You are on page 1of 7

PENGENALAN

Edwin E. Gordon seorang tokoh yang dikenali di seluruh dunia sebagai seorang
penyelidik , penulis , editor dan pensyarah dalam bidang pendidikan muzik . Sejak tahun
1997 , beliau telah menjadi seorang profesor yang terkenal diUniversity Of South Carolina .
Edwin Gordon telah berjaya menghasilkan beberapa ujian muzik sepertiMusic
Aptitude Profile dan Primary Measures Of Music Audiation untuk menentukan tahap
kebolehan muzik yang sedia ada pada diri seseorang .
Selain itu , Dr. Gordon telah memberikan penekanan terhadap pendidikan muzik
kepada kanak kanak prasekolah dalam jangka masa yang lama . Beliau merupakan salah
seorang penulis yang amat disegani kerana kebolehan beliau dalam ujian muzik serta
mengarang beberapa buah buku , artikel dan monograf penyelidikan .
Akan tetapi , sebelum beliau melibatkan diri secara serius dalam bidang penyelidikan
psikologi muzik , beliau terlebih dahulu memperoleh ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana
dalam persembahan bass di Sekolah Muzik Eastman . Selepas beliau berjaya memperolehi
ijazah sarjana dan ijazah sarjana , beliau telah menyertai kumpulan muzik Gene Krupa dan
bermain bass string sebelum beliau melanjutkan pelajaran Ph.D. di University of Lowa pada
tahun 1958 .
Edwin Gordon yang pernah bertugas di Temple University di Amerika Syarikat adalah
merupakan seorang ahli psikologi yang terkenal di Amerika Syarikat . Beliau telah banyak
menjalankan penyelidikan tentang potensi yang sedia ada pada seseorang individu untuk
mempelajari muzik . Beliau telah melakukan penyelidikan awal semasa beliau mengetuai
program muzik di The School Of Music , Universiti Lowa , Amerika Syarikat.
Edwin telah menggunakan pendekatan yang berasaskan kepada hasil sesuatu
penyelidikan dalam jangka masa yang panjang mengenai kandungan muzik dan turutan
pembelajaran pada peringkat sekolah rendah . Pendekatan yang telah diperkenalkan oleh
Gordon ini bercorak lebih formal berbanding dengan pendekatan yang digunakan oleh
Dalcroze, Orff, Suzuki, atau Kodaly yang lebih berdasarkan falsafah masing-masing .

TEORI PEMBELAJARAN MUZIK


Teori pembelajaran muzik adalah suatu pembelajaran yang melibatkan cara kita belajar
ketika belajar muzik. Di dalam teori Edwin ini lebih memberi penekanan pembelajaran secara
berperingkat-peringkat. Teori ini digunakan melalui lapan peringkat kemahiran muzik dalam
dua kategori asas iaitu diskriminasi dan inferens.
Dalam kategori diskriminasi, murid akan mempersembahkan satu tugasan muzik yang
sama contohnya dengan apa yang ditunjukkan oleh guru. Proses ini dijalankan melalui lima
kemahiran iaitu yang pertama ialah oral / aural. Oral atau aural melibatkan kanak-kanak
belajar untuk mendengar dan melihat corak bunyi muzik yang dinyanyikan guru dengan suku
kata yang mudah. Seterusnya ialah kesatuan lisan yang dapat dilihat melalui nyanyian guru
dengan suku kata yang ada corak irama yang sama dengan peringkat oral. Selepas murid
mendengar nyanyian guru, mereka akan mengikut dan menyanyikan semula corak irama

