You are on page 1of 14

ALAT-ALAT MUZIK DAN KLASIFIKASINYA

Alat-alat muzik boleh dikategorikan kepada empat kategori utama, bergantung kepada pembuatan dan komponen utama yang melahirkan bunyi serta kaedah pengeluaran bunyinya. Kategori-kategori itu adalah seperti berikut: 1) Kordofon 2) Aerofon 3) Membranofon 4) Idiofon Kordofon Alat-alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana adanya getaran pada tali yang ditegangkan. Alat-alat muzik rebab, sape dan lain-lain tergolong dalam kategori ini. Aerofon Erofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara. Dalam masyarakat pribumi Malaysia,terdapat beberapa jenis alat muzik erofon seperti serunai, seruling, nafiri, seruling hidung dan lain lain yang sejenis. Membranofon Dalam kategori ini digolongkan alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit atau membrane yang ditegang dan dipalu.Berbagai jenis alat gendang dan rebana Melayu tergolong dalam kategori membranofon. Kebiasaannya digunakan di dalam menghasilkan lagu-lagu rakyat. Idiofon Idiofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tindakbalas pada rangka badan yang bergema. Contoh alat muzik idiofon pribumi Malaysia ialah kumpulan gong dan jenis-jenisnya. Dalam kategori idiofon terdapat alat-alat muzik'metallophone', yang diperbuat daripada logam gangsa seperti saron dan gendir dalam ensemble gamelan.

Tarian Singa Alat Muzik yang digunakan dalam tarian singa ialah alat muzik berjenis membranofon dan idiofon. Klasifikasi Alat Membranofon Gendang besar atau dalam bahasa cina dipanggil gu atau shi gu berbentuk tong dengan satu muka berkulit pada bahagian atas. Badannya diperbuat daripada kayu dan berukuran lebih kurang 75 cm tinggi dengan garis pusat 2.1 m. Kulitnya bergaris pusat lebih kurang 60 cm. Muka kulit dipakukan kepada badan kayu dengan paku besi dalam bentuk corak segitiga pada bahagian tepi belah atas gendang. Bahagian bawah dibiarkan terbuka.Di dalam dram ini terdapat dawai besi yang memberikan warna ton yang istimewa kepada alat ini. Tiga jenis bunyi dihasilkan oleh alat gendang ini: a) bunyi berdering dan rendah semasa dram dipukul di tengah-tengah kulit b) bunyi tajam dram dipukul di bahagian tepi di mana kulit dipaku kepada badan kayu c) bunyi meredam (dampened) apabila dram dipukul di bahagian tengah sambil menekan muka kulit dram dengan sebelah tangan yang lain.

Shi gu atau gendang besar

Pengetuk Shi Gu Idiofon Alat idiofon simbal cina atau dalam bahasa cina ialah bo dan gong atau dalam bahasa cina dipanggil luo digunakan dalam persembahan tarian singa. Kadangkala dua gong iaitu gong besar atau dalam bahasa cina dipanggil da luo dan gong kecil atau dalam bahasa cina dipanggil xiao lou atau dua pasang simbal akan dimainkan. Gong dipalu dengan pemukul kayu.

Simbal cina ( bo ) : Simbal yang diperbuat daripada gangsa. Alat ini dipegang dan dipukul bersama oleh pemain. Dua jenis bunyi dihasilkan: satu yang berdering dan satu lagi yang meredam.

Gong ( luo ) Gong gangsa yang berbingkai nipis. Permukaannya yang rata dan leper dipukul dengan pemukul kayu. Alat ini digantung. Pemain akan letak sebelah tangan di sebelah belakang gong untuk mengawal bunyi yang dihasilkan oleh alat ini semasa dimainkan.

