You are on page 1of 48

DEFINISI MUZIK

Menurut

Campbell 1995, Muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen bunyi.

DEFINISI PERGERAKAN
Cara terbaik bagi kanak-kanak belajar adalah dengan cara melakukan (learning by doing: Dalcroze 1950) kerana tubuh adalah alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan pergerakan muzik dan seterusnya mengembangkan daya komunikasi yang mengintegrasikan telinga (pendengaran), minda dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara improvisasi kepada muzik.

Pergerakan adalah perlakuan / aksi individu yang boleh berlaku secara


Automatis Spontan Terurus

( melibatkan perancangan yang lebih tersusun ) melalui postur, gerak isyarat dan pelbagaipergerakan badan

KEPENTINGAN PERGERAKAN
Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik . ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat non verbal .Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak.

KEPENTINGAN MUZIK PERGERAKAN TERHADAP:

DAN

Emosi - Aktiviti muzik memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan perasaan dan emosi yang tidak menyenangkan. Mendengar dan terlibat dalam aktiviti dapat menenangkan perasaan kanak-kanak. Kognitif - Meningkatkan daya pendengaran - Kemahiran membezakan nada bunyi tinggi dan rendah. Kegembiraan - Aktiviti muzik merupakan salah satu cara untuk menyediakan suasana riang kepada kanak-kanak. Irama dan rentak muzik yang ceria dapat menarik perhatian kanakkanak.

Fizikal - Muzik juga melibatkan pergerakan. Kanak-kanak membuat pergerakan secara bebas dan kreatif mengikut rentak muzik yang didengar. - Meningkatkan kemahiran motor. - Menggalakkan koordinasi anggota badan, mata dan tangan. Keyakinan diri. - Aktiviti muzik dan pergerakan kreatif dapat memupuk keyakinan diri dalam kalangan kanak-kanak. Bermula dengan menyanyi secara berkumpulan diikuti menyanyi secara solo adalah asas latihan keyakinan diri. Kreativiti - Aktiviti muzik dan pergerakan dapat mendorong kanakkanak mengubah suai seni kata lagu dan pergerakan kreatif mengikut ciptaan sendiri.

5 JENIS PERGERAKAN MENGIKUT

PERKEMBANGAN DARI MUDAH KE KOMPLEKS


Gerakan Gerakan

mengikut lirik lagu asas dengan muzik muzik dengan gerakan bebas dengan muzik yang menunjukkan cerita atau tema

Interpretasi Gerakan Gerakan

PENDEKATAN DALCROZE
Irama

adalah pendekatan asas dalam

pendidikan muzik
Irama

dan pergerakan berkaitan dengan kehidupan murid/kanakirama dan dinamik-berkait rapat dengan pergerakan

kanak
Elemen Kesemua

degree dalam tempo-ellegro, andante, accelerando dan ritardando dapat dialami, difahami, dan diekspresikan dengan badan

PENGLIBATAN
Eurhythmics memerlukan penglibat individu secara total/menyeluruh. Ia melibatkan penyatuan minda, anggota badan serta emosi diri secara total di mana individu perlu
Mendengar Merasai

(feel) kuat( strong imagination) bunyi

Berimaginasi

Menginterpretasi

Bertindak/respon/bergerak

KECERDASAN MUZIK
Kebolehan

berfikir dalam bentuk muzikal, mendengar dan mengecam paten, membezakan antara bunyi dan mencipta muzik .

Sensitif dengan bunyi dipersekitaran.

Kemahiran

individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah muzik, mengingati melodi, memahami struktur dan rentak muzik.

KECERDASAN KINESTETIK
Kebolehan

menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi pergerakan fizikal dengan mental.

PERGERAKAN MENGIKUT MUZIK


Umur Lahir- 4 bulan perkembangan Kesedaran muzik bermula: bayi mungkin menunjukkan kesedaran awal dengan melakukan tindak balas yang berbeza terhadap muzik. Ketika bayi tidur, muzik sebagai pengulit dan bayi menjadi aktif ketika muzik dimainkan.