tersebut dalam tindak balas echo. Di dalam kemahiran sebahagian sintesis, corak bunyi dan
irama muzik yang hampir sama akan dikumpulkan di dalam setiap irama. Kemahiran
seterusnya ialah kesatuan simbol yang melibatkan guru menunjukkan kepada murid tentang
corak bunyi yang hampir sama dalam notasi berirama. Pada kemahiran yang terakhir dalam
kategori ini ialah gabungan sintesis yang melatih dan mendidik murid untuk faham notasi
muzik dalam menyanyikan sesebuah lagu.
Bagi kategori kedua ialah inferens ataupun kesimpulan yang mengandungi corak yang
tidak dikenali oleh murid dan akan diperkenalkan dalam kelas pengajaran melalui tiga
kemahiran dalam muzik. Kemahiran yang pertama ialah kesimpulan umum yang melibatkan
murid untuk membandingkan muzik yang tidak dikenali dengan muzik yang pernah murid
pelajari sebelum ini melalui note. Seterusnya kemahiran kedua ialah kreativiti atau
improvisasi. Dalam kemahiran ini, murid akan mempersembahkan corak bunyi yang berbeza
dari kelas pembelajaran tetapi berkait dengan corak yang dipersembahkan oleh guru. Bagi
kemahiran yang terakhir dalam kategori ini iaitu pemahaman teori, murid akan menyoal dan
mempertimbangkan mengapa muzik adalah muzik, tetapi aplikasi umum adalah teori muzik.
Selain itu , beliau juga telah memperkenalkan dan memberikan keutamaan kepada
prinsip bunyi sebelum simbol yang lebih menekankan kepada pembelajaran permainan
muzik tanpa notasi dahulu sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan . Bagi Gordon ,
pembelajaran muzik yang baik akan berlaku jika setiap pelajar dapat menguasai satu
kebolehan yang dikenali sebagai audiation .Audiation merupakan satu proses mental yang
membolehkan seseorang individu mendengar muzik dalam akal fikiran tanpa merujuk
kepada mana-mana bunyi yang dihasilkan secara fizikal ( getaran bunyi ) .
Dengan ini , punca bunyi dalam audiation adalah daripada akal fikiran sendiri dan
bukan daripada faktor persekitaran fizikal . Dalam pendekatan yang diperkenalkan oleh
Edwin Gordon , bahan dan strategi telah diatur secara berperingkat peringkat mengikut
teori teori pembelajaran kontemporari . Pendekatan ini juga memberikan penekanan kepada
aspek kognitif yang boleh membantu pelajar untuk membezakan irama, meter, dan
juga tonality atau kualiti nada ( major , minor , dan mode seperti Dorean dan Mixolydian )
selain bernyanyi, bermain alat-alat muzik, membaca notasi muzik, dan menghayati muzik .
Audiation merupakan satu proses kognitif yang melibatkan otak yang membantu
untuk memberi maksud tentang pelbagai muzik . Selain itu , audiation juga adalah asas
kepada pembelajaran muzik . Ini juga merupakan satu teknik yang mampu memotivasikan
pelajar untuk belajar dengan cara mendengar dan memahami apa yang diajar oleh guru .
Di samping itu , dengan menggunakan proses audiation , pelajar dapat meningkatkan
kemampuan dan pemahaman serta kepekaan pada melodi , interval , ritma dan irama , tona
yang merupakan satu asas pengetahuan kepada pelajar untuk dapat belajar secara kreatif
sesuai dengan tujuan yang ingin dicapai .
Dalam proses yang diperkenalkan oleh Gordon ini , pelajar akan diperdengarkan lagu
lagu yang dipasang melalui kaset atau VCD . Melalui cara ini , pelajar mampu
mempertingkatkan pemahaman dan kepekaan terhadap melodi interval , ritma dan irama ,
tona dan rasa harmoni .

Dalam teori pembelajaran muzik Edwin Gordon ini, Kandungan Pembelajaran Bersiri
juga ada digunakan melalui pembelajaran yang melibatkan tonal dan ritma. Tonal merupakan
corak bunyi dalam salah satu bahagian dalam melodi dan irama. Di samping itu, tonal juga
adalah perubahan corak bunyi note dalam satu bahagian melodi ataupun irama. Tonal
mempunyai dua atau lebih corak bunyi dan ianya membantu perkembangan atau perubahan
harmonik dalam corak bunyi.
Ritma pula adalah pola irama dalam kelajuan biasa. Ritma mempunyai perubahan
kelajuan atau tempo dalam salah satu bahagian melodi samada dua atau lebih bahagian
melodi dalam tempoh yang sama ataupun tempoh berbeza.
KEBOLEHAN MUZIK
Semua manusia yang hidup di atas muka bumi ini mempunyai kekurangan dan
kelebihan masing masing . Setiap kelebihan yang kita miliki haruslah dimanfaatkan dengan
sebaiknya . Teori Pembelajaran Muzik merupakan satu teori yang unik dan berbeza daripada
kaedah kaedah yang lain untuk pengajaran secara langsung bagi mengenalpasti potensi
pelajar yang berbeza beza dalam muzik .
Secara keseluruhannya , pelajar yang mempunyai kebolehan diajar dengan lebih
banyak isi atau kandungan yang menggunakan gaya suara dan irama berbanding pelajar yang
lemah manakala pelajar yang berkebolehan tinggi belajar lebih banyak input daripada purata
pelajar yang berkebolehan .
Apabila guru mengetahui setiap kemampuan ataupun potensi seseorang pelajar dan
melaksanakan proses pengajaran dengan cara yang berbeza beza , ini lebih memudahkan
proses pembelajaran dan pengajaran yang dilakukan . Perkara ini amat penting bagi
menentukan kebolehan pelajar berdasarkan tingkat penguasaan yang berbeza dalam
memainkan alat muzik .
Kebolehan muzik seseorang pelajar itu dapat diukur dengan melaksanakan ujian
kebolehan muzik yang sah . Dalam ujian kebolehan muzik ini , guru akan membuat penilaian
kepada bakat seseorang pelajar dalam pencapaian muzik tersebut bukannya dinilai pada
potensi untuk mencapai kebolehan muzik itu . Ujian kebolehan muzik yang dilaksanakan ini
dapat membantu guru untuk memenuhi keperluan unik setiap pelajar samada pelajar itu
sememangnya mempunyai bakat ataupun tidak . Edwin Gordon telah menyediakan lima jenis
ujian kebolehan muzik dan guru boleh membuat pilihan untuk menjalankan ujian tersebut .
Perkembangan kebolehan muzik berlaku sejak bayi lahir lagi yang berlaku secara
semula jadi tetapi ianya boleh berubah ubah hingga kanak kanak berusia 9 tahun
mengikut jenis dan pengalaman muzik yang kanak kanak itu lalui . Jenis dan pengalaman
ini melibatkan faktor persekitaran kanak kanak itu sendiri contohnya jika kanak kanak itu
sememangnya dilatih bermain piano sejak kecil , dia hanya akan mahir dengan alat muzik
piano sahaja . Selepas usia 9 tahun , seseorang individu itu tidak mampu mencapai tahap
perkembangan kebolehan muzik.

