You are on page 1of 4

DEFINISI

Fleksibiliti bermaksud keupayaan otot, ligamen, dan tendon


membenarkan anggota badan bergerak bebas pada julat pergerakan
yang maksimum. Fleksibiliti dapat dibina melalui reganggn. Regangan
oto perlu dilakukan semaksimum yang mungkin dalam jangka masa 10
hingga 30 saat bagi setiap aktiviti.
Fleksibiliti berkait rapat dengan saiz badan, umur, jantina and aktiviti
fizikal.
Julat pegerakan (Range of motion) ialah darjah pergerakan sendi.
Prinsip pengkhususan, individu boleh digunakan dalam program
meningkatkan fleksibiliti program.
UJIAN V-SIT REACH
Objektif:
• Menjangkau kehadapan dalam posisi kaki berbentuk ‘V’ sejauh yang
mungkin untuk mengukur fleksibiliti otot Hamstring.
Peringkat umur
• 7 tahun ke atas
Jantina
• Lelaki dan perempuan
Kebolehpercayaan
• Bergantung kepada bagaimana ketat ujian ini dilakukan dan tahap motivasi
individu yang menjalani ujian ini.
Peralatan
1. Pita pelekat
2. Pembaris
Permarkahan
Skor melepasi garisan ‘base’ ialah positif, ‘+’ manakala skor dibelakang ‘base’ ialah
negative ‘-‘.
PROSEDUR
1. Satu garisan lurus sebagai ‘base’ ditanda dengan pita pelekat.
2. Satu garisan ukuran ditanda menegak pada garisan base
menjadikannya bentuk ‘t’
3. Pelajar akan duduk tanpa kasut dan meletakkan tumit kaki pada
garisan ‘base’ iaitu pada angka kosong. Kaki pelajar akan dibuka seluas
8 inci ke 12 inci.
4. Pelajar akan cuba membuat jangkauan ke ke hadapan dengan kaki
dan tangan lurus semaksimum yang mungkin.
5. Lakukan selama empat kali dan ambil skor yang tertinggi yang boleh
dijangkau selama tiga saat.

You might also like