You are on page 1of 33

PERGERAKAN KREATIF

KONSEP PERGERAKAN KREATIF

Pergerakan kreatif bermaksud pergerakan yang dilakukan secara simbolik ataupun


mewakili sesuatu maksud atau makna. Pergerakan kreatif dihasilkan daripada idea,
perasaan serta tanggapan deria untuk menterjemahkan sesuatu situasi atau
rangsangan yang diberi. Pergerakan kreatif juga merupakan kombinasi antara
pergerakan anggota badan, irama dan daya kreativiti untuk melahirkan insan yang
kreatif dan mempunyai daya ekspresi yang pelbagai. Selain itu, pergerakan kreatif
juga merupakan suatu tafsiran idea, perasaan atau tanggapan deria yang dapat
dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. Pergerakan kreatif boleh dilakukan
sama ada secara bersendirian, berpasangan mahupun berkumpulan. Sekiranya
pergerakan itu dihayati dengan mood dan perasaan yang berkaitan, pergerakan
tersebut menjadi lebih bermakna. Penyelesaian masalah dalam pergerakan kreatif
bukanlah berunsurkan pertandingan, malahan setiap pergerakan yang ditonjolkan
adalah mengikut interpretasi dan penilaian kendiri. Walaubagaimanapun, terdapat
enam unsur utama dalam pergerakan kreatif iaitu tubuh badan, ruang, masa, beban,
irama dan daya.

Rajah 1 : Contoh pergerakan kreatif yang boleh dihasilkan secara berkumpulan.


Rajah 2 : Contoh pergerakan kreatif yang boleh dihasilkan secara individu.

Rajah 3 : Contoh pergerakan kreatif.

Rajah 4 : Contoh pergerakan kreatif.

CIRI-CIRI PERGERAKAN KREATIF


Selain itu, pergerakan kreatif juga mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Antara ciri-
ciri yang dapat lihat dalam pergerakan kreatif ialah membentuk personaliti unggul
seperti sifat berani berhadapan dengan orang ramai, berkeyakinan, berdisiplin dan
lain-lain lagi. Ciri seperti ini dapat diketengahkan dalam melakukan aktiviti
pergerakan kreatif. Ciri pergerakan kreatif yang kedua adalah keriangan dalam
pembelajaran.Hal ini lebih jelas kelihatan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani dijalankan. Apabila kanak-kanak mengambil bahagian dalam
aktiviti yang dijalankan secara tidak langsung kita dapat melihat keriangan dalam diri
mereka semasa melakukan aktiviti tersebut. Kita juga dapat melihat kanak-kanak ini
bebas bergerak mengikut kreativiti masing-masing.

Seterusnya, melalui pergerakan kreatif ini kita dapat melihat kanak-kanak


mencuba untuk menyelesaikan masalah. Hal ini kerana kanak-kanak berkeupayaan
menjana idea baru dan kreatif dalam menghasilkan atau menyelesaikan aktiviti
dengan baik. Sebagai contoh dengan mengambil aspek dalam lakonan kanak-kanak
cuba menyelesaikan masalah dari segi aspek kostum dan persembahan yang
berkesan supaya menghasilkan lakonan yang menarik. Ciri pergerakan kreatif yang
terakhir adalah pemusatan pemerhatian yang menyeluruh iaitu menggunakan
pancaindera dengan semaksima mungkin. Ini kerana pergerakan kreatif melibatkan
keseluruhan anggota badan di samping dapat meningkatkan keupayaan dalam
perkembangan motor kasar dan motor halus secara tidak langsung.