METODOLOGI
Metodologi adalah salah satu kaedah yang diperkenalkan oleh Gordon dalam
kurikulum bagi mencapai objektif dan matlamat secara menyeluruh . Selain itu , kaedah ini
merupakan alternatif yang baik untuk memberitahu pelajar apa yang diajar , bila perkara itu
diajar ,dan kenapa sesuatu perkara itu diajar kepada mereka . Teori pembelajaran muzik yang
diperkenalkan oleh Edwin Gordon ini merupakan kaedah yang komprehensif kepada guru
guru untuk mereka mengajar kemahiran audiation .
URUTAN
Kaedah pengajaran secara urutan juga diberi penekanan oleh Edwin dalam konsep
beliau . Kaedah pengajaran muzik yang dikategorikan sama ada secara hafalan pertama
ataupun nota pertama . Teori pembelajaran muzik mempunyai ciri ciri persamaan dengan
kaedah hafalan pertama yang diperkenalkan oleh tokoh tokoh seperti Suzuki, Dalcroze,
Kodaly dan Orff .
Melalui kaedah pembelajaran secara urutan , pelajar dapat membina asas yang kukuh
pada kemahiran awal dan persembahan melalui nyanyian , pergerakan berirama , dan corak
yang menggunakan gaya suara dan irama sebelum mereka diperkenalkan kepada notasi dan
teori muzik . Ini adalah kerana , dalam proses kanak kanak belajar bercakap , mereka
bermula dengan mendengar . Demikian juga sejak mereka lahir , mereka telah tersedia
dikelilingi dengan bunyi bahasa . Bayi akan menyerap bunyi dan akan terbiasa dengan
bahasa yang sering mereka dengar . Selepas itu , kanak kanak akan meniru dan mula
menerima pujian dan mereka digalakkan membuat babble walaupun apa yang mereka
tuturkan tidak dapat difahami oleh golongan dewasa .
Kanak kanak mula membentuk frasa dan ayat-ayat disusun dengan cara mereka
sendiri dan ini membolehkan mereka melibatkan diri dalam komunikasi ataupun perbualan
antara satu sama lain . Apabila kanak kanak dapat berkomunikasi, langkah seterusnya
mereka akan diajar untuk membaca dan menulis . Jika diperhatikan dengan teliti, teori
pembelajaran muzik mempunyai persamaan dengan pembelajaran bahasa . Pelajar diajar
menggunakan teori pembelajaran muzik dengan belajar membaca notasi, tetapi mereka hanya
akan diajar apabila mereka mempunyai keupayaan untuk audiateatau memahami corak nota
yang ditulis .

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, teori yang diperkenalkan oleh tokoh Edwin Gordon sedikit
berlainan daripada tokoh muzik yang lain kerana ianya lebih formal dan lebih kepada
pengajaran dan cara murid belajar ketika belajar muzik. Di samping itu, dalam teori ini murid
akan belajar secara berperingkat peringkat dan ianya memudahkan murid untuk lebih faham
dan dapat mengikuti apa yang diajar oleh guru. Selain daripada itu, Edwin Gordon lebih
menekankan dan mengutamakan konsep sound before symbol dan pembelajaran permainan
muzik tanpa notasi terlebih dahulu. Murid akan diajar bermain muzik tanpa diajar notasi yang
bermaksud simbol bertulis yang mewakili pic, jangka masa dan susunan berirama nada

muzik. Selepas murid dapat bermain muzik dengan baik, barulah murid akan diajar dalam
pembelajaran teori simbol muzik.

