You are on page 1of 13

HBPE1203

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER/2014

HBMS 1203

PENGAJARAN MUZIK I

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SIBU

0
HBPE1203

KANDUNGAN MUKASURAT
1.0 PENGENALAN 2-3
2.0 LAGU KANAK-KANAK YANG MEMPUNYAI
16 BAR DENGAN RENJ YANG SESUAI DAN 5
SEBAB LAGU TERSEBUT SESUAI DIGUNAKAN
SEMASA KELAS NYANYIAN. 4-5
3.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGAJAR LAGU
TERSEBUT 6-7
4.0 RANCANGAN MENGAJAR NYANYIAN TAHAP 1
SELAMA 30 MINIT MENGIKUT URUTAN LANGKAH
YANG SESUAI. 7-10
5.0 ANALISIS SKOR LAGU TERSEBUT 10
6.0 CORAK IRAMA YANG SESUAI DENGAN
MENGGUNAKAN TIGA ALAT PERKUSI TANPA PIC
UNTUK MENGIRINGI LAGU PILIHAN. 11
7.0 KESIMPULAN 12
8.0 RUJUKAN 12

1
HBPE1203

1.0 PENGENALAN
Muzik merupakan satu saluran unik yang boleh menentukan tahap pencapaian mana-
mana tamadun. Hal ini demikian kerana segala bentuk seni termasuk muzik dapat
membezakan tingkahlaku manusia daripada makhluk yang lain. Malah kajian-kajian
dalam bidang arkeologi dan antropologi menunjukkan bahawa manusia pernah
mengadakan pelbagai jenis aktiviti muzik sepanjang zaman. Muzik juga merupakan satu
bidang yang kaya dengan pelbagai jenis pengetahuan, kemahiran dan cara-cara berfikir
yang berbeza dari zaman ke zaman dan dari satu lokasi ke satu lokasi. Kebolehan
bermain alat muzik, menyanyi atau menghiburkan diri mahupun untuk perkembangan
intelek adalah wajar bagi setiap insan.Selain daripada itu, muzik juga merupakan satu
cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal atau instrumental
termasuk bunyi-bunyi semulajadi dan persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang
dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran dan emosi manusia yang boleh
mencerminkan sesuatu budaya tertentu. Menurut Campbee 1995, muzik adalah suatu
kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik
boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak prasekolah dalam bentuk elemen
muzik. Suara merupakan satu alat muzik yang semulajadi yang berkesan dimiliki oleh
semua orang. Kanak-kanak menggunakan suara sebagai alat untuk melahirkan perasaan
gembira, sayang, sedih, takut atau seronok. Cara yang terbaik bagi kanak-kanak
menggunakannya untuk menimba pengalaman muzikal ialah melalui kegiatan nyanyian.
Oleh itu nyanyian merupakan aktiviti yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran
muzik asas yang terbaik dalam perkembangan dan kemahiran muzik. Pembelajaran
muzik di sekolah-sekolah adalah satu dimensi yang memberi peluang kepada murid
untuk mencapai kejayaan. Hal ini adalah kerana, setiap murid mempunyai kecenderungan
yang berbeza. Tidak semua murid cemerlang dalam bidang akademik. Sebahagian murid
yang tidak berminat dalam bidang akademik mungkin cemerlang di dalam bidang muzik.
Salah alat muzik semulajadi yang berkesan dimiliki oleh semua orang ialah suara. Kanak-
kanak menggunakan suaran sebagai alat untuk meluahkan perasaan gembira, sayang,
sedih, takut atau seronok. Cara yang baik bagi kanak-kanak menggunakannya untuk