ELEMEN-ELEMEN DALAM PERGERAKAN KREATIF


Terdapat enam elemen dalam pergerakan kreatif iaitu ruang, masa, bentuk badan,
beban, aliran dan irama. Elemen ruang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu
ruang diri dan ruang am, ataupun boleh juga dikenali dengan ruang terus dan ruang
tidak telus. Ruang diri adalah merujuk kepada bahagian yang ada pada sekeliling
badan seseorang ataupun kawasan sekeliling yang boleh seseorang sampai pada
satu bahagian. Maka dalam kedua-dua bahagian ruang am dan ruang sendiri
mempunyai suatu had iaitu lantai, bumbung dan dinding. Di samping itu, kedua-dua
jenis ruang mempunyai tiga tahap. Pada keadaan tahap tengah ialah seseorang
sedang berdiri tengak dan apa-apa sahaja bahan yang dekat dengan aras lantai
adalah dikatakan tahap bawah. Manakala, koordinasi atau pergerakan yang
melibatkan aras tinggi adalah dikatakan pada aras tinggi. Elemen ruang juga boleh
dikatakan koordinasi badan terhadap sesuatu arah contohnya depan, kiri, kanan dan
belakang. Dengan pergerakan yang asas ini, ianya dapat mewujudkan satu
kombinasi antara semua pergerakan tersebut menjadi satu pergerakan yang
melibatkan ruang am contohnya, pergerakan dengan berjalan lurus ke depan,
berjalan berbentuk ular atau berjalan berbentuk zig-zag.

Rajah 5 : Contoh pergerakan yang melibatkan ruang.

Elemen kedua dalam pergerakan kreatif adalah tubuh badan. Elemen ini
merujuk kepada bentuk gaya boleh diihasilkan oleh seseorang individu dengan
menggunakan seluruh anggota badannya. Terdapat dua bahagian dalam elemen ini
iaitu keseluruhan tubuh badan dan sebahagian tubuh badan. Keseluruhan tubuh
badan adalah pergerakan yang boleh dihasilkan oleh seseorang dengan
menggunakan keseluruhan tubuh badan dalam keadaan bebas dan terkawal.
Malahan, pergerakan yang dilakukan juga adalah berkaitrapat dengan
perkembangan kanak-kanak dari aspek lokomotor dan bukan lokomotor. Sebagai
contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah pergerakan berjalan dalam pelbagai
kelajuan. Selain itu, pergerakan ini juga boleh berbentuk dinamik seperti berjalan
dan berhenti mengikut rangsangan yang disediakan seperti muzik.

Rajah 6 : Contoh pergerakan keseluruhan badan.

Berbeza pula dengan sebahagian tubuh badan, pergerakan yang dihasilkan


adalah menggunakan mana-mana satu atau kesemua daripada anggota tubuh
badannya untuk membentuk sesuatu atau sejenis bentuk objek. Misalnya, dengan
menggunakan anggota bahagian tangan dan kaki untuk membentuk satu jenis
barang iaitu meja ataupun sejenis haiwan seperti kucing. Pergerakan ini adalah
memberi persediaan tubuh badan untuk menyokong, memindah dan menerima berat
badan. Bahagian tubuh badan yang digunakan perlu dikenal pasti sebelum
melakukan sebarang pergerakan mengikut rangsangan yang diberikan. Contohnya,
pergerakan merangkak seperti kucing berjalan, bahagian tubuh badan yang dikenal
pasti adalah tangan, tapak tangan dan lutut.

Rajah 7 : Contoh pergerakan sebahagian badan yang membentuk haiwan


angsa.

Elemen seterusnya dalam pergerakan kreatif adalah masa. Elemen masa


adalah saling berhubung kait dengan kelajuan sama ada cepat atau lambat dalam
menghasilkan sesuatu bentuk pergerakan. Pergerakan ini bukan sahaja melibatkan
pergerakan cepat atau lambat tetapi juga merangkumi proses antara kelajuan
lambat hingga cepat. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak sedang berimaginasi
bahawa dia adalah seorang peninju yang ingin menggerakkan tangan dengan
pantas untuk menumbuk. Oleh itu, beliau telah menghasilkan pergerakan pada
kelajuan yang tinggi. Berbeza pula dengan seorang kanak-kanak lain yang
mempunyai imaginasi untuk mendarat seperti seekor burung , maka dia akan berasa
bahawa pergerakan tersebut adalah lambat. Hal ini jelas menunjukkan pergerakan
yang akan dihasilkan beliau berada pada kelajuan yang sangat rendah.

