You are on page 1of 12

TAJUK 3 : IRAMA DAN RUANG (aktiviti amali)

Cadangan aktiviti untuk tujuan ekspresi dan penyampaian idea melalui irama,
warna dan ruang.

Tajuk: Pergerakan ranting – ranting serta bahagian pokok yang


menghasilkan irama, ruang dan warna

Tema persekitaran: Hutan

Pelajar diperkenalkan kepada pokok-pokok yang terdapat di dalam hutan melalui


gambar visual, rakaman video, penerangan dan sesi soal - jawab.

Pelajar diminta melakukan pergerakan yang berkaitan dengan pokok untuk


menunjukkan konsep irama, warna dan ruang melalui seni visual, seni muzik dan
seni pergerakan

aktiviti pergerakan

Menghasilkan pergerakan berirama untuk menggambarkan pergerakan dahan dan


ranting pokok
Membuat pergerakan berdasarkan ruang yang diberi

Aktiviti-aktiviti tersebut dapat membantu pelajar mengenalpasti penghasilan irama,


warna dan ruang merentasi kurikulum seperti di bawah:

 Mengesan pokok-pokok (mata pelajaran Sains)


 Menghasilkan urutan bunyi (irama dan warna ton) yang berkaitan dengan
persekitaran (mata pelajaran Pendidikan Muzik)
 Menunjukkan pergerakan pokok melalui sapuan berus dengan warna yang
berbeza-beza(mata pelajaran Pendidikan Seni)
 Melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor (mata pelajaran
Pendidikan
TOPIK 4 : Pergerakan (AMALI)

Kesedaran Tubuh Badan


Kesedaran tubuh badan merujuk kepada ‘apa’ yang dapat dilakukan oleh tubuh badan kita.
Dalam komponen ini terdapat lima elemen seperti bentuk badan, imbangan, pemindahan
berat badan, layangan dan satah.
i. Bentuk Tubuh Badan

Tubuh badan manusia dapat membentuk perlbagai bentuk bergantung kepada kreativiti
setiap individu. Tubuh badan dapat dibentuk seperti bulat, tajam, besar dan bongkok (rujuk
Gambar foto 4.4).

Bulat Besar Bongkok

Imbangan
Imbangan bermaksud keupayaan individu atau kumpulan mengekalkan kestabilan melalui
pelbagai anggota badan bagi tempoh tertentu. Imbangan terbahagi kepada tiga iaitu
imbangan atas perut, imbangan sokongan belakang dan imbangan atas punggung

Atas punggung Sokongan belakang


Pemindahan Berat Badan
Pemindahan berat badan berlaku apabila pusat graviti tubuh badan dipindahkan dari satu
posisi ke posisi yang lain. Contoh Imbangan bangau – imbangan skala

Imbangan Bangau Imbangan Skala

Layangan
Layangan merupakan satu fasa apabila badan terapung di udara tanpa sebarang
sokongan
Contoh: Lompat bintang, lompat sambil memusing dan mendarat

Layangan

Satah
Satah dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu satah depan, satah mendatar dan
satah sisi. Satah depan (frontal plane) merupakan dimensi abstrak yang membahagikan
badan kepada dua iaitu depan dan belakang. Satah mendatar (tranverse plane)
membahagikan badan kepada dua iaitu atas dan bawah. Satah sisi (sagittal plane)
membahagikan badan kepada dua iaitu sisi kanan dan sisi kiri
Kesedaran Ruang
Kesedaran ruang merujuk kepada ‘ke mana’ badan kita boleh bergerak. Dalam
komponen ini terdapat empat elemen iaitu lokasi, arah, aras dan laluan.

i. Lokasi

Lokasi terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri merupakan
ruang yang dapat dicapai di lokasi setempat oleh seseorang. Manakala ruang am
pula merupakan ruang yang dilalui apabila bergerak dari satu titik ke titik lain

Ruang Diri
RUANG AM

Arah
Arah menunjukkan pergerakan ke hadapan, ke belakang, ke atas, ke bawah, ikut
jam, lawan jam, ke kiri dan ke kanan.

Aras
Menunjukkan pergerakan aras tinggi, sederhana dan rendah
Aras rendah Aras sederhana Aras tinggi

Laluan
Menunjukkan pergerakan sama ada lurus, pepenjuru, zig-zag, melengkung dan
spiral.

Lurus Pepenjuru Ziq Zaq melengkung spiral


Kualiti Pergerakan
Kualiti pergerakan merujuk kepada ‘bagaimana’ pergerakan itu dilakukan oleh tubuh
badan kita. Kualiti pergerakan ditentukan oleh dua elemen iaitu masa, daya dan aliran.
i. Masa

Masa merujuk kepada kelajuan atau rentak sesuatu pergerakan. Pergerakan boleh
dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, kawal-lambat dan serta merta.
ii. Daya

Komponen daya dalam kualiti pergerakan merujuk kepada jumlah tenaga yang dihasilkan
oleh otot untuk melakukan sesuatu pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang.
Kualiti pergerakan dapat dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan dan keupayaan otot
semasa melakukan pergerakan.
 Halus-ringan

Semasa bergerak bebas atau setempat, kualiti pergerakan bersifat lembut, halus dan
sensetif. Contoh : Burung melayang, daun ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.
 Berat-kuat

Daya yang merujuk lakuan pergerakan yang tegas, kuat, bertenaga dan pantas. Kualiti
pergerakan seperti ini memerlukan tenaga dan penggunaan otot yang kuat. Contoh hentak
kaki seperti gergasi, menolak kotak yang berat.
iii. Aliran

Aliran merupakan rangkaian beebrapa pergerakan berturutan, berterusan dan licin.


Rangkaian pergerakan boleh dilakukan melalui dua cara iaitu aliran bebas dan aliran
terikat.
 Aliran bebas

Pergerakan yang berterusaan dan tidak boleh diberhentikan secara serta-merta. Contoh
pergerakan menghayun kayu hoki, melonjak dalam acara lompat jauh.
 Aliran terikat

Pergerakan yang boleh diberhentikan pada bila-bila masa. Contoh : berlari, jogging.

Hubungan
Hubungan pula merujuk kepada ‘dengan apa’ dan ‘dengan siapa’ badan kita bergerak.
Dalam hubungan terdapat dua elemen iaitu interaksi dengan objek dan interaksi dengan
orang lain.
i. Interaksi dengan objek (rujuk Gambar foto 4.12)
 Secara individu. Contoh : berdiri hadapan bangku, mengelilingi kerusi, merangkak di
bawah meja.

Merangkah di bawah meja

Interaksi dengan orang lain


 Secara berpasangan, berkumpulan kecil ataupun berkumpulan besar. Contoh :
mencermin, bayangan
mencermin bayangan

Jadual 4 1 : Kemahiran Pergerakan Asas Pergerakan Asas


Bukan Lokomotor: Lokomotor Manipulatif Alatan
Contoh: Contoh: Contoh:
Mengimbang Berjalan Melambung
Meregang Berlari Menyambut
Menolak Melompat Menghantar
Menghayun Menggelongsor (slide) Menyerap
Membongkok Skip Menggolek
Memusing Mengguling Menerusi
Merebah Mencongklang(gallop) Melantun
Meringkuk Melonjak (leap) Memukul

You might also like