2
HBPE1203
menimba penyaluran muzikal ialah kegiatan menyanyi. Oleh itu nyanyian merupakan
aktiviti yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran muzik asas yang terbaik dalam
perkembangan dan kemahiran muzik. Oleh itu nyanyian dan permainan perkusi
merupakan komponen-komponen yang penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pendidikan muzik di sekolah rendah. Menyanyi atau nyanyian merupakan
aktiviti teras atau utama dalm konteks kurikulum Pendidikan Muzik di negara kita, pada
peringkat awal persekolahan. Dalam proses untuk mempelajari sesebuah lagu, ia
melibatkan pengetahuan dan kemahiran. Manakala permainan alat perkusi pula
merupakan aktiviti yang menarik dan sangat sesuai untuk murid sekolah rendah.Sejarah
mengenai alat-alat perkusi memang telah lama wujud. Ia merupakan sejenis alat muzik
yang terawal yang digunakan di dunia ini. Manusia pada zaman dahulu mengetuk
dinding-dinding gua, bongkah-bongkah batu dan kayu berongga secara tidak sengaja dan
hasil bunyi tersebut telah dijadikan sebagai isyarat atau suatu bentuk komunikasi bagi
suatu maksud tertentu. Alat-alat perkusi boleh ditemui di mana-mana sahaja. Setiap
etnik,kaum atau bangsa mempunyai alat perkusi yang melambangkan identiti mereka
yang tersendiri. Perkusi menjadi melodi asas atau basic rhythmuntuk sesebuah lagu. Ini
adalah sebab rentak perkusilah yang akan menentukan corak dan jenis lagu tersebut. Pada
kebiasaannya perkusi ialah alat muzik yang dimainkan untuk menjaga tempo sesebuah
lagu. Instrumen muzik perkusi tidak hanya dimainkan sebagai pengiring atau ritma, tetapi
sebagai melodi dan memainkan harmoni. Perkusi umum dianggap sebagai tualng
belakang atau jantung dalam sesebuah pertunjukan muzik. Terdapat dua jenis alat
perkusi iaitu yang mempunyai pic dan tidak mempunyai pic. Permainan alat perkusi
merupakan aktiviti yang menarik dan sangat sesuai untuk murid sekolah rendah. Pada
usia sebegini, kanak-kanak dapat merasai konsep muzik melalui pengalaman bermain
muzik. Permainan alat perkusi adalah mudah dan praktikal untuk mengiringi nyanyian
hanya dengan memainkan corak irama yang dipelajari. Di samping itu, permainan alat
perkusi juga akan membantu koordinasi gerakan anggota badan murid. Semasa bermain
alat perkusi murid berpeluang meneroka kreativiti mereka. Seterusnya permainan alat
perkusi secara ensembel memupuk semangat kerjasama dan toleransi, displin dan rasa
bertanggungjawab.

3
HBPE1203
2.0. LAGU KANAK-KANAK YANG MEMPUNYAI 16 BAR.
Berdasarkan kepada tugasan HBMS1203 (Pengajaran Muzik I) saya telah memilih lagu
kanak-kanak yang sepanjang 16 bar bertajuk Berlari Di Padang

4
HBPE1203
2.1 LIMA SEBAB LAGU TERSEBUT SESUAI DIGUNAKAN SEMASA KELAS
NYANYIAN.
Pemilihan lagu yang baik bergantung kepada aspek-aspek usia, minta dan keupayaan
murid. Terdapat beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi semasa pemilihan lagu untuk
pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik.

2.1.1 Lagu tersebut mempunyai melodi yang indah.Melodi yang indah ini akan menimbul
suasana yang seronok ketika murid-murid menyanyi lagu tersebut.
2.1.2 Lagu tersebut juga mempunyai renj suara yang sesuai.Bagi suara nyanyian, pic
terendah dan tertinggi adalah dikenali sebagai renj suara. Pemilihan lagu Berlari Di
Padang untuk tugasan ini didapati bersesuaian dengan renj suara kanak-kanak iaitu
dalam lingkungan not F hingga not C. Dengan lirik yang mudah serta ringkas, lagu ini
membolehkan murid untuk menyanyi dengan mudah dan dapat menghafal liriknya
dengan cepat. Tambahan pula, bait-bait liriknya yang mudah mampu memberikan
peluang kepada murid-murid tahap satu menyanyikan lagu ini dengan betul.
2.1.3 Lagu ini mempunyai melodi yang berulang.Melodi yang berulang akan
memudahkan murid-murid untuk mengingati lagu tersebut. Ini akan menambahkan minat
mereka untuk mempelajari lagu tersebut.
2.1.4 Senikata lagu tersebut juga ada perkaitan dalam aktiviti harian murid.Murid-murid
akan lebih teransang sekiranya senikata lagu tersebut mempunyai perkaitan dengan
aktiviti harian mereka.
2.1.5 Mud lagu ini yang riang dan pelbagai. Melalui lagu ini, murid juga dapat
mengekspresikan mud dan membuat gerakan bebas mahupun berpandu bagi
menunjukkan mud riang dan bersemangat. Guru juga boleh melakukan pelbagai aktiviti
sampingan sewaktu mengajar dan tidak hanya menumpukan pada nyanyian sahaja. Guru
boleh mengadaptasikan lagu ini dengan melakukan aktiviti bermain alat perkusi ketika
menyanyi. Guru juga boleh melakukan aktiviti gerakan sambil menyanyi.