Elemen keempat ialah elemen beban atau tekanan. Dalam elemen beban
adalah berkaitan tentang aspek berat dan ringan dalam pergerakan yang dilakukan
dan dikawal oleh otot-otot anggota tubuh badan seseorang. Kesan penggunaan
elemen beban ini akan menghasilkan kesan halus-ringan dan berat-kuat kepada
pergerakan yang akan dilakukan. Contohnya, dalam aspek berat- kuat, seseorang
budak lelaki akan berimaginasi bahawa dia sedang mengangkat berat maka budak
lelaki akan berfikir dan berasa pemberat itu sangat berat dan perlu menggunakan
seluruh kekuatan badannya untuk mengankatnya. Manakala untuk aspek halus-
ringan, adalah seseorang budan akan berimaginasinya yang dia sedang menyelam
dalam air, maka dia akan berasa bahawa badannya adalah sangat ringan semasa
dalam keadaan yang menyelam dalam air.

Elemen kelima adalah elemen aliran. Elemen aliran ini dibahagikan kepada
dua jenis iaitu elemen bebas dan elemen terikat. Elemen bebas adalah merujuk
kepada pergerakan secara bebas dalam apa jua bentuk mahupun gaya seperti
melompat di atas udara dan berlari dengan cepat dari suatu tempat ke tempat yang
lain. Oleh itu, pergerakan ini kebiasaannya amat sukar dihentikan dengan serta
merta. Manakala untuk aliran terikat adalah pergerakan yang lambat seperti berjalan
kerana pergerakan ini mudah berhenti dan badan adalah berada dalam keadaan
seimbang.

Elemen terakhir ialah elemen irama. Elemen irama sentiasa dapat dihubung
kait dengan elemen masa. Elemen irama bukan semata-mata hanya saling berkait
dengan aspek muzik tetapi ia juga berkaitan dengan bentuk irama lain dalam
kehidupan seharian manusia. Misalnya, perkataan juga merupakan atau membentuk
sebagai irama untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti berkaitkan dengan lokomotor.
Contohnya bermain aktiviti tepuk tangan untuk demostrasi irama perkataan. murd
diminta duduk dalam keadaan bulatan, kemudian sebutkan nama masing-masing
sambil menepuk tangan. Selepas murid pertama habis sebut namanya, murid kedua
akan sambung dengan tepuk tangan dengan sebut namanya. Proses langkah ini
dilakukan sehingga habis dalam satu pusingan. Dengan menggunakan aktiviti tepuk
tangan berirama ini untuk menyebut nama masing-masing, ianya dapat melatih
aspek perlakuan lokomotor kanak-kanak di samping melatih mereka mengikut irama
yang betul.

JENIS-JENIS PERGERAKAN KREATIF

PERGERAKAN LOKOMOTOR

Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh


badan berubah kedudukan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan
lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang dan berkaitan dengan
gerakan atau aliran. Melalui pergerakan lokomotor dalam sesuatu persembahan,
arah gerakan dalam persembahan dapat dilihat dengan lebih jelas. Terdapat
pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor yang melibatkan arah,
aliran, haluan dan masa. Pergerakan lokomotor juga merupakan dasar yang
menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Malahan, pergerajan
lokomotor ini adalah bersifat dinamik iaitu bergerak serta berubah-ubah dari satu
tempat ke tempat yang lain. Contoh pergerakan lokomotor adalah berjalan, berlari,
melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling
balak, guling sisi dan galop.

Rajah 8 : Pergerakan lokomotor iaitu merangkak berpasangan.

Rajah 9 : Pergerakan lokomotor iaitu melompat.

PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

Pergerakan bukan lokomotor pula merujuk kepada pergerakan yang tidak mengubah
kedudukan atau juga disebut sebagai pergerakan dalam keadaan statik. Malahan,
pergerakan bukan lokomotor lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh
badan terutama pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Pergerakan bukan
lokomotor juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan seseorang individu untuk
menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat. Kesimpulannya,
pergerakan bukan lokomotor adalah pergerakan yang tidak mengubah dasar yang
menyokong pergerakan pelaku. Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah
berdiri, duduk, membongkok, melompat setempat, berlari setempat, mengilas ,
meleding, tarik dan tahan rakan serta tekan tubi.

Rajah 10 : Pergerakan bukan lokomotor iaitu mengilas.

Rajah 11 : Pergerakan bukan lokomotor iaitu tarik dan tahan.

MANIPULASI ALATAN

Manupulasi alatan ialah aktiviti yang dilakukan oleh seseorang individu dengan
menggunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk
sebarang gerakan. Kemahiran ini memerlukan penggunaan angota badan untuk
mengawal, mengawasi atau menangani sesuatu objek. Kemahiran manipulasi alatan
merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina sejak peringkat kanak-
kanak. Kemahiran asas manipulasi alatan dapat meningkatkan koordinasi angota
badan seperti tangan- mata, kaki mata dan lain-lain. Manipulasi alatan mestilah
melibatkan objek seperti pundi kacang, melanton bola sambil berjalan, berjalan
sambil mengimbang bola di kaki, skipping sambil berlari, menggerakkan reben dan
memusingkan gelung dengan tangan.

Rajah 12 : Pergerakan memanipulasi alatan iaitu duduk sambil melambong bola


secara sisi kepada rakan.

Rajah 13 : Pergerakan memanipulasi alatan iaitu berjalan di atas bangku gimnastik


sambil memusingkan gelung menggunakan lengan.

AKTIVITI-AKTIVITI DALAM PERGERAKAN KREATIF

DRAMA

Melakukan pergerakan dan melakonkan aksi - Antara hujah yang pernah disebut
oleh Emile Jaques Dalcroze mengenai pergerakan adalah pergerakan merupakan
salah satu cara untuk mengungkap perasaan melalui muzik. Beliau juga
memerhatikan bahawa walaupun kadang-kala kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan
menyanyi mengikut rentak, namun mereka boleh berjalan atau berlari mengikut
rentak. Menerusi hujah yang telah ditulis oleh Dalcroze, bahawa apa yang telah
dihujahkan itu sebagai perkara yang benar Melalui pertunjukan pergerakan kreatif
yang dipersembahkan, dapat mengenalpasti bahawa kanak-kanak akan mula
memberi tindak balas positif apabila mereka mendengar muzik dan melihat
pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan di hadapan mereka.

Apabila watak seperti nenek kebayan atau penjaga hutan sedang keluar
secara misteri dan kemudiannya menari ketika muzik dimainkan, kanak-kanak mula
menunjukkan respon dengan ketawa lalu menari dan menepuk tangan bersama-
sama ketika menjadi penonton. Mereka mula merasai keseronokan ketika nenek
kebayan menari mengikut rentak muzik yang rancak.Melalui apa yang dilihat di
dalam persembahan ini, ia jelas menunjukkan bahawa setiap emosi yang
dipamerkan menerusi pergerakan akan membantu kanak-kanak dalam
mengekspresikan perasaan mereka. Mereka mula mengetahui mengenai emosi
yang wujud dalam diri mereka seperti perasaan gembira, marah, keliru dan sedih.
Melalui pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan telah dapat memberi banyak
perangsang dan peluang kepada kanak-kanak di dalam melahirkan dan
mengekspresikan emosi mereka kerana melalui emosi yang lahir dari dalam diri
kanak-kanak tersebut telah memudahkan guru-guru prasekolah untuk
mengenalpasti seterusnya dapat membimbing setiap perlakuan kanak-kanak
tersebut.
Rajah 14 : Pergerakan kreatif melibatkan drama.

