudah berputus asa serta menyerah kalah akan muncul dalam diri peserta. Jelas,
semangat berpasukan amat penting sebagai motivasi sesama peserta dalam melaksanakan
aktiviti ini. Walau bagaimanapun, aspek keselamatan tidak sesekali diabaikan kerana
segala kemungkinan boleh berlaku tanpa diundang. Oleh itu, persediaan dan perancangan
yang teratur perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan.
Ikhtiar hidup bermaksud usaha untuk terus hidup dalam suatu keadaan genting atau
ikktiar yang perlu dilakukan oleh seseorang ketika menghadapi ancaman dan masalah
bekalan makanan. Aktiviti ini merupakan aktiviti luar untuk menguji ketahanan mental dan
fizikal dan emosi para peserta. Sebagai contoh, sekiranya bekalan makanan yang sedia ada
dibawa telah habis, peserta boleh mencari buah-buahan, memburu binatang dan makan
sayur-sayuran atau tumbuhan yang boleh dimakan. Tidak kesemua tumbuhan yang berada
dalam hutan boleh dijadikan makanan mahupun ubatan. Terdapat tumbuhan yang beracun
yang harus peserta ketahui demi keselamatan diri. Dalam keadaan genting ketiadaan
makanan, peserta juga boleh mencari sumber air dari tumbuhan seperti buluh, pokok
pisang, pokok mempelas dan boleh juga sumber air boleh didapati dalam gua sekiranya
ada. Ancaman seperti binatang buas dan berbisa mungkin terjadi semasa aktiviti ikhtiar
hidup berjalan. Peserta harus mencari ikhtiar bagaimana hendak menangani seperti
menaburkan sedikit belerang di unggun api, memastikan bekalan makanan disimpan dalam
keadaan baik supaya binatang tidak mendekati makanan tersebut. Kekangan seperti
ketiadaan khemah mungkin berlaku dan peserta harus memikirkan cara bagaimana untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Ikhtiar yang boleh dilakukan ialah dengan membuat
tempat berteduh yang selamat, tidak jauh dari sumber air dan dapat menentukan jalan
keluar ketika kecemasan. Sekiranya kesemua cabaran atau masalah ini berlaku para
peserta haruslah mempunyai mental yang kuat dalam pengetahuan pendidikan luar
sebelum menjalani aktiviti, tahap fizikal dan kecergasan yang baik dan keyakinan yang
tinggi dalam membuat keputusan.
Kesimpulannya, aktiviti berkayak dan kembara serta ikhtiar hidup dapat membina jati
diri yang utuh dalam diri masing-masing di samping membina kekuatan mental, fizikal,

13
emosi dan pengukuhan rohani sebagai persediaan dalam mendepani cabaran sebagai
seorang guru.

RUJUKAN
Abdul Alim Abdul Rahim (2013), Panduan Perkhemahan, Simpulan dan Pioneering,
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Carr,Bob.(2012) Camp Sights. 1st University of Minnesota Press.

Environmental Protection Agency (2008), Pennsylvania Ave,NW,Washington, DC

Federal Emergency Management Agency (2008), Mitigation Division, Washington, DC

Ikmalhisham bin Hj. Daroji, Chia Chiow Ming (2012). Pendidikan Luar,Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd., Puchong, Selangor.

Mohd Haji Mohd Tohar (2012), Protokol dan Etiket Dalam Pengurusan dan
MenghadiriMajlis. Kuala Lumpur : INTAN

Linggapan (2000) Definisi Pengertian Standard Operasi Prosedur. Manado, Grameda

14

You might also like