You are on page 1of 22

Latar Belakang Zoltan Kodaly (1882 - 1967)

Zoltan Kodaly merupakan tokoh terkemuka pada abad ke -20. Beliau berasal dari
Hungary salah satu tempat di Negara Jerman. Beliau juga merupakan seorang pencipta dan
pengubah muzik Eropah. Beliau merupakan perintis dalam menyelidik dan mengklasifikasikan
lagu rakyat secara saintifik. Ini kerana beliau mempunyai semangat patriotic yang tinggi dan
mahu mengekalkan kebudayaan dan juga identity Negara melalui lagu rakyat beliau. Akibat dari
semangat dan kesungguhan, beliau telah berjaya mengumpuldan mengkaji lagu-lagu rakyat
seluruh Hungary. Kemudian lagu-lagu tersebut dicipta semula menggunakan kaedah yang asal.
Beliau telah hidup selama 85 tahundan meninggal dunia pada 16 Mac 1967. Beliau juga
mempunyai seorang kawan yang sama-sama mengkaji hasil seni lagu-lagu rakyat iaitu Bela
Bartok. Oleh sebab mempunyai semangat cintakan Negara yang sangat kuat dan mahu muzik
menjadi kehidupan harian di kalangan rakyat beliau telah menghasilkan falsafahnya. Falsafah
dan konsepnya mengandungi prinsip-prinsip yang merupakan aspek pengkaedahan yang lain
digelar sebagai Kaedah Kodaly.
Falsafah dan Konsep Kodaly
Antara falsafah dan prinsip-prinsip Kodaly ialah:

Muzik kepunyaan manusia


Nyanyian adalah asas Kemahiran Muzik
Muzik rakyat sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran
Nyanyian koir
Alat muzik tidak digunakan
Pembelajaran muzik perlu berlaku di awal pra sekolah
Muzik perlu menjadi tunjang dan nadi kurikulum pendidikan di sekolah.

Pengenalan Kaedah Kodaly

Pendekatan kaedah Kodaly merupakan salah satu pendekatan yang digunakan didalam
Pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah. Falsafah yang paling penting dalam
pendekatan Kodaly ialah muzik adalah untuk semua orang. Pedagogi Kodaly menekankan
perkembangan kemahiran pengalaman muzikal secara menyeluruh dan berurutan. Menurut
Kodaly semua kanak-kanak mempunyai potensi dalam muzik. Mereka hanya perlu diberi
peluang untuk memperkembangkan skil persembahan, skil pendengaran dan skil-skil muzik
yang lain.

Pendedahan Kaedah Kodaly dalam pengajaran dan pembelajaran Muzik.


Kaedah Kodaly menjadi rujukan kepada kurikulum muzik di sekolah dan juga di institute
pendidikan guru. Terdapat tiga jenis teknik atau komponen di dalam pengajaran dan
pembelajaran kaedah Kodaly iaitu:
1. Tonik Solfa
2. Isyarat Tangan
3. Simbol, Notasi dan Sebutan Irama.

Kaedah Kodaly Dalam Pembelajaran Muzik

Kaedah Kodaly adalah satu paradigma pendidikan muzik yang menggunakan aktiviti
nyanyian dan keupayaan pendengaran dalaman oleh kanak-kanak. Kodaly menyarankan
penggunaan lagu-lagu rakyat menggunakan bahasa ibunda dalam aktiviti latihan nyanyiannya.

Sasaran kaedah Kodaly ialah untuk membantu kanak-kanak dalam literasi muzik. Ini
dilakukan dengan penggunaan beberapa pendekatan yang berpusatkan kanak-kanak itu
sendiri, iaitu penggunaan latihan irama, latihan nyanyian solfa, latihan bacaan semerta, latihan
mendengar, menulis, membuat persembahan dan mencipta muzik. Kemahiran literasi muzikal
turut dibina melalui pengalaman latihan aural dan pengalaman ingatan visual.