Rajah 15 : Pergerakan kreatif melibatkan drama.


MUZIK

Pergerakan kreatif yang dapat dipersembahkan melalui muzik adalah seni kinestatik.
Asas muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan
pergerakan harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senang dan
memberi respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Sekiranya
kecenderungan seperti ini dapat dikendalikan dengan baik, ianya sangat membantu
dalam proses perkembangan diri kanak-kanak. Penglibatan secara aktif dalam
aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif
dan psikomotor murid, disamping memupuk nilai sosialisasi yang positif. Dari segi
kognitif, murid dapat menambah pengetahuan dan kefahaman mengenai konsep
muzik yang asas. Bagi murid Tahap 1 khasnya, aktiviti muzik dan pergerakan bukan
sahaja membantu pertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan berperanan
membantu mereka memahami konsep muzik yang abstrak.

Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik
secara berkumpulan memberi peluang kepada murid untuk lebih berkomunikasi dan
berinteraksi di samping mengamalkan nilai-nilai murni. Selain itu, terdapat pelbagai
bentuk muzik dalam budaya masyarakat Malaysia yang harus dikenali oleh murid
sebagai warisan bangsa. Pengetahuan dan pengalaman mengenai pelbagai unsur
budaya dalam muzik dapat membantu memupuk elemen jati diri dan patriotisme
dalam diri murid. Untuk merealisasikan potensi kurikulum Pendidikan Muzik KBSR,
pelaksanaannya harus mengambil kira dan meneroka pelbagai pendekatan,strategi
dan teknik yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti teori
Pelbagai Kecerdasan, Kajian Masa Depan, Pembelajaran Masteri, teknik Berfikir
Secara Kritis dan Kreatif dan Kemahiran Belajar
Rajah 16 : Pergerakan kreatif melibatkan muzik.

Rajah 17 : Pergerakan kreatif melibatkan muzik.


TARIAN

Tarian boleh didefinisikan sebagai sebarang pergerakan melalui gerak tubuh yang
mengikut irama dan rentak. Berdasarkan kajian lepas, kanak-kanak mempunyai
naluri yang tinggi terhadap rentak dan irama dan penghargaan nilai terhadap
pergerakan berirama. Malahan, mereka juga mempunyai kemampuan kreativiti yang
semulajadi. Potensi pergerakan kanak-kanak boleh dirangsang melalui ritma dan
pelbagai bentuk tari. Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bergerak dan
sentiasa aktif. Salah satu cara untuk memuaskan keinginan untuk bergerak ialah
menerusi tarian. Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan melalui gerak-geri yang
berentak dan berirama dalam tarian. Aktiviti tarian ini sesuai untuk pertumbuhan
fizikal dan kreativiti kanak-kanak iaitu dengan menggunakan seni tari sebagai
gerakan berirama. Seni tari juga merupakan pengucapan jiwa manusia melalui
gerak-geri berirama yang indah. Terdapat pelbagai jenis tarian sama ada tarian asli
atau pun tarian yang dipengaruhi oleh unsur-unsur moden. Melalui gerak tubuh
dalam tarian, kanak-kanak akan berkemampuan untuk mengungkapkan idea-idea,
perasaan dan pengalaman menari kepada orang lain. Di samping itu, tarian
mengandungi segala gerakan tubuh badan yang merangkumi semua unsur-unsur
keindahan. Seni tari ini dapat dilihat pada pergerakan tangan, kaki, badan, mata dan
juga anggota tubuh badan yang lain.

Rajah 18 : Pergerakan kreatif melibatkan tarian.