4- 8 bulan

Kesedaran muzik menjadi lebih aktif: bayi mula mengamati semua bunyi yang didengari di persekitarannya. Dia mula menunjukkan lebih aktif terhadap kesedaran muzik dengan melakukan pergerakan kepala atau wajah ke arah sumber muzik.
Kecenderungan terhadap ekspresi muzik: bayi mula menunjukkan jenis muzik yang paling disukai-mungkin pada usia ini bayi lebih suka bunyi yang muncul daripada alat-alatan-serta jelas menunjukkan ketidaksukaannya terhadap muzik yang dia tidak suka. Dia akan mengoyangkan pinggul dan bertepuk tangan apabila mendengar muzik yang disukainya.

10-18 bulan

18 bulan 2 tahun

Eksplorasi bunyi muzik meningkat: bunyi muzik di persekitaran akan memikat kanak-kanak yang bertatih. Kanak-kanak mula mengembangkan kemahiran bahasa dan meningkatkan mobility untuk mencari muzik yang paling disukainya. Mereka mungkin lebih suka terhadap bunyi terutamanya muzik di TV atau radio atau iklan dan mungkin akan tertarik atau terpesona apabila ahli keluarga memainkan alat muzik. Mula menari: kanak-kanak pada peringkat ini berupaya untuk menari mengikut muzik dengan menekuk lutut, berputar-putar, berayun, menghayunkan tangan, dan menganggukkan kepala. Dia lebih suka irama yang jelas, jadi kumpulan muzik atau lagu kanak-kanak. Kanak-kanak menunjukkan peningkatan kemampuan untuk menjaga masa untuk mengikuti penggunaan dalam permainan muzik yang disukainya. Sekarang kanakkanak boleh berbaring atau duduk dengan tenang dan mendengar selama beberapa minit pada sesuatu masa.

2 - 3 tahun

3 1/2- 4 tahun

Ekspresi diri melalui muzik meningkat: pada tahap ini, perubahan yang ketara berlaku. Semasa mendengar, dia sudah tahu beberapa komponenkomponen yang membentuk muzik yang disukainya. Dia mungkin suka mendramatisasi lagu dan mungkin juga cuba mentafsir muzik ( misalnya, percubaan dengan irama yang berbeza). Peningkatan dapat dilihat apabila ia pandai menjada irama, walaupun tidak semuanya tepat. Kemampuan untuk berkongsi pengalaman muzik: anak-anak boleh bercakap tentang muzik yang telah dicadangkan kepadanya, dan dia dapat menceritakan secara terperinci apa yang dia dengar. Ini adalah tahap pendengaran aktif. Dengan dorongan, keinginan anak untuk mendengar muzik akan meningkat. Keselarasan gerak tari bermula: meningkatkan kawalan motor dan kemampuan untuk melakukan pergerakan yang serentak dengan irama muzik sebagai langkah untuk menari. Kanak-kanak mula boleh melakukan pergerakan tangan dan kaki serentak dengan muzik dan boleh melompat dengan menggunakan satu kaki dan membuat gerakan-gerakan tari berirama muzik. Kanak-kanak juga mungkin mula menunjukkan minat

4 5 tahun

5 6 tahun

MENYANYI
Peringkat umur Lahir 4 bulan Perkembangan Tangisan pertama bayi adalah muzik: Tangisan bayi pertama bayi sangat penting untuk mengekspresikan keperluan dan perasaan. Mereka dapat membezakan pic, kelantangan dan pola-pola berirama. Secara berperingkat, bayi mula melakukan percubaan dengan suara yang lain: dia berbisik, bubling, jeritan dan mula bercakap yang bukan-bukan mengulangi suara seperti ba-ba-ba. Bercakap makin meningkat, memuatkan ciri-ciri muzikal lebih jelas: ketika kanak-kanak terus untuk bereksperimen dengan membebel suaranya menjadi aktiviti kegemarannya. Ketika ini bayi dalam lingkungan pic, keamatan nada suara semakin meluas, muncul aktiviti yang mennyerupai lagu. Jangan hairan jika pada satu masa bayi mampu mengulangi pic anda menyanyi dengan not yang sama.