5
HBPE1203
3.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGAJAR LAGU TERSEBUT.
Terdapat sepuluh langkah untuk memperkenalkan lagu tersebut kepada murid-murid agar
dapat menarik minat mereka adalah seperti berikut:
3.1 Perkenalkan tajuk lagu kepada murid-murid sambil itu menerangkan latarbelakang
lagu tersebut. Galakkan murid-murid berkongsi idea dan maklumat tentang lagu tersebut.
3.2 Perkenalkan lagu tersebut dengan memainkan keseluruhan lagu tersebut
menggunakan pemain DVD. Biarkan murid-murid mendengar lagu tersebut beberapa
kali. Jika boleh, mainkan lagu tersebut beberapa hari sebelum diajar kepada murid. Ini
akan memberi pengetahuan sedia ada kepada murid-murid.
3.3 Selepas itu,suruh murid-murid menepuk tangan dalam rentak dan nada yang
sama. Perkenalkan murid-murid kepada nadi lagu tersebut terlebih dahulu dengan meter
lagu yang betul agar mereka dapat merasa nada lagu tersebut.
3.4 Sediakan skor lagu yang berasingan untuk setiap frasa lagu tersebut. Bincang
tentang aspek yang terdapat dalam lagu tersebut seperti nada,melodi dan irama.
3.5 Guru perlu menyanyi atau memainkan frasa pertama lagu tersebut. Frasa tersebut
hendaklah dinyanyikan dengan nada,melodi dan irama yang betul agar murid-murid
dapat menyanyikan semula frasa tersebut dengan betul.
3.6 Selepas guru menyanyikan frasa yang pertama, murid-murid dikehendaki untuk
menentukan pic yang tertinggi dan terendah dalam frasa pertama. Murid-murid
dikehendaki melukis kuntur melodi dalam setiap frasa tersebut menggunakan lirik lagu
yang disediakan.
3.7 Kemudian, murid-murid dikehendaki untuk menyanyikan frasa tersebut dalam
nada tempo dan melodi yang sama dengan guru. Frasa ini perlu diulang sehingga majoriti
murid dapat menyanyikan frasa pertama dengan pic,melodi dan irama yang betul.
3.8 Setelah murid-murid dapat menyanyi frasa dengan betul, murid-murid akan
diperkenalkan kepada frasa kedua.Kemudian kembali ke frasa pertama dan suruh murid
menyanyikan kedua-dua frasa tersebut.Tambahkan frasa yang seterusnya dengan cara
yang sama.
3.9 Kerapkan latihan menyanyi lagu tersebut dan cabar murid-murid untuk menghafal
lagu tersebut. Suruh murid-murid menyanyikan lagu tersebut tanpa iringan muzik. Di

6
HBPE1203
samping itu, guru perlu membetulkan kesalahan murid-murid seperti pic, melodi dan
irama.
3.10 Akhir sekali suruh murid-murid iaitu secara ensembel menyanyi keseluruhan lagu
tersebut dengan iringan muzik.
4.0 RANCANGAN MENGAJAR NYANYIAN TAHAP 1 SELAMA 30 MINIT
MENGIKUT URUTAN LANGKAH YANG SESUAI.
Tarikh : 13 Oktober 2014
Kelas : Tahun 2 Bestari
Waktu : 1000-1030 pagi
Bilangan Murid : 25 orang
Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik
Bidang : Nyanyian dan gerakan
Tajuk Lagu : Berlari Di Padang.
Pengetahuan sedia ada : Murid-murid pernah menyanyi beberapa buah lagu yang
lain.
Kemahiran : 1.10 Menyanyi dengan terkawal dan teratur.
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat :
i) Mennyanyi dengan pic, tempo dan sebutan yang betul.
ii) Menyanyi secara seragam dalam kumpulan.
iii) Menepuk peha dan memetik jari mengikut irama dan detik
lagu.
Konsep muzik : Irama dan detik.
Penerapan nilai murni : Bekaerjasama dan berdisplin.
Penggabungjalinan : Bahasa Melayu, Pendidikan Moral.
ABM : Kibod, carta lagu dengan lidi notasi, kad imbasan.