CADANGAN PERGERAKAN KREATIF


Tajuk : Pergerakan Kreatif (Kisah Budak Nakal)

Masa Persembahan : 15 minit

Objektif :

a) Kognitif

i. Murid dapat menyatakan otot yang terlibat sewaktu melakukan


persembahan dijalankan.
ii. Murid dapat menghasilkan formasi pergerakan yang menarik dan
tersusun.
iii. Murid dapat menghayati pergerakan melalui ritma.

b) Psikomotor

i. Murid dapat melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor


teknik yang betul.
ii. Murid dapat memanipulasikan alatan secara kreatif.
iii. Murid dapat melakukan pergerakan mengikut ritma.

c) Afektif

i. Murid dapat bekerjasama dalam satu pasukan.


ii. Murid belajar untuk menjadi lebih yakin dan berani pada tahap
kemampuan sendiri.
iii. Murid menjadi gembira melakukan persembahan.

Jumlah Murid : 10 orang murid

Alatan :

1. Polisterine (Pokok,Aiskrim)
2. Kostum (Rama-rama,lebah,tebuan)
Props : Pokok, Sungai, Aiskrim

Costume : T-shirt dan seluar berwarna putih

Latar bunyi yang akan digunakan : Hawaii Five O, Lagu kanak-kanak

dan bunyi burung berkicauan.

Aspek Keselamatan :

Kawasan untuk membuat persembahan haruslah luas bagi mengelakkan


perlanggaran antara murid.
Kawasan ditandakan dengan kon supaya murid jelas dengan kawasan
persembahan.
Pakaian murid haruslah mengikut ketetapan daripada guru.
Murid harus mengikut arahan guru.
Ruang sewaktu membuat pergerakan haruslah diperhatikan oleh murid
supaya murid tidak terjatuh sewaktu bergerak.

Huraian koreografi mengikut segmen :

Segmen 1 : Pergerakan masuk.( Terbang bebas)

2 orang murid menjadi berlari masuk ke tengah gelanggang dan berlari


bebas dalam kawasan tersebut.
3 orang murid menjadi lebah dan skip masuk ke dalam gelanggang dalam
barisan.
Seorang murid menjadi pokok dan menghayunkan pokok tersebut sambil
berdiri tegak

Masa : 3 minit.

Muzik latar : Bunyi burung berkicauan

Rajah 19 : Murid berlari bebas dalam kawasan persembahan.

Rajah 20 : Murid menggerakkan badan seperti tebuan.


Rajah 21 : Pergerakan skip yang akan dilakukan oleh murid.

Rajah 22 : Murid menghayunkan badan seperti pokok.

Segmen 2 : Seorang budak nakal

Seorang murid yang menjadi budak nakal masuk ke kawasan persembahan


dengan guling hadapan.
Kemudian, murid mencongklang sambil melihat burung-burung yang
berkicauan.
Murid tersebut melastik burung-burung tersebut sambil berjalan laju.
Murid-murid yang menjadi burung terbang bebas.
Seekor burung terkena lastikan budak nakal tersebut.

Masa : 5 minit

Muzik latar : Lagu kanak-kanak dan bunyi burung berkicauan.


Rajah 23 : Pergerakan guling hadapan yang akan dilakukan oleh budak nakal.

Rajah 24 : Pergerakan mencongklang atau gallop yang akan dilakukan oleh budak
nakal.
Segmen 3 : Lebah dan Budak Nakal

3 orang murid yang menjadi lebah berjalan perlahan masuk ke kawasan


persembahan.
Lebah membuat guling sisi ke arah kanan sebanyak 3 kali.
Lebah membuat guling sisi ke arah kiri sebanyak 3 kali
Mereka menemui gula-gula yang dibuang oleh budak nakal.
Murid yang menjadi budak nakal masuk ke kawasan persembahan sambil
skip seperti mengayuh basikal.
Budak nakal bersiar-siar di kawasan taman
Murid yang menjadi lebah mengambil gula-gula yang ditemui lalu
memakannya dengan gembira. Mereka berjalan ke luar kawasan

Masa : 5 minit.
Rajah 25 : Contoh kostum tebuan yang boleh digunakan oleh pergerakan kreatif ini.