6 18 bulan

18 bulan 3 tahun

Mula menyanyi dengan betul: terdengar bayi merapu dengan merdu seperti betul-betul lagu ketika sedang bermain. Dia mungkin menyanyikan sebuah sajak yang mudah diingat, menggunakan suku kata atau hanya cakap kosong ketika bermain. Dia mungkin juga meminati lagu-lagu yang diminati oleh anda, ia sangat meminati lagu-lagu biasa dan meminta anda untuk menyanyikan berulang-ulang.
Ketepatan dalam persamaan ton bermula: sekarang anak mula menyanyi hampir sama dengan orang dewasa. Dia mungkin secara spontan mencipta lagu sendiri, meskipun kata-kata yang sering berulang-ulang dan lagu mungkin sangat mirip dengan lagu-lagu yang dia tahu.

3 - 4 tahun

4 5 tahun

Ketepatan menyanyi meningkat: anak mula menunjukkan peningkatan kawalan suara dan anggaran lebih dekat nada dan irama. Kadandkadang dia mencipta lagu ketika bermain dan boleh menggunakan lagu untuk menarik perhatian ornag lain. Dia menunjukkan lebih berminat dalam kumpulan menyanyi dan mungkin suka menikmati giliran menyanyi sendirian. Dia berasa bangga dengan kemampuannya untuk mengenal pasti melodi kegemarannya.

5 tahun ke atas

Repertoir lagu makin berkembang, pengiktirafan dan penghargaan meningkat: Kebanyakan anak kini menghasilkan lagu-lagu mudah.

BERMAIN ALAT MUZIK


Peringkat umur 6 9 bulan Perkembangan Bayi suka membuat bunyi dengan apa-apa objek yang tersedia: koordinasi mata-tangan bayi terbentuk. Dia suka memanipulasika benda-benda untuk mencapainya dan adalah tertarik dengan kemampuan barunya menghasilkan bunyi dengan objek. Dia akan tekan, tending atau memukul hampir semua benda yang berada di sekilingnya untuk menghasilkan bunyi. Kanak-kanak mencari objek khas untuk menghasilkan bunyi: Anda mungkin pernah melihat anak-anak berupaya mendapatkan objek tertentu seperti cawan, mangkuk, dan peralatan-peralatan lain untuk menghasilka bunyi.

18 bulan 2 tahun

2- 3 tahun

Minat sebenar terhadap alat muzik meningkat: pada tahap ini, ketika anak menunjukkan minat dalam mendengar alat muzik dan rakaman, berikan padanya mainan yang dapat membuat bunyi muzik yang menarik seperti zilofon, drum, paip, rebana atau marakas. Permainan alat muzik tidak seharusnya mahal. Bahkan, anda boleh membuatnya sendiri dengan kopi(drum), botol (rebana) dan sebagainya. Anak mula melakukan percubaan dengan alat muzik yang sebenar: Pada tahap ini, anak boleh mengenalpasti bunyi-bunyi tertentu dari alat muzik dan boleh memainkan pelbagai irama muzik, baik untuk mengiringi lagu atau dendangan muzik atau mencipta lagu sendiri.