Table 5. Whole-Part-Whole Learning Process. Adapted from Jump Right In: The Music Curriculum
(Bolton et al., 2000, 2001; Taggart, et al., 2004, 2006).

Stage 1
WHOLE
Experience the Whole

CLASSROOM ACTIVITIES
Singing
Chanting
Moving and Dancing
Playing Games
Play Parties
Instrument Performance
Creativity and Improvising
Reading and Writing Music

Stage 2

Stage 3

PART

WHOLE

Study the Parts

Experience the Whole


with Increased
Understanding and
Comprehension

LEARNING SEQEUNCE ACTIVITIES


(Skill Learning Sequence)
Discrim Inferenc
ination
e
(Student (Student
s
s Infer)
Imitate)
General
Aural/O ization
ral
Aural/O
ral
Verbal
Associat General
ion
ization
Verbal
Partial
Synthesi Creativi
s
ty/
Reading Improvi
&
sation
Writing
General
Symboli ization
c
Symboli
Associat
c
ion
Theoreti
Compos
cal
ite
Underst
Synthesi anding
s
Reading
&
Writing

CLASSROOM
ACTIVITIES
Singing
Chanting
Moving and Dancing
Playing Games
Play Parties
Instrument
Performance
Creativity and
Improvising
Reading and Writing
Music

Solfege
When using Music Learning Theory tenets to help students learn music, Gordon (2007b, 2007d)
recommends using two types of solfege: tonal solfege and rhythm solfege. Each type is used to assist
students as they compare, categorize, and classify tonal patterns and rhythm patterns, respectively,
while using their audiation skills.

Because comparisons between tonalities are basic to tonal audiation development, Gordon
recommends using movable-do tonal syllables with a la-based minor, re-based Dorian, mibased Phrygian, fa-based Lydian, sol-based Mixolydian, and ti-based Locrian. This tonal system
allows students to recognize and audiate the characteristic patterns of each tonality without
prematurely resorting to notation and theoretical understanding.
When students audiate rhythm, they compare rhythm patterns and meters, not individual durations.
For that reason, Gordon recommends using rhythm solfege based on beat functions, rather than note
values. The macrobeat and microbeat rhythm solfege used in learning sequence activities is outlined
in Table 6.
Table 6. Macrobeat and Microbeat Rhythm Solfege Based on Beat Functions. Adapted from Jump
Right In: The Music Curriculum (Bolton et al., 2000, 2001; Taggart, et al., 2004, 2006),

Meter

Macrobeat

Microbeats

Usual Duple

DU

DU DE

Usual Triple

DU

DU DA DI

Usual Combined

DU

DU DA DI, DU DE or
DU DE, DU DA DI

Unusual Paired

DU

DU BE DU BA BI or
DU BA BI DU BE

DU

DU BE DU BE DU BA BI or
DU BE DU BA BI DU BE
or
DU BA BI DU BE DU BE

Unusual Unpaired

Theory, Method, Techniques and The Gordon Approach


According to Gordon (2007b), The Gordon Approach must not be confused with Music Learning
Theory, method, or technique. Music Learning Theory is not a method, nor is it a set of techniques,
but teachers and curriculum administrators may use Music Learning Theory to develop their own
music education methods, techniques, and curriculums grounded in audiation development.
Methods and techniques are unique to each teacher. Though teachers may align themselves with one
or more music education approaches, they must, in the end, define their music education practices
individually. The Gordon Approach, therefore, is unique to Gordon himself. Teachers who use
Gordons Music Learning Theory must examine and develop their music education practices and lead
their students to independent musicianship through audiation. As they do so they refine their music
teaching and learning methods while using developmentally appropriate techniques.
Summary
Each human has the potential to learn music through audiation. Ideally, informal music guidance and
audiation development begin as early in life as possible. Teachers who practice Music Learning
Theory must be aware that students, regardless of age, need guidance through the types and stages
of preparatory audiation before they are ready for formal music instruction based on skill learning
sequence, tonal learning sequence, rhythm learning sequence, and pattern learning sequences. As
children exit the types and stages of preparatory audiation and begin to function in tonalities and

meters, school music instruction may be approached as a period of developing music listening,
performing, and audiation/improvisation vocabularies through movement, rhythm, speech, singing,
and percussion instrument activities as children progress that lead to meaningful music reading and
writing.

You might also like