You are on page 1of 7

DRAF

PERLEMBAGAAN KELAB PENCINTA ALAM


SMK MERAPOK 2019

1. NAMA KELAB : KELAB PENCINTA ALAM SMK MERAPOK

2. ALAMAT : SMK MERAPOK,KM 30 JALAN MERAPOK 96700 LAWAS ,SARAWAK

3. MATLAMAT :

3.2 Memupuk semangat kerjasama dan perhubungan yang erat di kalangan ahli

kelab.

3.2 Membentuk insan

4. OBJEKTIF

Objektif Kelab Pencinta Alam (KPA) ditubuhkan ialah:

4.1 Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki


ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi
pelbagai cabaran kehidupan.

4.2 Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan


ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang
mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan
Negara demi menjayakan Wawasan 2020.

4.3 Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna
dadah, budaya lepak dan juvana.

4.4 Mempelbagaikan kegiatan berpesatuan di sekolah bagi menyediakan pelajar-


pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan
mengurus dan memimpin.

4.5 Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama,
bangsa dan Negara Malaysia.
DRAF

4.6 Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan


mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi
kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.

4.7 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan


mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta masyarakat dan
berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.

5. KEAHLIAN

5.1 Dibuka kepada semua murid lelaki dan perempuan sekolah ini.

5.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang keahlian.

5.3 Ahli-ahlli mestilah menerima dan bersetuju berpegang kepada Perlembagaan ini

dan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan kelab ini.

6. GURU PENASIHAT

6.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

6.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dan mempunyai kuasa mutlak dalam

merancang, melaksanakan atau membatalkan semua aktiviti apabila difikirkan perlu.

6.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa hadir dan bersama-sama ahli semasa aktiviti

dijalankan.

6.4 Guru penasihat mempunyai kuasa membuat penilaian kokurikulum.


DRAF

7. AHLI JAWATANKUASA

7.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung

7.2 Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menunjukkan surat tunjuk sebab

akan dicalonkan sebagai AJK.

7.3 Pemilihan AJK secara undian.

7.4 AJK Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

7.5 AJK yang hendak meletak jawatan hendaklah menemukakan surat perletakan

jawatan kepada Guru Penasihat.

7.6 Jawatankuasa "Pencinta Alam" akan terdiri daripada:

Penasihat : Cik Khairunnisa binti Ahmad Daud


Pengerusi : Yakub bin Jai
Naib Pengerusi : Tun Muhamad Nasseruddin bin Jamaie
Setiausaha : Noor Erna Salina Murfidah binti Ayubi
Bendahari : Zafirah binti Hassan
Ketua Kumpulan : 1) Zulkifli bin Amadi
2) Noor Aziati Binti Daud
3) Abd Aziz bin Hanbali
4) Ahamad Matusin bin Awangku Matusin
5) Nursarafina bin Bolhie
:
DRAF

8. KEWANGAN

8.1 Sumber utama kewangan adalah melalui yuran yang diputuskan semasa

Mesyuarat Agong pertama kelab Pencinta Alam iaitu RM2.00 setahun.

8.2 Persatuan boleh memperoleh kewangan melalui aktivti.

8.3 Ahli-ahli yang setuju menyertai yang memerlukan perbelanjaan besar akan

dikenakan yuran khas bagi membiayai ahliahli tersebut.

9. KEHADIRAN /PENYERTAAN

9.1 Ahli-ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan sepanjang

tahun.

9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak 5 kali boleh dikenakan tindakan disiplin

dan kehilangan hak-hak keahlian kelab.

10. AKTIVITI

10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agong.

10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru penasihat dan diumumkan

untuk pengetahuan.
DRAF

11. PERATURANPERATURAN

11.1 Peraturan sekolah menjadi peraturan asas.

11.2 Peraturan khas yang telah ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

12. TINDAKAN DISIPLIN

12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dantidak mematuhi

peraturan yang ditetapkan.

12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

Amaran lisan

Amaran Bertulis

Gantung Keahlian

Pecat kehalian

12.3 Ahli yang dikenakan tindakan disiplin akan hilang semua hak keahlian.

12.4 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat

surat bantahan kepada Guru Penasihat secara bertulis dan keptusan Guru penasihat

adalah muktamat.

13. PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda pada

tahun hadapan.

13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, AJK, Guru Penasihat

dan pentadbir sekolah secara bertulis.


DRAF

13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri Guru Penasihat dan AJK akan

membincangkan cadangan tersebut dan meluluskan jika perlu.

13.4 Setiap pindaan yang diluluskan hendaklah dipamerkan di papan kenyataan

kelab dan disahkan oleh Guru Besar.

14. PEMBUBARAN PERSATUAN

14.1 Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar

perlembagaan dan FAlsafah Pendidikan Negara.

14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyarat

Tergempar.

15. HAL-HAL LAIN

15.1 Semua ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang

dirancang.

15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh dedikasi.
DRAF

AKTIVITI UTAMA

KELAB PENCINTA ALAM 2019

PERJUMPAAN/MINGGU TAJUK/KEMAHIRAN

1  Pendaftaran ahli kelab


 Mensyuarat agung Penubuhan kelab (pemilihan
AJK)
2  Taklimat dan pembentangan perlembagaan kelab
3  Ujian kemajuan pra
4  Taklimat kepentingan menjaga alam sekitar
 Kesan-kesan positif menjaga alam sekitar
5  Bengkel membina cenderahati daripada bahan
buangan
6  Membina cenderahai daripada bahan buangan
7  Pembentangan hasil ciptaan daripada bahan
buangan
8  Melukis poster “kempen Bumi Hijau”
9  Taklimat bahaya nyamuk aedes
 Memeriksa pembiakan nyamuk aedes di kawasan
sekolah
10  Penyelenggaraan taman dan alatan
11  Aktiviti teka silang kata dan susnan puzzle
12  Ujian akhir tahun alam sekitar kepada ahli-hli
kelab

Disediakan Oleh, Disemak Oleh, Disahkan Oleh,

………………………. ……………………………. …………………………..


(NOR ERNA SALINA) (KHAIRUNNISA BT AHMAD) (YAKUB BIN
JAI)
Setiausaha Guru Penasihat, Pengetua,
Kelab Pencinta Alam Sekitar Kelab Pencinta Alam Sekitar SMK Merapok

You might also like