Menurut Kodaly, terdapat tiga turutan konsep dalam pembelajaran literasi bahasa, iaitu:
1. Peringkat Aural dan Nyanyian

Kanak-kanak mula belajar menghasilkan bunyi dan ton semasa mereka bercakap
(dalam kemahiran berbahasa)

Sa

ya

su

ka

ha

ti

2. Peringkat menulis
Setiap kali satu perkataan difahami, perkataan dan pic boleh ditranskripsikan melaui
penulisan atau perlambangan.

3. Peringkat Membaca
Kanak-kanak membina keupayaan supaya membaca. Ketiga-tiga peringkat ini juga
turut digunakan kaedah Kodaly.

Kunci asas dalam kaedah Kodaly ialah penggunaan ekspresi tubuh dalam muzik. Seterusnya,
tambahan kepada nyanyian dan detik ialah dengan penggunaan hujung kaki untuk

menandakan detik muzik. Mereka juga diajar bagaimana untuk menepuk irama dari sukukata,
dan membayangkan sukukata semasa menepuk irama.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KAEDAH KODALY

MANA IBU

A. Solfa Isyarat Tangan


Panduan Aktiviti :
1. Guru memperkenalkan isyarat tangan solfa kepada murid-murid.
2. Guru membimbing murid melakukan isyarat tangan solfa dengan perlahan-lahan
mengikut notasi dalam lagu

3.

guru membuat isyarat tangan dan murid menghafalnya sambil berfikir melodi

tersebut.
4.

murid dibahagikan kepada 4 kumpulan setiap kumpulan 5 orang. Setiap kumpulan

mesti membuat latihan isyarat tangan yang ditunjukkan oleh guru.


5. guru meminta setiap kumpulan mempersembahkan hasil kerja kumpulan dihadapan
rakan-rakan yang lain.

Panduan Aktiviti :
1. Guru membimbing murid-murid cara menepuk tangan mengikut notasi (krocet,
minim, kuaver)
2. Apabila sudah mahir menepuk guru memperkenalkan sebutan yang mewakili
notasi lidi tersebut.

3. Guru meminta semua murid menepuk dan menyebut notasi tersebut.


4. Guru meminta murid berada di dalam bulatan. Guru mengedarkan kotak yang
mengandungi pelbagai keratan corak irama notasi lidi yang berlainan.

B. 5.Simbol,
notasi lidi pelbagai lagu. Jika lagu tersebut dihentikan murid yang
Guru memainkan
memegang kotak tersebut perlu membuka kotak dan mengambil 1 keratan corak
irama.
6. Murid tersebut perlu menepuk dan menyebut notasi lidi yang telah dipilih. Rakanrakan yang lain akan menepuk setelah murid berkenaan menepuk dengan betul.

Panduan Aktiviti :
1. Guru membimbing murid membaca lirik lagu mana ibu
2. Guru seterusnya menyebut perkataan dalam bentuk irama
mengikut frasa lagu murid mengikut irama yang disebut oleh guru.
C. Sebutan
Irama irama lagu dengan la-la-la
3. Menyanyi
4. Guru mengajar murid menyanyi lagu mana ibu.
5. Guru mengajar murid beberapa pergerakan kepada murid
berdasarkan lagu tersebut.
a. Mana ibu? Mana ibu? guru meletakkan kedua-dua tangan di
belakang
b. ini saya, ini saya guru menunjukkan ibu jari tangan
c. apa khabar ibu? Apa khabar ibu? Guru menggerakkan ibu jari
d. lari sembunyi, lari sembunyi guru menyembunyikan ibu jari ke
belakang.
6. Guru meminta semua murid menyanyisambil membuat pergerakan.