4- 5 tahun

CONTOH PERALATAN MUZIK

marakas

tamborin

kerincing

gendang

tik tok

kastanet

BAHAN ASAS UNTUK GERAKAN

REBEN SELENDANG

BEANBAGS

GELUNG

MUZIK DAN PERGERAKAN UNTUK KANAK-KANAK


BERKEPERLUAN KHAS

Muzik dan gerakan untuk kanak-kanak kurang upaya


Muzik

dan pergerakan penting untuk semua kanak-kanak termasuklah kanakkanak kurang upaya. Guru haruslah membuat pengubahsuaian terhadap aktiviti yang dijalankan. Membantu kanak-kanak untuk mengekspresikan diri mereka sebebas mungkin dan dapat memberikan pengalaman kepada mereka.

BERIKUT ADALAH PANDUAN DALAM MERANCANG AKTIVITI MUZIK DAN PERGERAKAN UNTUK KANAK-KANAK KURANG UPAYA

Sediakan helmet sebagai alat keselamatan untuk kanak-kanak semasa melakukan pergerakan.

Berikan isyarat tangan semasa menghadapi kanak-kanak dalam pengajaran yang anda buat. Memberikan penggunaan deria rasa untuk kanakkanak yang cacat penglihatan dan penggunaan penglihatan untuk kanak-kanak yang cacat pendengaran.

Menggalakkan kanakkanak di kerusi roda menggunakan isyarat ekspresi wajah untuk mewakili apa yang mereka rasakan.

Memasangkan kanakkanak kurang upaya dengan kanak-kanak lain yang dapat meningkatkan peribadi dengan penggunana lisan.

Menyediakan karpet untuk kanak-kanak supaya memiliki kesedaran akan batasbatas dalam ruangan umum untuk melakukan pergerakan. Jika tidak yakin merancang muzik dan pergerakan untuk kanakkanak berkeperluan khas, dapatkan nasihat daripada pakar yang berpengalaman.

Biarkan kanak-kanak dengan gerakan jari terhad untuk menggunakan bahagian tubuh lain ketika meniru jari.

TEKNIK MENGAJAR YANG BAIK UNTUK KANAK-KANAK


BERKEPERLUAN KHAS

Guna banyak pendekatan yang berbeza dengan pelbagai media untuk meningkatkan variasi dan kelajuan. Guna segmen-segmen kecil. Membangun keakraban, memberi pengalaman. Menyediakan pilihan kegiatan yang sesuai. Cuba melakukan pergerakan yang sukar tapi dapat diikuti oleh kanak-kanak. Mengenali perbezaan dalam pemerhatian. Elakkan rangsangan berlebihan atau aktiviti yang panjang. Ingat keseimbangan dalam aktiviti. Mengelak daripada melakukan kejutan. Membangun kejayaan kepada kanak-kanak.

MUZIK DAN GERAKAN UNTUK KANAK-KANAK DENGAN


KEPERLUAN KHUSUS

kanak-kanak ketidakupayaan atau kegagalan belajar

Merujuk kepada kecacatan kanak-kanak seperti disleksia, masalah pendengaran dan masalah penglihatan, gangguan perhatian dan masalah ingatan dan sebagainya. Kanak-kanak dengan Attention deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) tidak boleh duduk atau turut serta dalam kegiatan muzik yang lama dengan ahli kumpulan lain. Salah satu cara guru-guru dapat membantu mereka untuk fokus pada gerakan muzik dan pergerakan adalah membawa mereka ke lokasi tertentu dan memuji mereka untuk tetap pada tugas. Melakukan muzik dan aktiviti gerakan secara individual. memberikan headphone untuk kanak-kanak untuk mendengar muzik atau memperkenalkan mereka kepada komputer animasi dengan iringan muzik sebagai cara untuk membantu kanak-kanak dalam melakukan pergerakan dalam muzik.

MUZIK DAN PERGERAKAN UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK KECIL

Bayi selalunya akan memberikan reaksi yang berbeza terhadap pelbagai jenis bunyi muzik.

BAYI(INFANTS)

Faktor ini bergantung kepada tahap umur, keadaan dan mood mereka pada
waktu itu. Justeru, penggunaan muzik tidak hanya dihadkan kepada satu jenis muzik sahaja, sebaliknya biar mereka mendengar pelbagai bentuk muzik yang

ada.