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran (Guru) Aktivit Pembelajaran (Murid)

Set Memperkenalkan i)Guru memperkenalkan pic i)Murid-murid mendengar dan


Induksi pic rendah dan rendah dan tinggi melalui memerhati cara guru buat.

7
HBPE1203
(3minit) tinggi melalui latihan solfa dalam bentuk
latihan solfa la,la,la.
dalam bentuk
la,la,la ii)Guru memainkan tangga ii) Murid-murid membuat
nada C Major dalam kibod. aktiviti yang diarahkan oleh
Sambil menyebut la,la,la guru, iaitu bangun perlahan
apabila guru memainkan
iii)Guru menyuruh murid- tangganada C Major menaik
murid menyebut mengikut dan duduk perlahan apabila
dia. guru memainkan tangganada C
Major menurun.
iv) Guru mengarah murid-
murid supaya bangun
perlahan-lahan apabila guru
memainkan tangganada
menaik C Major kemudian
duduk perlahan-lahan apabila
guru memainkan tangganada
menurun C Major. Setelah
murid-murid dapat
menguasainya, guru
memperkenalkan pic rendah
sambil menekan not C bawah
dan pic tinggi dengan
menekan not C atas di kibod
.

v) Setelah aktiviti di atas


selesai guru
memperkenalkan tajuk lagu
yang akan dipelajari iaitu
Berlari Di Padang dan
mulakan pelajaran.

Langkah 1 Memperkenalkan i) Guru menayangkan carta i)Murid-murid mendengar dan


(5 minit) lagu Berlari Di lagu dengan notasi memerhati guru membaca
Padang lidiBerlari Di Padang senikata lagu baris demi baris.

ii) Guru membaca senikata ii) Murid-murid membaca


lagu baris demi baris. senikata lagu selepas guru.

iii) Guru menyuruh murid- iii) Murid-murid membaca


murid membaca senikata senikata lagu dengan sendiri.
lagu selepas dia.

iv) Guru menyuruh murid-

8
HBPE1203
murid membaca sendiri
senikata lagu.

Langkah 2 Nyanyian lagu i)Guru menyanyikan lagu i)Murid-murid memerhati dan


(6 minit ) Berlari Di baris demi baris mendengar dengan teliti.
Padang secara
kelas tanpa ii) Guru menyuruh murid ii)Murid-murid menyanyikan
iringan muzik. supaya menyanyi mengikut lagu tersebut mengikut guru.
dia.

iii) Guru menyuruh murid iii) Murid menyanyi dengan


menyanyi dengan sendiri. sendiri.

iv) Membetulkan kesalahan iv) Murid membetulkan


murid. kesalahan mereka dalam
nyanyian.

Langkah 3 Menyanyi lagu i) Guru menyanyikan lagu i)Murid mendengar dan


( 6 minit) Berlari Di tersebut dengan iringan memerhati cara guru menyanyi
Padang muzik. dengan iringan muzik.
secara kelas dan
kumpulan dengan ii) Guru menyuruh murid ii) Murid menyanyi bersama
iringan muzik. supaya menyanyi bersama- guru.
sama.

iii) Guru membetulkan iii) Murid membetulkan


kesalahan murid dalam kesalahan mereka.
nyanyian.

iv) Guru menyuruh murid iv) Murid menyanyi dalam


menyanyi dalam kumpulan. kumpulan.

Langkah 4 Konsep muzik i)Guru membahagikan murid i)Murid berada dalam


( 5 minit) irama dan detik kepada dua kumpulan. kumpulan masing-masing.
lagu.
Menepuk peha ii)Guru menunjukkan cara ii) Murid memerhati tunjuk
dan memetik jari menepuk peha mengikut cara guru dan mendengar
secara kelas dan irama lagu dan memetik jari arahan guru.
kumpulan. mengikut detik lagu.

iii) Guru mengarah murid iii) Murid membuat aktiviti


membuat aktiviti tersebut yang diarahkan oleh guru
mengikut kumpulan. mengikut kumpulan masing-
Kumpulan 1 = Menepuk masing.

9
HBPE1203
peha mengikut irama lagu.

Kumpulan 2 = Memetik jari


mengikut detik lagu.