Sejarah Carl Orff ( 1895 - 1982)

Carl Orff adalah seorang komposer muzik dan juga seorang ahli pedagogi yang
berbangsa Jerman. Beliau dilahirkan pada 10 Julai 1895 di Munic, Jerman dan meninggal dunia
pada 29 Mac 1982. Sewaktu beliau masih hidup, beliau telah memperkenalkan kepada dunia
tentang imaginasi dan fantasi kanak-kanak terhadap dunia muzik. Carl Orff pada asalnya tidak
terfikir untuk mencipta sebuah program pendidikan muzik untuk kanak-kanak. Namun pada
zaman ini, pendekatan Orff sering digunakan dalam permainan alat muzik di peringkat awal
persekolahan kanak-kanak.
Pada asasnya, Orff terlibat secara langsung dengan pendidikan di sekolah (Schulwerk)
kerana beliau begitu meminati tarian. Dalam pendiriannya, beliau sangat bertekad dan
mempunyai visi terhadap muzik tari untuk persembahan tarian muzik teater. Penglibatan beliau
dalam pendidikan bermula apabila Mary Wingman iaitu seorang penari yang terkenal dan
rakannya Dorothee Gunther yang mula menggunakan hasil karya beliau dalam melatih penaripenari dan ahli gimnastik baru di sekolah mereka iaitu Guntherschule. Gabungan muzik dan
pergerakan seterusnya diletakkan sebagai proses asas yang akan digunakan dalam kaedah
Orff-Schulwerk.
Pendekatan Orff berkembang bukan hanya untuk kanak- kanak tetapi bagi orang dewasa juga.
Pendekatan ini berdasarkan kepada kepercayaan beliau bahawa kaedah yang mudah untuk
mengajar muzik adalah dengan memperlihatkan perhubungan semula jadi pelajarpelajar
terhadap ritma dan melodi, dan ianya berlangsung secara semula jadi. Orff merumuskan
perkara ini dengan mengadakan program yang dirancang dengan sempurna dan berhati hati.
Ia bermula dengan corak pengucapan, gerakan berirama dan ton dua notasi serta pergerakan
yang logik dalam melodi pentatonik. Improvisasi adalah amat di galakkan dalam pendekatan
Orff. Pengenalan
kepada melodi major dan minor berlaku dalam programnya dengan menggunakan

kumpulan peralatan muzik seperti glockenspiels, xylophones, metallophones,drums dan lain


lain alat perkusi.
Falsafah dan Konsep Carl Orff

Pendidik dan pencipta muzik Jerman


Pendekatannya mula dipraktikkan dalam tahun 1920an di Munich melalui sekolah

Gunther-Schule.
Mencipta alat perkusi Barred yang bermodelkan zailofon dari Afrika.
Menerbitkan 5 jilit buku Orff Schulwerk Muzik Of Kinder ( muzik untuk kanak-kanak)
Pendekatan ini digunakan di Negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris
Pendekatan yang informal dan menyeronokkan kerana ia mengutamakan citarasa
kanak-kanak yang semulajadi dan boleh memperkembangkan potensi mereka mengikut

kebolehan tahap masing-masing tanpa sebarang keraguan.


Kanak-kanak juga bebas mencuba dan menilai bahan-bahan yang dicipta dan

kemudian memilih hanya yang difikirkan sesuai.


Peranan guru sebagai fasilitator sahaja. Namun demikian mereka patut sentiasa
bersedia untuk membantu kanak-kanak yang menemui masalah dalam pembelajaran
muzik.

Pendekatan Orff
Dalam pendekatan pengajaran Orff, beberapa elemen muzik yang penting digunakan antaranya
eksplorasi, imitasi, improvisasi dan penciptaan yang mana akan meningkatkan daya kreativiti
kanak-kanak melalui tindak balas semula jadi mereka terhadap muzik.

1.

Eksplorasi

Orff mengalakkan kanak-kanak menerokai serta melakukan eksperimen dengan bunyi-bunyi


muzikal dan gerakan berdasarkan kreativiti semula jadi mereka. Proses ini merangkumi
beberapa aspek iaitu penerokaan ruang, bunyi dan bentuk.

Penerokaan Ruang
Dalam pernerokaan ruang kanak-kanak digalakkan melakukan aktiviti
pergerakan berdasarkan naluri semula jadi mereka berdasarkan rangsangan
dari luaran dan dalaman. Pergerakan ini meliputi apek berjalan, belari
melompat dan sebagainya. Dalam penerokaan ini guru hanya berperanan
sebagai fasilitator untuk membantu menggalakkan aktiviti pelajar.