Jenis muzik yang sesuai dan digemari oleh bayi dapat ditentukan dengan memastikan muzik tersebut mesti dipasang ketika bayi dalam keadaan sedar

dan jaga.

Bayi selalunya gemar berbaring dan anda boleh menggerakkan anggota badan mereka, malah penggunaan instrumen muzik seperti loceng digalakkan untuk merangsang pendengaran dan penglihatan mereka. Sehinggalah mereka memasuki zaman kanak-kanak, muzik dan alatan muzik sangat disukai oleh

STIMULASI PENDENGARAN BAYI


Sejak

lahir hingga 1 tahun, kebanyakkan bayi mula memperbaiki kemampuan mereka untuk mendengar suara atau bunyi yang berbeza di persekitaran mereka. Pada peringkat awal ini bayi perlu mendengar pelbagai bunyi dan belajar untuk menumpukan perhatian mereka. Muzik merupakan pengalaman yang tak ternilai sebagai seorang bayi untuk meningkatkan kemahiran mendengar. Bayi juga akan memberi tindak balas iaitu melakukan pergerakan apabila mendengar muzik.

KANAK-KANAK KECIL(TODDLERS)

Apabila bayi mula membesar sebagai kanak-kanak kecil, mereka sudah boleh bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik. Kanak-kanak ini boleh bermain dengan alat muzik seperti kastenat, kerincing, tamburin dan sebagainya. Di taska, guru perlu mengajar kanak-kanak ini memainkan alat-alat muzik tersebut. Ibu bapa atau guru boleh menjadikan lagu dan muzik sebahagian daripada masa bermain mereka dengan memasangkan kaset lagu kanak-kanak. Kanak-kanak sudah boleh meniru sesuatu gaya atau pergerakan bagi setiap muzik yang ditunjukkan.

PANDUAN MENYEDIAKAN AKTIVITI MUZIK & PERGERAKAN


Mulakan dengan aktiviti yang mudah kepada yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak. Memilih tajuk dan tema yang bersesuaian dengan aktiviti. Contohnya tema anggota badan. Sediakan aktiviti yang fleksibel Memahami keperluan dan kebolehan kanak-kanak mengikut tahap umur dan tahap kebolehan mereka. Gunakan bahasa yang mudah difahami. Gunakan pelbagai muzik sama ada muzik daripada kaset ataupun muzik yang dipersembahkan oleh guru ataupun pemuzik supaya dapat merangsang lagi kanak-kanak bergerak bersama muzik.

Sediakan ruang bagi aktiviti pergerakan. Jika ruang kelas terlalu sempit, maka adalah lebih sesuai menggunakan pergerakan bukan lokomotor seperti:

Menepuk tangan

Memetik jari

Menghentak kaki

MUZIK DAN PERGERAKAN UNTUK KANAK-KANAK 3 TAHUN

MUZIK & PERGERAKAN UNTUK KANAK-KANAK 3 TAHUN

Telah mengalami perkembangan dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial yang memberangsangkan. Mampu menggolek, membaling dan menyepak yang boleh diaplikasikan dengan muzik. Mestilah merangkumi nyanyian, tarian, pendengaran dan permainan alat muzik

TINDAK BALAS KANAK-KANAK TERHADAP BUNYI & PERGERAKAN

Akan menggerakkan badan, bertepuk tangan, membengkokkan lutut mereka, memusingkan lengan dan menganggukkan kepala dalam keadaan bertenaga. Sangat aktif dan menyukai muzik yang rancak. Mampu menyanyikan beberapa patah perkataan, menyukai permainan drama dan khayalan. Mula minat untuk bermain alat muzik seperti drum, tamborin dan kayu stick.