Rajah 26 : Lebah akan melakukan pergerakan guling ke kanan seperti gambar di


atas.
Rajah 27 : Lebah akan melakukan pergerakan guling ke kiri seperti gambar di
atas. .

Segmen 4 : Budak nakal yang insaf

Budak nakal berlari lari sambil melastik burung yang terdapat sebuah pokok
mangga.
Budak nakal melastik sambil membuat guling hadapan sebanyak 3 kali.
Burung yang berada di atas pokok mengalami kecederaan.
Burung melompat dari setiap dahan ke dahan bagi menyelamatkan dirinya
daripada dilastik.
Budak nakal berhenti melastik dan membeli ais-krim di tepi jalan akibat
kepenatan.
Budak terus melastik burung tersebut malangnya terkena pada sarang tebuan
Tebuan-tebuan mengejar budak nakal tersebut.
Budak nakal berlari sehingga jatuh lalu budak nakal mengguling sisi hingga
jatuh ke dalam sungai.

Masa : 5 minit

Muzik latar : Hawaii Five O


Rajah 28 : Contoh kostum burung yang boleh dipakai oleh murid.

Segmen 5 : Penutup

Semua murid memegang tangan sambil berjalan mengangkat kaki kiri dan
kaki kanan mengikut irama.
Arah pergerakan ialah kiri, kanan, belakang dan hadapan.

Masa : 2 minit

Muzik latar : Lagu kanak-kanak


Rajah 29 : Contoh pergerakan berjalan sambil mengangkat kaki kiri dan kanan
mengikut irama atau muzik.

Penutup :

Diharapkan dengan adanya pertandingan ini dapat mencungkil bakat yang


terpendam dalam diri murid-murid. Selain itu juga, semoga pertandingan ini dapat
memberikan pendedahan berkaitan ritma dan pergerakan yang lebih mendalam
kepada murid-murid.

Sekian, terima kasih.


RUJUKAN

Buku

Lily Rozita binti Mohamad (2009). Panduan dan Pengajaran Pergerakan Asas PJM
3102. Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.
Nor Hashimah binti Hashim. Yahya Che Lah. (2003). Panduan Pendidikan
Prasekolah. Selangor : PTS Publications and Distributers Sdn. Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Pendidikan Jasmani: Huraian Sukatan
Pelajaran Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rhoda Reynolds Sutton, Elizabeth Brooks. (1941). Creative Rhythms. A.S. Barners.
Rohani binti Abdullah. Nani binti Menon. Mohd Sharani bin Ahmad. (2008). Panduan
Kurikulum Prasekolah. Selangor: PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Salhah Abdullah. (2009). Kecerdasan Pelbagai- Aplikasi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Selangor: PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Wee Eng Hoe. (2001). Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan. Shah
Alam:Karisma Publications Sdn. Bhd

Laman Sesawang

Genghoe. Akram. Zaim. Hirmi. Firdaus. (2009). Pergerakan Kreatif.


http://pergerakankreatifkumpulana.blogspot.com/. Dilayari pada 9 Mac 2014.
Zairey Khairudin. (2009). Pergerakan Kreatif.
http://www.zairedin.com/2012/02/pergerakan-kreatif_29.html. Dilayari pada 9 Mac
2014.

LAMPIRAN
Rajah 30 : Antara buku yang digunakan sebagai rujukan.
Rajah 31 : Rujukan daripada laman sesawang.
Rajah 32 : Rujukan daripada video pergerakan kreatif. (Sumber: )
http://www.youtube.com/watch?v=efKSGf12yyw)
Rajah 33 : Tontonan video sebagai rujukan. (Sumber:
http://www.youtube.com/watch?v=xxmkvI7SvdI)

Rajah 34 : Tarian lebah.

You might also like