Penerokaan bunyi
Orff memulakan dengan penerokaan bunyi-bunyi berdasarkan apa yang
berlaku dalah kehidupan seharian seperti bunyi-bunyi yang bisa didengar.
Antaranya bunyi ketukan pintu, kereta, angin, ombak dan sebagainya. Bunyi bunyi ini
akan menjadi lebih teratur dengan menciptakan beberapa corak irama.

Penerokaan bentuk
Penerokaan bentuk berlaku serentak dalam penerokaan ruang dan bunyi.
Apabila kesemuanya di gabungkan dan disusun kanak-kanak akan diajar untuk
mengenal bentuk-bentuk frasa dalam gerakan ataupun corak .

2. Imitasi
Menurut Orff kanak-kanak mudah belajar sesuatu kemahiran melalui proses imitasi. Proses ini
adalah amat penting untuk memperkembangkan potensi muzikal kanak-kanak. Sebagai contoh
dalam pengajaran muzik di bilik darjah guru menepuk satu corak irama manakala murid-murid
akan meniru tepukan gurunya.
3.

Improvisasi

Improvisasi merupakan komponen yang diberi penekanan dalam pendekatan pengajaran Orff.
Dalam membincangkan tentang improvisasi yang dikatakan hanya untuk orang dewasa, Orff
cuba menonjolkan konsep improvisasi yang ada pada diri kanakkanak. Dalam proses ini tiada
undang-undang ditetapkan. Guru boleh menetapkan lapangan atau di mana kanakkanak boleh
mengembangkan daya kreativiti masingmasing dalam mencipta irama melodi atau menari
mereka. Contoh aktiviti improvisasi melodi menggunakan alat muzik Orff. Tetapkan alat muzik
tersebut dalam nada C pentatonik. Ini memberi kebebasan kepada pelajar membuat improvisasi
tanpa memukul notnot yang tidak berkaitan. Dengan ini pelajar / kanakkanak diminta
mencipta atau membuat lagu sendiri mengikut kreativiti masing masing.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PENBELAJARAN KAEDAH CARL ORFF

A. Imitasi meniru atau mengajuk aktiviti muzikal

Panduan Aktiviti :
1. Guru mengajar murid menyanyi lagu My Happy Song.
2. Murid menyanyi bersama dengan guru bagi menghafal rentak agu tersebut.
3. Murid di bahagikan kepada 2 kumpulan yang akan memainkan rentak dengan
menggunakan kastenet dan kerincing.

4. Guru membimbing setiap kumpulan yang bermain alatan muzik yang berbeza supaya dapat
menghasilkan rentak yang betul
5. Murid-murid diberi masa untuk berlatih memainkan alat muzik yang diberikan
6. Guru meminta kumpulan alat muzik kastenet memainkan corak irama yang telah diberikan
manakala kumpulan alat muzik ketincing menyanyikan lagu tersebut.
7. Kemudian guru meminta kumpulan kerincing memainkan corak irama mereka dan kumpulan
lain menyanyi.
8. Pada akhirnya guru meminta kedua-dua kumpulan bermain serentak sambil menyanyi.

B. Eksplorasi meneroka lebih jauh dengan imaginasi kanak-kanak tentang sesuatu


konsep muzik.

Panduan Aktiviti :
1. Guru mengajar murid menyanyi lagu my Happy Song
2. Murid menyanyi bersama guru untuk menghafal rentak lagu tersebut.
3. Murid membahagikan murid kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan diberikan dengan
alat perkusi seperti kastenet, loceng dan woodblock.
4. Guru meminta setiap kumpulanmencipta corak irama yang akan mereka mainkan dengan
menggunakan alat perkusi yang diberi oleh guru mengikut kreativiti murid.
Contoh :

Panduan Aktiviti :
1. Guru mengajar murid menyanyi lagu My Happy Song
5. Akhirnya semua kumpulan akan mempersembahkan hasil perbincangan dan ciptaan
2.mereka.
Kemudian murid menyanyi bersama dengan guru untuk menghafal rentak lagu
tersebut.
3. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan lelaki dan perempuan.
4. Kumpulan lelaki diminta menyanyi pada baris pertama dan ketiga lagu tersebut.
5. Kumpulan perempuan diminta menyanyi pada baris kedua dan keempat.
6. Setiap kumpulan diminta menyanyi sambil membuat pergerakan berdasarkan lirik.
C. Improvisasi mengubahsuai unsur muzik bagi menghasilkan muzik yang baru.
7. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan.
8. Setiap kumpulan diminta mengubah lirik lagu tersebut dengan unsur-unsur
nasihat.
9. Setiap kumpulan mempersembahkan gubahan mereka.