PANDUAN MENGAJAR MUZIK UNTUK KANAKKANAK 3 TAHUN


Muzik yang dipilih mestilah bersesuai dengan perkembangan mereka. Mengajar dalam kumpulan yang kecil . Ketika mengajar muzik, cuba selitkan dengan nyanyian spontan seketika. Memperkenalkan alatan muzik satu persatu kanak-kanak dan membunyikan alat tersebut.

MUZIK DAN PERGERAKAN UNTUK KANAKKANAK 4 8 TAHUN (KINDERGARTEN AND EARLY PRIMARY)

Kanak-kanak melakukan pergerakan mengikut muzik Terdapat beberapa tahap perkembangan kanakkanak dalam melakukan pergerakan mengikut muzik Antaranta ialah Tahap rendah, Tahap tengah, Tahap tinggi

TAHAP PERKEMBANGAN (LOW LEVEL)

Antara akitiviti yang dilakukan ialah


Berguling Meniarap Mengesot Berjalan sambil mengheret kaki Bergerak ke belakang dan depan

TAHAP PERKEMBANGAN (MIDDLE LEVEL)


Merangkak Duduk mencangkung Lompat katak Berjalan dengan empat kaki

TAHAP PERKEMBANGAN (HIGH LEVEL)


Langkah seperti raksaksa Dapat menggunaka tongkat Pogo Berjalan sambil memegang bendera Berjalan menggunakan lutut Dapat melompat dan berlari Berlari dan berhenti

MUZIK DAN PERGERAKAN SEBAGAI BAHASA


KOMUNIKASI

Pergerakan dapar menggambarkan perwatakan kanak-kanak Pergerakan juga dapat melahirkan imaginasi kanak-kanak (spt, berfantasi) Kanak-kanak dapat meluahkan rasa melalui muzik dan gerakan yang mereka lakukan Mempengaruhi perkembangan motor kanak-kanak, bila kanak-kanak bergerak, tubuh badan mereka turut melakukan pergerakan Kanak-kanak juga bergerak mengikut temponya

PERGERAKAN DAN MUZIK SEBAGAI SATU


PERMAINAN Meningkatkan perkembangan motor kanak-kanak melalui pergerakan Contohnya, apabila muzik dimainkan kanak-kanak akan menari secara spontan

MUZIK DAN PERGERAKAN DAN BAHASA SENI

Perkembangan bahasa

Muzik nyanyian sangat baik untuk mengembangkan bahasa kanak-kanak Dapat membantu kanak-kanak memezakan antara perkatan, huruf dan suku kata Kanak-kanak juga akan mudah memahami frasa dan seni kata dalam lagu, kanak-kanak akan mudah belajar mengenai bahasa Muzik dan pergerakan merupakan satu cara kanakkanak meningkatkan penguasaan bahasa mereka

MUZIK DAN KEMAHIRAN MEMBACA

Melalui mendengar muzik dan menyanyi kanakkanak dapat menerokai perkataan baru dan dapat menambah kosa kata mereka

MUZIK, PERGERAKAN DAN MATEMATIK


Puzzle dapat membantu kanak-kanak mengembangkan kemhiran matematik mereka Contohnya, kanak-kanak akan belajar tentang

Besar dan kecil Panjang dan pendek Tinggi dan rendah Awal dan lambat Sikit Banyak Sekali Kumpulan dll

Contohnya kanak-kanak dapat bekerja dalam kumpulan, dan membesar dan mengecilkan badan mereka

KESIMPULAN

Muzik dan pergerakan adalah elemen penting yang perlu ada dalam aktiviti dan program pra sekolah. Pembelajaran dan pengajaran serta pengalaman muzik dan nyanyian perlu dipelbagaikan. Kepelbagaian ini termasuklah memberi peluang kepada kanak-kanak mengambil bahagian dan kemahiran mendengar. Melalui muzik, kanak-kanak dapat keseronokkan, luahan perasaan, keseimbangan emosi, konsep diri yang positif, menghargai seni muzik dan kemahiran muzik.

You might also like