CIRI-CIRI MUZIK TARIAN SINGA Dari segi alatan muzik , alat yang biasa digunakan adalah seperti Luo iaitu alat gong gangsa yang berbingkai nipis dan digantung , Bo pula alat simbal yang diperbuat daripada gangsa, Gu ataupun Chebagu yang merupakan gong besar ataupun tong yang mempunyai satu muka kulit. ALAT MUZIK-LUO

ALAT MUZIK- BO

ALAT MUZIK- CHEBAGU

Muzik genderang bemeter duple dan tekstur polifoni iaitu: Lapisan pertama dihasilkan oleh gendang (chebagu) Lapisan kedua dihasilkan oleh simbal (bo) Lapisan ketiga dihasilkan oleh gong (luo) Corak gendang dihubungkait dengan gerakan singa Lagu Gendang 7 Bintang mengiringi Tarian Chai Ching. Terdapat 5 bahagian mengikut gerakan singa a) Kemunculan Singa: Titiran b) Singa Menyembah: Titiran c) Singa Berjalan: Irama bertitik d) Singa Menjumpai Makanan: Titiran e) Ulang a dan c

PETUNJUK SKOR :

a)KEMUNCULAN SINGA :TITIRAN

b) SINGA MENYEMBAH : TITIRAN

c) SINGA BERJALAN : IRAMA BERTITIK

d) SINGA MENJUMPAI MAKANAN :TITIRAN

FUNGSI

MUZIK/AHLI

MUZIK

DALAM

MASYARAKAT
Dipersembahkan untuk merayakan Tahun Baru Cina. Diadakan di majlis-majlis keramaian seperti pembukaan kedai baru,perkahwinan serta majlis-majlis menyambut dif-dif terhormat.

Pada masa lampau,tarian singa utara dan selatan dimainkan sehingga 3 atau 4 jam lamanya. Tarian biasanya terdiri dari cerita rakyat cina Di Malaysia pada masa kini,cerita-cerita telah diringkaskan dan hanya satu tarian sahaja (Tarian Chai Ching ) Gerak Geri Gembira,sedih atau marah digambarkan melalui gerak geri singa. Dipersembahkan apabila singa melawat dari rumah ke rumah pada tahun baru cina dan majlis atau perayaan lain. Klimaks tarian adalah apabila singa memakan sayur hijau (ching) dan mengambil angpow dalam sayur

REFLEKSI
NUR SHAHIRAH BT MOHMAD Alhamdulillah, syukur kami ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnianya kami dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian. Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek K 3102 Pendidikan muzik, kami agak keliru tentang kehendak soalan .Kami berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada kami tentang Pendidikan muzik amatlah sedikit. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat kami untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang berkaitan melalui internet. Di sini kami dapat mencari segala informasi yang diperlukan bagi menyelesaikan tugasan ini. Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang Pendidikan Muzik dapat kami kumpulkan dan kami perolehi maklumat-maklumat tersebut melalui Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik dan sumber internet.Akhirnya dengan usaha gigih yang kami lakukan, banyak ilmu yang kami perolehi dan akan kami gunakan ilmu ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik di sekolah nanti. Ilmu yang kami perolehi ini akan dapat membantu kami dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di peringkat sekolah atau peringkat yang lebih tinggi sekiranya kami diberi peluang untuk mengajar subjek ini. Pendidikan Muzik merupakan pelajaran yang menarik jika guru pandai menggunakan teknik yang sesuai. Banyak perkara menarik boleh dipelajari oleh murid-murid. Guru perlu menggunakan kepakarannya untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid.

Murid-murid perlu dilibatkan secara aktif untuk mengambil bahagian di dalam proses pembelajaran di dalam kelas. Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat kami perolehi melalui tugasan yang diberikan ini .Sebagai seorang pendidik, ianya amat penting dan berguna sekali dalam proses melahirkan murid yang bersemangat patriotik, boleh bekerjasama dengan orang lain, mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia, dan menyumbang ke arah perpaduan dan pembangunan negara akan tercapai. Murid-murid juga akan memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian mereka. Sebagai guru, tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Hanizah bt Abdul Wahab yang telah banyak membantu kumpulan kami dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan.

You might also like