Penutup Menyanyi lagu i)Guru menunjukkan cara i)Semua murid mendengar


(5 minit) Berlari Di menepuk mengikut detik. penerangan guru.
Padang
secara ensemble ii) Guru mengarah murid ii) Murid-murid menyanyi
sambil menepuk supaya menyanyi sambil sambil bertepuk tangan
mengikut detik . menepuk tangan mengikut mengikut detik lagu.
detik lagu dan bersurai.

5.0 ANALISIS SKOR LAGU TERSEBUT.


Semasa membuat analisis skor lagu,terdapat beberapa perkara penting dalam unsur muzik
yang harus dipertimbangkan tajuk lagu, tanda masa, tanda nada, jumlah bar, bentuk dan
tekstur lagu tersebut.
5.1 Tajuk lagu : Berlari Di Padang.
4
5.2 Tanda masa : Lagu Berlari Di Padang ini mempunyai tanda masa
4
5.3 Tanda nada : Lagu Berlari Di Padang ini ditulis dalam nada C major.
5.4 Jumlah bar : Lagu Berlari Di Padang mempunyai 16 bar

5.5 Bentuk : Bentuk lagu Berlari Di Padang adalah Bentuk AB (Binari). Bentuk
Binari merujuk kepada muzik yang hanya mempunyai dua bahagian yang
utama. Bahagian yang pertama dilabel sebagai A dan bahagian kedua
dilabel sebagai B. Bagi lagu Berlari Di Padang, frasa pertama dan kedua
(bar 1 8) adalah bahagian A manakala frasa ketiga dan keempat (bar 9-
16) adalah bahagian B.
5.6 Pencipta Lagu : Cik Susie Khar dan Amri Ahmad.
5.6 Tekstur : Lagu Berlari Di Padang mempunyai tekstur monofoni. Tekstur monofoni
adalah tekstur muzik yang hanya mempunyai satu baris melodi.Pada
asasnya dalam tekstur monofoni,hanya satu bunyi sahaja yang dapat
didengar pada satu masa. Lagu Berlari Di Padang hanya mempunyai satu

10
HBPE1203
baris melodi.
6.0 CORAK IRAMA YANG SESUAI DENGAN MENGGUNAKAN TIGA ALAT
PERKUSI TANPA PIC UNTUK MENGIRINGI LAGU PILIHAN.

11
HBPE1203
7.0 KESIMPULAN
Menyanyi merupakan teknik paling mudah untuk meluahkan perasaan bagi seseorang
terutamanya kanak-kanak. Oleh itu. Secara tidak langsung, aktiviti menyanyi memenuhi
keperluan untuk menyampaikan perasaan dan buah fikiran. Sejak zaman dahulu lagi,
menyanyi menjadi medium untuk meluahkan perasaan dan berkongsi pengalaman
seseorang. Lagu pula merupakan komunikator yang hebat terutama bagi kanak-kanak.
(Philip,1990). Proses menyanyi melibatkan tiga bentuk utama dalam pembelajaran iaitu
kognitif (pengetahuan), psikomotor (kemahiran), afektif (perasaan dan sikap). Bagi
kanak-kanak, menyanyi adalah salah satu aktiviti semulajadi yang boleh dilakukan secara
spontan seperti mana kita bertutur. Oleh guru merupakan individu yang
bertanggungjawab memainkan peranan yang penting untuk mencapai objektif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai kaedah pendekatan dalam pengajaran perlu
diaplikasikan supaya murid tidak merasa bosan. Hanya melalui kepelbagaian kaedah
pengajaran, pendekatan dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang menepati gaya
pembelajaran murid yang berbeza sahaja akan menghasilkan pembelajaran efektif,
menarik dan bermakna. Di samping itu, guru juga perlu pandai memilih, menambah,
menukar dan mengubahsuai kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap
keperluan dan keupayaan murid-murid di dalam bilik darjah.
(2392 patah perkataan)
8.0 RUJUKAN
C.H Lee (2004). Pendidikan Muzik KBSR Tahun 4. Rhythm Distributor Sdn.Bhd.
Loh,P.K.(1991). A handbook of music theory. Kuala Lumpur: Penerbit Muzikal.
Kementerian Pendidikan Malaysia.(2003). Buku Sumber Guru Pendidikan Muzik KBSR.
Pusat Perkembangan Kurikulum.
Johari Abdullah (1993).Pendidikan muzik semasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

12

You might also like