LATAR BELAKANG DALCROZE

Emile Jaques-Dalcroze ( 1865 - 1950) ialah seorang pendidik muzik Swiss yang
mencipta kaedah Eurhythmic, iaitu satu kaedah pengalaman pembelajaran muzik melalui
pergerakan berirama. (Pengaruh konsep eurhythmics ini dapat dilihat dalam pedagogi Orff
Schulwerk yang digunakan secara meluas di Amerika Syarikat).
Kaedah Dalcroze adalah bersaskan prinsip bahawa muzik dan gerakan sentiasa berkaitan.
Dalam setiap muzik akan ada satu gerakan yang dapat dikaitkan dengan muzik tersebut.
Kaedah ini mengandungi tiga elemen penting iaitu: Irama, Solfa dan Improvisasi. Elemenelemen tersebut, menurut Dalcroze adalah satu latihan muzikal yang menyeluruh dalam
membentuk ahli muzik yang baik. Dalam kaedah ini, elemen-elemen dalam setiap subjek
diadun melalui aktiviti kreativiti muzik dan pergerakan.
Dalcroze memulakan kerjaya sebagai pendidik muzik di Geneva Conservatory dimana beliau
mengajar harmoni dan solfa. Beliau mula membuat percubaan kaedah-kaedah baru semasa
mengajar dalam kelas-kelas beliau. Pada 1906, Dalcroze mula memperkenalkan kaedahkaedah beliau kepada orang ramai. Tahun 1910, dengan bantuan rakannya Wolf Dohm, beliau
mengasaskan sebuah sekolah muzik di Hellerau yang menggunakan sepenuhnya kaedahkaedah pembelajaran beliau. Bagaimanapun, pada tahun 1914 sekolah ini terpaksa ditutup
kerana berlaku Perang Dunia Pertama.
Dalcroze kembali ke Geneva dan mengasaskan pula Institut Jaques-Dalcroze. Beliau mengajar
di sekolah ini sehingga akhir hayat beliau. Inilah satu-satunya di sunia sebuah institusi yang
memberikan sijil, diploma dan ijazah pengkhususan kaedah Dalcroze kepada penuntutpenuntutnya.

Dalcroze Eurhythmic adalah pendekatan muzik berasaskan prinsip bahawa ritma


adalah elemen utama dalam muzik.Komponen asas Dalcroze ialah:
1.

Euritmik

2.

solfege

3.

Improvisasi
Berdasarkan teori Emile Jaques-Dalcroze (Lois Choksky,1986) pergerakan dalam

pendidikan muzik memperkukuhkan pengetahuan dalam konsep dan elemen muzik melaljui
proses penerokaan, eksperimentasi, penemuan terpimpin, penyelesaian masalah, improvisasi
serta penilaian. Kaedah pengajaran Dalcroze digunakan dengan meluas bermula dengan
kanak-kanak berumur 1- 3 tahun, prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, university
dan orang dewasa. Ia boleh dilaksanakan dalam mata pelajaran lain seperti bahasa, pendidikan
jasmani dan seumpamanya.
Kaedah Dalcroze merupakan suatu pergerakan kreatif yang mengambil kira keinginankeinginan asas kanak-kanak. Daucer dan Pangrazi telah mengenalpasti 9 keinginan kanakkanak:

Untuk bergerak

Berjaya dan diperkenalkan

Diterima oleh kelompok sebaya dan masyarakat

Untuk bersaing

Memperoleh kecergasan fizikal dan daya penarik

Untuk mengembara

Memperoleh kepuasan kreativiti

Melahirkan perasasan melalui pergerakan berirama

Untuk mengetahui

Haward Gardner telah memasukkan eurhythmic (pendekatan Dalctroze) ke dalam


teorinya iaitu Theory of multiple interlligences. Bodily-kinesthetic dan muzikal adalah 2 dari 7
theory of multiple interllegences dalan teori Gardner. Oleh itu muzik dengan gerakan adalah
elemen penting bagi perkembangan mental, pembesaran kanak-kanak dan juga prosos asas
pembelajaran peringkat awal kanak-kanak.
Dalcroze mendapati pelajarnya tidak dapat mendengar harmoni yang ditulisnya kerana
tidak menguasai dan memahami apa yang ditulis. Ini disebabkan mereka tidak berupaya
mendengar harmoni tersebut di dalam minda tanpa alat muzik. Beliau berusaha untuk
membolehkan pelajarnya menguasai bunyi di dalam minda bukan dari alat muzik.Berbagai
usaha dan cara dilakukan. Beliau berpendapat mengetahui muzik tidak cukup tetapi memahami
muzik adalah teras pembelajaran untuk menghasilkan bunyi yang indah.

Euritmik (eurhythmic)

Ialah pergerakan yang melibatkan seluruh anggota badan dengan iringan muzik atau tanpa
muzik.Tubuh badan menjadi seperti alat muzik utama. Asas utama kepada seni muzik ialah
emosi manusia. Melatih minda, telinga atau suara tidak mencukupi. Seluruh tubuh badan
manusia perlu dilatih sebab ia mengandungi bahan-bahan penting yang boleh meningkatkan
perasaan halus (sensibility), kepekaan (sensitivity) serta kebolehan menganalisis bunyi, muzik
dan perasaan.Idea muzik boleh diterjemahkan melalui pergerakan badan seterusnya ditukar
kepada sumber muzik.
Euritmik memerlukan keupayaan mempamirkan interpretasi individu yang melibatkan
imaginasi, emosi serta tindak balas badan yang disepadukan dengan bentuk bunyi, gerak
isyarat lisan seperti puisi, ayat atau sajak atau vocal seperti nyanyian atau muzik instrumental
(muzik tanpa nyanyian).
Euritmik memerlukan penglibatan diri individu secara menyeluruh.Ia melibatkan penyatuan
minda anggota badan serta emosi secara total dimana individu perlu:

Mendengar

Merasai

Berimaginasi

Mengintrepetasi bunyi

Bertindak/respon/bergerak

Membayangkan maksudnya secara luaran


Antara yang boleh diinterpetasikan ialah lagu yang berasaskan lirik dan konsep/unsur

muzik seperti irama, detik, tekanan, sinkopasi perbezaan pic, dinamik, tempo dan
seumpamanya. Keupayaan menyusun atur unsur di atas dengan terurus boleh menghasilkan
satu bentuk kreografi.

Solfa (solfage)

Dalam pendekatan Dalcroze ialah latihan pendengaran. Ia boleh mempertingkatkan


kesedaran pic dan perbezaan kualiti ton (tone quality). Pendengaran dalaman (inner-hearing)
dapat mempertingkatkan daya ingatan. Pendengaran dalaman ialah keupayaan membunyikan
sesebuah lagu hanya melihat pada skor lagu tanpa bantuan alat muzik. Lagu seperti yang
tertulis pada skor seolah-olah sedang berbunyi di dalam minda seseorang.

Improvisasi (improvision)

Dalcroze dan pelajarnya mengimprovisasikan pergerakan dengan gaya , postur dan gerak
isyarat tangan untuk menunjukkan kepantasan, jarak panjang, dinamik, tekanan dan elemen
yang mengeluarkan ritma ( ritma dan irama adalah terjemahan daripada rhythm). Pergerakan
yang dimaksudkan oleh Dalcroze adalah pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak dan
orang dewasa tanpa memerlukan latihan.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALCROZE

MANA IBU

A. Solfa melatih telinga , mata, pic, melodi dan harmoni

You might also like